Anda di halaman 1dari 3

Doa-doa dalam al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah memiliki ciri-ciri 

al-Jawami’, iaitu lafaz yang ringkas


dengan maksud yang luas. Ia juga bersifat sederhana, tidak melampaui batas, panjang berjela-jela atau
bersajak. Ambil saja contoh doa meminta zuriat. Bagi pasangan suami dan isteri yang masih belum
memiliki anak atau ingin menambah anak, tentu mereka telah berjumpa pelbagai bentuk doa dan petua
bagi mendapatkan anak. Namun perhatikan bagaimana mudah dan ringkasnya doa Nabi Zakaria ‘alahis
salam yang dirakam oleh al-Qur’an,
.‫َربِّ َهبْ لِي مِنْ لَ ُد ْن َك ُذرِّ ي ًَّة َط ِّي َب ًة إِ َّن َك َسمِي ُع ال ُّد َعا ِء‬
Wahai tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat yang bagus. Sesungguhnya Engkaulah
yang Maha Mendengar doa.  [Ali Imran 3:38]
Jika hendak membaca dengan doa yang disusun sendiri, maka ia dibolehkan. Sebagai garis panduan,
hendaklah menyusun doa yang ringkas tetapi dengan maksud yang luas. Susunan seperti ini disukai oleh
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sepertimana yang dijelaskan oleh A’isyah radhiallahu 'anha,
.‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َيسْ َتحِبُّ ْال َج َوام َِع مِنْ ال ُّد َعا ِء َو َيدَ ُع َما سِ َوى َذل َِك‬
َ ِ ‫ان َرسُو ُل هَّللا‬
َ ‫َك‬
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyukai doa dengan lafaz yang ringkas tetapi luas
maksudnya dan meninggalkan selain itu.[1]
Hendaklah dijauhi doa yang melampaui batas, yakni doa meminta sesuatu yang mustahil, yang
melanggar hukum-hakam Islam, di luar fitrah manusia sihat, rumit atau cerewet. Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam  pernah mengingatkan tentang melampaui batas dalam berdoa,
.‫ُور َوال ُّد َعا ِء‬ َّ َ ‫إِ َّن ُه َس َي ُكونُ فِي َه ِذ ِه اأْل ُ َّم ِة َق ْو ٌم َيعْ َت ُد‬
ِ ‫ون فِي الطه‬
Sesungguhnya akan datang pada umat ini satu kaum yang melampaui batas dalam bersuci dan
berdoa.[2]
Apabila berdoa, hendaklah berdoa untuk kebaikan dunia dan akhirat. Sebahagian orang doanya
hanyalah untuk urusan dunia, Sikap seperti ini ditegur oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala,
.‫ل َر َّب َنا آ ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َو َما لَ ُه فِي اآْل خ َِر ِة مِنْ َخاَل ٍق‬gُ ‫اس َمنْ َيقُو‬
ِ ‫َفم َِن ال َّن‬
Maka di kalangan manusia ada yang berdoa, “Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami
(urusan) di dunia.” Dan (oleh kerana itu) tiadalah baginya bahagian di Akhirat. [al-Baqarah 2:200]
Sikap yang benar adalah mendoakan kebaikan untuk dunia dan akhirat, sebagaimana firman Allah dalam
ayat seterusnya,
َ ‫ أُولَئ‬.‫ار‬
ُ ‫ِك لَ ُه ْم َنصِ يبٌ ِممَّا َك َسبُوا َوهَّللا‬ َ ‫َو ِم ْن ُه ْم َمنْ َيقُو ُل َر َّب َنا آ ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح َس َن ًة َوفِي اآْل خ َِر ِة َح َس َن ًة َوقِ َنا َع َذ‬
ِ ‫اب ال َّن‬
.ِ‫َس ِري ُع ْالح َِساب‬
Dan di kalangan mereka ada yang berdoa, “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan
kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada seksa neraka.” Mereka itulah yang akan
mendapat bahagian yang baik daripada apa yang mereka usahakan, dan Allah amatlah cepat
hitungan-Nya. [al-Baqarah 2:201-202]
Justeru  selain berdoa kebaikan urusan dunia, hendaklah juga berdoa kebaikan urusan Akhirat.
َ ‫َر َّب َنا آ ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح َس َن ًة َوفِي اآْل خ َِر ِة َح َس َن ًة َوقِ َنا َع َذ‬
ِ ‫اب ال َّن‬
.‫ار‬
Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami
daripada seksa neraka. [al-Baqarah 2:201]
 
