Anda di halaman 1dari 26

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENTAL ARITMETRIK DI KALANGAN

MURID-MURID DI SJKT Your School name

….Change this proposal according to your need and locality…


ABSTRAK

Tujuan penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti penguasaan


murid-murid sekolah rendah dalam operasi penambahan, penolakkan, pendaraban dan
pembahagian setelah mempelajari Mental Aritmetrik.

Mental Aritmetrik adalah satu teknik pengiraan tanpa menggunakan alat mengira
dan bahan bantu mengajar. Murid-murid hanya perlu menggunakan jari-jari mereka serta
minda untuk mengira..

Manakala kelas Mental Aritmetrik ini dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad di
sekitar daerah Melaka Tengah. Kelas-kelas ini dijalankan oleh Encik Melvin Chua iaitu
pemilik Pusat Tusyen Akademik Gemilang di Malim, Melaka.

Kajian ini akan dijalankan di tiga buah sekolah rendah di negeri Melaka. Ia
melibatkan murid-murid Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang mengikuti kelas Mental Aritmetrik. Ini adalah
untuk menentukan samada faktor bahasa mempengaruhi kebolehan murid untuk
memahiri teknik tersebut.

Responden untuk kajian ini adalah sebanyak 60 orang murid. Kajian ini akan
dikendalikan dengan Kaedah Soal Selidik. Borang soal selidik digunakan untuk
mengukur minat, bahasa, kemahiran, kepantasan, kenyakinan dan kekangan. Selain itu,
instrumen yang digunakan ialah lembaran kerja di mana lembaran kerja yang berpadan
dengan sukatan pelajaran matematik KBSR dan KSSR disediakan.

Data-data ini dikumpul untuk menentukan samada pembelajaran mental aritmetrik


ini membantu murid-murid menguasai kemahiran matematik di sekolah mereka.
Markah-markah ujian dan peperiksaan matematik yang dikendalikan oleh sekolah
dikumpul supaya dapat mengetahui prestasi murid-murid tersebut.

Data-data ini dianalisis dengan melukis graf, membentuk jadual dan peratusan.
Data-data ini dianalisis dengan perisian SPSS versi 16.0. Disamping itu, kaedah analisis
lain seperti kekerapan, min, sisihan piawai dan Taburan Normal juga digunakan.
ABSTRACT

The purpose of this research is to identify primary school’s pupil achievement in


mathematic skills after they learned mental arithmetic. The pupils will be test on addition,
subtraction, multiplication and division skills.
Mental arithmetic is technique of calculation with out using any electronic tools
or teaching aids. The pupils only used their fingers and mind to calculate.
These mental arithmetic classes were conducted by Mr. Melvin Chua, who is the
owner of Akademik Gemilang Tuition Centre which was in Malim, Melaka. All the
classes in District of Melaka Tengah were held on Saturdays and Sundays.
The research will be conducted in three primary schools. The schools are Sekolah
Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina and Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
These schools are selected because to identify whether language factor influence pupils
understanding on this technique.
60 pupils were chosen as sample for this study. Methodology of questionnaire is
applied to study these cases. Questionnaire forms are used as tool to measure pupils’
enthusiasm, understanding, skills, language, confident, speediness and restriction. The
worksheet is designed according to KBSR and KSSR Syllabus. Worksheet is used as an
instrument.
Then, all the data’s collected are analyzed to obtain effectiveness of mental
arithmetic learning in pupils’ achievement. The pupils should master on four basic skills
of mathematics. Test and examinations marks are collected from the schools to get know
pupils progress.
These data’s will be analyzed by forming graph, table and percentages. The data’s
are analyzed by using SPSS software version 16.0. Frequency, mean, standard deviation
and Normal Distribution are also used to investigate this study.
KEPENTINGAN KAJIAN

