Anda di halaman 1dari 71
BAB III DASAR PEMBANGUNAN PERUMAHAN DI MALAYSIA DAN INDONESIA Bab ini. memberikan gambaran yang umum mengenai dasar pembangunan perumahan di Malaysia dan Indonesia. Dasar pembangunan perumahan ini sebagai latar belakang dan memberikan gambaran pembangunan nasional secara makro, sehingga dapat dilihat perkembangan keadaan dan masalah pembangunan perumahan sebagai satu sektor dari pembangunan nasional yang terus berubah dari masa ke semasa. Pendekatan sistem dalam pendekatan pembangunan nasional menggambarkan satu bentuk dasar pembangunan yang umum dan dapat mempengaruhi polisi pembangunan perumahan. Selain itu, menurut pandangan pentadbiran sosial banyak faktor yang dapat dilihat dalam pelaksanaan program pembangunan perumahan, seperti sejarah, kependudukan, sistem ekonomi dan politik, dan sosial budaya. Walaupun polisi dan program pembangunan perumahan di satu negara itu telah mempunyai landasan yang kuat dari sisi undang-undang dan aturan pelaksanaannya, namun untuk mencapai prestasi pembangunan perumahan masih wujud berbagai masalah dalam usaha mewujudkan kesejahteraan rakyat. 86 4. PEMBANGUNAN NASIONAL: FALSAFAH DAN DASAR Konsep pembangunan nasional telah diperkenalkan sejak awal kemerdekaan, baik di Malaysia maupun Indonesia, Namun dalam pelaksanaannya, konsep pembangunan ditafsirkan dalam pengertian yang berlainan, sesuai dengan keadaan dan masalah dalam masyarakat sebagai satu bangsa, baik dari aspek latar belakang sejarah, ekonomi, politik dan pentadbiran pembangunannya. Istilah pembangunan pada awelnya dipandang dan diertikan dengan berasaskan paradigma dan pendekatan ekonomi, sebagai satu useha pembangunan yang dikaitkan dengan pertumbuhan (growth). Dalam perkembangan selanjutnya (1970an), pembangunan dilihat dalam paradigma kesejahteraan sebagai usaha untuk membaiki kualiti hidup dan memenuhi keperiuan asas hidup. Kedua pengertian ini paling banyak mempengaruhi dasar pembangunan, terutama di negara-negara yang sedang berkembang. Selain itu, faktor falsafh bangsa memberikan warna bagaimana tujuan dan matlamat pembangunan itu dicapai. Huraian ini akan memberikan gambaran yang makro sebagai latar belakang dan asas untuk menganalisis dasar pembangunan perumahan. 4.1 Perkembangan Dan Masalah Pembangunan Di Asia Tenggara, Malaysia dan Indonesia dapat dikategorikan sebagai negara-negara yang sedang membangun. Malaysia merupakan sebuah negara yang terletak sebahagian di kawasan Tanah Semenanjung dan sebahagian lagi di kawasan Utara pulau Kalimantan. Sebelum Perang Dunia Kedua, Semenanjung Malaysia dibahagikan kepada tiga kawasan: Negeri-negeri Selat 87 (Melaka, Pulau Pinang dan Singapura yang pernah dikuasai dan diperintah oleh Kerajaan British), Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Negeri Sembilan, Pahang, Perak, dan Selangor), Negeri Melayu Tidak Bersekutu (Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu) (Abdul Aziz Zakaria 1992). Sedangkan Indonesia merupakan sebuah negara kesatuan republik selepas dijajah Belanda lebih dari 350 tahun dan baru merdeka pada tahun 1945. Secara geografi dan politik, Indonesia terdiri daripada negara kepulauan yang luas kawasannya lebih dari dua juta km2 dengan penduduk lebih dari 210 juta orang pada 1997; dengan sistem pemerintahan republik-presidensial yang bersifat sentralistik. Dalam konteks pembangunan di Malaysia dan Indonesia, sebagaimana juga negara-negara yang sedang membangun lainnya, kedua negara ini telah mempunyai rancangan pembangunan nasional, organisasi dan birokrasi (yang baru dibina selepas merdeka) untuk membangun bangsanya. Berasaskan rancangan dan dasar pembangunan nasional, kedua negara ini telah menunjukkan pencapaian dalam pelaksanaan program pembangunan. Ini kerana kemampuan — menterjemahkan dan melaksanakan —_program-program pembangunan ke dalam berbagai aktiviti dan tindakan (Ness 1967). Konsep pembangunan nasional pada hakikatnya adalah merupakan satu usaha untuk membangun atau meningkatkan kehidupan bangsa, yang ditujukan bukan hanya untuk membangun aspek fizikal, tetapi lebih difokuskan kepada manusianya. Dalam konsep pembangunan manusia, secara umum menggambarkan sebagai satu sistem dan pendeketan yang diamalkan di kedua negara ini melibatkan 88 RSITI MALAYA PERPUSTAKAAN UNIV! berbagai aspek yang penting dalam pembangunan nasional, seperti sejarah, penduduk dan kemiskinan, politik dan pentadbiran. Dalam sejarah pembangunan di Malaysia, sejak kemerdekaan (1957), matlamat utama pembangunan negara ialah menjadi sebuah negara yang makmur lagi bersatu padu berasaskan sistem demokrasi di dalam suasana pembangunan yang aman dan stabil. Sejarah pembangunan Malaysia menunjukkan empat era yang penting. Pertama, masz penjajahan British, dasar awam mengenai pembangunan telah dibuat dengan menglibatkan kerajaan pada kadar yang paling minimum. Matlamat pemerintahan penjajah ialah untuk mendapatkan seberapa banyak hasil yang boleh daripada negara Malaysia. ‘Akibat dari dasar itu, negara Malaysia sampai sekarang mempunyai beberapa ciri baik secara fizikal maupun mental, yang menjadi penghalang wujudnya satu masyarakat yang bersatupadu, antaranya kedudukan ekonomi yang tidak seimbang antara kaum dan wilayah (Rao 1980; Jomo & Ishak Shari 1986). Kedua, era Malayan Union (1946-1957), wujudnya perasaan kebangsaan dan penglibatan pihak pemerintah dalam perkhidmatan awam. Pada masa ini, wujud pergerakan dan mobilisasi politik. Kaum Melayu misalnya, tidak mau ketinggalan dalam kemajuan negara, dan pembangunan negara perlu berteraskan sistem pentadbiran dan kebudayaan penduduk asal yang melambangkan kepentingan dan kedudukan adat resam Melayu yang berasaskan sistem negara beraja. Ketiga, era kemerdekaan sehingga ke peristiwa 13 Mei 1969. Pada era ini, perhatian ditujukan kepada pentingnya hubungan atau keseimbangan di antara kemajuan sistem sosiopolitik negara dengan kemajuan dan pengagihari kemewahan ekonomi yang dicapai. 89 Pertumbuhan ekonomi telah membanggakan kerana semakin kuatnya keputusan-keputusan politik (Funston 1980). Namun agihan pendapatan untuk berbagai_kaum tidak seimbang, kerana pembahagian guna tenaga dalam Kegiatan ekonomi masih dilakukan mengikut kaum. Keadaan ini masih menjadi penghalang utama terhadap pencapaian perpaduan negara. Era yang keempat, pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), 1971-1990. Dasar ini digubal untuk mencapai perpaduan negara dengan menghapuskan kemiskinan, struktur sosiopolitik dan ekonomi masyarakat yang tidak seimbang. Rukun Negara telah diperkenalkan sebagai asas pencapaian dan pembentukan sistem nilai di dalam mencapai matlamat pembangunan dan penyatuan negara. Pada masa 1971- 1980an, negara telah mengalami perkembangan yang pesat di dalam pencapaian DEB. Namun pada pertengahan dekad 1980an, ekonomi negara mengalami kemelesatan yang teruk, sehingga terbantutnya _pencapaian matlamat DEB yang berasaskan kepada pertumbuhan ekonomi yang berterusan. Sejak tahun 1991 sampai sekarang, telah terjadi perubahan dari DEB menjadi Dasar Pembangunan Nasional (DPN). Pelaksanaan DPN telah digubal berteraskan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Disamping mengekalkan matlamat-matiamat DEB untuk mencapai pembangunan seimbang dan pertumbuhan dengan pengagihan yang seksama. Beberapa tambahan dimasukkan ke DPN (berbeda dengan DEB), misalnya isu pembangunan sumber manusia, menjadikan sains dan tekonologi sebagai teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi, dan perlindungan alam sekitar. Dengan demikian, dari keempat era pembangunan, menggambarkan perkembangan dan perubahan yang wujud dalam dasar pembangunan di Malaysia (Intan Malaysia 1992). Keadaan masalah penduduk dan kemiskinan pada setiap era pembangunan di Malaysia _mencerminkan kehidupan ekonomi dan sosial masyarakat. Dalam —kehidupan ekonomi masyarakat, pada awal perkembangannya menggambarkan satu keadaan daripada sebuah neger! jajahan yang kedudukan ekonominya tidak seimbang kerana_kekayaan negerinya diekploitasi untuk kepentingan penjajah, dan struktur masyarekatnya belum bersatupadu. Selepas keadaan ekonomi berubah setelah merdeka, dan Malaysia bersikap terbuka terhadap perdagangan dunia dan pertumbuhan ekonomi, Keadaan ini semakin lebih baik lagi sejak diperkenalkan DEB dan DPN, namun masalah kemiskinan masih wujud. Oleh itu, pembangunan masih terus ditakukan, dan dari semasa ke semasa tetap perlu dikaji untuk lebih meningkatkan Kuali: hidup rakyat. Masalah politik pentadbiran juga penting untuk menunjukkan, bagaimana peranan Kerajaan sebagai jentera penggalak dalam pembangunan. Usaha menyatupadukan masyarakat melalui sistem dan ekuatan politi sebagai satu kegiatan pembangunan politik, dilakukan untuk mewujudkan dan mencapai hasrat matiamat Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional. Dalam sistem pentadbiran pembangunan, kedudukan dan penglibatan kerajaan sangat dominan, kerjasama dan penglibatan sektor swasta juga wujud melalui berbagai kegiatan projek pemnbangunan (Lim Chong Yah 1967; Jomo K.S &R.J.G. Wells 1983). Sejarah perkembangan (di) Indonesia, pada tahun-tahun pertama semenjak proklamasi kemerdekaan (1945) pembangunan belum bermula, 1 kerana semua kemampuan dan perhatian hanya dicurahkan untuk mempertahankan kemerdekaan. Keadaan waktu itu sangat berpengaruh terhadap kehidupan bangsa dan negara yang mengakibatkan terjadinya ketidakstabilan negara, seperti di bidang politik, ekonomi, dan pemerintahan. Waktu itu juga, sering terjadi berbagai gejolak politik, sehingga menimbulkan masalah kenegaraan dan belum dapat melaksanakan pembangunan. Pada era Soekarmo (1945-1966), lebih difokuskan pada _pembangunan _bangsa, menyelesaikan masalah dan gejolak politik. Pada masa itu, dasar ekonomi Indonesia telah ditujukan untuk mencapai pertumbuhan nasional, yang dirumuskan dengan beberapa variasi sesuai dengan matlamat politik dan sasaran ekonomi yang hendak dicapal. Usaha ini untuk mendorong pertumbuhan ekonomi secepat mungkin melalui pengadaan dan pembentukan modal dengan pertimbangan bahawa pertumbuhan itu perlu untuk mengatasi ‘kemiskinan dan keterbelakangan' dan ‘tekanan pertambahan penduduk’. Sesuai dengan perkembangan awal pembangunan di Indonesia, perubahan struktur pembangunan lebih difokuskan kepada dua bentuk pembaharuan, iaitu pembangunan politik dan ekonomi. Secara politik, pembangunan ditujukan untuk menyatupadukan berbagai kekuatan politik dengan menekankan kepada ‘nation