Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
sebanyak RM4.2 juta pada suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac 2021,
perubahan lebih 100 peratus berbanding kerugian bersih RM30 juta pada suku sama
tahun sebelumnya.
Ini adalah keuntungan suku tahunan ketiga berturut-turut dan keuntungan suku
pertama yang pertama kumpulan sejak 2016.
Pendapatan kumpulan meningkat sebanyak 7.0 peratus kepada RM254.5 juta pada
suku dikaji berbanding RM238.4 juta pada suku sama tahun sebelumnya.
Media Prima dalam kenyataan berkata, pencapaian itu diraih menerusi pertumbuhan
perolehan segmen penyiaran, perdagangan dan media digital.
Katanya, bagi tempoh tiga bulan pertama tahun 2021, WOWSHOP mencatatkan
lebih 171,000 pelanggan berdaftar baharu, menjadikan jumlah pelanggan
berdaftarnya melebihi 2.6 juta sejak pelancarannya pada tahun 2016.
"Segmen digital Media Prima, REV Media Group mencatatkan PAT sebanyak RM0.6
juta pada S1TK21 berbanding kerugian sebanyak RM0.07 juta dicatatkan pada
S1TK20.
"Kumpulan menaruh harapan kepada pemulihan segmen ini bagi suku-suku tahunan
2021 berdasarkan kepada suasana ekonomi yang mulai pulih akibat pandemik
COVID-19," katanya.
Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Syed Hussian Aljunid, berkata keputusan
kewangan mantap syarikat yang dicatatkan pada suku-suku tahunan kebelakangan
ini menandakan pemulihan yang ketara kepada kumpulan.
"Kami amat berpuas hati dengan dengan pencapaian suku pertama kerana
biasanya, ia adalah suku tahunan yang sukar buat kumpulan.
"Perolehan daripada pengiklanan, percetakan dan edaran surat khabar, serta jualan
kandungan telah bertambah baik. Ini adalah hasil daripada usaha pasukan kami
yang telah mempamerkan kreativiti, fleksibiliti dan ketahanan diri semasa
menempuhi waktu yang begitu mencabar.
"Usaha optimisasi kos yang telah diambil pada pada tahun 2020 membolehkan kami
beroperasi di tahap yang lebih efisien.