Anda di halaman 1dari 2

SISTEM & APLIKASI BAHASA

Tajuk : Bentuk Kata


1. Bentuk kata ialah binaan sesuatu perkataan yang terdiri daripada satu morfem atau beberapa morfem.

2. Kata Tunggal
i. Perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses pemajmukan
atau penggandaan.
(a) Satu suku kata : yu, am, wang, draf, skru, straw
(b) Dua suku kata : aku, ais, usang, angka, ombak
(c) Tiga suku kata : cuaca, ziarah, urea, mulia, tempua
(d) Empat suku kata dan lebih : keluarga, sementara

3. Kata Majmuk
i. Kata majmuk merupakan proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna
yang khusus.
ii. Kata majmuk dieja terpisah tetapi bertindak sebagai satu unit, iaitu kata majmuk tidak boleh
menerima sebarang penyisipan unsur lain.
iii. Terdapat beberapa kategori kata majmuk, iaitu :

(a) Kata majmuk rangkai kata bebas. Contohnya : jam tangan, nasi minyak, bom tangan,
meja tulis, luar biasa, tengah hari, kapal terbang, bandar raya, alat tulis, terima kasih, jalan
raya, merah muda. Kategori ini termasuk juga gelaran seperti: Perdana Menteri, Ketua Menteri,
Raja Muda, Duta Besar, Naib Canselor, Profesor madya, Penolong Pendaftar, Setiausaha
Politik, Ketua Setiausaha Negara

(b) Kata majmuk istilah khusus. Contohnya : garis pusat, kertas kerja, cari gali, segi tiga, pita
suara, reka bentuk, atur cara, model linear, mata pelajaran, kanta lekap, kemas kini

(c) Kata majmuk kiasan (peribahasa). Contohnya : kaki ayam, pilih kasih, duit kopi, kaki
bangku, makan angin, buah tangan, manis mulut, anak emas, buah hati, berat tangan

iv. Namun begitu, terdapat 15 kata majmuk yang sudah mantap penggunaannya dan dieja sebagai
satu perkataan.
1
4. Penggandaan Kata Majmuk
i. Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sesuatu kata sahaja.
Contohnya : alat-alat tulis, gambar-gambar rajah, balai-balai raya, kapal-kapal terbang,
Menteri-menteri Besar, suku-suku kata, garis-garis pusat

5. Penggandaan Kata Majmuk Mantap


i. Melibatkan penggandaan keseluruhan perkataan. Contohnya : pesuruhjaya-pesuruhjaya,
warganegara-warganegara, tandatangan-tandatangan, setiausaha-setiausaha

6. Pengimbuhan Kata Majmuk


i. Kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah.
Contohnya: campur aduk (bercampur aduk), ambil alih (mengambil alih), daya serap (daya
serapan), ulang kaji (mengulang kaji)

ii. Kata majmuk yang menerima imbuhan apitan, ejaannya dieja secara bercantum. Contohnya:
campur aduk (mencampuradukkan), ambil alih (pengambilalihan), daya serap (kedayaserapan),
ulang kaji (pengulangkajian)

Pengecualian
Selain kata majmuk, terdapat sebilangan perkataan yang bukan kata majmuk tetapi secara lazimnya
dieja bercantum.
Contohnya:
Kata nama: peribadi, peribahasa, perikemanusiaan, dinihari, hulubalang
Kata adjektif: sukacita, dukacita
Kata sendi nama: kepada, daripada
Kata hubung: apabila, barangkali, manakala, darihal, apakala, padahal, walhal, kadangkala
Kata tanya: bagaimana

Anda mungkin juga menyukai