Anda di halaman 1dari 3

SET 5, SOALAN UTAMA : Sebagai seorang Jurutera yang kompeten yang ditauliahkan oleh

pihak JKKP, maka anda sepatutnya mempunyai pemahaman yang


terbaik
tentang akta yang terlibat. Ini bertujuan untuk anda memastikan boiler dioperasikan dan
diselenggara dengan selamat mengikut perundangan sepanjang masa. Terangkan akta dan
perundangan berkaitan boiler dari A-Z?
Bagi mengesahkan kefahaman anda, maka panel akan menyoal beberapa soalan berangkai bagi
menentukan anda benar-benar faham dan bukan menghafal step dari buku rujukan namun anda
mampu melaksanakannya apabila lesen kompetensi diberikan kepada anda.
SOALAN MENGUJI KEFAHAMAN
1. Apa tugas anda di kilang? Nyatakan akta mana yang menyatakan anda layak untuk hadir
interview hari ini?
2. Berapa bilangan pekerja dikilang anda? Berapa bilangan pekerja yang mewajibkan polisi
Keselamatan wajib diwujudkan?
3. Apakah maklumat penting yang tertera pada Polisi Keselamatan?
4. Apakah peranan Jawatankuasa KKP?
5. Terangkan struktur organisasi Jawatankuasa KKP di kilang mengikut akta?
6. Apakah perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat KKP?
7. Berapa kekerapan mesyuarat KKP?
8. Adakah Sight Glass / Level Gauge Glass bocor perlu dilaporkan dalam mesyuarat KKP?
9. Adakah kilang anda termasuk dibawah CIMAH?
10. Jika Ya, kenapa? Jelaskan.
11. Jika Tidak, Kenapa? Jelaskan
12. Bagaimana nak rujuk yang premis kita dibawah CIMAH?
13. Jika kilang kita dibawah CIMAH, apa yang perlu dibuat mengikut akta?
14. Apakah tugas SHO?
15. Premis yang bagaimana mewajibkan majikan menggajikan SHO?
16. Apa maksud HAZARD?
17. Berikan 10 contoh hazard yang ada di kawasan boiler?
18. Bagaimana anda ingin mengawal hazard yang sedia ada?
19. Terangkan hirierki kawalan yang disarankan oleh Akta?
20. Senraikan Akta yang wujud dibawah JKKP?
21. Apa beza akta dengan peraturan?
22. Ada berapa bahagian dalam FMA 1967?
23. Nyatakan seksyen mana yang mengarahkan anda hadir exam hari ini?
24. Nyatakan bidang / sector industri yang dilindungi dibawah FMA 1967?
25. FMA 1967 telah wujud, kenapa diwujudkan OSHA 1994?
26. Apa beza antara Code & Standard dengan Akta?
27. Terangkan apa yang anda faham tentang iCOP, Garispanduan dan Standard Operating
Procedure (SOP)?
28. Senaraikan garispanduan yang berkaitan dengan boiler?
29. Terangkan iCOP yang berkaiatan dengan boiler?
30. Terangkan regulation yang berkaitan dengan boiler dibawah FMA 1967?
31. Senaraikan tanggungjawab Authorized entrant?
32. Senaraikan tanggungjawab standby Person?
33. Senaraikan tanggungjawab Authorized gas Tester?
34. Senaraikan tanggungjawab Entry Supervisor?
35. Berapa had minimum pertukaran udara (air Change) jika kita masuk ke ruang terkurung untuk
tujuan inspection?
36. Berapa had minimum pertukaran udara (air Change) jika kita masuk ke ruang terkurung untuk
Cold Work?
37. Berapa had minimum pertukaran udara (air Change) jika kita masuk ke ruang terkurung untuk
Hot Work?
38. Bagaimana kita nak pastikan air blower yang digunakan cukup untuk ruang terkurung diboiler
kita?
39. Berapa had kandungan Oksigen di dalam Ruang Terkurung?
40. Berapa had kandungan Toxic Gas di dalam Ruang Terkurung?
41. Nyatakan 3 jenis toxic gas?
42. Berapa had kandungan Flammable Gas di dalam Ruang Terkurung?
43. Berapa lama tempoh sah permit Ruang terkurung?
44. Steam drum merupakan ruang terkurung, berapa lama seorang itu boleh berada didalamnya
untuk melakukan kerja?
45. Apakah syarat untuk buka boiler mengikut akta?
