Anda di halaman 1dari 29

FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN

SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) KEWANGAN

CTU552

FALSAFAH DAN ISU SEMASA

TOPIK:

INSTITUSI KELUARGA MODUL PEMBANGUNAN UMMAH BERETIKA

KUMPULAN: KBA2423B

DISEDIAKAN OLEH:

1. NURUL AUNI BT MOHD SOBRI 2020961005

2. NURUL FAIZAH BT MOHD SOBRI 2020974287


3. NURUL AMIRA BT MUHAMAD RIZAL 2020996541
4. NUR AINAA AMIRA BT HAZIZI 2020966265
5. ROS ADILLA BT ROMLI 2020993227

DISEDIAKAN KEPADA:

DR. NOOR SYAHIDAH MOHAMAD AKHIR


ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan……....……………………………………………………….……………….1

2.0 Ringkasan Artikel

2.1 Artikel 1……...………...……………………………….……….………………...2-6

2.2 Artikel 2…………….………....……………….…………………………….….7-12

2.3 Artikel 3.……………………….……………………………....…………….…12-13

3.0 Objektif

3.1 Artikel 1.……………………………………………………………………...…....14

3.2 Artikel 2………………………………………………………...………………….15

3.3 Artikel 3…………………………………………………………………………....16

4.0 Metodologi Kajian

4.1 Artikel 1.……………………………………………………………………...…....17

4.2 Artikel 2………………………………………………………...………………... 17-18

4.3 Artikel 3…………………………………………………………………………....18

5.0 Kekuatan dan Kelemahan Artikel

5.1 Artikel 1.……………………………………………………………………...…....19

5.2 Artikel 2………………………………………………………...………………….20

5.3 Artikel 3…………………………………………………………………………....21

6.0 Isu-isu Semasa………………....……………………… ……………………………….22-23

7.0 Kesimpulan………………………………………………………………………...……24

8.0 Rujukan…………………………………………………………………………...…….25

9.0 Lampiran…………………………………………………………………………...…...26
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga
kami menyiapkan tugasan yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk “Institusi Keluarga
Modul Pembangunan Ummah Beretika”. Sekalung penghargaan kepada Dr Noor Syahidah
Mohamad Akhir yang merupakan pensyarah Falsafah dan Isu Semasa (CTU552) di Universiti
Teknologi Mara Merbok, Kedah. Jasa beliau amat kami hargai atas bimbingan dan nasihat yang
berguna untuk menyiapkan tugasan ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka
yang terlibat dalam penghasilan kerja kursus ini. Semoga Allah S.W.T membalas jasa baik kalian.
Akhir sekali, semoga apa yang telah kami sampaikan dalam kertas kerja ini bermanfaat bagi kami
dan bagi masyarakat di Malaysia. Tajuk ini bukan sahaja dapat dijadikan iktibar kepada kita semua
khususnya umat Islam, ia juga dapat menarik minat golongan dari agama lain untuk mendalami
agama Islam ini.
1.0 PENGENALAN

Aksiologi merupakan cabang falsafah yang mendalami maksud nilai dan satu pendidikan
yang menguji dan mengintegrasikan nilai dalam kehidupan manusia. Aksiologi berasal dari
bahasa Yunani Kuno, iaitu “aksios” yang membawa maksud nilai dan “logos” bermaksud teori.
Teori aksiologi ialah teori nilai digunakan untuk meneliti, menganalisis dan menghurai prinsip dan
kaedah pengukuran ilmu pengetahuan yang diperolehi. Teori nilai ini boleh dibahagikan kepada
tiga bahagian iaitu etika, moral dan akhlak. Adat kebiasaan, tabiat, tatasusila ataupun gaya hidup
seseorang individu juga merujuk kepada etika, moral dan akhlak.

Etika diambil daripada perkataan Latin iaitu “Ethos” bermaksud adat atau keperibadian. Ia
merujuk kepada perbahasan tentang tingkah laku benar atau salah dan ilmu yang membincangkan
tentang garis panduan ke arah mengenali perkara baik dan buruk yang seharusnya dipraktiskan
oleh seseorang individu. Etika juga dikenali sebagai ‘falsafah praktis’ (practical philosophy) atau
‘falsafah moral’ (moral philosophy).

Terdapat sedikit perbezaan moral dan etika tetapi dari segi etimologi, perkataan Inggeris
‘ethical’ dan ‘moral’ adalah sama. Isu etika atau moral adalah isu praktikal, tetapi bukan semua
isu praktikal tergolong dalam bidang etika, kerana etika lebih khusus mengkaji tentang nilai baik
buruk, betul salah dan bagaimana seseorang harus bertindak dalam sesuatu keadaan. Sebagai
contoh, satu situasi di mana seorang gadis remaja berumur 23 tahun dikehendaki pergi ke Selangor
untuk menjalani sesi temuduga. Persoalan praktikal adalah persoalan bagaimana gadis tersebut
pergi ke Selangor. Jika gadis tersebut dipelawa oleh seorang lelaki menumpang keretanya untuk
ke Selangor, persoalan praktikal tersebut akan bertukar menjadi persoalan moral. Isu-isu moral
akan dipersoalkan oleh gadis tersebut seperti bagaimana kalau dilihat oleh orang ramai berduaan
bersama lelaki tersebut? Salahkah menumpang kereta seorang lelaki? dan pelbagai isu moral yang
lain. Pelbagai ‘pertimbangan moral’ (moral judgements) sama ada untuk menerima ataupun
menolak pelawaan lelaki tersebut akan dilakukan oleh gadis tersebut dan dipengaruhi oleh banyak
faktor seperti cara berfikir, niat, nafsu, malah agama yang dianuti oleh gadis tersebut sebelum
membuat keputusan. Justeru itu, etika atau moral merujuk kepada disiplin ilmu yang mengkaji
pelbagai isu tentang tingkah laku manusia. Isu tentang baik buruk sesuatu disposisi dalaman,
tentang adat, susila, tabiat, niat dan kebebasan seseorang dalam melakukan sesuatu tindakan.

1
2.0 RINGKASAN ARTIKEL
2.1 Ringkasan Artikel 1
Tajuk: Etika Sebagai Panduan Hidup
Penulis: Saravanan Anna malai
Tahun: 2018
Bilangan Muka Surat: 24
Sumber:
https://www.researchgate.net/publication/323454258_ETIKA_SEBAGAI_PANDUAN_HIDUP

Artikel ini membincangkan tentang etika yang lebih mengfokuskan kepada faktor-faktor
yang membentuk sesuatu etika. Penulis menyatakan bahawa ‘etika’ yang juga dikenali sebagai
falsafah moral merupakan satu cabang falsafah yang melibatkan penyusunan, pertahanan dan
cadangan kepada tingkah laku yang betul dan salah. Ianya merujuk kepada kelakuan seseorang
individu serta cara untuk bertindak dalam situasi tertentu. Penulis memberi penerangan lanjut
tentang etika yang berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘ethos’ yang bermaksud ‘watak’. Etika
merupakan suatu penilaian yang berasaskan betul dan salah terhadap tindakan atau kelakuan
seseorang individu dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang manusia. Ianya
berhubung rapat dengan nilai-nilai moral yang menjadi pegangan seseorang individu mahupun
masyarakat dalam menentukan tindakan atau kelakuan masing-masing.