Apabila berdoa, dianjurkan meluaskan cakupan doa agar meliputi semua umat Islam. Dengan cara ini,
orang yang berdoa akan mendapat pahala atas doanya sementara umat Islam akan mendapat manfaat
daripada doanya. Sebagai contoh, perhatikan doa Nabi Nuh ‘alaihis salam,
.‫ِين إِاَّل َت َبارً ا‬ َّ ‫ت َواَل َتز ِد‬
َ ‫الظالِم‬ ِ ‫ِين َو ْالم ُْؤ ِم َنا‬
َ ‫اغفِرْ لِي َول َِوالِدَ يَّ َولِ َمنْ دَ َخ َل َب ْيت َِي م ُْؤ ِم ًنا َول ِْلم ُْؤ ِمن‬
ْ ِّ‫َرب‬
ِ
Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua orang tuaku, serta bagi sesiapa yang
masuk ke rumahku dengan keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang
beriman, lelaki dan perempuan (pada segala zaman) dan janganlah Engkau tambahi ke atas
orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan! [Nuh 71:28]
Perkara yang sama juga Allah perintahkan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,
.ِ‫ِين َو ْالم ُْؤ ِم َنات‬
َ ‫َواسْ َت ْغفِرْ ل َِذ ْن ِب َك َول ِْلم ُْؤ ِمن‬
Dan mohonlah ampun untuk dosamu dan untuk (dosa) orang-orang yang beriman, lelaki dan
perempuan. [Muhammad 47:19]
Demikian juga doa sebahagian umat Islam kepada sebahagian yang lain,

1
َ ‫وب َنا غِ اًّل لِلَّذ‬
.‫ِين آَ َم ُنوا َر َّب َنا إِ َّن َك َرءُوفٌ َرحِي ٌم‬ ِ ‫ِين َس َبقُو َنا ِباإْل ِي َم‬
ِ ُ‫ان َواَل َتجْ َع ْل فِي قُل‬ َ ‫اغفِرْ لَ َنا َوإِل ِ ْخ َوا ِن َنا الَّذ‬
ْ ‫َر َّب َنا‬
Wahai tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah mendahului kami
dengan iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami kedengkian dan permusuhan
sesama orang-orang yang beriman; Wahai tuhan kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha
Penyantun lagi Maha Penyayang. [Hasyr 59:10]
Adab meluaskan doa juga diajar dan dianjurkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Perhatikan
hadis berikut daripada ‘Abdullah ibn Mas’ud radhiallahu 'anh,
،‫ ال َّسالَ ُم َعلَى فُالَ ٍن َوفُالَ ٍن‬،ِ‫ ال َّسالَ ُم َعلَى هَّللا ِ مِنْ عِ َبا ِده‬:‫ قُ ْل َنا‬،ِ‫صالَة‬
َّ ‫صلَّى هللاُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم فِي ال‬ َ ِّ‫ُك َّنا إِ َذا ُك َّنا َم َع ال َّن ِبي‬
:‫صلَّى هللاُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم‬ َ ُّ‫َف َقا َل ال َّن ِبي‬
Lazimnya kami, apabila kami bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dalam solat, kami
mengucapkan, “Salam kepada Allah daripada para hamba-Nya, salam kepada fulan dan fulan.”
Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,
:‫ َولَكِنْ قُولُوا‬،‫ َفإِنَّ هَّللا َ ه َُو ال َّسالَ ُم‬،ِ ‫الَ َتقُولُوا ال َّسالَ ُم َعلَى هَّللا‬
Janganlah berkata, “Salam ke atas Allah” kerana sesungguhnya Allah, Dia-lah al-Salam.
Sebaliknya berkatalah,
ِ ‫ ال َّسالَ ُم َعلَ ْي َنا َو َعلَى عِ َبا ِد هَّللا‬،ُ‫ْك أَ ُّي َها ال َّن ِبيُّ َو َرحْ َم ُة هَّللا ِ َو َب َر َكا ُته‬
َ ‫ ال َّسالَ ُم َعلَي‬،‫ات‬ َّ ‫ات َو‬
ُ ‫الط ِّي َب‬ َّ ‫َّات هَّلِل ِ َوال‬
ُ ‫صلَ َو‬ ُ ‫ال َّت ِحي‬
.‫ِين‬ َ ‫الصَّالِح‬
“Segala penghormatan, keberkatan dan kebaikan bagi Allah. Salam, rahmat dan keberkatan Allah
kepada engkau wahai Nabi. Salam ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh.”
ِ ْ‫اب ُك َّل َع ْب ٍد فِي ال َّس َما ِء أَ ْو َبي َْن ال َّس َما ِء َواألَر‬
.‫ض‬ َ ‫ص‬َ َ‫َفإِ َّن ُك ْم إِ َذا قُ ْل ُت ْم أ‬
Ini kerana sesungguhnya jika kalian mengucapkan seperti itu, ia merujuk kepada setiap hamba di
langit, atau di antara langit dan bumi.[3]
 
