Anda di halaman 1dari 1

PUTRAJAYA: Kementerian kesihatan (KKM) mengesan 870 petugas kesihatan yang

mendapat jangkitan COVID-19 selepas mendapat dos vaksin menerusi fasa pertama
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula akhir Februari lalu
hingga April.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata ketika ini, pihaknya
mendapati seramai 1,369 petugas kesihatan dijangkiti wabak itu sejak setahun lalu.

"Seramai 219 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 selepas mendapat satu dos
vaksin atau 16 peratus daripada keseluruhan petugas yang dijangkiti," katanya pada
sidang media secara maya, tengah hari tadi.

Dr Adham berkata, bagi petugas yang sudah mendapat dua dos vaksin, seramai 651
dikesan dijangkiti COVID-19 manakala 499 lagi dijangkiti sebelum mereka
mendapatkan pelalian.

Bagaimanapun, pihaknya tidak mempunyai data berapa ramai individu sudah


mengambil vaksin sama ada satu atau lengkap dua dos, yang dijangkiti COVID-19.

Dr Adham berkata, tiga negeri melaporkan jangkitan COVID-19 paling ramai dalam
kalangan petugas kesihatan iaitu Selangor, Kelantan dan Kedah.

"Kebanyakan mereka mempunyai simptom tetapi tidak teruk berbanding yang belum
mendapat vaksinasi," katanya.

KUALA LUMPUR: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terus


menunjukkan perkembangan positif apabila lebih 600,000 individu sudah menerima
dos lengkap vaksin COVID-19 setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, memaklumkan sebanyak 1,569,609


dos vaksin sudah diagihkan, dengan 609,539 individu sudah menerima dua dos
vaksin, sekali gus melengkapkan imunisasi terhadap COVID-19.

Daripada jumlah itu, katanya, 960,070 individu pula sudah menerima suntikan dos
pertama vaksin COVID-19.

Jumlah itu berjaya dicapai dalam tempoh 70 hari sejak vaksin COVID-19 mula
diagihkan di negara ini pada 24 Februari lalu sehingga semalam, dengan kapasiti
hampir 50,000 vaksin diberikan sehari.