building’. Pembaharuan ekonomi ditujukan untuk menghapuskan kesan-kesan ekonomi penjajah, dan mewujudkan berlakunya ekonomi nasional yang sanggup berdiri sendiri (berdikari). Pembangunan sistem ekonomi nasional ini berusaha untuk merubah sistem ekonomi penjajah yang berasaskan dasar-dasar ekonomi rasialisma yang dibuat Belanda. Secara formal, sistem ekonomi nasional diatur dalam Pancasila dan 92 Undang-Undang Dasar 1945 dengan berasaskan kekeluargaan bagi mencapai kesejahteraan rakyat (Muhaimin 1990), Masalah penting yang berkaitan dengan pertumbuhan ekonomi dan sosial jalah keadaan penduduk dan kemiskinan. Penduduk yang kedudukan dan letak geografinya menyebar di 5 pulau besar dan kira-kira 12,000 pulau-pulau kecil, pertumbuhan penduduk dan urbanisasi yang terus meningkat. Pada tahun 1960, pertumbuhan penduduk hanya 2.4%, dan pada tahun 1970 menjadi 2.6%, urbanisasi pada 1980-1990 sahaja mencapai 5.36%. Pertembahan penduduk dan urbanisasi ini mencapai lebih 60 peratus terkonsentrasi di pulau Jawa yang semakin padat dibandingkan dengan pulau-pulau besar lainnya. Pertambahan penduduk dan tingginya urbanisasi semakin menimbulkan masalah, terutama kemiskinan bandar. Bersamaan dengan keadaan dan masalah penduduk, pertumbuhan ekonomi yang lambat juga menjadi faktor yang mendukung kearah lebih sukarnya mengatasi masalah Kemiskinan. Sampai dua puluh tahun selepas merdeka, Indonesia masin merupakan negara yang termasuk miskin di dunia. Pada tahun 1967, GNP-perkapita Indonesia hanya US$ 50.00, masih di bawah India, Bangladesh dan Nigeria. Untuk mengurangkan masalah kemiskinan pada awal Pembangunan Jangka Panjang Tahap kesatu (PJPT-I), kerajaan merumuskan program pada setiap Repelita (walaupun setiap Pelita mengalami ubahsuai) yang diamalkan sejak 1969. Pada Repelita I, ketika stabilisasi ekonomi mulai dijalankan, perhatian ditujukan kepada peningkatan pertumbuhan ekonomi domestik guna mengatasi kesenjangan antara bandar dan desa, di antara berbagai wilayah dan kelas sosial (kaya-miskin). 93 Menurut pemikiran pakar ekonomi, pembangunan Indonesia yang pada awalnya harus menekankan kepada pertumbuhan ekonomi, dengan pembentukan modal yang melebihi pertambahan penduduk. Model ini menekankan pentingnya mengatasi kemiskinan, sebagai akibat tekanan pertambahan penduduk. Strategi model ini penting pula untuk mencapai terobosan ‘sosial ekonomi untuk menuju pertumbuhan berasaskan kekuatan senditi (self sustained growth), yang mempunyai implikasi kepada ‘Trickle-down effect’ untuk kesejahteraan rakyat. Bagaimanapun, dalam politik dan pentadiran, pembangunan memerlukan konsep ‘teknokratik’ yang menganggap penglibatan seluruh rakyat dalam proses pembangunan dan pengambilan keputusan oleh pemerintah adalah mustahak dilakukan, kerana akan mempengaruhi proses pelaksanaan pembangunan masa itu (Feith & Castles 1987). Oleh itu, dalam proses perancangan pembangunan yang penting dalam amalannya adalah melibatkan seluruh aktiviti rakyat dan melindungi kepentingan golongan ekonémi lemah (bumi-putra). Cara yang ditempuh, pertama, pada tahun 1947 pemerintah menyusun strateg/ pembangunan nasional (Masoed 1989; Muhaimin 1990). Namun pada masa pemerintahan demokrasi liberal (1950-1959), rancangan pembangunan itu tidak dapat diamalkan, kerana ketidakstabilan politik-domestik dan lemahnya sistem pentadbiran negara, dan sering terjadi pergantian susunan kabinet dan perdana menteri. Dominasi, pertentangan dan konflik kuasa politik dipengaruhi juga oleh parti politik besar seperti Parti Nasional Indonesia (PNI), Parti Islam Masyumi, Parti Islam Nahdatul Ulama (NU), Parti Murba, Parti Sosialis Indonesia (PSI) yang merupakan satuan- satuan formal pelaku politik (Feith 1970; Wenstein 1976). Kedua, pada masa 94 pemerintahan Orde Baru (1966-1998) lebih memfokuskan untuk mengatasi masalah politik dan ekonomi peninggalan Orde Lama. Dalam era Kabinet Pembangunan ini, sistem politik dan pentadbiran lebih diarahkan untuk pembangunan ekonomi (Frans Seda 1980). Usaha yang dilakukan adalah menyusun semula struktur dalam sistem politik, perancangan dan pentadbiran pembangunan. Pemerintah menciptakan sistem politik yang stabil, dengan menyederhanakan birokrasi, memusatkan organisasi Tentera, mengawal Dewan Perwakilan Rakyat, menyederhanakan kekuatan politik, dan memusatkan kekuasaan, menggerakkan penyertaan dan swadaya masyarakat (Nurdin 1995). Perkembangan keadaan dan masalah di kedua negara di atas menunjukkan bahawa pembangunan nasional sebagai satu konteks bagi dasar perumahan dapat dilihat dari sejarah bangsa, yang pelaksanaannya sangat bergantung kepada faktor-faktor politik dan kuasa birokratik, keadaan sosio- ekonomi, dan sistem pentadbiran negara. Masalah pembangunan jangka panjang yang masih dihadapi dan terus diusahakan adalah membasmi kemiskinan. Usaha ini terus dilakukan dan diharapkan pendekatan kerajaan terhadap pembangunan melalui Rancangan Dasar Pembangunan Nasional. 1.2 Falsafah Dan Tujuan Pembangunan Dalam kehidupan manusia, falsafah mempunyai makna, tujuan, fungsi dan kegunaan sebagai pedoman tingkah laku manusia. Kedudukan falsafah sangat bermakna dalam kehidupan manusia sebagai satu usaha untuk mencari kebenaran dengan cara yang rasional, arif dan bijaksana. Fungsi dan kegunaan falsafah dapat membantu manusia untuk memahami alam semesta, makna, dan 95 juga nilainya dengan mendalami soalan-soalan asasi manusia (Suseno 1991). Oleh itu, falsafah dapat memberi jawaban kepada manusia mengenai apa yang dipercayainya dan mengapa ia harus berjuang untuk kepercayaan itu. Falsafah juga memberikan hikmah, artinya falsafah dapat memberi kepuasan kepada keinginan manusia untuk membela kebenaran dan kepentingan kesejahteraan manusia. Namun, dalam manusia berfalsafah, akal sahaja tidak cukup, kerana perlu diimbangi dengan iman, agar tidak melanggar aqidah-aqidah agama (Sindhunata 1983; Muchtar Lintang 1976; Achmad Baiquni 1993), Falsafah dalam konteks pembangunan menunjukkan pentingnya nilai-nilai yang selaras dengan kehidupan bangsa, yang dijadikan pedoman dalam usaha untuk membaiki dan meningkatken kesejahteraan hidup bangsa. Menurut Baroroh Baried, pembangunan nasional penting untuk menegakkan suatu masyarakat yang adil dan makmur. Dalam upaya mengarahkan pembangunan perlu amar-matuf nahi-munkar dianggap sangat mendesak sekall, bila ada proses yang terus menerus pada pembangunan yang terancang (Kamal Hassan 1987). Falsafah sebagai pedoman pembangunan, secara umum mencerminkan nilai-nilai universal yang diwujudkan dalam kehidupan berbangsa dan bernegara: Semua nilai-nilai yang universal ini berasaskan kepada konsensus nasional yang menggambarkan pengakuan bersama akan tata-nilai dan norma masyarakat, meskipun kerungkinan masih terdapat perbezaan persepsi dan penghayatan antara-individu, tetapi telah ada kesepakatan. Konsensus, melihat masyarakat sebagai susunan yang teratur dan stabil, dalam Kerangka struktur sosial yang harus dijunjung tinggi. Oleh itu, dalam kehidupan berbangsa dan bernegar2, 96 nilai-nilai falsafah yang berasaskan konsensus mempunyai fungsi dan kegunaan sebagai pedoman yang mengatur kelakuan setiap warga negara sesuai dengan tujuan pembangunan. Dalam konteks Malaysia dan Indonesia, falsafah pembangunan dijadikan sebagai pandangan hidup yang memudahkan untuk memandang masalah yang dihadapi, dan menentukan arah serta cara bagaimana menyelesaikannya. Dengan memiliki pedoman (ideologi), memudahkan untuk menangani masalah politik, ekonomi, sosial dan budaya yang timbul dalam gerak masyarakat membangunbangsa, dan menentukan ke arah mana tujuan yang ingin dicapai. Rumusan falsafah dan tujuan pembangunan di Malaysia dan Indonesia dapat dilihat pada Jadual 3.1. 7 Jadual 3.1 Falsafah Dan Tujuan Pembangunan Falsafah Malaysia Rukun Negara 1 Kepercayaan kepada Tuhan 2 Kesetiaan kepada Raja dan Negara 3 Keluruhan Perlembagaan 4 Kedaulatan Undang-Undang 5 Kesopanan dan Kesusilaan Pancasila : 4 Ketuhanan Yang Maha Esa 2 Kemanusiaan Yang Adil dan Beradab 3 Persatuan Indonesia Tujuan Pembangunan Menurut Dasar Pembangunan : | Menjadi sebuah negara makmur 2 Bersatu padu 3 Demokratk 4 Aman dan stabil 5 Kesejahteraan umum. ‘Menurut UU 1945, 1 Melindungi segenap Bangsa Indonesia dan seluruh Tanah Tumpah Darah Indonesia 2 Memajukan Kesejahteraan Umum, “4 Kerakyetan yang dipimpin oleh hikmat 3 Mencerdaskan Kehidupan Bangsa kebijaksanaan dalam permusyawaratan/ 4 Tkut melaksanakan ketertiban dunia yang perweklan berdasarkan perdamaian abadi, 5 Keadilan sosial bagi seluruh rakyat kemerdekaan dan keadlian sosial Indonesia. ‘Menurut Dasar Pembangunan Nasional : 1 Mewujudkan masyarakt adil dan makmur yang merata material dan spiritual bberdasar kan Pancasilak 2.Di dalam wadah Negara kesatuan Pepublk Indonesia yang merdeka, berdaulat, bersatu dan berkedaulatan rakyat. 3 Dalam Membangun bangsa yang maju, mandir, dan sejahtera. ‘Sumber: Ginanjar Kartasasmita 1996; Malaysia: Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keenam 1993; Ketetapan-Ketetapan MPR 1978; Azhary, SH, Pancasila dan UUD' 45, Ghalia Indonesia, Jakarta, 1979. Di Malaysia, nilai-nilai falsafah yang dijadikan pedoman asas bagi Dasar Pembangunan Nasional ialah Rukun Negara. Nilai ilai yang paling penting dan utama adalah nilai-nilai Ketuhanan, iaitu kepercayaan kepada Tuhan. Pencerminan nilai-nilai dan kepercayaan kepada Tuhan ditunjukkan dalam bentuk kesetiaan kepada Raja dan Negara, dan dirumuskan ke dalam sistem perlembagaan negara yang luhur dan kedaulatan Undang-Undang. Berdasarkan 98 nilai-nilai Ketuhanan dan Undang-Undang, warga negara _diharapkan mengamalkan kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan harian mereka. Dengan demikian, penghayatan nilai-nilal_ketuhanan dan kemanusiaan ini mampu mengarahkan, mewujudkan dan meningkatkan rasa Kasih sayang dalam kehidupan manusia ke dalam bentuk negara yang sejahtera. Sesuai dengan nilai-nilai Rukun Negara, falsafah pembangunan di Malaysia _menunjukkan pentingnya peranan agama, nilai-nilai_ Ketuhanan, kepercayaan kepada Tuhan, dan nilai-nilai kemanusiaan sebagai landasan utama dalam pelaksanaan pembangunan. Nilai-nilai falsafah asas ini tercermin dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB), iaitu pembangunan dengan pengagihan seksama, yang merangkumi matlamat pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Pada tahap selanjutnya, apabila DEB telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), maka ditetapkan; ‘pembangunan seimbang’ sebagai falsafah pembangunan yang menekankan kepada pencapaian matlamat- matlamat pertumbuhan, pengagihan, pembangunan _berterusan dan pertumbuhan sektor-sektor utama perindustrian, pertanian dan perkhidmatan. Konsep keseimbangan pembangunan, matlamatnya untuk membaiki ketidak seimbangnan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Oleh itu, dalam konteks jangka panjang, dasar dan strategi pembangunan nasional Malaysia akan menjadi asas kepada wawasan 2020, iaitu visi untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju berteraskan perindustrian dengan ekonomi yang progresif dan makmur, mampu bersaing, dinamik, teguh dan berdaya tahan, di samping mengekalkan dimensi sosial untuk mewujudkan masyarakat adil, penyayang dan bersatu padu (Chamhuri Siwar 1994). Dengan demikian, pembangunan di 99 Malaysia bertujuan untuk menjadi sebuah negara makmur yang bersatu padu, demokratik, aman, stabil dan sejahtera. Di Indonesia, hakikat pembangunan nasional adalah pembangunan manusia yang seutuhnya dan pembangunan bagi seluruh masyarakat. Sasaran pembangunan adalah semua aspek kehidupan manusia, bukan hanya ditujukan kepada aspek fizikal sahaja, tetapi juga aspek spiritual. Prinsipnya adalah pembangunan yang lebih mengutamakan kepada kesejahteraan manusia, secara adil dan merata. Keadilan dan pemerataan melalui sistem pengagihan kekayaan dan kemakmuran penting bagi seluruh warga masyarakat. Oleh itu, pelaksanaan pembangunan selain menjadi tugas dan tanggung jawab semua warga negara, hasil-hasil pembangunan juga perlu diagihkan secara adil kepada seluruh rakyat. Sejarah telah menunjukkan, Pancasila mengandungl jiwa seluruh rakyat, yang memberi kekuatan hidup, membimbing dan mengarahkan kehidupan tahir batin yang makin lebih baik di dalam masyarakat Indonesia. Pancasila sebagal pandangan hidyp Bangsa telah ditetapkan menjadi Dasar Negara Republik Indonesia, dan dijadikan kepribadian bangsa Indonesia. Falsafah Pancasila ini mampu menyatupadukan bangsa yang beragam etnik dan agama, kerana mencerminkan universalisma, idealisma, dan nasionalisma yang dirumuskan sesuai dengan nilai-nilai bangsa Indonesia sendiri (Siagian 1985). Menurut nilai-nilai dan falsafah Pancasila, pembangunan harus seimbang dan tidak bersifat materialistik. Oleh itu, pelaksanaan pembangunan harus berlandas pada keimanan dan ketakwaan yang timbul dari pengakuan kepada nilai-nilai _Ketuhanan Yang Maha Esa, Keimanan dan Ketakwaan menjadi landasan spiritual, moral dan etika bagi pelaksana pembangunan. Nilai-nilai 100 Ketuhanan int mencerminkan pentingnya kaidah-kaidah_ moral dan etika, sehingga pembangunan nasional itu merupakan pembangunan yang berakhlak, Nilat kemanusiaan yang adil dan beradab, menghormati martabat kemanusiaan serta hak dan kewayiban asasi manusia dijadikan nilai penting, sehingga nilai- nilat int tidak mengenal ‘economic animal’ dalam kehidupan berbangsa dan bernegara. Oleh itu, pembangunan tetap diarahkan bagi kesejahteraan bangsa Indonesia. Nilai-nilal persatuan dalam Pancasila mengamanatkan pentingnya wawasan kebangsaan dan tetap memertukan sikap patriotik bagi pelaku pembangunan, Nilai-nilai kedaulatan rakyat, mencerminkan bagaimana demokrasi diamalkan di Indonesia. Kedilan sosial menunjukkan pentingnya pengagihan pembangunan diamalkan bagi _mencapal kemakmuran yang berkeadilan bagi seluruh rakyat Indonesia (Ginanjar Kartasasmita 1997). Pancasila sebagai pedoman hidup bangsa member! keyakinan kepada rakyat Indonesia, bahawa kebahagiaan hidup akan tercapai apabila diasaskan kepada keseimbangan, baik dalam hidup manusia sebagai peribadi, hubungan manusia dengan Tuhannya, hubungan manusia dengan masyarakat, dan manusia dengan alam, maupun dalam mengejar kemajuan lahiriah dan kebahagiaan batiniah. Berasaskan kepada keyakinan dan kebenaran terhadap nilai-nilat faisafan Pancasila, manusia ditempatkan pada keluhuran harkat dan martabatnya sebagai makhluk Tuhan yang Maha Esa dengan kesedaran untuk mengemban kodratnya sebagai makhluk pribadi dan juga makhluk sosial. Berasaskan kepada kodrat manusia sebagai makhluk Tuhan dan juga makhluk sostal, penghayatan dan pengamalan Pancasila sangat penting dan turut menentukan arah pembangunan nasional. Arah dan strategi pembangunan di 101 Indonesia dityukan untuk = mewujudkan Tujuan Nasional, ~membentuk Pemenntah Negara Indonesia yang melindungi bangsa Indonesia dan seluruh tumpah darah Indonesia, memajukan kesejahteraan umum, mencerdaskan bangsa, dan ikut melaksanakan ketertiban dunia (Tjokroamidjojo & Mustopadidjaja 1980). Berlandaskan kepada falsafah Pancasila dan UUD 1945, dalam melaksanakan pembangunan harus berasaskan kepada: asas manfaat, usaha bersama dan kekeluargaan, demokrasi, adil dan merata, keseimbangan, kesedaran hukum, dan kepercayean pada diri sendiri. Asas-asas Ini menunjukkan bahawa semua kegiatan pembangunan harus dapat dimanfaatkan sebesar-besamya bagi kemanusiaan dan kesejahteraan rakyat. Dalam mencapai cita-cita dan aspiras! bangsa harus merupakan usa/a bersama dari bangsa dan seluruh rakyat yang dilakukan secara gotong royong dan dijiwai oleh semangat kekeluargaan. Demokrasi meliputi semua bidang; politik, sosial dan ekonomi, dan dalam semua masalah diselesaikan melalui mesyuarat. Hasil-hasil pembangunan harus dinikmati secara adil dan merata oleh seluruh rakyat. Asas prikehidupan dalam keseimbangan harus diwujudkan; antara dunia dan akhirat, material dan spiritual, jiwa dan raga, individu dan masyarakat. Warga negara harus selalu sedar dan taat kepada hukum, dan dalam melaksanakan pembangunan nasional, termasuk bidang perumahan harus percaya kepada kekuatan sendiri, serta bersendikan kepada kepribadian bangsa (Azhary, SH. 1979; BP7-Pusat 1992; Logemann 1982). Berdasarkan huraian di atas, fatsafah pembangunan nasional di Malaysia dan Indonesia menunjukkan kesamaman, pada hakikatnya adalah pembangunan 102 manusia. Dalam usaha ini, wujud nilai-nilai yang sama sebagai Jandasan untuk membangun masyarakat. Prinsip atau nilai-nilai pembangunan nasional di kedua negara ini menekankan pentingnya keseimbangan pembangunan antara aspek fzkal dengan bukan_ fizikal (kejiwaan). Dalam amalan, semua aktiviti pembangunan diasaskan kepada nilai-nilai demokrasi dan kekeluargaan yang dipraktikkan dalam sistem periembagaan dalam sistem pentadbiran negara. Walau bagaimanapun, _nilai-nilal_ ketunanan dan kemanusiaan sangat diutamakan, yang pada akhimya ditujukan untuk keadilan dan kesejahteraan rakyat. 1.3 Dasar Pembangunan Nasional Sebagai Landasan Pembangunan Sesuai falsafah dan tujuan pembangunan, Dasar Pembangunan Nasional disusun sebagai landasan pembangunan. Di Malaysia, Dasar Pembangunan Nasional dirumuskan dalam bentuk Rancangan Malaysia. Sedangkan di Indonesia, sejak Orde Baru, Rancangan Pembangunan telah disusun dalam bentuk Garis-Garis Besar Haluan Negara (GBHN) yang berisikan arah-tujuan dan cara-cara yang perlu diperhatikan dalam amalan pembangunan. Perkembangan dan fokus utama Dasar pembangunan nasional, dapat dilihat pada Jadual 3.2. 103 Jadual 3.2 Perkembangan dan Fokus Utama Dasar Pembangunan Nasional Indonesia : Fokus Utama Tempoh 1956-1960 Produitiviti Pertanian 1945-1996 Pembaharuan pembangunant (amt) & perindustrian; (Politk dan Ekonomi) Pelajaran & Kesihatan; Perumahan 1961-1965 Pelbagai Tanaman, 1956-1961 Membuka pelaburan asing (RM 2) Kemudahan Asas (Repelta1- untuk Pemibangunan ekonomi Perumahan (Orde Lama) 1966-1970 Pembangunan Luar 1961-1969 _Nasionalsasi Ekonomi (RMK-A) Bandar (Infrastruktur & (Repelata I- Khidmat Sosial) Orde Lama) 1971-1975 Pembangunan Dan 1968-1974 _Pembangunan Pertanian RRIPL Ketaksamaan (DEB) (Repelita I- (RM) (Orde Baru) 1976-1980 _Pembasmian Kemiskinan 1974-1979 Pembangunan Pertanian (RMK-3) (Repelta 1) dan Indust Pertanian 1981-1990 Penyusunan Semula 1979-1984 Pembangunan Pertanian (RMK-4-5) —— Masyaraiat (Repelita 111) dan Industri barang jadi 1991-2000 Pembangunan Seimbang 1984-1969 _-Pembangunan Pertanian RRIP2-OPN _~ Exonomi Sosial (Repelta TV) dan Industri Mesin (RMK-6-7) = Negeri-negeri * ~ Bandar dan Luar Bandar 1989-1994 Meneguhkan Kerangka = Pengaginan (Repelta V) _Dasar Pembangunan yang telah dilaksanakan Untuk menuju pemucutan 1994-1999 _-Melaksanakan peringkat (Repelta VI) pemucutan untuk mencapai masyarakat adil dan makmur berdasarian Pancasita dan dan UUD 1945 ‘Sumber: Malaysia: Kajjan Separun Penggal Rancangan Malaysia Keenam 1991-1995; Massa 14 Mac 1998; Muhaimin 1990; GBHN 1973-1993. Di Malaysia, Dasar dan Program Pembangunan disusun dan ditentukan selaras dengan falsafah dan nilai-nilai sosio-ekonomi dan politik negara pada satu-satu masa yang sifatnya dinamik. Secara kronologis, proses pembangunan 104 dibagi dalam tiga tahap; masa penjajah, selepas kemerdekaan sampai 1970, dan sesudah 1970; masing-masing periode mempunyai bentuk dan orientasi pembangunan. Dari setiap tahap perkembangan pembangunan, pada asasnya setiap bentuk, arah dan orientasi dasar pembangunan itu digubal dan dilaksanakan sebagai strategi untuk memenuhi objektif: pertumbuhan ekonomi, pengagian pendapatan, kestabilan dan kesejahteraan umum. Selepas kemerdekaan sampai 1970, dalam Rancangan Malaya ke 1 dan 2, perhatian utama berasaskan pada doktrin lasik yang ditujukan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dengan fokus kepada bidang pertanian dan perindustrian dengan mengutamakan pengeluaran, pendidikan dan kesihatan, perumahan, kepelbagaian tamanan, dan kemudahan asas. Pada masa ini, nampak pada matlamat Rancangan Malaysia ke 1 dan 2 (1956-1961; 1961- 1965), hanya ditujukan untuk segolongan kakitangan kerajaan sahiaja, sedangkan pengadaan perumahan untuk kesejahteraan rakyat, belum mendapat perhatian (Thalha 1980; Agus 1983). Tahap kedua pembangunan di Malaysia, Dasar pembangunan Pada RMK-1 (1965-1970) difokuskan kepada pembangunan Juar bandar, dengan keutamaan kepada pembangunan infrastruktur dan khidmat sosial (termasuk pembangunan sektor perumahan). Secara_ umum pembangunan pada masa ini mulai meletakkan pentingnya mempunyai objektif yang khusus, bahawa pembangunan haruslah seimbang sesuai dengan dan untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 (menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian yang maju). Keseimbangan ini menekankan kepada keseimbangan antara wilayah, pendapatan dan pemilikan kemakmuran. Ciri-ciri sempurna dalam mencapai matlamat-matlamat Dasar Pembangunan Nasional (menurut 105, Wawasan 2020) ini ialah pertumbuhan