Penulis menyatakan bahawa kehidupan yang beretika dapat memberi jaminan bahawa
seseorang individu akan menjalankan tanggungjawab hidup yang juga akan mendatangkan
manfaat kepada dirinya sendiri serta masyarakat sekeliling. Contohnya, seseorang itu dikatakan
beretika sekiranya dia berkelakuan jujur, sentiasa bersimpati, setia dan selagi mana kelakuannya
tidak tersasar dari norma-norma sosial, peraturan, undang-undang, dan nilai-nilai moral yang
mendatangkan impak negatif sama ada kepada dirinya sendiri mahupun masyarakat sekeliling.
Namun begitu, kelakuan seperti menipu, mencuri serta memfitnah menunjukkan seseorang
individu itu tidak beretika. Menurut penulis, pada zaman pasca kemerdekaan ini, manusia kian
hanyut dalam kehidupan yang kian mencabar. Harta benda serta wang ringgit semata-mata yang
menjadi hasrat utama yang dikejar mereka kerana ianya telah menjadi kayu pengukur suatu
kejayaan dalam kehidupan seseorang individu dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Masing-
masing leka bersaing mengejar cita-cita demi merialisasikan impian dan mencapai kepuasan hidup

2
sehingga ada segelintir yang mengabaikan etika dalam kehidupan seharian mereka. Seterusnya,
penulis berpendapat bahawa faktor-faktor yang berbeza dalam pembentukan etika telah
melahirkan individu yang mempunyai etika yang berbeza.

Penulis menyatakan bahawa pengaruh keluarga merupakan salah satu faktor yang
menyumbang kepada pembentukan etika seseorang individu. Penulis berpendapat bahawa
hubungan kekeluargaan merupakan hubungan pertama yang akrab dalam perjalanan hidup
seseorang individu sebelum individu tersebut menjalinkan hubungan dengan dunia luar. Hal ini
membuatkan anak-anak berpegang dengan prinsip-prinsip keluarga mereka serta setiap perlakuan
mereka secara umumnya dipengaruhi oleh sikap serta sifat ibu bapa masing-masing. Di sinilah
bermulanya pembentukan awal etika peribadi seseorang individu. Oleh itu, penulis menyatakan
bahawa ianya telah menjadi satu tanggungjawab kepada ibu bapa untuk memainkan peranan
masing-masing dalam membentuk etika anak-anak iaitu dengan menjadi contoh yang baik untuk
diikuti oleh anak-anak mereka seperti pepatah melayu yang berbunyi, “anak diibaratkan sebagai
kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya”. Ibu bapa perlu memberi didikan secukupnya
kepada anak-anak agar mereka tidak mudah terpesong dan terleka dengan peredaran zaman. Ibu
bapa juga perlu bersikap tegas dan memberi hukuman kepada kesalahan anak-anak agar mereka
tahu untuk membezakan perkara yang baik dan perkara yang buruk. Namun, hukuman tersebut
cukuplah sebagai tanda pengajaran yang tidak berunsur kebencian atau keganasan. Contohnya,
hukuman melakukan kerja rumah setelah mereka melakukan kesalahan.

Penulis juga berpendapat bahawa anak-anak yang beretika lebih cenderung untuk menjadi
anak yang cemerlang dalam pendidikan mereka. Kenyataan ini merupakan hasil pemerhatian
penulis terhadap anak-anak jirannya yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Menurutnya, etika anak-anak itu telah dibentuk dan dipupuk sejak kecil dengan sikap tolong
menolong, toleransi dan sentiasa menghormati orang lain di samping kehidupan mereka yang
sederhana. Penulis menyatakan bahawa institusi keluarga yang aman dan harmoni menjamin
kesantunan dan kecemerlangan akhlak anak-anak manakala keruntuhan dan kegagalan sesebuah
institusi keluarga akan mendatangkan kesan negatif dalam kehidupan seseorang individu kerana
kehilangan tempat bermanja dan rasa kasih sayang yang akan meragut kebahagiaan seseorang
individu tersebut. Hal ini menyebabkan anak-anak ini menjadi anak yang terabai dan menjadi salah
satu punca untuk mereka mula berjinak dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat misalnya budaya

3
lepak sehinggakan dapat membawa kepada perkara yang lebih serius seperti seks bebas dan
penagihan dadah.

Seterusnya, faktor pembentukan etika individu yang dibincangkan oleh penulis adalah
pengaruh rakan. Pengaruh rakan dapat dikesan seawal peringkat persekolahan apabila seseorang
individu mula bergaul dengan orang sekeliling yang bukan dari keluarganya. Di sini, seseorang
individu akan mula terpengaruh dengan sikap baik mahupun buruk rakannya sama ada secara
sengaja mahupun tidak sengaja dan sama ada seseorang individu itu sedar mahupun tidak sedar
akan perubahan sikapnya. Sebagai contoh, budaya ponteng dalam kalangan pelajar sekolah yang
pada asasnya bermula daripada sikap seorang individu yang tidak beretika dan kemudiannya sikap
negatif tersebut semakin menular serta mempengaruhi rakan-rakan. Namun begitu, bukan sahaja
kanak-kanak yang mudah terpengaruh dengan rakan malah individu dewasa juga masih
terpengaruh dengan rakan-rakan mereka. Dalam erti kata lain, pengaruh rakan tidak terhenti di
bangku sekolah sahaja malah ianya juga berlaku di tempat kerja. Penulis berpendapat bahawa
rakan yang beretika akan mendorong seseorang individu untuk menjadi seseorang yang lebih
bertanggungjawab dalam menyelesaikan tugas hariannya. Jika hal yang sebaliknya berlaku, sudah
tentu ianya akan memberi kesan buruk kepada kerjaya seseorang individu tersebut. Jadi, ianya
dapat disimpulkan bahawa pemilihan rakan dalam pergaulan harian sangat penting dalam
pembentukan jati diri seseorang individu untuk menjadi individu yang beretika.

Jika isu pengaruh rakan ini dipandang remeh, penulis menyatakan ianya boleh membawa
kepada permasalahan yang lebih parah seperti kes remaja sekolah yang melarikan diri dari
kediaman mereka. Menurut laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes kehilangan dicatatkan
sebanyak 6270 dari tahun 2004 hingga Mei 2007 dan ianya membabitkan remaja berumur bawah
18 tahun. Mereka yang berumur antara 14 – 17 tahun mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak
5251 kes. Jumlah kes remaja perempuan ialah 4,620 berbanding lelaki iaitu 1,650. Penulis
berpendapat permasalahan ini adalah berpunca daripada pengaruh rakan yang jelas tidak beretika
yang mengejar keseronokan tanpa berfikir panjang akan kesan negatif pada masa yang akan
datang. Pengaruh rakan yang tidak beretika di tempat kerja pula seperti pengaruh sikap menangguh
tugasan akan mendatangkan kesan buruk kepada seseorang individu dan secara tidak langsung
ianya turut mendatangkan impak negatif kepada sesebuah organisasi kerja apabila pekerja mula
bersikap tidak bertanggungjawab dan melakukan tugas pekerjaan dengan sikap sambil lewa.

4
Sesebuah organisasi pekerjaan akan gagal jika produktiviti dan kualiti kerja pekerja semakin
merudum.

Penulis meneruskan perbincangan tentang faktor pembentukan etika seseorang individu


yang juga dikatakan ianya dipengaruhi oleh pengalaman hidup seseorang individu itu sendiri.
Pengalaman hidup dapat mendatangkan kesan baik dan buruk kepada kehidupan seseorang
individu. Sebagai contoh, apabila seseorang individu pernah terlibat dengan aktiviti rasuah dan
tidak dikenakan sebarang hukuman sudah tentu individu tersebut merasakan yang perbuatannya
itu bukanlah perbuatan yang salah tetapi jika beliau ditangkap dan dikenakan hukuman setimpal,
sudah tentu beliau akan menyedari kesilapannya itu dan tidak akan mengulanginya lagi bergantung
kepada nilai peribadi dan prinsip moral seseorang individu tersebut. Menurut penulis, nilai
peribadi dan prinsip moral ini dapat diperhatikan dari segi keluarga dan kerjaya seseorang.
Kepentingan pangkat serta pengaruh dalam masyarakat menjadikan seseorang individu bersikap
pentingkan diri dan tidak memikirkan impak-impak kepada orang lain di atas setiap kelakuannya.
Walaubagaimanapun, sesuatu kerjaya akan dianggap sebagai tanggungjawab kedua oleh individu
yang sentiasa mementingkan keluarga mereka. Dalam setiap tindak tanduk individu ini, beliau
sentiasa memikirkan kepentingan dan kesannya kepada masyarakat di sekelilingnya.

