Anda di halaman 1dari 1

MANAF BIN KURIT

431107-01-5451
Kampung Punan
86900 Ulu Endau
Mersing

YB DATUK HAJI ABD LATIF BIN HAJI BANDI


53 B Jalan Ismail
86800 Mersing
JOHOR DARUL TAKZIM 12 OKTOBER 2014

MEMOHON BANTUAN BOT DAN ENJIN

YAB Datuk,

Berhubung dengan perkara di atas, saya warga orang asli Kampung Punan ingin memohon perhatian
dari pihak YAB Datuk.

2. Untuk pengetahuan pihak Datuk, Saya merupakan seorang nelayan air tawar di Kampung
Punan. Tujuan saya memohon bantuan enjin dan bot kerana bot sedia ada sudah terlampau uzur
kerana telah digunakan selama 18 tahun. Enjin juga telah rosak teruk dan tidak dapat diperbaiki lagi.

3. Saya juga amat TIDAK MAMPU untuk menanggung perbelanjaan membeli bot dan enjin yang
baharu. Mata pencarian saya sudah lama terjejas kerana ketiadaan enjin dan bot.

Semoga mendapat maklumbalas dari pihak YAB Datuk berkenaan masalah saya ini.

Yang benar,

.............................................
MANAF BIN KURIT

Anda mungkin juga menyukai