46. Apakah tanggungjawab anda sebagai steam engineer?
47. Apakah persediaan yang perlu dilakukan untuk pemeriksaan ulangan mengikut akta?
48. Apa yang dimaksudkan sebagai “ Effectively Disconnected”?
49. Apa kategori hazard dan kategori risiko bahan kimia yang digunakan di boiler?
50. Apa beza MSDS dengan SDS?
51. Senaraikan 16 item dalam SDS?
52. Apakah nama pentaksiran risiko yang dibuat jika kilang anda menggunakan bahan kimia?
53. Apa yang anda faham tentang NADOPOD?
54. Apakah jenis kemalangan yang perlu dilaporkan kepada JKKP?
55. Apakah jenis kecederaan yang dikategorikan sebagai “Kecederaan Serius”?
56. Jika ada kemalangan, borang apakah yang perlu diisi?
57. Terangkan apa item yang perlu ditulis di dalam borang JKKP6?
58. Senaraikan kejadian berbahaya yang perlu dilaporkan dibawah NADOPOD?
59. Kimpalan nozzle ke sight glass crack bocor, adakah perlu lapor kepada JKKP?
60. Sight glass bocor , adakah perlu lapor kepada JKKP?
61. Nayatakan jenis inspection yang dijalankan oleh JKKP mengikut akta?
62. Apakah aktiviti yang tergolong dibawah “ special inspection”?
63. Bila masa pegawai JKKP dating ke kilang untuk Supplementary Inspection?
64. Berapa tempoh masa yang sesuai untuk hantar permohonan untuk pemeriksaan ulangan bagi
pembaharuan CF?
65. Adakah dikawasan anda bising? Apa maksud Bunyi Bising?
66. Berapa had masa pendedahan jika bunyi bising diboiler melebihi 115dB tanpa pakai apa-apa
PPE?
67. Apa maksud NRR pada plastic pembungkus ear plug atau ear muff?
68. Apakah syarat untuk ambil lesen jurutera stim gred 1?
69. Apakah syarat untuk ambil lesen jurutera stim gred 2?
70. Boleh atau tidak seorang steam engineer menggantikan enjin drebar bercuti untuk
mengoperasikan boiler?
71. Sekarang anda hadir untuk ambil lesen jurutera stim, boleh tak esok anda dtg untuk ambil
lesen enjin drebar?
72. Apa yang perlu anda buat jika lesen anda hilang?
73. Apa sebab lesen boiler anda boleh digantung?
74. Apa sebab lesen boiler anda boiler ditarik balik?
75. Nyatakan tahap lesen mengikut Heating Surface?
76. Apa maksud “steam engine” megikut akta?
77. Apa maksud “machinery” mengikut akta?
78. Nyatakan 5 jenis boiler yang tidak perlu ada Orang menjaga?
79. Apa maksud PMT, PMD dan PMA?
80. Senaraikan 13 essential fitting di boiler?
81. Nyatakan standard condition essential fitting?
82. Bolehkah Blowdown valve dibuat dari cast iron?
83. Terangkan kriteria PSV mengikut akta?
84. Terangkan kriteria Gauge Glass mengikut akta?
85. Terangkan kriteria pressure gauge mengikut akta?
86. Terangkan kriteria economizer mengikut akta?
87. Terangkan kriteria superheater mengikut akta?
88. Jika boiler dioperasikan serentak tetapi berlainan tekanan masuk ke satu header, apakah syarat
yang perlu dipatuhi mengikut akta?
89. Apakah maksud “repair” mengikut akta?
90. Apakah maksud “maintenance” mengikut akta?
91. Nyatakan perundangan terbaru digubal atau dipinda dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini?
92. Senaraikan tanggungjawab majikan mengikut akta?
93. Senaraikan tanggungjawab pekerja mengikut akta?
94. Apakah maksud “boiler” mengikut akta?
95. Apakah maksud “ketua Pemeriksa” mengikut akta?
Jika anda boleh menjawab semua 95 soalan ini dengan lancar, anda sebenar mampu
melaksanakan tugasan sebagai steam engineer mengikut perundangan sepanjang masa dan sekali
gus memberi suasana selamat kepada pekerja dan meminimakan kemalangan.
SELAMAT MAJU JAYA
Dukun Boiler

Anda mungkin juga menyukai