Seterusnya, penulis menyatakan bahawa faktor keadaan juga memberi kesan kepada
kelakuan seseorang individu. Ianya tidak mustahil bagi seseorang individu yang beretika untuk
melakukan perbuatan yang tidak beretika kerana dipengaruhi oleh situasi yang sedang dihadapi
oleh individu tersebut. Penulis menghuraikan bahawa desakan sesuatu keadaan dapat membuatkan
seseorang individu berkelakuan tidak beretika walaupun dalam keadaan beliau sedar bahawa
perbuatannya itu merupakan satu kesalahan misalnya perbuatan mencuri bagi meneruskan hidup
setelah kehilangan sumber pendapatan. Penulis turut menambah bahawa sektor kerajaan sentiasa
mementingkan etika perkhidmatan. Misalnya, pegawai perkhidmatan. Beliau harus mempunyai
etika yang cemerlang dari pelbagai sudut bagi menjamin keharmonian di premis pekerjaan. Penulis
berpendapat bahawa rakan yang baik adalah rakan yang sering memberi kesedaran serta memberi
komitmen dan kerjasama sebagai usaha untuk memastikan sesuatu tugas dan kewajipan mereka
dapat ditunaikan dengan sempurna tidak kira dalam apa jua keadaan.

Penulis menyatakan bahawa pembentukan etika seseorang individu adalah berhubung


rapat dengan faktor-faktor seperti keluarga. rakan dan keadaan atau situasi semasa. Menurut

5
penulis, ibu bapa merupakan insan yang penting dalam membentuk etika anak-anak. Bimbingan
dari ibu bapa dan keluarga dapat memberi didikan serta mendorong seseorang individu untuk
memiliki etika yang disanjung oleh masyarakat. Ibu bapa seharusnya mendengar setiap
permasalahan anak-anak dengan hati yang terbuka. Ibu bapa juga perlu mengambil tahu setiap
rakan-rakan anak mereka agar dapat memantau setiap aktiviti dan perubahan sikap anak-anak
kerana apabila anak-anak mengetahui bahawa mereka sentiasa berada di bawah pantauan ibu bapa,
mereka akan menjadi lebih berjaga-jaga. Keharmonian sesebuah institusi keluarga dapat menjamin
seseorang individu untuk menjadi lebih beretika dan menjadi lebih matang pada masa hadapan.

6
2.2 Ringkasan Artikel 2
Tajuk: Senario Pendidikan Moral Masyarakat Melayu Zaman Teknologi Komunikasi Maklumat
(Ict): Trend, Hala Tuju Dan Model Pendidikan Moral Keluarga Islam
Penulis: Mohd. Azhar Abd. Hamid, Azmi Shah Suratman & Muhamad Fauzi Othman
Tahun: 2012
Bilangan Muka Surat: 26
Sumber: https://journals.utm.my/jurnalteknologi/article/view/624/614

Secara umumnya artikel ini membahaskan tentang senario pendidikan moral masyarakat
Melayu dan impaknya pada era globalisasi ini. Masyarakat kini semuanya ingin mengejar arus
pemodenan dan kemajuan teknologi duniawi sehingga memberi kesan sosial-moral yang amat
parah. Teknologi kini semuanya hanya di hujung jari, maka pengaruh moral yang buruk ditunjuk
di sosial media sangat mudah dan cepat tersebar, dan ianya menjadi ikutan anak-anak muda masa
kini atas alasan tidak mahu ketinggalan zaman. Penulis memberi contoh statistik kerosakan sosial
dan moral yang membuktikan fenomena ini, seperti pembunuhan, sumbang muhrim, pelacuran,
gangsterisme, alko-holisme, perjudian, ketagihan dadah, isu vandalisme dan ‘black metal’ yang
setiap satu daripadanya melibatkan orang Melayu. Institusi keluargalah antara yang paling
terkesan dengan gejala keruntuhan moral dan akhlak ini. Pendidikan moral dalam institusi keluarga
ini perlulah menggunakan metodologi islam supaya lebih berkesan dan kukuh. Moral ini berkait
rapat dengan nilai, norma, etika, dan akhlak dan semuanya membahaskan tentang peraturan dan
cara hidup, penilaian nilai dan akhlak yang baik dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu, penulis
simpulkan konsep-konsep di atas bahawa tahap moral atau akhlak tinggi mahupun adab sopan
yang baik, semua ini menggambarkan baik budi dan tinggi peribadi seseorang manusia. Ia perlu
dipupuk melalui pendidikan awal bermula dari institusi kekeluargaan.

Pendidikan moral ini perlu dimulakan dari awal iaitu ketika masih kecil kerana di usia
muda otak kanak-kanak mudah menyerap ilmu pengetahuan seperti yang dikatakan Jean Piaget
“pendidikan awal kanak-kanak penting dan perlu diberikan perhatian kerana 90% daripada
perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanak-kanak mencapai umur lima tahun.”
Antara perkara yang dikupaskan oleh penulis ialah agen pendidikan moral dan peranan keluarga
serta masyarakat. Penulis bersetuju bahawa pendidikan asas dan pembentukan keperibadian itu
mesti diberikan dasar yang jelas dan kukuh ketika masih kecil berpandukan sabda Nabi

7
Muhammad s.a.w: “Bermain-mainlah dengan anak kamu pada usia 1-7 tahun, didiklah anak kamu
pada usia 8-14, dan bersahabatlah dengan anak kamu pada usia 15-21”. Hadis tersebut menjelaskan
tentang fasa-fasa pendidikan kanak-kanak yang bermula dengan mengajarkan secara perlahan
kepada mereka tentang adab dan moral melalui cerita-cerita pedoman atau permainan yang boleh
dijadikan contoh. Fasa kedua adalah pendidikan direct yang dimulakan dengan memberikan
hukuman atau ganjaran terhadap tindakan anak-anak dan memastikan mereka faham apa yang
patut atau harus dilakukan. Kemudian fasa ketiga di mana ia mendidik secara tidak langsung
dengan memahami atau cuba mendekati isi hati anak terutama yang remaja supaya mereka
mengenal erti simpati, mengeratkan hubungan dan juga membantu mereka menjadi lebih dewasa.

Selain itu, penulis menceritakan bahawa sebelum pengaruh barat dan penjajah datang ke
alam melayu, orang melayu zaman tradisional terkenal dengan adab dan budaya mereka yang
sopan santun, ramah, saling tolong menolong dan sangat mengambil berat tentang isu-isu moral di
sekeliling mereka. Pepatah melayu “biar mati anak jangan mati adat” ini menunjukkan bahawa
orang melayu dahulu sangat menjaga dan mengikut adat resam. Pendidikan moral oleh institusi
keluarga pada zaman tradisional perlu dijadikan contoh kerana pakaian dan cara pergaulan anak-
anak melayu dahulu lebih beradab, mereka juga tahu menghormati orang yang lebih tua, hidup
saling tolong-menolong dan berbudi pekerti. Ini menunjukkan pendidikan moral institusi keluarga
kepada individu adalah berkesan. Antara faktor-faktor keberkesanan ini adalah kerana Islam
menjadi pegangan hidup dan budaya masyarakat Melayu, anak-anak pula diajar dan dijaga sejak
kecil agar menghormati orang tua, beradab, beretika, menjaga tutur kata dan sebagainya, manakala
adat, nilai dan norma setempat menjadikan pendidikan moral masyarakat Melayu lebih kukuh.