‘Genius Mind Mental Arithmetic’ merupakan suatu kelas yang hangat di


perkatakan disekitar negeri Melaka. Kini kelas ini juga dijalankan di Negeri Sembilan,
Johor dan Pahang. Murid-murid yang mengikuti kelas ini, amat pandai dan bijak dalam
subjek matematik. Mereka juga sentiasa mendapat gred A di setiap ujian dan peperiksaan
yang dijalankan di sekolah. Tambahan pula, kebanyakkan murid ini juga memperoleh
gred A di dalam peperiksaan UPSR.
Selain itu, kebanyakkan sekolah yang mengikuti program ini berpendapat prestasi
murid-murid mereka amat membanggakan di dalam subjek matematik. Malahan,
keputusan UPSR mereka juga sentiasa meningkat pada setiap tahun. Sekolah-sekolah
tersebut adalah SK Malim, SK Cheng, SK Paya Rumput, SJK(C) Malim, SJK(T) Kubu
dan lain-lain lagi.
Justeru itu, para ibu bapa juga memberi sokongan penuh dalam menjalankan kelas
ini yang terdiri daripada berbilang kaum. Pada pandangan mereka, anak-anak mereka
yang lemah dalam matematik, kini menunjukkan prestasi yang baik dan memperoleh
markah yang tinggi. Misalnya, seorang murid dari tahun 1 dapat mengira dengan amat
pantas tanpa menggunakan sebarang alat menulis. Murid-murid juga berpeluang
mengikuti pertandingan kuiz yang dijalankan oleh ‘Genius Mind Mental Arithmetic’.
Kebanyakkan sekolah di Melaka tengah menyertai pertandingan ini.
Inilah yang mendorong saya untuk membuat kajian dalam bidang ini. Oleh yang
demikian, saya ingin mengetahui faktor-faktor yang membantu murid-murid sekolah
rendah ini menguasai empat kemahiran penting di dalam subjek matematik iaitu
penambahan, penolakkan, pendaraban dan pembahagian. Selain itu, saya juga ingin
mengkaji sejauh manakah keberkesanan kelas mental aritmetrik ini. Tambahan pula, saya
juga pernah mengajar kelas mental aritmetrik ini di SK Taman Bukit Rambai. Ini
merupakan kekuatan pada diri saya untuk menjalankan penyelidikan ini dengan jayanya.
METADOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian yang dipilih ialah soal selidik. Pada mulanya tiga buah
sekolah yang mengikuti program ini dikenalpasti. Sekolah-sekolah yang dipilih ini harus
terdiri daripada SK, SJK(T) dan SJK(C). Selepas itu, sebanyak 60 orang murid dipilih
secara rawak sebagai sampel. Murid-murid yang dipilih ini haruslah yang mengikuti
kelas MA. Mereka dipilih dengan bantuan dari guru-guru sekolah dan guru MA.
Borang soal selidik (rujuk Lampiran A) direka untuk menilai minat murid
terhadap subjek matematik. Ini kerana faktor keminatan amat penting dalam
pembelajaran seseorang murid. Di samping itu, metodologi ini juga dapat menilai
peranan elemen bahasa dalam mempelajari MA. Elemen bahasa merupakan merupakan
satu dimensi yang bertindak sebagai antaramuka untuk mempelajari matematik.
Data-data dari borang soal selidik ini juga dapat mengukur kepantasan murid-
murid mengira. Kemahiran dan kenyakinan mereka terhadap subjek matematik juga
dapat diketahui. Kekangan-kekangan yang dihadapi oleh murid-murid untuk mempelajari
MA juga dapat dinilai.
Data-data ini ditukarkan ke dalam bentuk jadual (rujuk Lampiran B). Dari jadual
ini, peratusan dapat dicari. Satu graf Peratus melawan Elemen dapat dilukis(rujuk
Lampiran C). Elemen adalah keminatan, kepantasan, bahasa, kemahiran, kenyakinan dan
kekangan. Graf yang dilukis ini dapat digunakan untuk membaca keberkesanan kelas MA
terhadap setiap elemen-elemen ini. Data-data ini juga dianalisis dengan menggunakan
perisian SPSS.
Lembaran kerja yang berpadan dengan sukatan KBSR dan KSSR disediakan.
Setiap lembaran kerja yang disediakan ini adalah mengikut tahap dan sukatan pelajaran
matematik. Enam set lembaran kerja dibentuk untuk murid-murid tahun 1 hingga 6.
Setiap set ini mengandungi empat bahagian iaitu soalan-soalan penambahan, penolakkan,
pendaraban dan pembahagian. Penilaian secara ujian ini hanya dijalankan selepas murid-
murid mengisi borang soal selidik.
Markah-markah yang diperoleh daripada ujian ini dijadualkan. Jadual ini dibentuk
dan ditentukan kekerapannya. Selain itu, nilai-nilai seperti min, mod, varians dan sisihan
piawai juga dapat dicari daripada jadual ini. Satu graf taburan normal dilukis. Ini adalah
untuk menganalisis dan menilai data-data tersebut. Lantaran itu, kita dapat menilai
keberkesanan kelas MA didalam subjek matematik. Contohnya, mod ialah kekerapan
tertinggi. Sekiranya mod tersebut jatuh pada kelas (80-100 markah), maka kelas MA ini
memang memberi kesan positif pada pembelajaran matematik.
Manakala, markah-markah yang dikumpul dari guru-guru sekolah di grafkan.
Data tersebut adalah markah sebelum mengikuti kelas MA dan markah selepas mengikuti
kelas MA. Perbandingan dan prestasi murid dapat ditentukan daripada graf ini.
Lampiran A
Borang Soal Selidik

