Anda di halaman 1dari 6

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENTAL ARITMETRIK DI KALANGAN

MURID-MURID DI SJKT LORONG JAVA

LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN

Kita sering mendengar penguasaan ilmu matematik di kalangan masyarakat adalah nadi
untuk kemajuan negara. Pembelajaran matematik bercorak dari mudah ke rumit. Oleh yang
demikian, fakta-fakta asas matematik ini harus disemai sebelum peringkat kanak-kanak
memasuki alam persekolahan lagi. Ini membuktikan bahawa penguasaan penguasaan ilmu
matematik ini sebenarnya memakan masa.

Pada hari ini, terdapat ramai murid yang tidak dapat menyelesaikan soalan-soalan dan
masalah-masalah matematik. .Di samping itu, mereka juga tidak meminati subjek tersebut.
Mereka tidak mempunyai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan kelemahan ini
berterusan dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Kita dapat mengetahui bahawa
penguasaan kemahiran asas seperti penambahan, penolakkan, pendaraban dan pembahagian
adalah amat penting di dalam pembelajaran matematik.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian penyelidikan ini berfokus untuk menilai keberkesanan Mental Aritmetrik di
dalam penguasaan subjek matematik di kelas 3 Valluvar. Kajian ini juga bertujuan untuk
melihat kepantasan mengira, keminatan murid, kenyakinan murid dan prestasi murid yang
menguasai Mental Aritmetrik di dalam subjek matematik.
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum

Objektif umum kajian ini adalah untuk mengukur keberkesanan kelas Mental Aritmetrik (MA)

dalam menguasai subjek matematik di kelas 3 Valluvar SJKT Lorong Java.

Objektif Khusus

Objektif kajian secara khususnya adalah seperti berikut :

i. Untuk mengetahui tahap penguasaan matematik murid-murid 3 Valluvar di dalam


operasi tambah dan tolak.
ii. Untuk menentukan sama ada terdapat faktor bahasa yang mempengaruhi dalam

mempelajari matematik pada murid-murid di sekolah.

iii. Untuk mengetahui tahap kepantasan dalam menyelesaikan soalan matematik.

iv. Untuk menilai minat murid terhadap subjek matematik setelah mengguasai Mental

Aritmetrik .

v. Untuk mengetahui tahap kemahiran murid selepas mempelajari Mental Aritmetrik.

vi. Untuk mengukur prestasi murid-murid di dalam subjek matematik setelah

mempelajari teknik Mental Aritmetrik .


KERANGKA KAJIAN

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah satu kajian bagi melihat sejauh manakah
kemahiran mental aritmetrik ini boleh membawa perubahan positif di kalangan murid-murid 3
Valluvar yang akan dipilih.
Dalam kajian ini enam aspek akan dikaji iaitu :

 Minat murid terhadap subjek ini


 Kepantasan mengira
 Kenyakinan untuk menjawab soalan
 Kekangan semasa mengira
 Penguasaan kemahiran matematik

Rajah : Kerangka Konsep Kajian

Kekangan
semasa mengira
Kenyakinan untuk menjawab
soalan Kefahaman bahasa

Mental Aritmetrik

Penguasaan kemahiran
Minat murid terhadap subjek matematik
ini

Kepantasan
mengira
KEPENTINGAN KAJIAN

‘Genius Mind Mental Arithmetic’ merupakan suatu kelas yang hangat di perkatakan disekitar
di Negeri Sembilan, Johor dan Pahang dan Melaka.. Murid-murid yang mengikuti kelas ini,
amat pandai dan bijak dalam subjek matematik. Mereka juga sentiasa mendapat gred A di
setiap ujian dan peperiksaan yang dijalankan di sekolah. Tambahan pula, kebanyakkan murid
ini juga memperoleh gred A di dalam peperiksaan UPSR.
Selain itu, kebanyakkan sekolah yang mengikuti program ini berpendapat prestasi murid-
murid mereka amat membanggakan di dalam subjek matematik. Malahan, keputusan UPSR
mereka juga sentiasa meningkat pada setiap tahun. Justeru itu, para ibu bapa juga memberi
sokongan penuh dalam menjalankan kelas ini yang terdiri daripada berbilang kaum. Pada
pandangan mereka, anak-anak mereka yang lemah dalam matematik, kini menunjukkan
prestasi yang baik dan memperoleh markah yang tinggi. Misalnya, seorang murid dari tahun 1
dapat mengira dengan amat pantas tanpa menggunakan sebarang alat menulis. Murid-murid
juga berpeluang mengikuti pertandingan kuiz yang dijalankan oleh ‘Genius Mind Mental
Arithmetic’. Kebanyakkan sekolah di Negeri Sembilan tengah menyertai pertandingan ini.
Inilah yang mendorong saya untuk membuat kajian dalam bidang ini. Oleh yang demikian,
saya ingin mengetahui faktor-faktor yang membantu murid-murid sekolah rendah ini
menguasai empat kemahiran penting di dalam subjek matematik iaitu penambahan,
penolakkan, pendaraban dan pembahagian. Selain itu, saya juga ingin mengkaji sejauh
manakah keberkesanan mengguasai mental aritmetrik ini.
BATASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik yang senang difahami.
Pentadbiran kajian soal selidik juga senang dijalankan. murid boleh menjawab soalan dalam
masa yang ditentukan dengan singkat. Beberapa pembolehubah-pembolehubah yang boleh
mempengaruhi murid semasa penyelidikan dijalankan adalah seperti berikut :

a) Skop kajian ini terbatas kepada murid-murid 3 Valluvar.


b) Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah sesuai kepada murid-murid yang
lemah menguasai kemahiran tambah dan tolak. Ini kerana mereka dapat menilai
kebolehan diri dalam menjawab soalan matematik dengan lebih jelas selepas
mengguasai Mental Aritmetrik.

DEFINISI ISTILAH

Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran mengenai kuantiti, perubahan dan ruang.


Maksud lain adalah kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga adalah badan
ilmu berpusat pada konsep-konsep ibarat kuantiti, struktur, ruang dan perubahan dan disiplin
kajian-kajian ilmiah berkaitan denganya; Benjamin Peirce memanggil ia “ sains yang melukis
kesimpulan-kesimpulan yang perlu”. Ia berkembang, melalui penggunaan pemujaradan dan
penaakulan logik, daripada membilang, pengiraan, pengukuran dan kajian bentuk-bentuk
pergerakan objek-objek fizikal.

Mental Aritmetrik didefinisikan sebagai pengiraan hanya menggunakan otak manusia tanpa
bantuan kalkulator, komputer atau pen dan kertas. Ia menggunakan dengan teknik yang
khusus.