Penulis menyifatkan senario pendidikan moral masyarakat Melayu masa kini adalah
cacamarba. Pendidikan moral masa kini sudah banyak tersimpang dari ajaran masyarakat melayu
tradisi, terdapat banyak faktor perubahan ini berlaku yang dikaji oleh penulis antaranya pendidikan
moral masyarakat Melayu bersandarkan peraturan moral yang telah ditentukan, dan tidak
berdasarkan pendidikan akhlak Islam. Selain itu peranan ibu dan bapa sebagai ‘pendidik moral’
dalam keluarga lemah, tidak jelas dan terhakis kerana pendidikan moral yang diberikan tidak
berasakan ajaran Islam. Ditambah pula pengaruh persekitaran seperti rakan sebaya, media massa
dan hiburan sangat maksimum boleh merosakkan moral anak-anak. Pendidikan moral masyarakat
Melayu masa kini juga dianggap bersifat peribadi. Ini dapat dilihat dari hubungan interaksi sosial

8
antara masyarakat kini yang lemah dan tidak hirau akan masalah sosial di sekeliling. Disamping
itu, ibu bapa lebih mementingkan pendidikan akademik-sekular berbanding pendidikan Islam
kerana mereka beranggap bahawa ia akan menjamin masa depan anak-anak mereka. Akibatnya,
pendidikan moral terabai.

Seterusnya, perkembangan teknologi telekomunikasi dan maklumat yang pesat membawa


banyak perubahan kepada kehidupan sosial dan moral manusia kini. Semuanya kerana manusia
ingin menjadikan satu dunia global yang sama dari segi ideologi, nilai, sosiobudaya dan pemikiran
menerusi rangkaian komunikasi, tindakan dan amalan. Penulis menulis bahawa kesan daripada ini
adalah ia merupakan hasil daripada penyalahgunaan kemajuan dan perkembangan teknologi serta
tidak mewujudkan satu sistem kawalan sosial yang berkesan. Jika ia tidak digunakan dengan
sebaiknya ia boleh mempengaruhi institusi keluarga contohnya, kurangnya interaksi antara
keluarga, anak-anak terabai, kurang kasih sayang dan sebagainya.

Di samping itu, penulis juga menghuraikan tentang pengaruh asing menerusi pemodenan
dan kesan terhadap pendidikan moral institusi keluarga. Pasca moden ini telah menambahbaik
ekonomi dan pembangunan, begitu juga penggunaan ilmu sains, seni dan sebagainya. Pengaruh
moden telah mula tumbuh sejak revolusi industri pada abad ke-16 menggariskan enam konsep asas
pemodenan (Idris, 1997) iaitu:

i. Konsep tuhan tiada dalam kehidupan,


ii. Manusia dibesarkan dan dilatih sebagai alat untuk membangunkan sesuatu dan mencari
kebendaan,
iii. Kebahagiaan pula bergantung kepada harta benda,
iv. Nilai moral dan akhlak tidak dikaitkan dan dipraktikkan
v. Ekonomi menjadi ukuran status hidup manusia,
vi. Agama tidak menjadi panduan dalam aktiviti dan kerja harian manusia.

Kesemua konsep ini memberi kesan kepada institusi keluarga contohnya jika manusia hidup
dengan kebahagian diukur dengan keuntungan kebendaan mereka akan hilang rasa bersyukur dan
lalai mengejar kemewahan sehingga terabai moral masyarakat di sekeliling. Secara tidak langsung
nilai dan moral hidup dalam institusi keluarga boleh terjejas.

9
Kebejatan moral masyarakat melayu juga menjadi isu yang dibincangkan oleh penulis.
Institusi keluarga di negara ini menghadapi masalah kerana sesetengah ibu bapa gagal dalam
mendidik anak-anak dengan sebaiknya. Perkara ini berlaku disebabkan desakan dunia yang
bersifat materialistik, cara hidup di mana masyarakat terjebak dalam persaingan sengit untuk
mengejar kekayaan atau kuasa, dan juga cetek pengetahuan agama. Bukti bangsa melayu hari ini
sedang melalui jalan kebinasaan dan keberantakan ialah di mana sebahagian bakal pengantin gagal
dalam temuduga yang dijalankan oleh Pegawai Jabatan Agama Islam di beberapa buah negeri
(Wan Liz, 2000). Apabila mereka cetek ilmu pengetahuan dalam fardhu ain, ibadat,
tanggungjawab suami-isteri dan ibu bapa, ia akan mempengaruhi akhlak dan moral anak-anak
pasangan tersebut. Peningkatan kes perceraian dalam kalangan suami isteri juga menjadi penyebab
gejala keruntuhan sosial ini terjadi, menurut Mohd. Shahir (2000) ia menyebabkan anak-anak
teraniaya, hilang perasaan kasih sayang antara anggota keluarga dan memutuskan hubungan
silaturahim malah ada keluarga yang melakukan jenayah zina sesama mereka.

Menurut penulis kekangan dalaman pendidikan moral masyarakat melayu masa kini
mempunyai faktor seperti kurangnya pengetahuan dalam cara pendidikan moral berlandaskan
Islam, kurang fokus dan masa untuk pembangunan moral anak-anak dan hubungan keluarga di
mana ibu bapa seharusnya mengawal dan menjaganya dengan lebih serius dan ketat. Selain itu,
ukhuwah islamiah antara ahli keluarga, jiran dan masyarakat sekitar semakin lemah yang
menyebabkan kawalan interaksi sosial antara masyarakat akan berkurang. Faktor masalah akhlak-
moral ini turut ditambah dengan kekangan luaran antaranya pengaruh rakan sebaya contohnya,
anak-anak akan terpengaruh dengan rakan-rakan yang terlibat dengan jenayah juvana, suka
merokok, dan melepak, jika ibu bapa tidak memantau kegiatan dan mengenali rakan-rakan anak
mereka. Selain itu pengaruh media massa juga berbahaya kepada moral anak-anak kerana media
massa kini lebih suka memaparkan aktiviti hiburan, jenayah, dan keganasan. Jadi ibu bapa perlulah
mengawal tontonan yang boleh ditonton oleh anak-anak. Pengaruh internet menjadi lebih bahaya
kerana ianya mempunyai maklumat tanpa batasan seperti porno, seks online chatting, laman web
haram dan sebagainya yang sukar diketahui oleh ibu bapa apabila anak-anak boleh merahsiakan
apa yang ditonton.

Pada zaman serba ict ini cabaran pendidikan moral masyarakat melayu amat sukar kerana
mereka sudah terbiasa hidup dengan nilai materialistik dan hedonisme. Segala yang dipaparkan di

10
internet dan media massa boleh diakses oleh semua individu dengan mudah dan ia mempengaruhi
golongan ini untuk mengikuti segala trend atau budaya tidak elok yang dipaparkan kerana tidak
mahu menjadi seseorang yang ketinggalan zaman. Menerusi rangkaian internet batas-batas sosial
tidak lagi menjadi masalah, anak-anak mempunyai kebebasan untuk berhubung dengan sesiapa
sahaja malah mereka boleh terjebak dalam menonton video-video dewasa (porno). Akibatnya
hubungan ibu-bapa dan anak-anak akan semakin menjauh dan renggang. Oleh kerana internet
hanya di hujung jari pada hari ini, maka ibu bapa perlu mengambil tindakan dengan mengawal
pengunaannya bermula dari kecil dan ia sepatutnya digunakan untuk menambahkan ilmu dan
bukannya untuk perkara yang boleh merosakkan akhlak dan moral.

Di akhir artikel ia menerangkan tentang model pendidikan moral keluarga melayu islam.
Institusi keluarga boleh memberi perubahan kepada moral seluruh masyarakat kerana akhlak
individu semuanya bermula dan terbentuk dari sebuah keluarga. Dalam menelusuri dunia
globalisasi ini masyarakat perlulah bersedia untuk menghadapi cabaran yang menguji jati diri,
Islam telah menekankan dan mementingkan perihal pendidikan anak-anak dalam konteks
kekeluargaan Islam seperti nilai takwa, ikhlas, hormat-menghormati, dan kasih sayang dapat
diterapkan dalam keluarga (Abdullah Nasih, 1988). Walaupun institusi keluarga itu penting dalam
pendidikan moral, ia tidak akan berhasil jika institusi lainnya tidak mengambil peranan dan
tanggungjawab bersama. Antara entiti bagi model pendidikan moral yang dicadangkan dalam
artikel adalah keluarga Islam, anak-anak, pendidikan formal, institusi sosial dan masyarakat.