Keberkesanan Pembelajaran Mental Aritmetrik di kalangan murid-murid


sekolah rendah di negeri Melaka.

Nama Murid :_____________________


Darjah :______________________

Nota : 1 – Amat Tidak Setuju 2 – Tidak Setuju


3 - Setuju 4 – Amat Setuju

BIL ELEMEN-ELEMEN BULATKAN NOMBOR


Sebelum Mengikuti Kelas Mental Aritmetrik
1 Minat anda terhadap subjek 1 2 3 4
matematik adalah amat baik.
2 Anda memahiri operasi tambah, 1 2 3 4
tolak, darab dan bahagi.
3 Mudah memahami soalan-soalan 1 2 3 4
matematik.
4 Dapat mengira dengan pantas dan 1 2 3 4
tepat.
5 Amat yakin terhadap jawapan anda 1 2 3 4
semasa menjawab soalan-soalan
matematik.
6 Anda menghadapi banyak masalah 1 2 3 4
semasa mengira.
7 Anda boleh membantu rakan-rakan 1 2 3 4
dalam menjawab soalan matematik
Selepas Mengikuti Kelas Mental Aritmetrik
8 Minat anda terhadap subjek 1 2 3 4
matematik amat baik.
9 Anda memahiri operasi tambah, 1 2 3 4
tolak, darab dan bahagi.
10 Mudah memahami soalan-soalan 1 2 3 4
matematik.
11 Dapat mengira dengan pantas dan 1 2 3 4
tepat.
12 Amat yakin terhadap jawapan anda 1 2 3 4
semasa menjawab soalan-soalan
matematik.
13 Anda menghadapi banyak masalah 1 2 3 4
semasa mengira
14 Anda boleh membantu rakan-rakan 1 2 3 4
dalam menjawab soalan matematik
LAMPIRAN B

Jadual Perolehan Data Soal Selidik.

