Anda di halaman 1dari 2

Muamalat merupakan sebuah sistem yang diharuskan dalam Islam.

Namun, terdapat perkara-


perkara yang menjadikan muamalat tersebut dilambangkan sebagai pelanggaran kepada
Syariah Islam. Antaranya adalah muamalat yang terangkum dengan unsur-unsur riba.
Antaranya, dalam isu pinjaman. Menurut Ustaz Dr Adimarwan Azwar Karim, terdapat tiga
perkara yang yang haram dalam urusan pinjaman ini. Pertamanya, apabila pihak si pemberi
pinjaman meminta suatu nilai yang berlebihan dengan nilai yang telah diberikan pinjaman.
Kedua, pihak peminjam menjanjikan pulangan yang lebih kepada pemberi pinjaman dengan
lisan. Akhir sekali, walaupun tidak menggunakan perjanjian lisan, namun kedua-dua belah pihak
menggunakan sesebuah isyarat yang difahami agar nilai yang dipulangkan melebihi nilai yang
dipinjam. Dalam pada itu,sekiranya duit (modal) tersebut ditukarkan dalam bentuk barangan
atau makanan, dan dijual dengan nilai duit pada awalnya (modal) tersebut, maka dibolehkan
kerana dikira sebagai sebuah bentuk keuntungan.

Selain itu, riba juga boleh terhasil dengan sesebuah urusan pertukaran barang sejenis.
Contohnya, menukarkan satu cupak gandum yang berkualiti tinggi dengan dua cupak gandum
yang berkualiti rendah. Hal ini kerana pertukaran tersebut tidak meliputi tiga kriteria yang telah
ditetapkan iaitu mempunyai kualiti, kuantiti yang sama dan secara tunai. Contoh lainnya adalah
pertukaran wang dengan wang seperti menukarkan RM10 dengan RM50. Perkara ini adalah
haram kerana pertukaran tersebut tidak menepati kriteria iaitu mempunyai nilai yang sama.

Dalam konteks gadaian pula, gadaian atau al-Rahn ini merupaka sebuah muamalat yang
memberikan kemudahan kepada orang yang memerlukan pertolongan dan hukumnya adalah
harus. Sebagaimana Riwayat al-Bukhari dan Muslim, “..Rasulullah SAW membeli makanan
daripada seorang Yahudi secara hutang dengan menggadaikan sebuah perisai besi.” Rukun
gadaian mempunyai empat rukun iaitu al-rahin (penggadai), akil baligh, tidak dipaksa untuk
menggadai, al-marhun (barang yang hendak digadai), al-marhun bih (hutang atau bayaran yang
diberi kepada penggadai adalah hutang yang diketahui) dan sighah iaitu lafaz ijab dan kabul.

Perkara yang boleh membatalkan gadaian adalah barang gadaian rosak, telah
disedekahkan atau dihibahkan kepada orang lain. Selain itu, penggadai yang telah meninggal
dunia, pemegang gadai membatalkan gadaian serta penggadai telah membayar semua
hutangnya. Gadaian ini memberikan beberapa hikmah kepada umat iaitu dapat memberikan
kesempatan kepada umat Islam untuk mengembangkan ekonomi serta memberi jaminan
kepada orang yang memberikan hutang.

Anda mungkin juga menyukai