Keluarga Islam yang berjaya mempunyai kualiti seperti ibu bapa yang celik IT dan tahu
tentang maklumat terkini yang boleh mendorong dan memberi idea kepada anak-anak untuk
menggunakannya. Bukan itu sahaja, ibu bapa perlulah menjadi ‘role model’ yang baik kepada
anak-anak dan bukan sahaja memberi arahan tetapi mempraktikkannya sekali. Ibu bapa juga perlu
kreatif dalam memantau dan mengawal emosi anak, serta tahu bagaimana mengembangkan
potensi mereka dengan seimbang. Di samping itu, peranan anak-anak adalah penerima proses-
proses di atas kerana mereka adalah golongan yang mudah mengikut tauladan orang
disekelilingnya. Manakala pendidikan formal akan menjadi pelengkap pendidikan dari institusi
keluarga kerana peranan para guru akan mengukuhkan lagi akhlak anak-anak. Akhir sekali institusi
sosial dan masyarakat bertindak sebagai pengawal dan pemantau terhadap pendidikan anak-anak
berpandukan falsafah Islam ‘amar makruf nahi munkar’. Oleh itu semua institusi bertanggungjwab

11
dalam menjadi model pendidikan moral yang berkesan dan institusi utama yang perlu memulakan
langkah ini adalah keluarga.

2.3 Ringkasan Artikel 3

Tajuk: Pembelajaran Etika Didik Generasi Muda Berakhlak

Penulis: Wan Mohd Hirwani Wan Husain

Tahun: 2015

Bilangan Muka Surat: 1

Sumber: https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/01/29086/pembelajaran-etika-
didik-generasi-muda-berakhlak

Akhbar ini menceritakan tentang masalah etika dan nilai murni di Malaysia yang semakin
terhakis dan hilang dalam diri masyarakat. Penulis memberi contoh video gadis bertudung yang
memeluk artis Korea selatan di saat negara sedang bersedih atas musibah yang menimpa negara
jiran iaitu isu banjir di Pantai Timur dan nahas kapal terbang QZ8501 AirAsia Indonesia sebagai
bukti kebejatan akhlak generasi muda kini. Video tersebut menunjukkan akhlak tidak sopan yang
tidak patut dicontohi umat Islam. Penulis juga berpendapat bahawa institusi pendidikan dan
keluarga perlu bertindak bagi membendung pencemaran nilai murni dan akhlak di negara ini. Etika
dan nilai murni ini amat penting bagi setiap individu, ia mencerminkan imej dan tingkah laku
masyarakat di sesebuah negara, maka ia perlu dipelihara dengan sebaiknya. Manakala akhbar
menulis dari perspektif Islam, etika amat penting kerana Islam menggariskan prinsip amanah,
keadilan, kesaksamaan, tawaduk dan wasatiyyah dengan berlandaskan kepada al-Quran dan hadis.

Masalah etika dan nilai murni yang semakin terhakis ini disebabkan perkembangan
teknologi yang pesat kini. Misalnya, sosial media digunakan sebagai platform generasi muda
meluahkan secara bebas segala perasaan, mengkritik, dan menempelak segala perkara atau
perbuatan yang tidak memuaskan hati mereka. Pengaksesan internet yang tidak terbatas ini
menjadi satu halangan untuk institusi pendidikan dan keluarga dalam membentuk akhlak dan etika
golongan muda hari ini. Etika dan nilai murni yang baik amat penting kepada diri seseorang

12
individu kerana ia berupaya membantu memberi sumbangan kepada masyarakat dan juga negara.

Pendidikan etika adalah untuk mengelakkan masalah sosial yang lebih serius berlaku.
Penulis menekankan bahawa kes rasuah yang semakin banyak ini bakal menjadi satu masalah di
masa hadapan jika ia tidak dibendung dari awal. Masalah ini amatlah perlu dikawal bermula dari
sekolah rendah melalui subjek nilai dan etika. Institusi pendidikan juga perlulah kreatif dalam
mengaplikasikan subjek tersebut supaya menarik minat para pelajar seperti pembelajaran secara
video atau filem tauladan serta permainan yang memerlukan tanggungjawab dan kerjasama antara
para pelajar. Saranan Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr
Rais Yatim perlu diberi perhatian. Beliau mencadangkan bahawa adalah menjadi keperluan untuk
sekolah rendah memperuntukkan sekurang-kurangnya satu jam seminggu bagi proses pengajaran
dan pembelajaran berkaitan etika dan nilai murni.

Selain itu dalam pembentukan modul etika dan nilai murni ini perlulah ditumpu terhadap
aspek perpaduan, hormat-menghormati, kerjasama dan berdaya saing tinggi. Semua kualiti ini
penting supaya pelajar mampu dan bersedia menghadapi perubahan dunia di masa hadapan. Subjek
etika dan nilai ini hendaklah dipantau serta dinilai dari semasa ke semasa supaya objektif dapat
tercapai dan lebih berkesan. Penulis mencadangkan bahawa Malaysia patut mencontohi negara
Jepun yang menerapkan pembelajaran etika bermula dari sekolah rendah. Maka sesuailah dengan
pepatah Melayu 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' jika pelajar sekolah rendah dijadikan
sebagai ‘batu lonjak’ dalam mengubah etika masyarakat yang kian hancur masa kini. Hasilnya,
kerajaan akan mencapai cita-citanya dalam melahirkan generasi yang beretika, berkhlak mulia dan
bertanggungjawab kerana itulah pengajaran dan pembelajaran etika itu sangat penting.

13
3.0 OBJEKTIF

3.1 Artikel 1

3.1.1 Menghuraikan definisi etika serta konsep pendidikan moral.

Penulis menghuraikan definisi etika serta menerangkan dengan lebih lanjut bahawa perkataan etika
berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘ethos’ yang bermaksud watak. Etika juga berhubung rapat
dengan nilai-nilai moral yang menjadi pegangan seseorang individu mahupun masyarakat dalam
menentukan tindakan atau kelakuan masing-masing. Penulis menyatakan bahawa kehidupan yang
beretika dapat memberi jaminan bahawa seseorang individu akan menjalankan tanggungjawab
hidup yang juga akan mendatangkan manfaat kepada dirinya sendiri serta masyarakat sekeliling.
Selain itu, penulis juga menjelaskan tentang konsep pendidikan moral yang berkait rapat dengan
nilai-nilai dan etika seseorang individu.

3.1.2 Memfokuskan serta menjelaskan faktor-faktor yang membentuk sesuatu etika seseorang.

Penulis menjelaskan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan etika seseorang


manusia. Penulis berpendapat bahawa faktor yang berbeza dalam pembentukan etika telah
melahirkan individu yang mempunyai etika yang berbeza. Ia juga menyatakan bahawa pengaruh
keluarga, pengaruh rakan dan pengalaman hidup seseorang individu itu sendiri adalah faktor-
faktor yang menyumbang kepada pembentukan etika seseorang individu. Penulis juga
memberikan contoh etika manusia dalam menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi
pembentukan etika seseorang manusia.

3.1.3 Menyatakan faktor keadaan yang memberi kesan kepada kelakuan seseorang individu.

Penulis menghuraikan bahawa faktor sesuatu keadaan dapat memberi kesan negatif kepada
seseorang individu untuk berkelakuan tidak beretika walaupun dalam keadaan beliau sedar bahawa
perbuatannya itu merupakan satu kesalahan. Desakan sesuatu keadaan juga dapat memberikan
kesan negatif kepada etika atau akhlak seseorang individu serta memberi kesan juga kepada
masyarakat sekeliling.