DATA-DATA ELEMEN-ELEMEN
TERKUMPUL

Minat Kemahiran Bahasa Kepantasan Kenyakinan Kekangan


(%) (%) (%) (%) (%) (%)
Sebelum
mengikuti kelas
mental
aritmetrik

Selepas
mengikuti kelas
mental
aritmetrik
Lampiran C

Graf Peratus melawan Elemen

90

80

70

60

50

40

30

20

10

0 Minat Kem ahiran Bahasa Kepantasan Kenyakinan Kekangan


SENARAI SINGKATAN

KBSR : Kurikulum Baru Sekolah Rendah

KSSR : Kurikulum Standard Sekolah Rendah

SK : Sekolah Kebangsaan

SJK (T) : Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

SJK (C) : Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

MA : Mental Aritmetrik

SPSS : Statistical Packages for the Social Science

UPSR : Ujian Penilaian Sekolah Rendah

PROTIM : Program tiga M iaitu membaca, menulis


dan mengira

PPD : Pejabat Pelajaran Daerah

JPN : Jabatan Pelajaran Negeri

KPM : Kementerian Pelajaran Malaysia

CEFAM : Celik Fakta asas Mengira

LINUS : Literasi dan Numerasi


RASIONAL KAJIAN

Perubahan dalam sistem pendidikan di negara kita telah menekankan penguasaan


penuh di dalam subjek matematik dan sains. Setiap murid harus sekurang-kurangnya
menguasai empat kemahiran penting di dalam subjek matematik. Inilah yang menjadi
objektif utama KBSR.

Namun demikian, di sekolah guru-guru masih berhadapan dengan pelbagai masalah.


Masih ramai murid yang tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran matematik ini
dengan jayanya. Banyak kursus dianjurkan oleh KPM, JPN dan PPD kepada guru-guru.
Guru-guru didedahkan dengan pelbagai kaedah pedagogi untuk dipraktikan di dalam bilik
darjah. Selain itu, kelas PROTIM juga dijalankan di sekolah bagi murid-murid tahap 2
yang lemah di dalam subjek matematik. Murid-murid ini dikenalpasti melalui markah
ujian saringan PROTIM yang dikenali juga sebagai praujian. Muid-murid ini hanya diajar
operasi tambah, tolak, darab dan bahagi sehingga mereka mahir. Pada hujung tahun,
mereka akan menduduki kertas pascaujian.

Berbagai-bagai aktiviti telah dirancang dan dijalankan di sekolah. Segala aktiviti yang
dijalankan ini masih tidak menjadi penawar kepada peguasaan di dalam subjek
matematik. Dari sudut murid pula, mereka didapati tiada minat, kenyakinan, kepantasan
dan elemen-elemen lain untuk mempelajari subjek matematik. Ini adalah satu masalah
yang serius dan perlu ditangani dengan segera.

Situasi ini adalah berbeza di sekitar daerah Melaka Tengah. Kebanyakkan sekolah di
daerah ini mengikuti kelas MA. Mereka amat meminati subjek matematik. Di sinilah
Kelas MA ini memainkan peranan penting sehingga meningkatkan pencapaian murid di
dalam subjek matematik. Murid-murid di sini juga amat yakin dan berlumba-lumba untuk
mempelajari teknik ini. Kajian dan penyelidikan harus dilaksanakan dalam bidang ini
supaya masalah pembelajaran matematik di kalangan murid-murid dapat ditangani.
KERANGKA KONSEP

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah satu kajian bagi melihat sejauhmanakah
kelas mental aritmetrik ini boleh membawa perubahan positif di kalangan murid-murid di
tiga buah sekolah yang akan dipilih.
Dalam kajian ini enam aspek akan dikaji iaitu :

 Minat murid terhadap subjek ini


 Kefahaman bahasa
 Kepantasan mengira
 Kenyakinan untuk menjawab soalan
 Kekangan semasa mengira
 Penguasaan kemahiran matematik

Rajah : Kerangka Konsep Kajian

Kekangan
semasa mengira
Kenyakinan untuk menjawab
soalan Kefahaman bahasa

Mental Aritmetrik

Penguasaan kemahiran
Minat murid terhadap subjek matematik
ini

Kepantasan
mengira

REKA BENTUK KAJIAN


Kajian ini akan dijalankan untuk mengetahui keberkesanan pembelajaran mental
aritmetrik dalam kalangan murid-murid di SK, SJK(C) dan SJK(T) yang akan dipilih
nanti. Bagi menjalankan kajian ini pengkaji menggunakan perisian SPSS. Sebanyak 60
orang responden dari tiga buah sekolah akan diberikan borang soal selidik murid untuk
mengumpul data. Penyelidik juga menggunakan kaedah temubual dan pemerhatian
untuk mengumpul maklumat. Selain dari itu, pengkaji juga mengumpulkan markah-
markah murid untuk mencari min, mod, varians, sisihan piawai dan membentuk graf
taburan normal. Kesemua ini dikira dengan formula-formula yang disenaraikan (rujuk
Lampiran D).