ekonomi dan pengaginan yang adi, dan kedaulatan dan ketahanan negara. Dalam pertumbuhan ekonomi yang semakin baik, mempunyai implikasi dalam pengagihan yang adil dalam pembangunan perumahan yang seimbang, baik antara pembangunan wilayah bandar maupun diluar bandar. Selepas peristiwa berdarah (13 Mei 1969) pada awal tahun 1970an, terjadi perubahan orientasi pembangunan. Mulai 1971-1990, Rangka Rancangan Jangka Panjang kesatu (RRPJ1) memperkenalkan pendekatan dan strategi pembangunan yang baru, Dasar Ekonomi Baru (DEB). Pada masa ini, DEB difokuskan kepada masalah-masalah sosio-ekonomi, pemerataan yang adil, dan memusatkan pada pertumbuhan ekonomi melalui pemupukan modal. Secara umum, penekanan strategi pembangunan pada RM ke 2 (1971-1975) memfokuskan pada dasar pembangunan sebagai usaha untuk memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Perhatian utama DEB, lebih diarahkan kepada pembangunan dan ketaksamaan, pembasmian kemiskinan, dan penyusunan semula masyarakat. Ini menunjukkan kerajaan perlu memperhatikan, pembangunan ekonomi tanpa pembangunan sosial tidak dapat _menjamin keadilan sosial, keamanan dan persamaan, keharmonian, stabiliti serta kesejahteraan rakyat (Rahimah Abdul Aziz 1994). Perubahan dasar pembangunan ini pada hakikatnya ditujukan untuk lebih memfokuskan kepada matlamat kesejahteraan rakyat, dan sebagai satu bentuk polisi sosial di peringkat kebangsaan yang dilaksanakan sebagai respon kerajaan terhadap berbagai masalah dan keperluan rakyat, termasuk pembangunan perumahan. Respon ini berasaskan kepada masalah dan keadaan penduduk 106 yang terus meningkat, yang disebabkan oleh urbanisasi yang timbul sebagai kesan dari dasar kerajaan mengenai pembangunan dan industrialisasi, terutama di kawasan bandar yang kekurangan perumahan. Keadaan ini mempunyai kesan terhadap semua kumpulan etnik, sehingga menarik perhatian parlimen. (Musolf & Springer 1979). Pada fasa RRIP2 (1990-2000), DEB telah ditukar kepada DPN (Dasar Pembangunan Nasional). Fokus utamanya ditekankan kepada pembangunan yang .2imbang, dalam bidang ekonomi dan sosial, antara Negeri dengan Negeri, Bandar dan Luar Bandar, dan Pengagihan pembangunan. Sesuai dengan polisi baru DPN, dasar dan strategi pembangunan perumahan tetap sama, ditujukan kepada usaha pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat sebagai perbaikan ketidakseimbangan sosial ekonomi yang dapat menyumbang kepada perpaduan nasional. Perpaduan masyarakat dianggap penting untuk mempromosikan stabiliti sosial dan politik, dan pembangunan yang berterusan. Kemajuan ini diharapkan bukan hanya dalam bidang ekonomi, tetapi juga keadilan sosial, nilai-nilai etika dan moral, kepuasan politik, kualiti hidup dan pentadbiran kerajaan yang efisien. Pada masa ini, matiamat dasar perumahan dinyatakan untuk menjamin semua warga negara, terutama golongan berpendapatan rendah mempunyai akses yang lebih besar untuk mendapatkan kemudahan perumahan (Jabatan Perumahan Negara 1993; Ghani Salleh & Lee Lik Meng 1997). Walau bagaimanapun, halacara dan pendekatan bagi mencapai matlamat pembangunan, memerlukan semakan yang sentiasa dibuat secara berterusan terhadap strategi dan pelaksanaan dasar-dasar itu, dan bergantung kepada 107 keadaan semasa yang berlaku dan perubahan-perubahan dalaman dan luaran dari semasa ke semasa. Pelaksanaan dasar pula mengambil berbagai bentuk dimana penekanannya bergantung kepada penafsiran yang diberi terhadap matlamat dan rasional dasar itu oleh pihak pelaksana dan kumpulan sasaran. Perbedaan penekanan penafsiran diantara penggubal, pelaksana dan kumpulan sasaran, dapat menimbulkan masalah di peringkat pelaksanaan dasar-dasar itu. Oleh itu, kejayaan atau kegagalan sesuatu dasar kerajaan sangat bergantung kepada pelaksana dan juga sambutan dan penerimaan kumpulan sasaran (Thalha 1980). Di Indonesia, fokus utama Dasar dan Strategi Pembangunan selepas kemerdekaan pada era Soekarno (1945-1966), ditujukan kepada pembaharuan poltik dan ekonomi, dengan membuka peluang pelaburan asing untuk pembangunan ekonomi. Dalam strategi dan pendekatan pembangunan Rencana Pembangunan Lima Tahun Pertama (1956-1961), sangat mengandalkan pelaburan asing untuk membiayai pembangunan ekonomi Indonesia. Pada 1961, kerajaan Indonesia mengeluarkan Dasar Pembangunan Nasional Semesta Lapan Tahun (1961-1969) yang dikenal dengan Pembangunan Semesta untuk mengubah sistem perekonomian penjajah menjadi perekonomian nasional Indonesia (Nasionalisasi Ekonomi). Dalam usaha untuk mengubah dasar perekonomian nasional, maka dasar pembangunan lebih menekankan kepada keperluan pembangunan politik di atas kepentingan-kepentingan yang lain, kerana suasana politik yang tidak menguntungkan pada masa itu. Walaupun telah ada keinginan kerajdan untuk mengubah keadaan ekonomi Indonesia, namun dalam pelaksanaannya tidak berhasil, kerana rancangan besar itu tidak 108 memberikan cara-cara pembiayaan yang nyata dan benar, kurang pula disokong oleh berbagai kemudahan dan kewangan, dan kordinasi yang lemah dengan mulai berkembangnya sistem ‘komando’ gaya militer dalam sistem pentadbiran pembangunan (Soemardjan 1969). pada awal masa Orde Baru (1967), Pemerintah Indonesia telah mula merancang, mengarahkan dan menggerakkan pembangunan untuk memulihkan dan menstabilkan ekonomi nasional dengan menekankan kepada pembangunan bidang ekonomi atau ‘ekonomi sebagai panglima’. Strategi ini diawali dengan menyusun dan menyederhanakan struktur dalam sistem politik, perancangan dan pentadbiran pembangunan melalui Rencana Pembangunan Lima Tahun (Repelita I-VI). Usaha Pemerintah dalam menciptakan sistem politik dan pentadbiran yang stabil sebagai strategi pembangunan yang berorientasi pada pertumbuhan ekonomi, mulai pada Kabinet Pembangunan yang pertama, Soeharto telah menubuhkan Badan Perancang Pembangunan Nasional (Bappenas). Badan ini pada tahap awal menyusun strategi sentralisasi dalam memelihara stabiliti pembangunan nasional, dengan lebin memfokuskan untuk menyusun program stabilisasi ekonomi (Soemardjan 1969; Franseda 1980). Pada masa Pembangunan Jangka Panjang Lima Tahun Pertama (PJPT-1), sejak Repelita LV (25 tahun yang pertama), fokus pembangunan ditujukan untuk pembasmian kemiskinan. Pada PJPT-II (mulai Repelita VI), ditetapkan bahawa pembangunan sumber manusia sebagai tema utama yang memberikan indikasi bahawa pembangunan manusia perlu mendapat perhatian. Bersamaan dengan itu, kerajaan menciptakan suasana politik yang bebas dari konflik ideologi, menghadkan penyertaaan politik yang pluralistik, menyederhanakan 109 birokrasi, memusatkan organisasi tentera, Badan perwakilan rakyat, Parti dan kekuatan politik, sentralisasi kekuasaan politik dan ekonomi di tangan Presiden Dalam pembuatan strategi pembangunan (Pelita I-11), disusun dengan berasaskan Trilogi Pemibangunan (Stabiliti Nasional, Pertumbuhan Ekonomi, dan Pengagihan Pendapatan). Pada Repelita II hingga sekarang, Trilogi Pembangunan berubah menjadi: pengagihan pembagunan menuju keadilen sosial, pertumbuhan ekonomi yang cukup tinggi, dan stabilti nasional yang sinat dan dinamik (Tjokroamidjojo & Mustopadidjaja 1980). Tindakan strategik ini mempunyai kesan positif terhadap pertumbuhan ekonomi nasional. Tetapi bersamaan dengan naiknya pertumbuhan ekonomi, timbul masalah-masalah sosial dan politik, Diantaranya kesan negatif pertumbuhan ekonomi dalam bidang sosial dan politik jalah pemborosan dan inefisiensi pada tahap pembangunan selanjutnya (Moertopo 1972; Yong Mun Cheong 1978; Jackson 1978; Hein 1982; Mas'oed 1989; Mubyarto 1988). Perkembangan dan perubahan dasar pembangunan nasional di atas menunjukkan bahawa prinsip-prinsip yang mengatur tndakan strategik, diarahkan fokusnya kepada matlamat untuk melindungi dan meningkatkan Kesejahteraan rakyat. Kesemua tindakan pemerintah semakin dikembangkan sesuai berbagai jenis aktiviti kolektif untuk memberikan kemudahan dan kesejahteraan warga negara melalui berbagal sektor pembangunan. 2. DASAR DAN PROGRAM PERUMAHAN Rumah adalah satu daripada keperluan asasi manusia. Secara alamiah, rumah atau ruang merupakan tempat bagi semua aktiviti hidup. Antara ruang 110 dan pelaku kegiatan (manusia/orang) merupakan satu kesatuan yang saling bergantung dan tidak terlepaskan, keduanya mempunyai hubungan dan kebergantungan yang tinggi. Dalam konteks ini, manusia akan selalu berusaha memanfaatkan ruang yang ada untuk kepentingan mempertahankan hidupnya. Oleh itu, rumah merupakan ruang hidup terkecil yang di dalamnya ada kehidupan, dan merupakan suatu bentuk yang mempunyai fungsi sebagai tempat berlindung bagi penghuninya, Masalah perumahan selalunya dikaitkan dengan setinggan di kawasan perkotaan, dan berkembangnya pembangunan di bidang industri yang diiringi perkembangan sektor pendukung lainnya yang merupakan daya tarik arus urbanisasi. Keadaan ini mengakibatkan semakin bertambahnya jumah penduduk perkotaan yang tidak seimbang dengan penyediaan perumahan. Gambaran ini menunjukkan bahawa perumahan penting bagi kehidupan manusia, dan merupakan bagian daripada_pembangunan bangsa. 2.4 Dasar Perumahan: Perkembangan Dan Arah Perkembangan dan arah Dasar Perumahan merupakan bagian dari Dasar Pembangunan Nasional yang ditentukan pemerintah pada suatu masa. Dasar Perumahan di Malaysia, pada masa penjajahan bergantung kepada polisi kerajaan penjajah. Selepas kemerdekaan, dasar perumahan baru mulai mendapat perhatian pemerintah, dengan membuat dasar perumahan sebagai bagian dari program kerajaan. Di Indonesia, Dasar Perumahan sebagai bagian dari pembangunan nasional adalah penting dalam menentukan arah dan strategi untuk mencapai matlamat pembangunan. Rancangan pembangunan pada kedua negara ini merupakan pola umum pembangunan yang menggariskan Dasar, uit program, dan sasaran Pembangunan Nasional sebagai pengamalan falsafah bangsa dan negara (Rukun Negara & Pancasila) Perhatian terhadap masalah perumahan di Malaysia, sudah dimulai sejak masa penjajahan kerajaan kolonial Inggeris. Selaras dengan rancangan pembangunan perkhidmatan sosial yang lain, rancangan perumahan mulai mendapat perhatian yang serius seperti yang terkandung di dalam Draf Rancangan Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (DRPPTM) 1950-1955. Keperluan perumahan dirasakan oleh kerajaan kolonial Inggeris, terutama bagi kakitangan kerajaan kerana kebanyakan pegawai adalah orang Inggeris. Pada masa ini, Dasar kerajaan nampak mengenepikan kepentingan orang-orang tempatan (Melayu). Dasar politik dan ekonomi kerajaan kolonial Inggeris ini merupakan Daser Pembangunan yang dipraktikkan penjajah di negara-negara yang dijajahnya, Dasar Perumahan yang pertama dimulakan adalah di bawah Rancangan Malaya I (1956-1960), yang lahir setahun sebelum Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan (1957). Peruntukan perumahan ini berada di bawah peruntukan Perkhidmatan Sosial dan merupakan keutamaan yang ketiga selepas sektor pertanian dan perindustrian, dan perkhidmatan- perkhidmatan pelajaran dan kesihatan (Rao 1980). Rancangan ini masih diteruskan walaupun telah merdeka, sebab peraturan-peraturan darurat masih terus berkuatkuasa. Selepas merdeka, terdapat perubahan besar pada Dasar Perumahan, perhataian kerajaan telah ditujukan terhadap golongan keluarga yang berpendapatan rendah, yang sebelumnya tidak diperdulikan oleh kerajaan kolonial Inggeris (Agus 1983). 