Apabila meluaskan cakupan doa, dianjurkan memulakannya dengan diri sendiri. Kemudian barulah
diluaskan kepada semua umat Islam. Ubay bin Ka’ab radhiallahu 'anh  menceritakan,
.ِ‫ان إِ َذا َذ َك َر أَ َح ًدا َفدَ َعا لَ ُه َبدَ أَ ِب َن ْفسِ ه‬ َ ِ ‫أَنَّ َرسُو َل هَّللا‬
َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َك‬
Bahawa Rasulullah  shallallahu 'alaihi wasallam lazimnya apabila teringat kepada seseorang,
maka baginda akan mendoakannya dengan memulakan bagi dirinya sendiri.[4]
Apabila berdoa, hendaklah dijauhi doa berbentuk sajak atau puisi. ‘Abdullah ibn ‘Abbas radhiallahu
'anhuma berkata,
َ ْ‫اس َه َذا ْالقُر‬
.‫آن‬ َ ‫ َواَل ُت ِم َّل ال َّن‬.‫ار‬
ٍ ‫ث م َِر‬ َ ْ‫ْن َفإِنْ أَ ْك َثر‬
َ ‫ت َف َثاَل‬ َ ‫اس ُك َّل جُ م َُع ٍة َمرَّ ًة َفإِنْ أَ َبي‬
ِ ‫ْت َف َمرَّ َتي‬ ْ ‫َح ِّد‬
َ ‫ث ال َّن‬
Berbicaralah dengan orang ramai (tentang pengajaran al-Qur’an)[7]  setiap minggu sekali. Jika
enggan, maka berbicaralah setiap minggu dua kali. Jika masih hendak lebih banyak, maka setiap
minggu tiga kali. Janganlah membosankan orang ramai dengan al-Qur’an ini.
ٍ ‫َواَل أ ُ ْلفِ َي َّن َك َتأْتِي ْال َق ْو َم َو ُه ْم فِي َحدِي‬
.‫ث مِنْ َحدِيث ِِه ْم َف َتقُصُّ َعلَي ِْه ْم َف َت ْق َط ُع َعلَي ِْه ْم َحدِي َث ُه ْم َف ُت ِملُّ ُه ْم‬
Janganlah aku mendapati kamu mendatangi sekumpulan manusia yang sedang berbicara dengan
perbicaraan mereka, lalu kamu mencelah dan memotong perbicaraan mereka (dengan pengajaran
al-Qur’an) sehingga membosankan mereka.
.ُ‫ُوك َف َح ِّد ْث ُه ْم َو ُه ْم َي ْش َتهُو َنه‬
َ ‫ت َفإِ َذا أَ َمر‬
ْ ِ‫َولَكِنْ أَ ْنص‬
Sebaliknya berilah perhatian (supaya dapat diketahui bila mereka berminat) dan apabila mereka
menyuruh kamu berbicara, berbicaralah (dengan menyampaikan pengajaran al-Qur’an) sedang
mereka ketika itu dalam keadaan bersemangat (untuk mendengar dan belajar).
َ ُ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َوأَصْ َحا َب ُه اَل َي ْف َعل‬
‫ون إِاَّل َذل َِك َيعْ نِي‬ َ ِ ‫ت َرسُو َل هَّللا‬
ُ ‫ظرْ السَّجْ َع مِنْ ال ُّد َعا ِء َفاجْ َت ِن ْب ُه َفإِ ِّني َع ِه ْد‬ ُ ‫َفا ْن‬
َ ‫ون إِاَّل َذل َِك ااِل جْ ِت َن‬
.‫اب‬ َ ُ‫اَل َي ْف َعل‬
Berwaspadalah daripada bersajak ketika berdoa dan jauhilah ia kerana sesungguhnya aku
mengetahui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan para sahabatnya tidak melakukan kecuali
yang sedemikian, yakni tidak berdoa kecuali dengan menjauhi (doa secara) bersajak.[8]
Sajak yang patut dijauhi ketika berdoa adalah lafaz yang sengaja dibuat-buat sehingga menjadi panjang,
berbunga-bunga dan disusun semata-mata agar sedap dibaca dan didengar. Adapun jika seseorang itu
berdoa lalu lafaznya secara kebetulan seperti sebuah sajak, maka ia tidak mengapa.

