Anda di halaman 1dari 5

BIODIVERSITI

Biodiversiti atau kepelbagaian biologi adalah variasi pelbagai bentuk kehidupan yg ada di bumi
ini. Biodiversiti merangkumi semua bentuk kehidupan dari sekecil kuman hingga ke hidupan liar dan
tumbuh-tumbuhan spt ikan paus serta pokok-pokok yg besar.Setakat ini hampir 1.4 juta spesies tlh
dikenal pasti, namun para saintis mengganggarkan jumlah spesies yg terdapat di dunia ini adalah lebih
dari 100 juta.
Biodiversiti diklasifikasikan kepada tiga aras utama iaitu diversiti ekosistem, diversiti
genetik dan diversiti spesies. Diversiti ekosistem ialah kepelbagaian h abitat, komuniti biotik
dan proses ekologi di persekitaran daratan, marin dan persekitaran akuatik lain. Manakala
diversiti genetik ialah kepelbagaian dalam dan antara populasi spesies yang diukur melalui
variasi antara gen atau DNA atau jujukan asia amino. Diversiti spesies pula merujuk kepada
variasi spesies dan subspesies.

Sejak berkurun lamanya manusia bergantung kepada kepelbagaian biodiversiti dan


sumber-sumber biologi untuk meneruskan kehidupan. Sumber-sumber biodiversiti
membekalkan manusia dengan keperluan makanan, perubatan, produk-produk industri dan
juga berperanan penting untuk mengimbangi alam sekitar. Selain itu, kepelbagaian sumber
flora dan fauna membekalkan manusia dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan.

Biodiversiti memberi ruang kepada manusia untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah serta
rekreasi di samping menghayati keindahan alam semulajadi serta meluaskan pengetahuan
tentang kepelbagaian dan kekayaan sumber biodiversiti . Pelbagai aspek aktiviti riadah yang
dapat dijalankan termasuklah aktiviti sukan air, terjunan udara, meredah hutan, aktiviti
berkhemah, penjelajahan hutan dan berbagai lagi

Biodiversiti juga penting untuk pengekalan kitar hidrologi. Hidupan semulajadi berfungsi
sebagai penyerap air dari tanah dan membebaskannya melalui proses transpirasi. Hutan,
padang rumput dan tanah lembab akan menyerap air hingga jumlahnya banyak dan
membebaskannya sedikit demi sedikit bila air bertakung. Hal ini sekaligus dapat mengawal
banjir.

Kepelbagaian flora dan fauna juga amat penting untuk mengimbangi kitar oksigen dan
nitrogen. Tumbuhan memerlukan karbon dioksida dan membebaskan oksigen untuk proses
fotosintesis. Manakala haiwan pula memerlukan oksigen dan membebaskan karbon dioksida
semasa respirasi. Tumbuhan dan haiwan saling bergantungan antara satu sama lain. Mikrob
pula membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam tanah.

Biodiversiti juga berguna kepada manusia dalam bidang perubatan. Terdapat lebih 3000
spesies tumbuhan di dunia ini dikenalpasti berfungsi sebagai anti-kanser. Kepelbagaian
biologi ini bukan sahaja mampu menyediakan sumber perubatan malah mendatangkan
keuntungan yang lumayan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kekayaan spesies biodiversiti
mampu memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia di
samping menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sebagai contoh,
anthroposentrik digunakan dalam memajukan bank genetik khasnya untuk memajukan sektor
pertanian, akuakultur dan penternakan.

Biodiversiti memberikan banyak peluang dan kepentingan terhadap perkembangan sosial.


Taman-taman negara, kawasan rizab hidupan liar, sungai dan lautan dan juga kawasan-
kawasan yang dilindungi memainkan peranan yang signifikan terhadap perkembangan
ekonomi dengan membekalkan pelbagai sumber kepada kehidupan sosial manusia. Antaranya
sumber perkhidmatan kesihatan (melalui kepelbagaian etnobotani), sumber air minuman,
sumber penjanaan kuasa elektrik dan juga memberikan sumber pendapatan dan pekerjaan
kepada masyarakat. Selain itu juga, sumber biodiversiti yang merupakan warisan negara
merupakan khazanah ilmu yang tidak ternilai harganya.

Kepupusan biodiversiti meninggalkan impak yang kepada manusia kerana manusia dan
sumber biodiversiti saling bergantungan antara satu sama lain. Biodiviersiti merupakan
sumber semula jadi yang terbesar. Spesies dari pelbagai jenis menyediakan manusia dengan
makanan, produk industri, ubatan, minyak alternatif dan banyak lagi.