12 Pada Rancangan Malaya 2 (1961-1965) dan Rancangan Malaysia Kesatu (1966-1970), perhatian sudah diberikan terhadap perumahan kos rendah. Perubahan dasar ini untuk meningkatkan peruntukan bagi perumahan kos rendah agar semakin baik dengan meningkatkan peruntukan kewangan, kerana keperluan perumahan bagi golongan miskin, terutama golongan pekerja miskin di bandar semakin mendesak, Pada RMK 2-3 (1971-1980), program perumahan merupakan bahagian daripada strategi melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan perkhidmatan sosial yang memfokuskan kepada pembasmian kemiskinan, dan membalki keadaan hidup penduduk bandar dan luar bandar tanpa mengira kaum, dan menyusun semula masyarakat. Dalam tempoh ini, perhatian yang lebih tegas ditumpukan kepada usaha mengatasi masalah kawasan perumahan terbiar dan setinggan, membaiki dan membina rumah, sistem bekelan air dan saliran, dan kemudahan awam. Rancangan ini memberikan peluang yang lebih luas untuk orang-orang Melayu dan bumiputera, dan menyatukan masyarakat berbilang kaum. Kemudahan perumahan untuk golongan miskin bandar telah mula mendapat perhatian yang lebih serius oleh kerajaan, selain itu kerajaan juga memberi insentif untuk menggalakkan perkembangan pembinaan rumah di sektor swasta (Malaysia 1971). Dalam Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980), selain meneruskan rancangan pembangunan perumahan sebelumnya yang ditujukan untuk pembasmian kemiskinan dan membaiki kehidupan penduduk di bandar maupun luar bandar. Sekim-sekim kemajuan tanah diberi perhatian bagi membaiki taraf hidup penduduk di kawasan luar bandar, sementara program-program kemajuan wilayah turut menentukan bahawa sekim-sekim perumahan luar bandar dapat 113 dilaksanakan dengan teratur dan sistematik. Perubahan ketara yang terdapat di dalam rancangan pembangunan perumahan pada masa ini iaitu wujudnya perhatian yang sama kepada pembangunan perumahan di kawasan luar bandar, dan kerjasama yang erat antara pemaju-pemaju swasta dengan badan-badan kerajaan (Malaysia 1976). Rancangan Malaysia Keempat dan Kelima (1981-1985 & 1986-1990), menentukan supaya semua rakyat yang berpendapatan rendah_mempunyai peluang menikmati kemudahan perumahan dan keperluan-keperluan berkaitan yang mencukupl. Penekanan kepada pembinaan rumah kos rendah melalui penglibatan yang lebih dari sektor swasta melalui Program Khas Perumahan Kos Rendah (PKPKR), Program Perumahan Awam Kos Rendah, dan Program lain; Rancangan Pemulihan Kampung, perumahan di skim-skim pembamngunan tanah, pembinaan rumah-rumah kakitangan dan orang perseorangan. Di bawah Rancangan Pemulihan Kampung bertujuan untuk membaiki keadaan rumah- rumah uzur di kawasan-kawasan luar bandar, dan untuk membantu golongan termiskin (Malaysia 1989). Dalam Rancangan Malaysia Keenam dan Ketujuh (1991-2000), arah pembangunan perumahan pada era Dasar Pembangunan Nasional (DPN) menekankan kepada perbaikan hidup dengan mempromosikan perpaduan nasional. Untuk ini, program pembangunan perumahan dibangun oleh sektor- sektor formal yang dilakukan berasaskan kepada konsep pemukiman manusia, dimana kawasan perumahan menyediakan kemudahan sosial seperti sekolah, Klinik, sukan dan riadah, masjid, dan pusat-pusat perdagangan. Semua program Ppembangunan perumahan diarahkan untuk membangun rumah-rumah murah 114 yang berkualiti, dan berasaskan rancangan dan rekacipta baru, mengoptimumkan penggunaan tanah dan mengurangkan kos pembinaan rumah (Malaysia 1997). Perkembangan Dasar Perumahan di Indonesia, dimulai berdasarkan hasil Kongres Perumahan Rakyat (1950). Masalah perumahan mulai_mendapat perhatian dengan adanya peraturan kerajaan yang diperuntukkan bagi masyarakat banyak, terutama oleh para pakar perumahan dan pembangunan. Keadaan ini dianggap mendesak, kerana masalah perumahan semakin penting, terutama keperluan perumahan di perkotaan, Dasar perumahan pada periode pertama adalah membangun rumah milik terutama ditujukan untuk kakitangan kerajaan, dan rakyat. Periode ini dibentuk Jawatan Perumahan (1952), Lembaga Penyelidikan Masalah Bangunan, Undang-Undang Pokok Agraria (1960), Undang-Undang Perumahan No 1 (1964), dan Ketetapan Majelis Permusyawaratan Rakyat Sementara (tahun 1960, 1963, 1966, 1968). Inti kegiatannya, memberikan bimbingan dan penerangan, dan kemudahan pembiayaan pembangunan perumahan melalui Bank Perumahan. Perkembangan dan arah pembangunan perumahan pada Pelita I-VI, telah dimulai dengan Dasar dan Program yang lebih terarah dan semakin meluas. Pada Repelita I (1969-1974), persiapan program pembangunan perumahan ditujukan bagi pegawai dan kakitangan kerajaan, sedangkan rumah rakyat dibangun oleh rakyat sendiri dengan bimbingan dan penerangan, pembangunan rumah contoh dan inovasi bahan binaan. Repelita I (1974-1979), tahap pengembangan program pembangunan perumahan, menubuhkan Badan Dasar Perumahan Nasional, Syarikat Perumahan (Perum-Perumnas); tugasnya 115 membina rumah sederhana untuk rakyat, dan meningkatkan kualiti perumahan dan persekitaran, terutama di bandar. Repelita I (1979-1984), tahap peningkatan Program & Kordinasi Pembangunan Perumahan, dan melantik Menteri Muda Urusan Perumahan Rakyat (1979). Repelita IV (1984-1989), tahap mempersiapkan landasan Pembangunan Jangka Panjang kedua (PJP-I) - diarahkan untuk meningkatkan kualiti kehidupan keluarga/masyarakat dengan lebih meningkatkan pengadaan rumah sederhana bagi rakyat dengan jumlah besar, baik di kota maupun desa. Periode ini, ditantik Menteri Negara Perumahan Rakyat (1984), dan Undang-Undang Rumah Susun (1985) untuk melaksanakan program yang lebih bersepadu. Repelita V (1989-1994) merupakan tahap PJP IL dengan menubuhkan Undang-Undang Perumahan dan Pemukiman, Undang- Undang Penataan Ruang (1992), Badan Kebijaksanaan dan Pengendalian Pembangunan Perumahan dan Pemukiman Nasional (BKP4N-1994), dan memantapkan aktiviti sebelumnya dengan lebih bersepadu, pembangunan berwawasan lingkungan dan merintis gerakan dari dan untuk masyarakat dalam pembangunan perumahan dan pemukiman. Repelita VI (1994-1999), arahnya lebih memantapkan koordinasi dan pelaksanaan di daerah dengan memperkuat peranan swasta dan masyarakat. Dalam perkembangan dan arah Dasar perumahan di atas, keadaan dan masalah pembangunan perumahan selepas kemerdekaan sampai sekarang masih ditujukan dengan menekankan kepada pembasmian kemiskinan. Kegiatan yang dilakukan melalui tahap-tahap Rancangan Pembangunan Nasional (setiap 5 tahun) ini telah mengalami perkembangan yang maju, terutama dengan menggunakan pendekatan pembangunan guna memantapkan —Dasar 116 Perumahan. Bagaimanapun, pembangunan perumahan tetap didominasi oleh peranan kerajaan, walaupun telah terjadi pergeseran kearah pentingnya pembangunan perumahan yang bertumpu pada masyarakat. Pada awal perkembangannya, pola pembangunan perumahan hanya untuk mengejar target pemenuhan keperluan rumah, kemudian mengarah untuk meningkatkan kualiti perumahan, walaupun Kurang memperhatikan peranan masyarakat. Dengan melibatkan sektor swasta, akhimya perkembangan dan arah pembangunan perumahan lebih terkordinasi dan bersepadu. 2.2. Program Pembangunan Perumahan Setiap program pembangunan perumahan ditujukan untuk menyediakan rumah bagi setiap warga negara. Kerajaan berusaha terus mengembangkan berbagai program pembangunan perumahan sebagai perkhidmatan sosial, pada hakikatnya untuk mewujudkan keadilan. Walau bagaimanapun, usaha ini sangat ditentukan oleh kemauan politik pemerintah, perkembangan _teknologi (pembangunan perumahan), sistem kewangan (kredit) kerajaan, dan keterlibatan sektor swasta dan pengguna. Gambaran mengenai perkembangan dan bentuk program pembangunan perumahan di Malaysia dan Indonesia, secara terperinci dapat di lihat pada Jadual 3.3. 117 Jadual 3.3 Program Pembangunan Perumahan 1961-1965 - Perumahan 1951-1952 Penelltian teknis dan teknologi Kos Rendah = Membuat konsep Dasar Perumahan = Rumah Kerajaan = Penerangan dan bimbinganteknike (KR) kepada masyaraket 1966-1970 Perumahan = Mengatur pembiayaan perumahan Sektor Awam ~ Perumahan 1956-1960 Penyelidikan teknik pembangunan Sektor Swasta rumah - Penerangan kepada rekyat mengenai 1971-1980 Sektor Awam: teknik pembangunan rumah ~ Perumaan Awam, ~ Menyederhanakan prosedur Kos Rendalt pentadbiren dan memberi = Perumahan Kerajaan kemudahan pembuatan rumah = Perumahan Harga “Tinggi & Sederhana «1960-1969 _—_Perumahan: bidang Kese}. Rakyat Sektor Swasta: = Peribangunan rumah sehat ~ Pemaju Swasta ~ Bank dan Pinjaman perumahan - Orang Peseorangan & Kumpulan 1969-1979 - Pembangunan Perumahan Rakyat = Peningkatan kvaliti perumahan 13980-1990 ‘Sektor Awam : “= Pembangunan perumahan baru = Perumahan Awam = Penerangan masyarakat Kos Rendah =Pemcangunan Tanah 1979-1989 = Pembangunan Perumahan bersepadu = Rumah Kakltangan dengan lingkungan pembalkan ‘Sektor Swasta : lingkungan pemukiman = Perumahan Pemaju Swasta = Perbalkan peru mahan kota dan desa =Perumahan Kos Rendah = Pembangunan rumah sederhana = Program Khas 1969-sekarang = Pembangunan rumah sewa Per. Kos Rendah + Perbaikan rumah Kampung dan desa 1990 - Sekarang Sektor Awam: = Penataan lingkungan desa = Perumahan Awam Kos Rendah - Program Pertapakan & Kemudahan = Pengumpuian Semuula Kampung Tradisional = Perumahan Agensi Komersil - Kuarters & Kediaman Lain Sektor Swasta: Perummahan Kos Rendah = Program Khas Perumahan Kos Rendah = Perumahan Kos Sederhana + Perumahan Kos Tinggi Sambar biol dar), Mohd, Raval Agus 1986; Kantor Menter Negara Perumahan Rakyat 1995; Rancangan Malaysia I ~ Vit (1966-2000). Jadual 3.3 menunjukkan rancangan