2
Termasuk dalam kategori tegahan ini ialah berdoa secara nyanyian kerana ia sudah menjadi panjang,
berbunga-bunga dan disusun semata-mata agar sedap dibaca dan didengar. Ia mirip dengan berdoa
secara bersajak.
Penjelasan Tambahan
Maksud berdoa lalu lafaznya “secara kebetulan seperti sebuah sajak” ialah apabila seseorang itu kerana
kefasihan bahasa Arabnya, apabila berdoa secara kebetulan rangkap-rangkapnya berbunyi seperti sajak.
Orang yang paling fasih berbahasa Arab ialah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam  dan ada beberapa
doa yang baginda baca atau ajar berbunyi seperti sajak. Ia memang sedap dibaca atau didengar dan
maksud-maksudnya memang baik. Antaranya doa qunut dalam solat sunat Witir yang baginda ajar
kepada Hasan bin ‘Ali radhiallahu 'anhuma,
:‫ت ْال ِو ْت ِر‬ ٍ ‫ت أَقُولُهُنَّ فِي ْال ِو ْت ِر َقا َل ابْنُ َج َّو‬
ِ ‫اس فِي قُ ُنو‬ ٍ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َكلِ َما‬
َ ِ ‫َعلَّ َمنِي َرسُو ُل هَّللا‬
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajarku kalimat-kalimat yang dibaca ketika solat sunat
Witir, (berkata Ibn Jawwas – perawi hadis) yakni pada doa qunut solat sunat Witir,
َ ‫اللَّ ُه َّم اهْ ِدنِي فِي َمنْ َهدَ ي‬
‫ْت‬
Ya Allah, berilah aku petunjuk di kalangan orang-orang yang Engkau berikan petunjuk,
َ ‫َو َعافِنِي فِي َمنْ َعا َفي‬
‫ْت‬
Dan berilah aku keselamatan di kalangan orang-orang yang telah Engkau berikan keselamatan,
َ ‫َو َت َولَّنِي فِي َمنْ َت َولَّي‬
‫ْت‬
Dan uruskanlah diriku di kalangan orang-orang yang telah Engkau uruskan,
َ ‫اركْ لِي فِي َما أَعْ َطي‬
‫ْت‬ ِ ‫َو َب‬
Dan berkatilah aku pada apa yang telah Engkau berikan kepadaku,
‫ْت‬ َ ‫َوقِنِي َشرَّ َما َق‬
َ ‫ضي‬
Dan lindungilah aku daripada keburukan apa yang telah Engkau putuskan,
َ ‫ َواَل ُي ْق‬g‫إِ َّن َك َت ْقضِ ي‬
َ ‫ضى َعلَي‬
‫ْك‬
Sesungguhnya Engkau Yang memutuskan dan tidak diputuskan (oleh sesiapa lain) ke atas aku,
َ ‫َوإِ َّن ُه اَل َي ِذ ُّل َمنْ َوالَي‬
‫ْت‬
Dan sesungguhnya tidak akan hina orang yang telah Engkau tolong,
َ ‫َواَل َيع ُِّز َمنْ َعادَ ي‬
‫ْت‬
Dan tidak akan mulia orang yang Engkau musuhi.
.‫ْت‬ َ ‫ار ْك‬
َ ‫ت َر َّب َنا َو َت َعالَي‬ َ ‫َت َب‬
Engkaulah yang Maha Berkat wahai tuhan kami dan Maha Tinggi.[9]

Anda mungkin juga menyukai