Sekiranya biodiversiti hilang, sumber mentah yang berpotensi untuk pelbagai tujuan
dengan nilai yang tinggi juga akan turut hilang bersama. Aktiviti manusia mengubah
ekosistem akan akan menyebabkan hilangnya diversiti genetik sesuatu spesies sekaligus
menyebabkan kepupusan. Banyak spesies yang akan pupus sebelum sempat dikaji.
Kepelbagaian biodiversiti juga akan berkurangan akibat daripada kehilangan takungan
genetik yang sedia ada.

Selain itu kepupusan biodiversiti turut menyebabkan perubahan iklim. Penyingkiran pokok
daripada proses penebangan hutan akan mengurang proses transpirasi, kekerapan hujan dan
kadar penggunaan karbon dioksida dalam atmosfera semasa fotosintesis. Hal ini akan
menyebabkan paras karbon dioksida dalam atmosfera meningkat yang kemudian
menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau dan pemanasan global. Paras air laut pula akan
meningkat selaras dengan peningkatan suhu bumi kemudian akan mengubah landskap bumi.

Sumber makanan juga akan berkurangan apabila sesuatu spesies pupus dari rantaian
ekosistem. Setiap spesies saling bergantungan antara satu sama lain dalam rantaian
ekosistem. Apabila sesuatu spesies pupus, spesies lain juga turut diancam kepupusan.
Akibatnya keseluruhan ekosistem akan terjejas. Sebagai contoh, tumbuhan merupakan
pengeluar utama dan diperlukan oleh haiwan herbivor sebagai makanan. Sekiranya tumbuhan
hilang dari rantai makanan tersebut keseluruhan ekosistem tersebut akan hilang sumber
makanan mereka.

Pelbagai aktiviti manusia mendorong kepada kemusnahan sumber biodiversiti secara


langsung mahupun tidak langsung. Antara aktiviti ini termasuklah kemusnahan habitat akibat
penukaran guna tanah utk pertanian,perlombongan,penempatan,pembinaan,pembalakan,
pemburuan yg tdk terkawal,pencemaran,perubahan iklim,bencana alam serta pengenalan
spesies baru dari luar mungkin blh memusnahkan spesies tempatan. Langkah mengatasi
kepupusan atau kemusnahan biodiversiti perlu diambil dengan segera. Kaedah yang terbaik
untuk memelihara sumber biodiversiti adalah dengan melindunginya sebelum ia terancam.
Pelbagai langkah perlu diambil ke arah memulihara sumber biodiversiti yang sememangnya
memainkan peranan penting kepada kehidupan manusia seharian.

Bengkel pengurusan biodiversiti merupakan jalan terbaik untuk membentuk sikap manusia
terhadap sumber biodiversiti. Pendedahan tentang kepentingan biodiversiti terhadap
masyarakat sejak kecil amat penting untuk membentuk sikap dan tingkah laku manusia
apabila menguruskan sumber biodiversiti. Banyak isu yang boleh dibincangkan seperti
bioprospek, pengurusan dan pengawasan pelancongan eko dan perlindungan spesies
terancam.

Selain itu penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan perlu diperbanyak. Sebagai
contoh, Taman Teknologi Malaysia(TPM) sedang giat menjalankan kajian terhadap potensi-
potensi yang boleh digunakan daripada hasil khazanah alam negara. Pusat-pusat penyelidikan
seperti Pusat Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara dan
menjalankan kerja kajian farmakologi sample, pemprosesan dan penghasil benih. Hal ini
penting untuk mengawal kepupusan spesies terancam.

Kawalan dan pemantauan yang lebih ketat juga amat penting. Teknologi konservasi
biodiversiti adalah teknologi yang paling praktikal dan digunakan secara meluas pada masa
kini untuk pemantauan biodiversiti menerusi satelit. Sensor dipasang pada bahagian tertentu
spesies haiwan terancam memudahkan pemantauan dan kawalan terhadap spesies tersebut
dilakukan. aktiviti pembalakan dan pemburuan haram misalnya perlu dikawal dengan lebih
ketat. Begitu juga dengan biodiversiti akuatik yang mempunyai nilai tinggi supaya tidak
merugikan negara.

Malaysia merupakan salah satu diantara 120 negara yang menandatangani Konvension
Kepelbagaian Biologikal(CBD). Konvension tersebut yang berkuatkuasa pada 29 Disember
1993 memberikan mekanisma global untuk memastikan pemuliharan dan penggunaan
biodiversiti secara mapan bagi generasi sekarang dan akan datang. Kandungan perjanjian
tersebut ialah Malaysia menjanjikan 50% litupan muka bumi dengan hutan dan pokok kekal
selama-lamanya.

Anda mungkin juga menyukai