14
3.2 Artikel 2

3.2.1 Membahaskan tentang senario pendidikan moral masyarakat Melayu dan impaknya pada era
globalisasi ini.

Penulis menyifatkan senario pendidikan moral masyarakat Melayu masa kini mengandungi
pelbagai unsur yang bercanggah serta memberi impak negatif kepada manusia. Hal ini kerana
pendidikan moral sudah jauh berbeza dan terpesong dari ajaran masyarakat melayu tradisi. Penulis
juga telah membahaskan bahawa institusi keluarga yang paling terkesan dengan gejala keruntuhan
akhlak dan moral. Moral berkait rapat dengan nilai, norma, etika, dan akhlak dan semuanya
membahaskan tentang peraturan dan cara hidup, penilaian nilai dan akhlak yang baik dalam
sesebuah masyarakat. Penulis menyimpulkan konsep-konsep di atas bahawa tahap moral atau
akhlak tinggi mahupun adab sopan yang baik menggambarkan baik budi dan tinggi peribadi
seseorang manusia.

3.2.2 Menghuraikan tentang pengaruh asing menerusi pemodenan dan kesan terhadap pendidikan
moral institusi keluarga.

Pengaruh moden telah bermula sejak revolusi industri pada abad ke-16 dan penulis telah
menggariskan enam konsep asas pemodenan iaitu penyingkiran Tuhan dalam kehidupan dan
kegiatan pembangunan, manusia dididik dan dilatih untuk menjadi ‘kuda tunggangan’
pembangunan fizikal dan kebendaan, kebahagian hidup diukur dari keuntungan kebendaan,
merelatifkan nilai-nilai moral dan akhlak, manusia dan pencapaian ekonomi menjadi tumpuan dan
pemujaan dan akhir sekali agama tidak berperanan dalam pembangunan. Konsep ini memberi
kesan langsung terhadap nilai dan moral hidup dalam institusi keluarga.

3.2.3 Membincangkan tentang model pendidikan moral keluarga melayu Islam.

Institusi keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk moral dan akhlak seseorang
individu kerana semuanya bermula dari sebuah keluarga. Islam juga telah menekankan perihal
pendidikan anak-anak dalam kekeluargaan Islam seperti nilai ketakwaan, keikhlasan, hormat-
menghormati, kasih sayang. Institusi lain juga memainkan peranan dalam membentuk akhlak
manusia. Penulis telah mencadangkan entiti bagi model pendidikan moral adalah keluarga Islam,
anak-anak, pendidikan formal, institusi sosial dan masyarakat.

15
3.3 Artikel 3

3.3.1 Membahaskan tentang masalah etika dan nilai murni di Malaysia yang semakin terhakis dan
hilang dalam diri masyarakat.

Penulis telah membahaskan tentang sebuah video yang menunjukkan akhlak dan etika tidak sopan
yang tidak patut dicontohi oleh masyarakat terutamanya generasi muda. Penulis juga berpendapat
bahawa institusi pendidikan dan keluarga perlu bertindak untuk membendung masalah keruntuhan
akhlak, nilai murni dan etika seseorang individu. Masalah ini berlaku disebabkan oleh adanya
teknologi yang canggih pada masa kini hingga melalaikan serta merosakkan akhlak, nilai murni
dan etika seseorang individu. Penggunaan media massa dengan betul dapat membentuk etika serta
akhlak yang baik dan jika disalahgunakan akan memberi impak negatif terhadap etika dan akhlak
seseorang individu.

16
4.0 METODOLOGI KAJIAN

4.1 Artikel 1

Metodologi yang digunakan oleh penulis dalam artikel ini ialah kaedah kualitatif. Penulis
telah menggunakan kaedah pemerhatian iaitu pemerhatian secara terus (direct observation) dan
pemerhatian melalui penglibatan (participant-observation) untuk mendapatkan maklumat tentang
kajian beliau.

Hasil kajian melalui kaedah pemerhatian secara terus telah mendapati bahawa keluarga
merupakan antara faktor pembentukan etika individu. Etika baik yang ditunjukkan oleh ibu bapa
dapat menyumbang kepada kecemerlangan pembelajaran anak-anak. Penulis berpendapat
sedemikian setelah melihat anak jiran beliau yang berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang
kedoktoran di United Kingdom walaupun berasal daripada keluarga yang sederhana. Pelajar
tersebut telah diajar oleh ibu bapanya supaya mencintai kehidupan mereka, bertolak ansur dan
sentiasa menghormati orang lain.

Seterusnya, penulis juga menyatakan hasil kajian melalui kaedah pemerhatian secara
penglibatan di mana penulis mengambil bahagian dalam memberikan kaunseling dan seminar
bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO). Penulis mendapati bahawa kebanyakan remaja yang
kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa telah terlibat dalam pelbagai gejala sosial. Hal ini
demikian kerana ibu bapa lebih mementingkan kerjaya dan mengabaikan tanggungjawab mereka
dalam menunjukkan etika yang baik kepada anak-anak.

Selain itu, penulis menggunakan metod pengumpulan data secara sekunder untuk
mengumpulkan data kajian beliau. Data sekunder merupakan data sedia ada yang boleh didapati
oleh pihak lain seperti jabatan kerajaan, majalah dan keratan akhbar. Antara data sekunder yang
telah digunakan oleh penulis di dalam kajian beliau adalah data yang dikeluarkan oleh Polis Diraja
Malaysia (PDRM) berkaitan kes orang hilang dan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
(PEMUDAH) berkaitan kes rasuah.

4.2 Artikel 2

Artikel ini ditulis berdasarkan kaedah pemerhatian penulis dan analisis dokumen. Kedua-
dua kaedah tersebut merupakan kaedah kualitatif yang sering digunakan dalam penulisan artikel.

17
Hasil kajian penulis melalui kaedah pemerhatian mendapati bahawa terdapat pelbagai senario
pendidikan moral masyarakat Melayu masa kini. Antaranya ialah pendidikan moral masyarakat
Melayu tidak berasaskan pendidikan akhlak Islam. Selain itu, ibu bapa memandang remeh tentang
pendidikan Islam dan lebih mementingkan pendidikan akademik sekular. Pada masa yang sama,
pendidikan moral masyarakat Melayu masa kini dianggap bersifat peribadi kerana interaksi sosial
antara masyarakat semakin dipinggirkan

Penulis turut menggunakan kaedah analisis dokumen. Analisis dokumen merupakan proses
pengumpulan data kajian melalui penganalisisan terperinci terhadap bahan bertulis yang berkaitan
dengan persoalan yang dikaji. Sepanjang penulisan artikel ini, penulis menggunakan dokumen
seperti jurnal, buku, akhbar dan majalah seperti yang di senaraikan di bahagian bibliografi.
Dokumen-dokumen tersebut merupakan maklumat atau data sekunder yang sedia ada dan dapat
memberikan maklumat relevan kepada persoalan yang dikaji. Sebagai contoh, penulis merujuk
buku yang berjudul Realiti dan Ilusi Kehidupan Maya dalam Era Siber karya Shahrom TM
Sulaiman bagi mengukuhkan lagi hujah beliau tentang kekangan luaran terhadap pendidikan moral
masyarakat Melayu masa kini.

4.3 Artikel 3

Metodologi yang digunakan dalam penulisan artikel ini adalah kaedah kualitatif. Penulis
mengaplikasikan kaedah analisis dokumen dengan menggunakan bahan elektronik seperti video.
Berdasarkan video yang dikaji, penulis dapat mengukuhkan lagi pandangan beliau tentang
kepentingan pembelajaran etika dapat mendidik generasi muda yang berakhlak. Video tersebut
telah menunjukkan bahawa nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang penuh dengan adat dan
kesantunan yang tinggi telah tercemar dan tidak patut dicontohi oleh generasi muda. Seterusnya,
penulis juga menggunakan data kajian yang dikeluarkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM)
tentang kes rasuah di Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa 31 peratus pelajar sekolah terlibat
dalam penerimaan kes rasuah.