POPULASI SAMPEL KAJIAN

Penyelidik telah menjalankan kajian ini di tiga buah sekolah yang akan dipilih nanti..
Sekolah-sekolah ini terletak di berhampiran dengan Bandaraya Melaka. Kebanyakkan
sekolah ini mempunyai kemudahan asas yang sempurna Mereka ini dilingkungi latar
sosio ekonomi yang tinggi, sederhana dan rendah.
Populasi terdiri dari murid-murid yang mengikuti kelas MA iaitu seramai 60 orang.
Sampel kajian dipilih secara rawak iaitu seramai 20 puluh orang dari setiap sekolah.
Mereka terdiri daripada murid-murid lelaki dan perempuan serta berbilang kaum. Kajian
ini dijalankan untuk tujuan mengetahui keberkesanan pembelajaran MA di tiga buah
sekolah yang berbeza alirannya.

INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian terdiri daripada :


 Soal selidik
 Pemerhatian
 Lembaran kerja
 Jadual markah ujian

Alat yang digunakan untuk mengumpul data dan maklumat ialah set borang soal selidik,
set lembaran kerja dan jadual markah ujian (rujuk Lampiran E).

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum
Objektif umum kajian ini adalah untuk mengukur keberkesanan kelas MA dalam

menguasai subjek matematik di tiga sebuah sekolah sekitar Melaka yang akan dipilih

kelak.

Objektif Khusus

Objektif kajian secara khususnya adalah seperti berikut :

i. Untuk mengetahui tahap penguasaan matematik murid-murid sekolah rendah.

ii. Untuk menentukan sama ada terdapat faktor bahasa yang mempengaruhi

dalam mempelajari MA pada murid-murid di sekolah kebangsaan, sekolah

jenis kebangsaan Tamil dan sekolah kebangsaan Cina.

iii. Untuk mengetahui tahap kepantasan dalam menyelesaikan soalan matematik.

iv. Untuk menilai minat murid terhadap subjek matematik setelah mengikuti

kelas MA.

v. Untuk mengetahui tahap kemahiran murid selepas mempelajari MA.

vi. Untuk mengukur prestasi murid-murid di dalam subjek matematik setelah

mempelajari teknik MA.

PENGENALAN

Negara kita ingin mencapai tahap Negara maju seperti Negara Jepun dan Amerika
Syarikat menjelang tahun 2020. Dalam usaha tersebut terdapat sembilan cabaran yang
terkandung dalam ‘Wawasan 2020’ yang perlu ditempuhi. Bagi memenuhi cabaran dan
hasrat ‘Wawasan 2020’, peranan guru-guru adalah untuk melahirkan modal insane yang
boleh membantu Malaysia menjadi sebuah Negara maju. Hasrat ini telah dinyatakan
seperti berikut:

“pembangunan sumber manusia adalah memainkan peranan penting


dalam meningkatkan produktiviti dan membekalkan kemahiran
ikthisas, pengurusan dan teknik yang diperlukan bagi pertumbuhan
ekonomi, khususnya dalam proses peralihan ke arah menjadi sebuah
negara perindustirian.”
(Kerajaan Malaysia, 1991)

Berdasarkan pernyataan di atas, tidak dapat dinafikan bahawa guru-guru telah diberi
tanggungjawab dan mandat dalam melahirkan modal insan untuk keperluan masa kini
dan masa depan. Khususnya guru-guru matematik memikul tanggungjawab besar dalam
mendidik anak-anak mereka supaya dapat melahirkan insan-insan yang dapat bersaing
dalam peringkat globalisasi. Guru matematik bukan sahaja berperanan untuk mengajar
malah melatih serta mendidik generasi baru yang penuh dengan ilmu, konsep,
metadologi, formula, hukum dan keserbabolehan.

