Anda di halaman 1dari 3

DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI MACHANG

DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA


GUAMAN SIVIL NO :___________________/2021

ANTARA

ZULFA ARIFAH BINTI ABDUL HALIM


(NO. K/P : 890218-03-5802) .… PLAINTIF

DAN

1. CHE AINON BINTI AHMAD


(NO. K/P : 610718-03-5172)

2. AB RAHIM BIN SULAIMAN


(NO. K/P : 580109-03-5551)

3. SITI NUR SABRINA BINTI AB RAHIM


(NO. K/P : 871115-29-5368)

4. ABDUL SALAM BIN AB RAHIM


(NO. K/P : 850203-03-5221) .… DEFENDAN-DEFENDAN

PERNYATAAN TUNTUTAN

1. Plaintif mempunyai alamat penyampaian di Lot 2418, Kampung Banggol Judah,


18500 Machang, Kelantan.

2. Defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Defendan Keempat (Selepas ini disebut
sebagai ‘Defendan-Defendan’) mempunyai alamat penyampaian di Lot 420, Guchil 4,
18000 Kuala Krai, Kelantan.

3. Defendan Pertama dan Defendan Kedua adalah suami isteri, manakala Defendan
Ketiga dan Defendan Keempat adalah anak-anak kepada Defendan pertama dan
Defendan Kedua.

4. Defendan-Defendan telah meminjam wang dari Plaintif secara kolektif berjumlah RM


46,500.00 (Ringgit Malaysia : Empat Puluh Enam Ribu Lima Ratus Sahaja) (selepas

1|PE RNYATAAN TUNTUTAN PLAINTIF


ini disebut sebagai ‘Pinjaman Tersebut’) yang telah digunakan untuk kegunaan
peribadi masing-masing.

Senarai jumlah hutang masing-masing adalah seperti berikut :


Bil Perkara Jumlah
1. Che Ainon Binti Ahmad RM 18,600.00
2. Abdul Rahim Bin Sulaiman RM 6,000.00
3. Siti Nur Sabrina Binti Abdul Rahim RM 16,300.00
4. Abdul Salem Bin Abdul Rahim RM 5,600.00
JUMLAH RM 46,500.00

5. Semua jumlah Pinjaman Tersebut diberikan melalui secara ansuran oleh Plaintif
kepada Defendan-Defendan sehingga semuanya berjumlah RM 46,500.00.

6. Plaintif telah beberapa kali meminta agar Defendan-Defendan membayar Pinjaman


Tersebut masing-masing akan tetapi Defendan-Defendan masih gagal atau enggan
untuk membayar semula Pinjaman Tersebut.

7. Kegagalan pihak Defendan-Defendan membayar semula Pinjaman Tersebut telah


mengakibatkan Plaintif terhad sumber kewangan semasa pengajiannya di IPT
kerana terpaksa berkorban dengan meminggirkan keperluan kewangan serta
perbelanjaan hariannya dengan memberi pinjaman wangnya kepada Defendan-
Defendan dengan janji Defendan Kedua untuk membayar balik.

8. Plaintif telah memberi notis kepada Defendan-Defendan untuk menjelaskan


Pinjaman Tersebut melalui Notis Tuntutan bertarikh 18hb Januari 2021 yang dihantar
kepada Defendan-Defendan, namun sehingga ke hari ini, Defendan-Defendan masih
enggan/gagal untuk membayar hutang masing-masing kepada Plaintif.

9. Dengan demikian, Plaintif dengan rendah diri memohon suatu perintah dari
Mahkamah Yang Mulia ini sebagaimana berikut :-

a) Defendan-Defendan dikehendaki membayar balik hutang Plaintif sebanyak


RM 46,500.00 dengan pecahan liabiliti seperti berikut :-

2|PE RNYATAAN TUNTUTAN PLAINTIF


i. Defendan Pertama dikehendaki membayar RM 18,600.00.

ii. Defendan Kedua dikehendaki membayar RM 6,000.00.

iii. Defendan Ketiga dikehendaki membayar RM 16,300.00.

iv. Defendan Keempat dikehendaki membayar RM 5,600.00.

b) Bayaran-bayaran hutang sebagaimana di atas hendaklah dibayar dalam


masa 14 hari daripada tarikh Penghakiman ;

c) Faedah sebanyak 5% daripada Jumlah Penghakiman masing-masing


bermula dari tarikh Penghakiman sehingga penyelsesaian muktamad ;

d) Kos ; dan

e) Apa-apa perintah atau relif lain yang Mahkamah fikirkan sesuai.

Bertarikh pada: 14 hb, April 2021

-------------------------------------
Peguamcara Plaintif

Pernyataan Tuntutan ini difailkan oleh Tetuan Hasif Azham Rizal & Co., Peguambela &
Peguamcara bagi pihak Plaintif yang beralamat di Lot 718, Jalan Sri Cemerlang 14/27, Off
Jalan Pengkalan Chepa, 15300 Kota Bharu, Kelantan. Tel No: 09-7438116/8117 Fax No:
09-7438119 (HAR/CV/KB/21-3713)

3|PE RNYATAAN TUNTUTAN PLAINTIF

Anda mungkin juga menyukai