18
5.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN ARTIKEL

5.1 Artikel 1

Antara kekuatan yang terdapat dalam artikel ini ialah penulisan artikel ini dikarang dan
disusun dengan teratur mengikut isi-isi penting yang ingin disampaikan oleh penulis. Hal ini
demikian kerana pada awal penulisan, penulis telah menerangkan secara umum tentang faktor-
faktor pembentukan etika individu seperti pengaruh keluarga, pengaruh rakan, pengalaman hidup,
nilai peribadi dan prinsip moral dan faktor keadaan. Pada sub topik seterusnya, penulis
menerangkan faktor-faktor tersebut dengan lebih spesifik. Beliau mengemukakan pelbagai contoh
dan situasi untuk mengukuhkan lagi pendapat beliau tentang faktor-faktor tersebut. Hal ini
memudahkan pembaca memahami apa yang ingin disampaikan oleh penulis.

Pada masa yang sama, artikel ini juga terdapat kekurangan dari segi penggunaan sumber
rujukan. Berdasarkan senarai rujukan yang terdapat di dalam artikel, kita dapat melihat bahawa
penulis banyak membuat rujukan daripada laman blog. Kebanyakan isi kandungan yang
dipaparkan di laman blog tidak dapat dipastikan sesahihannya. Maklumat palsu dan fakta yang
salah banyak didapati di laman blog. Secara tidak langsung, pembaca artikel ini mungkin berasa
kurang yakin dengan hujah-hujah yang disampaikan oleh penulis.

5.2 Artikel 2

Terdapat beberapa kekuatan di dalam artikel bertajuk Senario Pendidikan Moral


Masyarakat Melayu Zaman Teknologi Komunikasi Maklumat (Ict): Trend, Hala Tuju Dan Model
Pendidikan Moral Keluarga Islam. Antaranya ialah penulis bijak dalam menghuraikan pengertian
dan konsep pendidikan moral begitu jelas dan terperinci kerana moral diberi definisi dari pelbagai
bahasa dan ia juga dikaitkan dengan nilai, norma, etika, ‘manners’ dan akhlak. Mereka juga
menerangkan nilai-nilai moral yang tinggi dari berbagai perspektif contohnya peribadi, sejagat dan
mutlak. Tambahan pula, penulis memberi contoh Islam sebagai kerangka moral yang ulung untuk
semua masyarakat Islam sesuai dengan tajuk artikel. Oleh itu, pembaca dapat faham definisi
pendidikan moral Islam dengan baik.

Selain itu, penulis artikel tersebut telah melakukan pemerhatian dan kajian, oleh itu faktor-
faktor kelemahan pendidikan moral masyarakat melayu boleh difahami dan dikaitkan dalam

19
kehidupan pembaca. Bukan itu sahaja, mereka juga menerangkan kesan-kesan globalisasi terhadap
moral masyarakat melayu berdasarkan statistik kes-kes di Malaysia dan juga dari karya penulis
tempatan misalnya, ‘Realiti dan Ilusi Kehidupan dalam Era Siber’ (Shahrom TM Sulaiman, 2001),
dan penulisan sarjana barat seperti Benjamin R. Baber (1995), dengan karyanya ‘Islam,
Globalization and Postmodernity’, ‘Jihad vs. McWorld’. Ini menjadikan artikel tersebut lebih
diyakini oleh pembaca.

Di samping itu, alur penulisan artikel juga sangat teratur dari pengenalan hingga cabaran
pendidikan moral masyarakat melayu. Penulis memulakan dengan definisi moral dari pelbagai
sudut dan bahasa, seterusnya huraian kepentingan institusi keluarga dalam pendidikan moral yang
berkait dengan institusi-institusi yang lainnya. Kemudian penulis membawa pembaca kepada latar
belakang atau sejarah kemoralan masyarakat melayu zaman tradisi dan moden yang diterangkan
dengan baik beserta contoh. Artikel diteruskan oleh penulis dengan menghuraikan impak
globalisasi serta kekangan dan cabaran pendidikan moral masyarakat melayu. Diakhir artikel
penulis memberi cadangan entiti yang boleh dijadikan model pendidikan moral umat Islam.
Susunan ini sangat penting untuk memudahkan pembaca memahami tujuan dan objektif yang
hendak disampaikan oleh penulis.

Namun begitu, artikel ini juga mempunyai kelemahannya iaitu dari segi sasaran
pembacanya dimana ia ditujukan lebih kepada warga pendidik atau ibu bapa. Ini kerana
penggunaan bahasa dan istilah serta cara penulisannya yang mungkin sukar untuk sesetengah
pembaca fahami. Terdapat banyak penggunaan bahasa dan istilah inggeris yang tidak diterjemah
seperti ‘hereditary inclination’, ‘nuclear family’, ‘the driving force’, ditambah pula dengan ayat-
ayat panjang yang dipetik daripada sarjana barat. Penulis juga banyak memetik ayat dari pelbagai
penulis dan ianya mungkin mengelirukan pembaca dalam mengenal pasti penulisan yang ditulis
oleh penulis itu sendiri. Semua isu ini dapat menghilangkan minat pembaca terhadap artikel ini
kerana kekeliruan ketika membaca dan kekurangan ilmu untuk memahami.

20
5.3 Artikel 3

Secara keseluruhannya, kekuatan artikel ke tiga adalah terdapat banyak informasi tentang
etika dan nilai murni masyarakat terutamanya generasi muda masa kini yang kian pudar dengan
adanya teknologi yang serba canggih ini. Dalam artikel ini juga penulis telah memberi pendedahan
tentang sebuah video yang menunjukkan generasi muda kini tidak menjaga tingkah laku, etika dan
nilai murni yang tidak sepatutnya dicontohi. Artikel ini juga memberi informasi tentang pihak yang
perlu memainkan peranan penting dalam membendung masalah etika dan nilai murni generasi
muda kini dan kepentingan pembelajaran etika dalam mendidik generasi muda yang berakhlak.
Penyampaian artikel ini adalah sangat baik dan mudah untuk difahami kerana mempunyai
maklumat yang mencukupi.

Namun begitu, terdapat juga kelemahan dalam artikel ini seperti objektif tidak dinyatakan
secara terperinci dalam artikel dan menyukarkan pembaca untuk mencari objektif artikel tersebut.
Seterusnya, penggunaan kaedah metodologi dalam artikel ini adalah kurang dan hanya
menggunakan satu kaedah sahaja untuk mendapatkan informasi atau maklumat tentang isu
tersebut. Penulis hanya menggunakan kaedah kualitatif di mana penulis hanya menggunakan
bahan elektronik seperti video sahaja sebagai sumber maklumat. Sumber maklumat tersebut tidak
cukup untuk menyakinkan masyarakat tentang artikel tersebut, contohnya definisi yang diberikan
tidak mempunyai sumber penulis dan dari mana datangnya sumber tersebut.

21
6.0 ISU-ISU SEMASA

6.1 Pesta liar antara gejala sosial dalam kalangan remaja

Umum kita ketahui, isu semasa berkenaan etika sering dibicarakan di media massa dan
semua platform tempatan kerana kepentingan etika yang dapat mengendalikan tatacara kehidupan
manusia dalam menguruskan organisasi, berkomunikasi dengan masyarakat bagi memastikan
kesejahteraan dan kelancaran hidup. Isu semasa mengenai etika yang menjadi topik perbualan kini
ialah berkaitan keruntuhan akhlak dan etika dalam kalangan remaja khususnya pelajar sekolah.
Banyak yang menuding jari ke arah teknologi komunikasi moden yang dikatakan menjadi faktor
utama yang mempengaruhi budaya negatif dalam kalangan remaja masa kini seperti Tiktok,
YouTube, Facebook dan Instagram. Kes peras ugut, buli, merokok, penyalahgunaan dadah,
berkeliaran di tempat hiburan dan pasar raya dalam kalangan remaja sudah menjadi satu berita
yang selalu didengari oleh masyarakat

Berdasarkan berita harian metro yang disiarkan pada 29 Ogos 2020 ia memaparkan isu
semasa yang membabitkan remaja ditahan dalam pesta liar. Remaja ini juga terbabit dalam kancah
jenayah utama iaitu dadah. Menurut Penasihat Mahkamah Kanak-kanak Kuala Lumpur, Jameyah
Sheriff, ‘’setiap kes bermula dengan meraikan sambutan hari jadi dan berakhir dengan kesalahan
berat apabila ditahan dan mendapati penggunaan atau pemilikan dadah dalam aktiviti itu. Dalam
setiap 15 kes diterima membabitkan remaja ditahan dalam pesta liar, kebiasaan 10 daripadanya
didapati membabitkan kes dadah dan ada antara mereka yang di saring positif tidak tahu mereka
mengambil 'barang' itu. Penduduk setempat akan membuat aduan apabila terlalu bising dan remaja
ini akan ditahan bermula dengan kesalahan mengganggu ketenteraman awam dan apabila diperiksa
mendapati ada unsur penggunaan dadah, akhirnya ditahan.’’katanya.