Bagi merealisasikan cita-cita negara, murid-murid harus mencintai dan menguasai


ilmu matematik dengan sepenuhnya. Matematik adalah satu subjek yang wajib dipelajari
oleh setiap murid. Di sekolah menengah pula, pelajar-pelajar telah di wajibkan untuk
menduduki subjek ini di peringkat PMR, SPM dan STPM. Tidak dapat dinafikan lagi,
matematik adalah penting untuk pembangunan negara. Subjek ini amat kaya dengan
konsep dan metadologi yang boleh mendorong seseorang insan untuk berfikir secara
kreatif dan logik.
Penguasaan dalam ilmu matematik akan melahirkan generasi yang berkemampuan
tinggi untuk melakukan penemuan baru. Bangunan-bangunan tinggi sahaja tidak
mencerminkan negara maju, tetapi penemuan dan penyelidikan baru inilah yang akan
membuktikkan sesebuah negara itu sebagai maju. Ilmu matematik ini boleh mendorong
murid-murid untuk menyelesaikan pelbagai masalah secara logik. Kemahiran seperti ini
amat penting untuk negara kita supaya lebih ramai pakar dapat dilahirkan pada masa
hadapan.

Dalam era teknologi maklumat ini, banyak pakar-pakar komputer diperlukan seperti
jurutera perisian, jurutera maklumat, perekabentuk, dan sebagainya. Kelahiran pakar-
pakar ini sebenarnya adalah daripada penguasaan kemahiran matematik sepenuhnya. Ini
menunjukkan betapa pentingnya matematik dalam kehidupan kita. Hari ini kita
menggunakan banyak fasiliti yang memudahkan seperti telefon bimbit, komputer riba
dan ‘astro’. Penciptaan ini tidak akan wujud sekiranya tiada ilmu matematik.

Penguasaan ilmu matematik harus disemai sejak bangku sekolah rendah lagi. KBSR
mementingkan murid-murid untuk memahiri empat operasi penting di dalam matematik.
Pada masa kini banyak program seperti pemulihan, LINUS, PROTIM, CEFAM dan Skor
A telah dijalankan di sekolah bagi meningkatkan kemahiran matematik murid. Namun
demikian, masih ramai murid lagi yang gagal dalam subjek matematik. Ini adalah
disebabkan oleh faktor keminatan murid. Ketidakminatan murid adalah menjadi elemen
utama dalam kegagalan penguasaan matematik.

Bagi menarik minat murid, teknik yang mudah dan tidak kompleks harus
diperkenalkan. MA merupakan merupakan teknik pengiraan yang hanya melibatkan jari
jemari sahaja. Teknik ini amat menarik minat mereka dan sekaligus menanam rasa ingin
belajar dalam naluri mereka. Selain itu, mereka juga dapat mengira dengan pantas dan
berkenyakinan tinggi terhadap jawapan mereka.

Sudah tiba masanya untuk guru-guru untuk mempraktikan kaedah MA ini di dalam
bilik darjah. Perubahan teknik pengajaran sudah pasti akan membawa kejayaan besar.
MA juga dapat merangsang pengunaan otak kiri dan kanan. Ini sudah pasti akan
menajamkan lagi pemikiran murid-murid untuk menyelesaikan lebih banyak masalah
yang rumit.
Secara kesimpulan dapat juga dikatakan bahawa MA dapat mencungkil minat murid
untuk mempelajari matematik. Jikalau minat murid adalah positif, suasana pembelajaran
adalah kondusif, maka lebih ramai celik matematik dapat dilahirkan pada masa depan.

LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN

Kita sering mendengar penguasaan ilmu matematik di kalangan masyarakat adalah


nadi untuk kemajuan negara. Pembelajaran matematik bercorak dari mudah ke rumit.
Oleh yang demikian, fakta-fakta asas matematik ini harus disemai sebelum peringkat
kanak-kanak memasuki alam persekolahan lagi. Ini membuktikan bahawa penguasaan
penguasaan ilmu matematik ini sebenarnya memakan masa.