program pembangunan perumahan di Malaysia (1961-2000), mengalami perubahan dan perkembangan, terutamanya 118 bentuk program pembangunan perumahan, baik pada sektor awam maupun swasta. Pada periode awal (1961-1970), program pembangunan perumahan hanya ditujukan untuk membangun perumahan kos rendah bagi golongan berpendapatan rendah, yang sebelumnya langsung tidak dipedulikan oleh kerajaan kolonial Inggeris yang hanya mengadakan rumah untuk kakitangan kerajaan. Perubahan ini telah memperuntukkan rumah kos rendah bagi golongan pekerja_miskin bandar yang semakin mendesak. Keadaan ini disebabkan proses pembandaran dan memandangkan pertambahan penduduk yang pesat, dan kakitangan/pekerja-pekerja kerajaan yang selalunya mendapat kemudahan perumahan di kuarter-kuarter institusi seperti sekolah, hospital atau pejabat daerah, tidak lagi diberikan perhatian seperti zaman pemerintahan kolonial Inggeris. Kurangnya perhatian kepada kakitangan kerajaan dalam program pengadaan rumah, bukan kerana tidak ada peluang untuk memillki rumah, tetapi telah disediakan kemudahan dalam bentuk lain oleh kerajaan, seperti penyediaan lot-ot tanah untuk kakitangan kerajaan untuk membuat rumah sendiri. Pada 1971-1980, perhatian program pembangunan perumahan telah ditumpukan kepada golongan berpendapatan rendah (kurang dari RM500.00 sebulan, di semenanjung Malaysia; dan kurang dari RM 700.00 sebulan di Sabah dan Sarawak), peneroka skim pembangunan tanah dan beberapa golongan kakitangan sektor awam Pembangunan rumah sektor awam dan swasta yang baru mula diwujudkan pada tahap sebelumnya, dikembangkan lebih luas. Dalam sektor awam, difokuskan untuk menyediakan rumah-rumah untuk kakitangan kerajaan dan Badan-badan Berkanun. Oleh itu, sektor awam ini dibagi kedalam 119 tiga jenis skim yang besar; rumah murah awam, rumah untuk kakitangan kerajaan, dan bangunan perniagaan. Program rumah murah awam untuk golongan yang berpendapatan rendah akan dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri di bawah pengawasan dan penyelerasan Kementerian Perumahan dan Kemajuan Perkampungan. Sektor awam ini selain menyediakan rumah-rumah murah di kawasan-kawasan bandar yang’ sesak penduduknya, ditujukan juga untuk membaiki dan menambahkan lagi rumah-rumah di kawasan-kawasan luar bandar, bersama dengan kemudahan asas lain seperti bekalan air paip, letrik dan kemudahan kesihatan. Peranan sektor swasta diwujudkan untuk membantu Kerajaan merangka program-program yang sesual untuk mengatasi masalah perumahan, khususnya yang dihadapi oleh golongan yang berpendapatan rendah. Pembangunan perumahan oleh sektor swasta, membangun juga perumahan kos rendah. Dalam perkembangan berbagai bentuk program tersebut, telah menunjukkan konsistensi dan kerjasama dalam usaha pembasmian kemiskinan. Walaupun sektor swasta ini lebih memperhatikan pembinaan rumah bagi golongan masyarakat Kelas menengah dan atas, namun pemaju-pemaju swasta digalakkan juga membina rumah murah secara usahasama dengan agensi- agensi perumahan awam. Selain dari itu, pengusaha-pengusaha perindustrian swasta digalakkan bekerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Negeri (PKEN) yang menyediakan rumah bagi pekerja-pekerja di kawasan-kawasan perindustrian mereka sendiri, boleh juga untuk diperniagakan. Keadaan ini penting bagi memelihara hubungan antara golongan dan mewujudkan perpaduan nasional. 120 Pada 1981-1990, pembangunan perumahan ditujukan untuk menyediakan peluang bagi setiap warga dalam menikmati kemudahan perumahan. Perhatian terus diberi kepada program perumahan kos rendah untuk menampung keperluan golongan berpendapatan rendah. Pada masa ini, Kerajaan mulai melaksanakan skim perumahan kos rendah berdasarkan kepada konsep kondomonium dengan tujuan untuk menggunakan tanah secara optimum dan meninggikan mutu kehidupan, terutama di kawasan yang berpenduduk fadat. Disamping itu, untuk menambah bekalan rumah, kerejean melakukan langkah- langkah; menambah jumiah tabung pusingan dan menubuhkan satu Jawatankuasa Perhubungan Negeri untuk setiap kerajaan negeri yang akan bertanggungjawab terhadap pelaksanaan skim perumahan kos rendah; mensyaratkan sektor swasta mengkhaskan antara 30-50% dari unit perumahan yang dimajukan untuk kos rendah mengikut konsep kondomonium; memperkenalkan beberapa bentuk sistem binaan secara pasang-siap bagi skim- skim perimahan kos rendah untuk menjimatkan masa dan mengurangkan kos. Walau bagaimanapun, sektor awam terus memainkan peranan utama, dengan dibantu sektor swasta yang bergiat juga dalam penyediaan rumah-rumah kos rendah. Sejak 1991-1997, program pembangunan perumahan lebih maju lagi, di kawasan luar bandar mula menyediakan perumahan dan persekitaran yang selesa. Program ini meliputi pertapakan dan kemudahan, pengumpulan semula kampung tradisional dan pemulihan rumah usang - untuk mereka yang berpendapatan rendah dan golongan rakyat termiskin. Disamping itu, kerajaan juga membina rumah peneroka di bawah skim pembangunan tanah baru, Di 124 bawah program pertapakan dan kemudahan, disediakan dua pakej yang meliputi tapak dan infrastruktur serta rumah di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Bagi Program Pengumpulan Semula Kampung Tradisional (PSKT) ditujukan untuk menempatkan semula kampung yang bertaburan dan terpencil, sering banjir, dan terlibat dengan hakisan pantai. Di bawah program perumahan awam kos rendah, program perbaikan rumah dan usaha untuk reka bentuk baru diperkenalkan bagi mengoptimumkan penggunaan tanah melalui penambahan kepadatan tanah dan mengurangkan kos binaan. Perumahan untuk sektor pekerja am merupakan bahagian dari golongan berpendapatan rendah; diberikan kepada tentera, kastam, bomba, imigresen dan polis, guru dan pegawai kesihatan, serta pekerja industri dan ladang. Program lain yang telah dikembangkan untuk memberikan sokongan, adalah Pengkajian dan Pembangunan Teknologi Perumahan. Bagaimanapun, semua program pembangunan perumahan secara bertahap disesualkan dengan rancangan pembangunan; yang ditujukan kepada penduduk, sesuai dengan matlamat sosial yang utama dalam pembangunan negara. Keutamaan ini bukan hanya untuk memenuhi keperluan asas tempat tinggal, tetapi juga sebagai penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Menurut Khor Kok Pheng, pembangunan perumahan juga menjadi sektor yang penting kerana dihubungkaitkan dengan semakin luasnya masalah sosial di negara ini (Jomo & Wells 1983). Oleh itu, penyediaan kemudahan perumahan yang mencukupi, selesa dan mampu dinikmati oleh semua golongan masyarakat adalah satu isu utama bagi golongan berpendapatan rendah. Di bandar-bandar utama, keperluan perumahan adalah mendesak oleh kerana pertumbuhan 122 penduduk dan migrasi dari luar bandar dalam mencari peluang-peluang ekonomi dan status sosial yang lebih baik. Keadaan ini memerlukan strateai dan program yang bik disusun untuk menyediakan kemudahan perumahan yang mampu dinikmati oleh golongan berpendapatan rendah. Di Indonesia, pembangunan perumahan merupakan salah satu unsur strategik, kerana perumahan dapat menjadi masalah nasional yang kesannya sangat dirasakan di seluruh tanah air. Oleh itu, pembangunan dan pemerataan perumahan merupakan bagian dalam usaha untuk mewujudkan kesejahteraan umum dan taraf hidup rakyat, kerana rumah merupakan keperluan asas bagi setiap warga negara Indonesia dan keluarganya sesuai dengan harkat dan martabatnya sebagai manusia. Program awal yang dilaksanakan kerajaan Orde Lama (1951-1969), adalah meletakkan perumahan dalam bidang kesejahteraan rakyat, dengan membentuk lembaga yang menangani masalah perumahan rakyat, jaitu: Jawatan Perumahan Rakyat, Balai Tata Ruang Kota, Badan Pembantu Perumahan Rakyat, Yayasan Kas Pembangunan (YKP), dan Lembaga Penelitian Masalah bangunan (LPMB). Tugas lembaga-lembaga ini antara lain yang utama adalah melakukan penelitian teknik, membuat konsep-konsep pemikiran Dasar Perumahan, Mengadakan penerangan dan bimbingan teknik kepada masyarakat, dan mengatur pembiayaan perumahan, menyediakan sistem pentadbiran dan kemudahan membuat rumah. Sejak Pelita I sampai sekarang, program pembangunan perumahan telah dilaksanakan secara berterusan. Pada Pelita I (1969-1974), mulai dirintis dengan titik berat pada program penelitian dan pengembangan di bidang kejuruteraan, penerangan, dan penyiapan sistem kelembagaan dan pembiayaan perumahan. 123 Dalam sistem kelembagaan dan pembiayaan perumahan, mulai melibatkan sektor swasta dalam pelaksanaan pembangunan rumah, dan mulai mendapat bantuan kewangan dari Bank Dunia untuk menyiapkan pelaksanaan program “site & services" dan pembangunan rumah inti dengan menggunakan bahan bangunan tempatan. Bantuan ini dimanfaatkan untuk meningkatkan kualiti perserkitaran pemukiman kota melalui program perbaikan kampung (Kampung Improvement Programme, KIP). Pembangunan perumahan ini mengutamakan rumah murah untuk masyarakat berpendapatan rendah. Persyaratan rumah murah harus disertai dengan kemudahan persekitaran, model rumah dengan luas minima 45 M2, mempunyai 2 bilik, pembayaran dalam bentuk sewa atau angsuran sewa beli. Memasuki periode Pelita IL (1974-1979), telah ditubuhkan sistem kelembagaan yang lebih bersepadu, iaitu Badan Polisi Perumahan Nasional, Syarikat Perumahan Nasional (Perum Perumnas), Kredit Pemilikan Rumah Bank Tabungan Negara. Kedua lembaga yang terkahir ini sangat populer, terutama bagi kakitangan kerajaan golongan berpendapatan rendah dan Tentera (70%), Badan Usaha Milik Negara dan syarikat swasta (20%) dan masyarakat yang tergusur (10%), dalam usaha untuk mengatasi masalah pemilikan rumah. Mulai masa ini pula, Badan pelaksana pembangunan perumahan dikembangkan dengan membuka cawangan dari pusat sampai daerah. Dengan demikian, pembangunan bukan hanya ditujukan untuk perumahan murah dan sederhana untuk golongan rakyat dan kakitangan kerajaan berpendapatan rendah, tetapi juga program perbaikan perumahan kampung di kawasan luar bandar. 