Anda di halaman 1dari 7

Terima kasih ke modetaror.

Jadi sekarang saya akan mulakan dengan tajuk yang pertama dalam
pemakanan sihat iaitu kepentingan pengambilan vitamin c sebagai makanan tambahan.

Vitamin C, atau nama lainnya asid askorbik, adalah vitamin larut air. Maksudnya vitamin ni larut
dalam air dan dihantar ke tisu badan tapi vitamin c tidak disimpan dengan baik, jadi ia mesti diambil
setiap hari. Namun, Tubuh badan kita tidak menghasilkan vitamin C dengan sendirinya, jadi badan
kita mendapatkan vitamin C dari sumber lain iaitu melalui pemakanan seharian kita. Antara
makanan yang kaya dengan vitamin C adalah buah dan sayuran seperti jambu batu, citrus, kiwi,
oren.Walaupun biasanya disarankan untuk mendapatkan pengambilan vitamin C dari makanan,
banyak orang beralih kepada makanan tambahan/supplement untuk memenuhi keperluan mereka.
Oleh kerana vitamin C ada banyak pada produk bebas, makanan tambahan, dan makanan yang kita
makan, so kekurangan nutrien ini jarang terjadi. Cuma antara nak makan atau tak je. Cadangannya
ialah 1,000 mg sehari.

Berikut adalah faedah dan kepentingan pengambilan vitamin C sebagai makanan tambahan yang
terbukti secara saintifik

1-penghasilan kolagen dan antioksidan untuk kulit

2-Menambah imunisasi badan


3-MENCEGAH SERANGAN GOUT

4. MEMBANTU MENGURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI


1-penghasilan kolagen DAN ANTIOKSIDAN UNTUK KULIT

Vitamin C disebut sebagai salah satu bahan anti-penuaan terbaik di pasaran . Vitamin C membantu
mengatasi tanda-tanda penuaan kerana peranan pentingnya dalam sintesis kolagen semula jadi
tubuh. Kologen ni apa? Kolagen adalah protein yang memberikan struktur kepada sebahagian besar
badan kita termasuk tulang, kulit, tendon, dan ligamen. Senang kata, kolagen ni macam gam yang
cantumkan and kekalkan struktur2 blok badan kita. Kolagen biasanya digunakan dalam rawatan
membantu menyembuhkan kulit yang rosak untuk memperbaiki penampilan kulit dengan
meminimumkan garis dan kedutan. Pengambilan vitamin C yang mencukupi juga membantu
memperbaiki dan mencegah kulit kering

Dalam kajian pada tahun 2019,Wanita yang mengambil makanan tambahan menunjukkan
peningkatan dalam penampilan dan keanjalan kulit.

-Fungsi Antioksidan- meneutralkan radikal bebas.

Radikal bebas ni apa?


Radikal bebas tadalah dari hasil [metabolisme] tubuh dan faktor luaran seperti asap rokok, sinar
uv dan bahan pencemar lain. Ia terdiri molekul yang tak stabil sebab kekurangan satu elektron
dan akan mengambil elektron dari molekul atau sel lain. Penyakit yang disebabkan oleh radikal
bebas bersifat kronis, iaitu diperlukan masa yang lama untuk penyakit tersebut menjadi nyata.
Contoh penyakit yang sering dihubungkan dengan radikal bebas adalah serangan
jantung dan barah. Radikal bebas yang mengambil elektron dari sel tubuh manusia
menyebabkan perubahan struktur DNA.Bila perubahan DNA ini terjadi bertahun-tahun, maka
dapat menjadi tekanan oksidatif (keadaan di mana jumlah radikal bebas di dalam tubuh melebihi
kemampuan tubuh untuk dineutralkan).Kat sini kita kene amalkan vit c sebab vit c ada
antioksidan yanng ambil peranan dengan meneutralkan balik radikal bebas dalam badan.
Sebagai contohnya, Mengambil vitamin C secara berterusan dapat meningkatkan keberkesanan
pelindung matahari yang digunakan pada kulit untuk perlindungan dari sinar UV yang berbahaya
serta boleh mengurangkan kerosakan sel.
2- Salah satu sebab utama orang mengambil suplemen vitamin C adalah untuk meningkatkan imuniti
kerana vitamin C terlibat dalam banyak bahagian sistem imun. Menambah imunisasi badan.