Isu yang melibatkan golongan remaja ini sering di persoalkan punca keruntuhan akhlak
dan etika mereka. Segelintir pihak saling menuding jari antara satu sama lain seperti guru yang
menyalahkan ibu bapa manakala pihak ibu bapa yang menyalahkan sekolah terutama guru kerana
gagal membimbing anak mereka. Pembentukan etika seorang insan perlu diterapkan seawal usia
kanak kanak oleh ibu bapa mereka dengan contoh dan teladan yang baik. Pihak sekolah terutama
guru meneruskan tanggungjawab ini dengan membentuk sahsiah serta jati diri ketika remaja
berada di sekolah. Oleh yang demikian, ibu bapa serta guru perlu sentiasa berkomunikasi dengan

22
baik dan menjalin kerjasama bagi menjamin pembentukan sahsiah dan etika murni dalam kalangan
anak atau pelajar.

Ibu bapa tidak boleh mengabaikan tanggung jawab mereka untuk mendidik anak anak
kerana salah satu punca kes keruntuhan akhlak dan jenayah remaja adalah disebabkan ibu bapa
yang terlampau sibuk dengan kerja. Penerapan etika yang betul adalah berlandaskan syariah islam
dan ibu bapa sepatutnya mengambil contoh teladan para nabi untuk mendidik anak mereka. Sikap
ibu bapa yang mengejar dan mementingkan kemewahan hidup serta penglibatan dalam aktiviti
sosial menyebabkan mereka dan anak anak kurang mempunyai masa Bersama. Lebih
menyedihkan mereka tiada kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama
lain. Ini menjurus kepada pemikiran remaja untuk membawa cara hidup sendiri tanpa pengawasan
dan panduan ibu bapa.

Melalui artikel surat khabar sinar harian bertarikh 5 November 2019, Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyokong tindakan undang-undang
terhadap ibu bapa yang tidak menjaga kebajikan anak-anaknya Timbalan menterinya, Hannah
Yeoh berkata, “selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, tindakan itu wajar
dilaksanakan supaya ibu bapa lebih mengambil berat mengenai kebajikan anak mereka.” Terdapat
peruntukan dalam Akta Kanak-Kanak 2001 untuk mengambil tindakan jika ibu bapa mendedahkan
anak kepada risiko seperti aktiviti tidak berfaedah iaitu basikal lajak atau terdapat isu pengabaian
dan tidak menjaga anak dengan teliti. Hal ini untuk memastikan aktiviti jenayah dalam kalangan
remaja dapat dikurangkan kerana anak anak adalah tanggung jawab besar ibu bapa dalam
pembentukan etika.

Dalam artikel tersebut, Hannah Yeoh juga berkata semua masalah sosial selalunya bermula
dengan masalah kelemahan di rumah. Ramai ibu bapa tidak tahu bagaimana membesarkan anak
remaja kerana kekurangan kemahiran. Beliau juga meminta ibu bapa yang mempunyai masalah
komunikasi dengan anak untuk menghubungi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga
Negara (LPPKN) di seluruh Malaysia bagi mendapatkan bantuan kaunseling dan kursus
keibubapaan. Bengkel Good Enough Parenting (GEP) yang dianjurkan HOPE Worldwide
Malaysia dengan kerjasama LPPKN akan melatih peserta untuk menyediakan panduan kepada ibu
bapa bagi memenuhi keperluan emosi teras anak-anak mereka. Ini adalah salah satu inisiatif
daripada kerajaan untuk mengurangkan kadar kes jenayah dan membentuk sahsiah etika yang

23
bermoral dalam kalangan remaja.

7.0 KESIMPULAN

Kita dapat rumuskan bahawa aksiologi merupakan cabang falsafah ilmu yang dapat
merungkai bagaimana manusia menggunakan ilmu dan sebagai teori nilai yang berkait rapat
dengan pengetahuan yang diperolehi oleh seseorang. Etika merupakan cabang falsafah ilmu dari
sudut aksiologi yang sangat penting dan patut di titik beratkan oleh seseorang individu sejak kecil
lagi.

Pembentukan etika seseorang individu jelas bermula dari institusi keluarga yang
menerapkan nilai, moral dan etika berlandaskan syariah islam. Peranan ibu bapa amatlah
diharapkan untuk mencegah generasi muda terdedah kepada unsur negatif yang akan
mendatangkan kemudaratan yang serius kepada mereka dan institusi keluarga. Penerapan etika
yang betul dapat melahirkan peribadi yang mulia, teratur dan berdisiplin seawal usia kanak kanak
kerana etika dijadikan sebagai kayu ukur yang membawa suatu piawaian yang digunakan bagi
membezakan kelakuan seseorang sama ada baik ataupun buruk. Kepimpinan aspek rohani dalam
pembentukan tingkah laku dan kegiatan individu dapat dilihat melalui cara seseorang memperolehi
dan mengamalkan ilmu tersebut. Manusia wajib membangunkan diri mereka, berubah menjadi
seorang yang lebih baik dan juga membangunkan sumber-sumber material untuk kegunaan di
dunia supaya selaras dengan iradah Allah.

Jika setiap individu di muka bumi ini dilatih dan diterapkan dengan etika dan nilai positif
maka masyarakat yang bertamadun dan dipandang tinggi oleh masyarakat negara luar. Konsep
kejayaan, pembangunan, dan kemajuan dalam islam mempunyai sifat yang menyeluruh,
merangkumi aspek etika dan moral, kerohanian dan kebendaan. Manusia perlu membangunkan
diri dan wajib melaksanakan tugas mereka sebagai hamba (̀abd) dan wakil Allah untuk memakmur,
mentadbir dan membina kehidupan yang bahagia di dunia ini dan seterusnya mencapai kejayaan
(al-falah) di akhirat nanti.

24
8.0 RUJUKAN

1. Abd. Hamid, M. A., Suratman, A. S., & Othman, M. F. (2012). Senario Pendidikan moral
Masyarakat Melayu zaman Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT): Trend, Hala Tuju Dan
model Pendidikan moral Keluarga Islam. Jurnal Teknologi.
https://doi.org/10.11113/jt.v35.624

2. B. (2019, November 5). KPWKM sokong ibu bapa abai anak dikenakan tindakan.
Sinarharian. https://www.sinarharian.com.my/article/55703/BERITA/Nasional/KPWKM-
sokong-ibu-bapa-abai-anak-dikenakan-tindakan

3. Frondizi, R. 1971. What Is Value?: An Introduction to Axiology. 2nd edition. Illinois, Open
Court publishing Company.

4. Mahmud, N. H. (2020, August 29). Remaja naif. HM Online.


https://www.hmetro.com.my/WM/2020/08/615084/remaja-naif

5. Malai, S. (2018, February 28). (PDF) ETIKA : SEBAGAI PANDUAN HIDUP. Retrieved
December 15, 2020, from
https://www.researchgate.net/publication/323454258_ETIKA_SEBAGAI_PANDUAN_
HIDUP

6. Wan Mohd Hirwani Wan Husain. (2015, January 14). Pembelajaran etika didik generasi
muda berakhlak. Berita Harian. Retrieved December 18, 2020, from
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/01/29086/pembelajaran-etika-
didik-generasi-muda-berakhlak

25
9.0 LAMPIRAN

9.1 Keratan akhbar isu semasa

26

Anda mungkin juga menyukai