124 Pada Pelita Il (1979-1984) program di atas dikembangkan; selain meningkatkan jumlah pembangunan rumah dalam program perintisan perbaikan kampung dan rumah sederhana, ditingkatkan juga peranan sektor swasta, Peranan Perumnas dan syarikat swasta ditingkatken terutama di kawasan perkotaan (Propinsi/Negeri) sebagat pusat pertumbuhan dalam pengembangan wilayah. Bersarnaan dengan pengembangan program pembangunan perumahan, dibina dan ditingkatkan penyediaan prasarana dan sarana persekitaran, sepert program penyediaan air bersih, sebagai yang bersepadu dengan pembangunan perumahan dengan keutamaan bagi golongan masyarakat berpendapatan rendah dan berpenduduk padat, kawasan yang banyak terjangkit wabah penyakit dan susah mendapatkan air bersih. Dalam period ini mulal nampak pentingnya Kordinasi pembangunan perumahan juga ditingkatkan melalui lembaga Menteri Muda Urusan Perumahan Rakyat. Dalam Pelita IV (1984-1989), program pembangunan perumahan lebih difokuskan kepada peningkatan jumlah —sasaran program yang telah dilaksanakan pada Pelita sebelumnya. Program baru yang dikembangkan adalah dalam pemugaran perumahan dan lingkungan desa secara lebih bersepadu (mencakupi aspek program penyediaan tanah untuk pembangunan rumah secara optimum, misalnya melalui pembangunan rumah susun yang dapat dibeli atau disewa terutama di daerah perkotaan). Bersamaan dibina perkhidmatan air bersih, sistem saliran air hujan, sistem pembuangan sampah, dan peraturan bangunan rumah. Untuk keterpaduan di kawasan perkotaan, dirintis dengan menngamalkan pendekatan Program Pembangunan Prasarana Kota Terpadu 125 (P3KT), sedangkan untuk kawasan pedesaan melalui program Perbaikan Perumahan dan Lingkungan secara Terpadu (P2LDT). Dalam Pelita V (1989-1994) program pembangunan perumahan dan persekitaran lebih ditingkatkan lagi, meliputi pebangunan rumah sederhana dan kapling siap bangun (KSB), rumah sewa sederhana, perintisan perbaikan kampung, dan pemugaran perumahan dan lingkungan desa secara bersepadu dengan usaha pengembangan swadaya masyarakat. Pada masa ini, dimulal gerakan nasional perumahan dan pemukiman sehat sebagai penggerek berbagai program pembangunan perumahan dalam jumlah besar, menyediakan rumah sederhana, peningkatan kualiti lingkungan pemukiman, subsidi faedah kredit pemilikan rumah (KPR-BTN), meningkatkan peranan swasta, bimbingan teknik dan penerangan mengenai rumah sihat. Untuk mendukung program ini, di berikan keutamaan kepada koperasi, selain dilakukan oleh pemerintah dan swasta. Pemblayaan diutamakan sumber dari dana masyarakat yang disepadukan secara nasional, sehingga mampu membiayal pembangunan perumahan dan mengurangi kebergantungan dari subsidi pemerintah. Perluasan kredit diberikan juga melalui koperasi, lembaga-lembaga swadaya yang tumbuh dan berkembang dalam masyarakat, sehingga dapat mendukung pemenuhan keperluan perumahan. Dalam perkembangan selanjutnya (1994-1997), pengembangan program pembangunan perumahan, dapat dilihat dalam dua bentuk: program utama dan program pendukung. Program utama, terdiri dari program penyediaan perumahan dan pemukiman. Secara lebih terinci dilakukan melalui program pembangunan rumah sederhana oleh Perum Perumnas, pemaju swasta, 126 koperasi dengan dukungan Kredit Perumahan Rakyat melalui Bank Tabungan Negara (KPR-BTN) dan Bank-Bank swasta lainnya, Program perbaikan kampung diutamakan untuk bandar-bandar besar yang berpenduduk padat. Pembangunan rumah sewa sederhana disediakan bagi mereka yang tidak mampu menjangkau Kredit pemiikan rumah, dan bertempat tinggal_menetap. Peremajaan pemukiman kota di kota-kota besar disiapkan pula dengan lebih banyak melibatkan swasta dan koperasi serta lembaga-lembaga bukan kerajaan. Peremajaan kota ini, diutamakan untuk kawasan-kawasan setinggan untuk meningkatkan Kuali hidup golongan masyarakat yang berpendapatan rendah. Sedangkan program pembangunan perumahan dan lingkungan desa secara bersepadu (P2LTD) dilakukan melalui usaha pengembangan swadaya masyarakat. Dari perkembangan di atas, sejak 1987 (Pelita IV), program pembengunan kesejahteraan sosial dalam bidang perumahan yang dilakukan Departemen Sosial telah merintis Program Pemulihan Sasial Kawasan Setinggan. Baru pada Pelita ke VI, program ini mendapat bantuan kerajaan dengan lebih memfokuskan kepada aspek manusia melalui bantuan usaha untuk meningkatkan pendapatan. Program ini lebih ditujukan untuk menggerakkan penyertaan masyarakat guna meningkatkan martabat, kualiti dan kerukunan hidup, menyemaikan nilai-nilai budaya dan kesetiakawanan sosial, membina watak anggota keluarga sehingga dapat menempati rumah yang layak hunt dalam lingkungan keluarga dan masyarakat yang sihat dan teratur serta mempunyai pendapatan yang memadai. 127 Untuk mendukung program di atas, diwujudkan program penyediaan prasarana lingkungan, termasuk penyediaan air bersih, tandas am, tempat pembuangan sampah, jalan dan letrik dari kawasan kota sampai desa. Program penunjang lainnya yang dilakukan diantaranya, penataan ruang, pertanahan, teknologi industri bahan bangunan, pembiayaan, kelembagaan, pengembangan sumber manusia, peraturan perundang-undangan, —_penelitian dan pengembangan. Kesemua program ini dilakukan dengan berasaskan kordinasi antara berbagai kementerian dan lembaga pemerintah dan kerjasama dengan berbagai pihak lain, seperti swasta, koperasi, dan Badan bukan kerajaan lainnya. Sejalan dengan perubahan yang beriaku dari masa ke semiasa, bentuk program pembangunan perumahan di atas terus berkembang, dari bentuk yang sederhana kepada program yang berjangkauan las (dimulai dari peruntukan kepada kakitangan kerajaan dan golongan miskin kepada semua golongan masyarakat atau warga negara). Perubahan dan perkembangan model program pengagihan perumahan ini, bukan hanya bersifat universal, tetapi juga mempunyai fungsi untuk memenuhi kesejahteraan sosial. Prinsip universal ini merubah orientasi program pembangunan perumahan, bukan hanya di dominasi oleh peranan Kerajaan dalam pengagihan perumahan, tetapi beralin kepada pihak-pihak bukan kerajaan dengan melibatkan pinak swasta dan masyarakat. 3. PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN: SISTEM, PRESTASI DAN MASALAH 3.1 Sistem Pelaksanaan Dan Kordinasi Pelaksanaan dasar dan program perumahan di kedua negara ini rmelibatkan banyak pihak, Pembangunan perumahan berasaskan kepada 128 undang-undang dan peraturan yang dilaksanakan dengan sistem kordinasi. Pada tahap awal selepas kemerdekaan, pembangunan perumahan hanya untuk memenuhi keperluan rumah kakitangan kerajaan, Pada tahap selanjutnya, program perumahan rakyat, dilaksanakan bersama oleh kerajaan dengan swasta dan masyarakat. 1) Landasan Pembangunan Perumahan Mengenai landasan untuk melaksanakan pembangunan perumahan ini dapat digambarkan pada Jadual 3.4. Jadual 3.4 Landasan Pembangunan Perumahan: Akta dan Undang-Undang Malaysia a Indonesia ~ Akta Pemaju Perumahan (Kawalan = Undang-Undang Nomor 6 Tahun 1962 dan Pelesenan 1966 (Akta 118), (Koreksi terhadap masih berlakunya (pindaan 1988, peraturan-peraturan ‘UU Darurat_ No.3 Tahun 1958), Pemaju Perumahan 1989); - Undang-Undang Nomor 1 Tahun 1964 ~ Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171); ‘tentang UU Pokok Perumahan ~ Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133); (pengganti UU No.6 Tahun 1962); Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172); - Undang-Undang Nomor 16 Tahun 1985, ~ Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341); Tentang Rumah Susun, Atta Pajak Gadi 1972 (Akt 81); = Undang-Undang Nomor 4 Tahun 1992 ~ Aktaz Kawalan Sewa 1966 (Akta 363) ‘Tentang Perumahan dan Pemukiman ‘Sumber: Laporan Tahunan KPKT 1992; Kantor Menteri Perumahan Rakyat 1995, Di Malaysia, akta perumahan baru diwujudkan pada tahun 1966, Fokus dan matlamatnya untuk mengawal pemaju perumahan dan mengatur pelaksanaan pembangunan dan perkhidmatan perumahan. Sifat akta dan peraturan-peraturan adalah spesifik; bersabit dengan kawalan, perlesenan, bangunan, perancangan, perkhidmatan bomba, pajak dan sewa. Sesuai dengan undang-undang, tanggung jawab utama pembangunan perumahan terletak pada peranan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Tugas +129 Utama KPKT adalah menguatkuasakanundang-undang, mengawal_ dan mengatur aktiviti-aktiviti pemaju-pemaju perumahan. Sebagai badan induk yang menyelaras dan membina pembangunan perumahan, KPKT melaksanakan tugasnya melalui Jabatan Perumahan Negara, projek-projek perumahan awam juga dibina oleh Perbadanan-Perbadanan Kemajuan Negeri, Majlis Amanah akyat, Perbadanan Pembangunan Bandar, Jabatan Kerja Raya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dan beberapa agensi lain. Dengan demikian, KPKT mempunyai fungsi untuk menyelaras semua program pembangunan perumahan awam di seluruh negara, dan tanggung jawab utamanya menyediakan garis panduan dan polisi perumahan yang periu dikut! oleh sektor-sektor awam dan juga swasta (Agus 1986). Di Indonesia, undang-undang perumahan (1962), untuk menggalrahkan pembangunan perumahan melalui Kebebasan membangun rumah dan menetapkan penggunaannya untuk ditempati sendiri, disewakan atau dijual. Ketentuan ini sebagai pembetulan Undang-undang darurat Nomor 3 Tahun 1958, yang antara lain mengatur penghunian rumah yang dibangun melalui sistem Surat Izin Perumahan oleh Pemerintah Daerah (Kantor Urusan perumahan). Menurut Undang-Undang Pokok Perumahan (1964), ada beberapa matlamat, antaranya Kerajaan memberi bimbingan, kemudahan, bantuan dan perangsang lainnya. Mengadakan penelitian dan perancangan, membina rumah secara bertahap bagi keperluan rakyat (pada masa itu, urusan perumahan dijalankan oleh Menteri Sosial). Untuk lebih menjamin kepentingan masyarakat yang berpendapatan rendah, UU Nombor 16 Tahun 1985 lebih berorientasi pada pembinaan rumah susun sederhana. Sedangkan UU Nombor 4 Tahun 1992, 130 itujukan untuk membangun rumah dan persekitaran sebagai satu kesatuan fungsional (ruang fizikal, kehidupan ekonomi dan sosial budaya untuk mendukung Ketahanan nasional, mampu menjamin kelestarian lingkungan dan meningkatkan kualiti kehidupan keluarga, masyarakat dan negara). Perubahan peraturan dan perundang-undangan ini berpunca kerana dalam sistem pelaksana pembangunan perumahan, semakin banyak pihak yang terlibat dalam melaksanakan program pembangunan perumahan awam. Oleh itu, selanjutnya ditunjuk seorang menteri perumahan yang dikordinasikan oleh Menteri Negara Perumahan Rakyat. (Kantor Menteri Negara Perumahan Rakyat 1995). 