Anda di halaman 1dari 1

SPM 2014

Rajah menunjukkan perkembangan folikel dalam kitar ovari.

(a) Terangkan apa yang berlaku semasa peringkat I dan peringkat II dalam kitar ovari.
[4 markah]
Semasa peringkat 1,pengovulan berlaku ,Folikel Graaf berpecah dari membebaskan oosit
sekunder ke dalam tiub Fallopio semasa pengovulan.Folikel Graaf yang tertinggal dinamakan
korpus luteum pada peringkat ll .Korpus luteum akan merembeskan progesteron bertujuan untuk
menebalkan endometrium.

(b) (i) Seorang wanita mengambil pil perancang untuk mencegah kehamilan. Kandungan pil
itu merencat perembesan hormon perangsang folikel (FSH) oleh kelenjar pituitari.
Terangkan kesan pengambilan pil perancang terhadap peringkat I dalam kitar ovari.
[3 markah]
Perembesan FSH direncatkan.Perkembangan Folikel tidak akan berlaku.Oleh itu, Folikel Primer
tidak berkembang kepada Folikel Graaf.Folikel Graaf tidak akan merembeskan oosit sekunder.
Pengovulan tidak berlaku,persenyawaan ovum dan sperma tidak berlaku.Oleh itu, kehamilan
dapat dicegah.

(c) Terangkan apa yang menyebabkan peringkat III berlaku dan kesannya. [3 markah]

Peringkat lll yang berlaku kerana persenyawaan tidak berlaku.Korpus luteum akan terurai dan
aras hormon progesteron akan berkurangan.Penurunan aras progesteron akan meyebabkan
keluluhan endrometrium dan satu lagi folikel akan berkembang kerana kekurangan hormon
progesteron tidak merencatkan perembesan FSH lagi.Maka kitaran Haid akan berulang semula.

Anda mungkin juga menyukai