-menghindari jangkitan kuman

Pertama, vitamin C membantu mendorong pengeluaran sel darah putih yang dikenali sebagai
limfosit dan fagosit, yang membantu melindungi tubuh daripada jangkitan. Covid-19(bila badan dah
imun(ada perisai), virus susah nak serang) ia tak bermakna bahawa pengambilan vitamin C akan
menghindarkan anda daripada covid, menurut tinjauan sebelumnya tetapi ia dapat membantu anda
pulih lebih cepat.

-mempercepatkan penyembuhan luka

Kedua,Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C dapat memendekkan masa


penyembuhan luka. Sebab kan Vitamin C membantu tubuh menghasilkan kolagen dan terdapat di
kulit, otot, dan tisu badan. So, tisu kita cepat recover and luka pon akan cepat baik.

-penyakit scurvy dapat dielakkan

Ketiga, penyakit scurvy dapat dielakkan. Scurvy-penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin
c.

Symptom – keletihan,gusi berdarah, tulang lemah, kulit kering, suasana hati yang tidak baik.
Tanpa vitamin C yang cukup, jaringan gusi menjadi lemah dan meradang dan pembuluh darah
lebih mudah berdarah.

Antioksidan sendiri diperlukan untuk membantu mencegah kerusakan sel dengan menetralkan
radikal bebas yang dapat menyebabkan stres oksidatif dan peradangan dalam tubuh.

Bahkan sebelum penemuannvitamin c pada tahun 1932, pakar pemakanan menyedari bahawa
sesuatu dalam buah sitrus dapat mencegah penyakit scurvy iaitu penyakit yang membunuh
sebanyak dua juta pelaut antara tahun 1500 dan 1800.
3-MENCEGAH SERANGAN GOUT

Gout adalah keradangan pada sendi, terutama pada jari kaki yang besar. Orang yang mengalami
gout mengalami pembengkakan dan serangan sakit tiba-tiba dan teruk. Gejala gout muncul apabila
terdapat terlalu banyak asid urik dalam darah.

Asid urik adalah produk buangan yang dihasilkan oleh badan. Pada tahap tinggi, ia mungkin
mengkristal dan mendapan pada sendi.

Menariknya, beberapa kajian menunjukkan bahawa vitamin C dapat membantu mengurangkan asid
urik dalam darah dan, melindungi terhadap serangan gout.

Sebagai contoh, satu kajian yang merangkumi 1,387 lelaki mendapati bahawa mereka yang paling
banyak mengkonsumsi vitamin C mempunyai kadar asid urik dalam darah lebih rendah daripada
mereka yang paling sedikit mengambil.

Selain itu, analisis 13 kajian mendapati bahawa pengambilan suplemen vitamin C selama 30 hari
mengurangkan asid urik darah.

Sebab tu lah, bagus amek vitamin c kalau dah berumur sebab banyak yang dia boleh tolong.
4-MEMBANTU MENGURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI

Tekanan darah tinggi memberi anda risiko penyakit jantung, penyebab utama kematian di peringkat
global. Kajian menunjukkan bahawa vitamin C dapat membantu menurunkan tekanan darah pada
mereka yang menderita tekanan darah tinggi.

Vitamin C boleh bertindak sebagai diuretik, membuang lebihan cecair dari badan dan dapat
membantu menurunkan tekanan di dalam saluran darah.

Faktanya ialah vitamin C menguatkan dinding saluran darah,memperkaya darah dengan oksigen,
meningkatkan imuniti dengan ketara dan mengurangkan kemungkinan aterosklerosis dan krisis
hipertensi

Selain itu, analisis 29 kajian manusia mendapati bahawa pengambilan suplemen vitamin C
mengurangkan tekanan darah sistolik (nilai atas) sebanyak 3.8 mmHg dan tekanan darah diastolik
(nilai yang lebih rendah) sebanyak 1.5 mmHg, rata-rata, pada orang dewasa yang sihat.
DOS SEHARIAN YANG MENCUKUPI UNTUK SESEORANG MENGAMBIL VITAMIN C

 400mg : 1-3 tahun

 650mg : 4-8 tahun

 1800mg : 14-18 tahun (1000mg pon dah cukup)

 2000mg ; 19 tahun dan ke atas

Kalau nak amek vitamin c, belilah vdari sumber yang betul contohnya dari farmasi, watson/
guardian. Jangan main beli je dekat fb/ig untuk elakkan daripada ditipu

Anda mungkin juga menyukai