Anda di halaman 1dari 2

Ramai yang masih kurang minat suka membaca dalam diri mereka.

Mereka menganggap yang


membaca itu satu benda yang membosankan. Pertama kali semasa wahyu pertama diturunkan kepada
baginda Rasulullah S.A.W pun menyuruh baginda untuk iqra” iaitu (membaca). Jadi disini kita boleh
nampak betapa pentingnya membaca dalam islam. Setiap orang akan cepat merasa bosan apabila
membaca. Bahan bacaan tidak hanya terhad kepada buku-buku sahaja tapi anda boleh juga membaca
secara online iaitu membaca di internet seperti laman web, blog, forum, ebook dan banyak lagi

Sebenarnya membaca tak kira la membaca apa pun mempunyai banyak kelebihannya yang jarang kita
nampak. Dalam artikel ini saya akan menerangkan beberapa kelebihan membaca tak kira la baca apa
pun asalkan benda tu boleh dibaca. Dari buku hinggalah ke internet asalkan benda yang dibaca itu
bermanfaat pasti anda akan mempunyai banyak faedahnya. Antara kelebihan dan faedah apabila suka
membacaadalah:

1. Yang ini hampir semua orang tahu dan pernah dengar kan. Iaitu membaca dapat menambahkan ilmu
pengetahuan. Dengan membaca kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang ilmu-ilmu di
sekeliling kita. Tapi ianya juga bergantung kepada bahan bacaan yang dibaca juga. Kalau bahan bacaan
itu berbentuk ilmiah pasti ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Ilmu pengetahuan itu pasti
berguna untuk masa sekarang ataupun masa hadapan anda.

2. Sebenarnya membaca adalah satu senaman juga. Membaca adalah satu senaman minda. Anda akan
menghadapi hari-hari yang tenang kerana dapat berfikir dengan baik oleh kerana anda mempunyai
minda yang sihat. Jika anda menganggap yang senaman tubuh badan itu sangat penting untuk
mendapat kesihatan yang sihat maka begitu la juga senaman minda ini untuk kesihatan minda anda.
Dengan membaca anda akan melakukan satu proses aktif minda anda. Ini kerana anda menggunakan
sel-sel dalam otak untuk berfikir dan mengaktifkan sel-sel tersebut seterusnya membuatkan minda anda
menjadi lebih sihat.

3. Jika anda rajin membaca anda akan mempunyai kelebihan untuk fokus. Fokus adalah memberi
tumpuan dengan sepenuhnya dalam apa saja perkara yang dilakukan. Kelebihan apabila anda dapat
fokus adalah anda tidak akan kelam kabut jika menghadapi sebarang situasi ataupun masalah. Anda
dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. Dan sudah semestinya
anda akan dapat menyelesaikan masalah itu dengan tenang.

4. Membaca akan meningkatkan memori anda. Kalau anda tidak menggunakan memori, lama-lama
memori anda akan menjadi lemah. Permainan seperti teka silangkata akan mengurangkan risiko anda
untuk nyanyuk di hari tua. Walaupun membaca bukan sejenis permainan, ia dapat membantu
meregangkan otot-otot memori dalam cara yang sama seperti anda bermainan permainan yang
menggunakan memori. Ini kerana membaca memerlukan ingatan lebih lanjut tentang apa yang anda
baca itu. Secara tak langsung akan meningkatkan kekuatan memori anda.

5. Meningkatkan disiplin dalam diri adalah sukar bagi sesetengah orang.  Membaca akan melatih anda
untuk menjadi seorang yang berdisiplin. Ini kerana apabila anda selalu membaca anda telah
membuatkan masa membaca sesuatu yang anda tahu dan anda mesti lakukan pada masa-masa
tertentu. Tapi ada siapa-siapa yang membuat jadual membaca dalam sehari?anda ada buat ke?sangat
sedikit yang melakukan. Itulah sebabnya apabila anda menambahkan aktiviti membaca dalam jadual
seharian dan sentiasa melakukannya anda akan meningkatkan tahap disiplin dalam diri anda. Anda juga
mungkin merasa tidak selesa jika tidak membaca pada satu-satu hari, itu bermakna tahap disiplin untuk
membaca dalam diri anda sangat tinggi.

6. Apabila anda rajin membaca ia akan meningkatkan kreativiti dalam kotak fikiran anda sebenarnya.
Anda seorang yang rajin membaca tentang kepelbagaian kehidupan dan ini akan memberikan anda
inspirasi kepada idea-idea yang baru. Dengan penambahan maklumat-maklumat yang lebih ia akan
membantu memajukan bahagian kreatif dalam minda anda dimana ia menyerap pembaharuan kedalam
proses pemikiran. Seterusnya anda akan lebih kreatif untuk melakukan sesuatu perkara yang baru
dalam hidup anda.

7. Adakah anda selalu merasa bosan?biasanya anda akan cepat untuk merasa bosan kerana anda tiada
aktiviti untuk dilakukan. Tahukah anda membaca akan mengurangkan rasa bosan? Jika anda merasa
bosan cuba cari bahan untuk dibaca tak kira la dari mana pun sumbernya. Mungkin apabila anda
membaca sesuatu itu anda akan terjumpa sesuatu yang anda minat, maka anda akan merasa kurang
rasa bosan dan seterusnya menghentikan rasa bosan anda itu.
8. Membaca akan mengurangkan stress atau tekanan. Jika anda selalu merasa tertekan ataupun
banyak menghadapi masalah pasti ia akan menyusahkan hidup anda. Apabila anda membaca mungkin
anda dapat melupakan seketika sesuatu masalah anda itu ataupun anda membaca sesuatu yang
menghiburkan anda sudah pasti ia akan menghilangkan rasa stres dan tekanan dalam diri anda itu.
Maka dapat dilihat yang membaca dapat membantu anda dari keluar tekanan dan stres.

9. Rajin membaca akan meningkatkan skil membaca dan skil tatabahasa anda. Pada mulanya memang
susah untuk anda mendapat skil membaca tapi lama kelamaan anda akan menemui skil dan rentak
membaca itu. Dan seterusnya akan meningkatkan keseronokan anda untuk membaca kerana anda
sudah menemui skil dan rentak anda sendiri. Dengan skil dan rentak inilah anda tidak akan cepat
merasa bosan malah semakin seronok untuk membaca dan terus membaca.

10. Membantu anda berkomunikasi dengan lebih baik. Ini kerana dengan dengan banyak pengetahuan
yang diperolehi dari banyaknya pembacaan anda, anda akan merasa lebih yakin untuk berkomunikasi.
Anda dapat menceritakan kepada orang lain apa yang anda tahu dan mengelakkan dari berdiam diri saja
apabila berkomunikasi dengan orang lain. Anda juga akan merasa seronok untuk menceritakan dan
berkongsi dengan orang lain tentang apa yang anda tahu.

Sebagai kesimpulan, dapat la diketahui yang membaca mempunyai banyak kelebihannya yang
tersendiri. Apa yang saya terangkan dalam artikel ini adalah hanya sebahagian sahaja dari banyaknya
kelebihan-kelebihan membaca itu. Jadi anda patut menjadikan aktiviti membaca ini sebahagian dari
kehidupan seharian anda. Semoga anda mendapat banyak faedah dan manfaat darinya.

Anda mungkin juga menyukai