Anda di halaman 1dari 3

1.

0  Pengenalan

        
Menurut Kamus Dewan, ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran tinggi dan latihan khas.
Contohnya, perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain. Berdasarkan ciri-ciri
profesion, Nilai tara perkhidmatan menjadi panduan dalam usaha memastikan
tingkah laku dipatuhi oleh setiap ahlinya. Sebagai seorang pendidik yang
bertanggungjawab, guru perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan
adalah untuk mendidik generasi yang akan datang menerajui negara ini. Oleh itu,
kemahiran dan pengetahuan mengenai kaedah-kaedah pendidikan harus
diperkemaskan dari masa ke semasa.

2.0  Memartabatkan Profesion Perguruan

Dalam usaha untuk meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti pendidikan dalam
Rancangan Malaysia ke Sembilan, Kementerian Pelajaran Malaysia memberi
tumpuan kepada empat agenda utama.

2.1  Memperkasa Kerjaya Perguruan


        

Antara cara-cara untuk meningkatkan profesionalnya ialah yang pertama


seseorang guru itu perlu memahami dan melaksanakan etika perguruan dengan
mencintai profesion perguruan itu sendiri, yakni bukan bekerja untuk dapat gaji pada
hujung bulan semata-mata.  Martabat profesion perguruan harus dilihat bukan
sahaja dari segi pendapatan tetapi juga dari peranan dan sumbangannya. Untuk
mengiktiraf kemampuan guru sebagai pendidik yang berwibawa, dicadangkan agar
guru diberi kuasa (empowerment) dan kebebasan dalam membuat keputusan untuk
melakukan yang terbaik kerana guru lebih mengetahui apa yang berlaku di bilik
darjah. Penerununan kuasa ke peringkat sekolah akan melahirkan perasaan
tanggungjawab dan komitmen tinggi dalam kalangan guru. Langkah ini akan
member keselesaan kepada guru untuk bertindak di bilik darjah tanpa sebarang
tekanan.
2.2  Memantapkan Latihan Perguruan

Kedua, guru harus mempunyai sikap ingin belajar sepanjang hayat kerana ia
amat penting untuk guru itu sendiri. Ini adalah kerana dengan mengikuti latihan
ikhtisas selama beberapa tahun sahaja, tidak boleh menjamin bahawa seseorang
guru itu sudah terlatih untuk selama-lamanya. Sebaliknya, jika guru tidak mempunyai
sikap untuk belajar dan menambah ilmu pengetahuan selepas dilatih, guru itu akan
ketinggalan dan profesion keguruan mungkin akan kehilangan martabatnya.

Pemilihan calon-calon guru haruslah bukan sahaja dari kecemerlangan


akademik dan sahsiah, malah juga perlu memiliki ciri-ciri keguruan, bersungguh-
sungguh ingin menjadi guru, bangga dengan profesionnnya dan yakin dengan
kebolehannya untuk memikul amanah, memupuk generasi yang boleh diletakkan
sebaris dengan bangsa-bangsa lain.

2.3  Menambah Baik Kerjaya Guru

Guru yang memiliki ijazah wajar diberikan insentif yang lebih baik bagi
mengelakkan guru-guru yang berpelajaran tinggi meninggalkan bidang keguruan
untuk menceburi sector swasta atau ke institusi pengajian tinggi kerana
menawarkan  peluang menaikkan pangkat yang lebih baik. Bagi menggalakkan
guru-guru melanjutkan pelajaran supaya member inspirasi kepada pelajar-pelajar
untuk mencontohi guru mereka. Ini menjadikan guru sebagai idola dalam usaha
dalam membantu pelajar melakar masa depan bersandarkan ilmu pengetahuan. Hal
ini, secara tidak langsung akan dapat mengangkat martabat guru pada pandangan
masyarakat.

2.4  Memperbaiki Persekitaran Kerja


   
Kementerian pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif dalam membaik
pulih dalam menaik taraf sekolah yang daif dan membina bnyak rumah guru.
Seterusnya, usaha membaiki persekitaran tempat kerja guru dimana, bilik guru
dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan yang sesuai dan mempunyai ruang
kerja yang selesa. Mewujudkan hubungan yang baik di kalangan warga sekolah,
guru-guru pelajar dan pentadbir. Ini mweujudkan suasana tempat kerja yang selesa
dan kondusif bagi seorang guru untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab
dengan lebih berkesan. Guru juga akan merasakan pengorbanan mereka dihargai
seterusnya menjadi pendorong untuk mereka menjalanakan tugas dengan penuh
yakin dan bersemangat tinggi.

3.0  Kesimpulan

          Setiap perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan menjadi satu


cabaran kepada profesion keguruan. Oleh itu,sewajarnya guru sentiasa berusaha
mempertingkatkan kecekapan kemahiran serta menjaga etika profesion keguruan.
Isu memartabatkan profesion keguruan perlu ditangani secara serius kerana
kejayaan sesebuah masyarakat dan negara berteraskan kepada kegigihan golongan
pendidik yang berilmu dan beriltizam tinggi serta menjadi contoh pengamal ilmu
yang terbaik.

Anda mungkin juga menyukai