Pada hari ini, terdapat ramai murid yang tidak dapat menyelesaikan soalan-soalan dan
masalah-masalah matematik.Di samping itu, mereka juga tidak meminati subjek tersebut.
Mereka tidak mempunyai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan kelemahan ini
berterusan dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Kita dapat mengetahui
bahawa penguasaan kemahiran asas seperti penambahan, penolakkan, pendaraban dan
pembahagian adalah amat penting di dalam pembelajaran matematik.

Oleh itu, tujuan kajian penyelidikan ini berfokus untuk menilai keberkesanan kelas
MA didalam penguasaan subjek matematik di tiga buah sekolah rendah yang berbeza
aliran. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat kepantasan mengira, keminatan murid,
kenyakinan murid dan prestasi murid yang mengikuti kelas MA di dalam subjek
matematik.

LAMPIRAN E

Jadual kutipan markah-markah murid.


Bil Nama Murid U1 U2 U3 U4 U5 U6 Pencapaian

Nota :

U : Ujian

LAMPIRAN E

Senarai rumus-rumus yang telibat dalam kajian ini.

1) Min
atau atau

2) Sisihan Piawai

atau

atau
3) Taburan Normal

BATASAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik yang senang difahami.
Pentadbiran kajian soal selidik juga senang dijalankan. Pelajar boleh menjawab soalan
dalam masa yang ditentukan dengan singkat. Beberapa pembolehubah-pembolehubah
yang boleh mempengaruhi pelajar semasa penyelidikan dijalankan adalah seperti berikut :

a) Skop kajian ini terbatas kepada murid-murid dari beberapa buah sekolah rendah
di kawasan daerah Alor Gajah dan daerah Melaka Tengah. Hasil kajian ini tidak
boleh digunakan untuk membuat generalisasi terhadap murid-murid di tempat
lain.
b) Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah sesuai kepada murid-murid
yang mengikuti kelas MA melebihi setahun dan keatas. Ini kerana mereka dapat
menilai kebolehan diri dalam menjawab soalan matematik dengan lebih jelas.
c) Sekolah yang mempunyai bilangan murid yang banyak mengikuti kelas MA besar
berkemungkinan mempunyai masalah murid dari segi tidak mengenali di antara
satu sama lain di sekolah tersebut. Ini kerana terdapat item soalan yang subjek
perlu mengetahui tentang murid lain. Contoh soalan seperti :

Item 7 dan 14: Anda boleh membantu rakan-rakan dalam menjawab


soalan matematik

PROSIDUR PENGUMPULAN DATA


Untuk menjalankan penyelidikan ini, penyelidik perlu memohon kebenaran
menjalanan penyelidikan dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Penyelidik juga perlu
memohon surat kebenaran menjalankan penyelidikan daripada Pengarah Pendidikan
Negeri Melaka dan guru-guru besar sekolah yang terpilih.

Ini adalah tatacara pengumpulan data yang akan dijalankan:

1) Menghantar sepucuk surat kepada guru besar sekolah tentang kajian yang akan
dijalankan.
2) Mendapatkan senarai nama murid-murid yang mengikuti kelas MA.
3) Menghantar satu bungkusan sampul pertama kepada guru besar sekolah yang terdiri
daripada :
a) Soal selidik
b) Satu sampul surat besar yang beralamatkan penyelidik dan bersetem.
4) Menghantar pskad peringatan atau membuat panggilan telefon.
5) Tindakan susulan pertama, jikalau terdapat bungkusan masih belum diterima,
sepucuk surat baru akan dihantar kepada sekolah yang terlibat.
6) Menghantar poskad peringatan atau membuat panggilan telefon peringatan.

Soal selidik yang tidak dijawab pada tarikh pentadbiran soal selidik yang telah
ditetapkan akan dianggap sebagai sampel yang tidak memberi respons.

ANALISIS DATA
Kaedah penganalisisisan data yang digunakan adalah seperti berikut :

a. Perisian komputer SPSS (Statistical Package for the Social Science)


b. Statistik Deskriptif
c. Ujian-t
d. Analisis Varian Satu Hala (ANOVA One Way)
e. Pekali korelasi Pearson ‘r’