2) Pelaksanaan Kordinasi Pada dasarnya, untuk menyediakan perumahan kepada rakyat (golongan miskin), baik di Malaysia maupun Indonesia menjadi tanggungjawab kerajaan. Dalam pelaksanaan pembangunan perumahan di Malaysia, kerajaan negeri mempunyai kuasa atas tanah, sedangkan kerajaan pusat menyediakan peruntukan kewangan kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa bandaran. Pembangunan perumahan awam di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya, pada mulanya (1950an) ditaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Lembaga Perumahan (Housing Trust) oleh Majlis berkuasa tempatan (DBKL), ekoran dari kurangnya perumahan awam, dan juga merupakan satu usaha bagi menyediakan kawasan perumahan yang teratur dan kemas. Selepas 1970an, peranan ‘Lembaga Perumahan' tidak penting lagi, kerana OBKL bertanggung jawab sepenuhnya sebagai pelaksana pembangunan perumahan di Kuala 131 Lumpur, sedangkan untuk Kawasan Selangor dan sekitarnya oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Selangor (PKNS). pada 1961-1990, terdapat perubahan pada sektor awam maupun gwasta, walaupun tanggungjawab utama terletak pada DBKL. Pada aval 1960- 1970an, pembckalan rumah tertumpu bagi penghijrah-penghijrah dari luar bandar yang datang bekerja di Kuala Lumpur; kerana tuntutan Keperluan rumah semakin tinggi, ekoran dari semaakin baiknya pertumbuhan ekonomi, dan mulai wujudaye kawasan setinggan. Pada 1980-190an, peranan DBKL semakin mantap, terutama untuk melaksanakan pembangunan rumah kos rendah dan sederhana, Pada masa ini, peranan sektor swasta melalui program ‘usahasamal dan ‘penswastaan’ semakin giat dllaksanakan. Menurut DEB pula (1971-1991), pembangunan perumahan yang ditujukan untuk membangun perumahan kos rendah bagi golongan berpendapatan rendah, berfungsi sebagai salah satu usaha untuk mengatasi masalah perumahan dan pembasmian kemiskinan. Fokus utama sektor pembangunan perumahan awam jalah untuk menyediakan rumah- rumah untuk kakitangan kerajaan dan badan-badan berkanun dalam tiga jenis skim: rumah murah awam, rumah untuk kakitangan kerajaan, dan bangunan- bangunan perniagaan. Pembangunan rumah awam untuk golongan berpendapatan rendah, adalah rumah-rumah murah di kawasan-kawasan bandar yang sesak penduduknya dengan kemudahan asas seperti bekalan air paip, letrik dan kemudahan kesihatan (Sen 1980; Agus 1981; 1984) Mulai tahun 1990an, pembangunan perumahan di kawasan bandar yang berpenduduk padat, dilaksanakan oleh kerajaan melalui ‘usahasama’ dengan pihak swasta dengan membangun perumahan kos rendah berdasarkan konsep 132 kondomonium untuk meningkatkan mutu kehidupan, Walau bagaimanapun, sektor awam terus menyediakan rumah teres, rumah pangsa dan rumah panjang untuk mengatasi masalah setinggan. Pada masa ini, penyediaan perumahan dilaksanakan juga di kawasan lar bandar untuk memulihkan kampung tradisional, rumah usang dan membina rumah peneroka, di bawah skim pembangunan tanah baru, terutama bagi golongan berpendapatan rendah dan rakyat termiskin. Peranan utama sektor swasta adalah membantu kerajaan dalam merangka program-program yang sesuai untuk mengatasi masalah perumahan, termasuk perumahan kos rendah. Walaupun dalam pelaksanaannya, sektor swasta bergiat menyediakan perumahan kos rendah, namun lebih ditujukan kepada pembangunan rumah komersial, kerana sektor swasta lebih mengutamakan pembangunan rumah bagi golongan masyarakat Kelas menengah dan atas. Bagaimanapun sebenarnya, pemaju-pemaju swasta digalakkan membina rumah murah secara usahasama dengan agensi-agensi perumahan awam dan digalakkan bekerjasama dengan Perbadanan-perbadanan Ekonomi Negeri (PKEN). Perhatian terus diberi kepada program perumahan kos rendah untuk menampung keperluan golongan berpendapatan rendah. Walau bagaimanapun, pembangunan perumahan dilaksanakan secara_bertahap disesuaikan dengan matlamat sosial yang utama dalam pembangunan negara, iaitu meningkatkan kesejahteraan rakyat. Keutamaan ini untuk memenuhi keperluan asas (tempat tinggal), menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, dan dihubungkaitkan dengan semakin luasnya masalah sosial di negara ini. Oleh itu, golongan berpendapatan rendah dianggap sebagai golongan 133 bermasalah yang diutamakan untuk mendapatkan kemudahan_ perumahan. (Jomo & Wells 1983) Dalam membangun perumahan, yang diutamakan oleh sektor awam adalah Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR), termasuk Skim Pertapakan dan Kemudahan Asas (SPKA) dan Program Khas Perumahan Kos Rendah (PKPKR), Skim Pembangunan Tanah; Perumahan Kakitangan Awam, dan Perumahan Komersial yang dilasaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri. Sedangkan sektor swasta adalah Perumahan Pemaju Swasta dan Perumahan Syarikat Kerjasama. Bersamaan itu pula, kerajaan menubuhkan Syarikat Perumahan Negara untuk membantu pemaju-pemaju melaksanakan agenda sosial dalam membina rumah murah (Utusan Malaysia 26/10/1996; Berita Harian 30/10/95; 9/12/1997). Dalam pelaksanaan pembangunan perumahan balk oleh sektor awam maupun swasta, tanggung jawab masalah permintaan, bekalan dan penawaran perumahan di seluruh negara terletak pada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Pelaksanaan tugas di daerah, diagihkan kepada agensi-agensi pelaksana di peringkat negeri. Secara am, aliran tugas tersebut meliputi: (1) peringkat pusat terdiri dari KPKT, Unit Perancang Ekonomi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan dan Pembendaharaan, (2) peringkat negeri terdiri dari Jabatan Perumahan Negara peringkat negeri dan Perbadanan-Perbadanan Kemajuan Negeri, sementara (3) peringkat tempatan terdiri dari Pejabat Daerah dan Tanah, dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Laporan KPKT 1992). Di Indonesia, pembangunan perumahan dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berterusan. Keadaan dan perkembangan ini secara nasional dimungkinkan dengan wujudnya dukungan stabiliti politik, sosial dan ekonomi. 134 Pada Pelita I (1969-1974), pelaksanaan program pembangunan perumahan secara nasional baru dimulai pada tahap persiapan, walaupun kemampuan kerajaan masih terhad terutama yang berkaitan dengan pembangunan perumahan. Mengenai pembiayaan pembangunan perumahan ini diuruskan melalui pinjaman bank, dengan sistem kelembagaan yang bertanggung jawab - berada pada Menteri Negara Perumahan (dari polisi sampai pengawasan). Kegiatan yang dilakukan adalah ujicuba teknik pembangunan rumah sederhana (tipe T-36 = luas 36 meter persegi sampai tipe T-70 = luas 70 meter persegi) di beberapa bandar besar (Jakarta, Bandung, Semarang dan Surabaya). pada masa ini, dilakukan perbaikan kampung di kawasan bandar Jakarta. Hasil uj-cuba mulai dilaksanakan secara massa pada Pelita II (1974-1979), dengan mengutamakan rumah murah dan sederhana oleh Syarikat Perumahan Nasional (Perumnas), dan perbaikan kampung juga dilanjutkan termasuk kawasan setinggan (di Surabaya, Bandung dan bandar-bandar besar lainnya). Golongan yang mendapat Keutamaan adalah berpendatan rendah (Kategori menurut kerajaan: sangat rendah, rendah, sedang, menengah, tinggi). Peruntukan ‘Rumah-Perumnes' diutamakan bagi kakitangan kerajaan golongan rendah yang termasuk kategori/golongan I-II (70%), Badan Usaha Milik Negara (BUMN) dan syarikat swasta (20%), bakinya untuk penempatan setinggan (10%). Uji-cuba pembangunan perumahan ini pada tahap selanjutnya dijadikan sebagai projek nasional, oleh itu dapat diteruskan secara ekstensif di berbagai kawasan, baik di bandar-bandar besar maupun pedesaan. Pada Pelita If, kordinasi pembangunan perumahan (secara teknikal) mulat dilaksanakan oleh Perumnas. Pada masa ini, pemerintah menangani secara terus 135 pembangunan rumah bagi golongan yang berpendapatan rendah dan sedang secara besar-besaran, dengan perbandingan jumlah rumah mewah, menengah dan sederhana (1:3:6), dan membaiki perumahan desa untuk meningkatkan kesedaran masyarakat desa akan pentingya permukiman yang bersih dan sihat. Oleh kerana pembangunan rumah sederhana mulai dilaksanakan dalam jumlah yang banyak (massal), maka dilakukan ‘usahasama’ dengan syarikat swasta dan koperasi melalui kemudahan Kredit Pemilikan Rumah Bank Tabungan Negara (KPR-BTN). Untuk menunjang kegiatan pembangunan perumahan (bandar dan desa), dilakukan pembinaan masyarakat melalui penerangan mengenai pentingnya rumah yang sihat bagi kesejahteraan keluarga. Pada Pelita II, pengadaan perumahan mulai berasaskan keterjangkauan dan pemerataan, baik di kota maupun desa. Di kota, mulai dilakukan peningkatan program perbalkan kampung di 200 kota (kecil, sedang dan besar). Pembangunan rumah sederhana ditingkatkan menjadi 150.000 unit (oleh Perumnas, swasta dan koperasi), dengan dukungan pinjaman bank. Di desa, mulai dirintis Projek Pemugaran Perumahan Desa (P3D) yang dilaksanakan di 6000 desa (realisasi hanya di 4900 desa), dan program Peningkatan Swadaya Masyarakat dalam Perumahan dan Lingkungan PSMPL). Pada Pelita IV, pembangunan perumahan diutamakan kepada golongan_ masyarakat berpendapatan rendah, pemugaran perumahan desa, perbaikan dan peremajaan kampung di kota, penyediaan air bersih, perbaikan sistem air limbah dan air hujan, dan masalah sampah. Pada Pelita V, pembangunan perumahan dilakukan dengan lebih bersepadu yang menekankan pada kualiti rumah. Jumlah pembangungan rumah 136 juga semakin banyak yang dilaksanakan oleh Perumnas, swasta dan koperasi dengan dukungan (Bank Tabungan Negara) BTN, bank swasta dan koperasi. Sistem bersepadu ini dikaitkan dengan penggunaan tanah bandar dan desa, kos pembinaan, peluang kerja, kesihatan lingkungan, pengeluaran bahan bangunan tempatan dan penyediaan air bersih. Perbaikan kempung juga dilakukan untuk mendukung pengembangan kawasan bandar, termasuk bandar menengah dan kecil. Untuk meningkatkan mutu perumahan dan lingkungan desa, dilakukan bimbingan dan penerangan untuk menggerakkan swadaya masyarakat. Keterpaduan antara pembangunan perumahan di bandar dan desa, dikaitkan dengan pengembangan wilayah dan kawasan pemukiman baru sebagai pengikat desa-desa pendukung di sekitarnya. Oleh itu, pengadaan tanah dan kawasan slap bangun merupakan bagian penting dalam memadukan berbagai kegiatan pembangunan perumahan. Bagaimanapun, selama pembangunan perumahan pada Pelita I-V, telah dilakukan penyusunan bangunan dengan menertibkan keselamatan bangunan di bandar-bandar, meliputi penyusunan pedoman, piawaian dan model peraturan bangunan. Selain itu, untuk memudahkan pemberian kredit pemilikan rumah, mekanisma dan prosedur dikaji dan dikembangkan dari masa ke semasa dengan menumpukan kepada kumpulan sasaran (golongan berpendapatan rendah). Oleh itu, sesuai dengan undang-undang dan peraturan, pelaksanaan program pembangunan perumahan diarahkan untuk meningkatkan kualiti kehidupan keluarga dan masyarakat; iaitu kerukunan hidup keluarga dan kesetiakawanan sosial dalam kehidupan masyarakat. 137

Anda mungkin juga menyukai