Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama Guru

2. Judul TEORI DAN PRINSIP MOTIVASI DI 3. Bidang: MOTIVASI


TEMPAT KERJA
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Pekerja bermotivasi lebih setia dan sedia meletakkan ‘nyawanya’ untuk majikan. Sikap pekerja
melaksanakan tugas melewati tarikh akhir. - Kesilapan pekerja yang kita tanggung dan pihak atasan. - Sikap
pekerja yang menikam dari belakang. Apabila peraturan bertulis tidak dapat memberi jalan keluar,
selesaikan dengan seni motivasi yang menukar situasi menjadi solusi. Buku ini membongkar 11 teori dan
prinsip motivasi yang menjadi kunci kepada sikap rajin dan positif pekerja. Terbukti membantu menjadikan
pekerja lebih setia, bersedia dan bekerja tanpa meningkatkan kos operasi. Buku ini memberi tiga perkara
unggul kepada majikan, pengurus dan pegawai atasan bagi memotivasikan pekerja: iaitu yang pertama
strategi dorongan dari dalam diri pekerja. Dahulu organisasi dilihat sebagai tempat makan gaji, kini menjadi
tempat berkembangnya potensi diri. Kedua, strategi berfikir seperti majikan. Pekerja yang berfikir gaya
majikan akan mengurus kerja secara berkesan. Mereka meletakkan faktor wang sebagai faktor kedua.
Ketiga, strategi mengurus kos membaik pulih yang dilakukan oleh pekerja kesan daripada suntikan motivasi
yang tidak kena cara dan tempatnya. Organisasi menjadi syurga apabila semua pekerja gembira dan kekal
setia. Hanya resepi motivasi yang memungkinkan ia berlaku. Pilih dan segera lakukan di tempat kerja.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1) Nilai kesetiaan – Dalam memacu organisasi atau perniagaan perlu ada sokongan daripada pekerja yang
berwibawa. Antara ciri pekerja tersebut ialah mempunyai nilai kesetiaan. Pekerja yang setia akan sentiasa
cuba memahami skop kerja mereka serta ikhlas dalam melaksanakan segala tugasan.

2) Berfikiran positif – Pekerja yang sebegini mampu menolak semua kekangan yang dihadapi semasa
mereka bekerja. Mereka akan cuba dahulu melaksanakan segala tugasan yang diberikan walaupun mereka
tahu ada kegagalan yang mungkin akan berlaku.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Motivasi ialah satu ciri kunci kejayaan seseorang. Walaupun seseorang itu sangat bijak atau genius tetapi
jika dia kurang motivasi, dia akan dilanda stres. Motivasi yang tinggi dalam diri seseorang mampu
menangkis atau mengurangkan stres atau masalah yang dihadapinya. Guru juga dapat melihat reaksi murid
apabila mereka diberi kata-kata motivasi, mereka seolah-olah akan berfikir seketika motivasi yang
diperkatakan oleh guru. Guru juga dapat lihat sesetengah murid menunjukkan sikap positif selepas menerim
kata-kata motivasi apabila mereka membuat tugasan dengan baik dan cermat. Mereka mula menunjukkan
daya usaha dan kesungguhan dalam pelajaran.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(SITI ZUBAIDAH BINTI AHMAD DON ) ( )