Anda di halaman 1dari 1

SOALAN LAZIM

BERKAITAN
VAKSIN
COVID-19
01 Apakah jenis vaksin COVID-19 yang telah
didaftarkan?
Vaksin yang didaftarkan adalah Vaksin COMIRNATY keluaran syarikat
Pfizer. Vaksin COMIRNATY menggunakan teknologi vaksin jenis mRNA
dimana ianya akan menghasilkan protein yang boleh meransang
penghasilan antibodi yang spesifik terhadap COVID-19.

02 Siapa yang boleh mendapat vaksin COVID-19?


Semua individu berumur 18 tahun ke atas kecuali mempunyai sejarah
alahan/alergi yang serius (anafilaksis).

03 Siapa yang TIDAK boleh mendapat vaksin COVID-19?


Bukti klinikal masih belum mencukupi untuk menyokong penggunaan
Vaksin COMIRNATY di kalangan individu yang kurang daya ketahanan
imun, pesakit autoimun, wanita mengandung atau menyusukan anak.
Oleh itu, penggunaan vaksin tidak disyorkan tetapi saranan ini mungkin
berubah selepas banyak data klinikal diperoleh.

04 Bolehkah seseorang yang pernah dijangkiti COVID-19 menerima


Vaksin COMIRNATY?
YA, vaksin COVID-19 boleh diberikan kepada individu yang telah
sembuh kerana mereka masih berisiko untuk dijangkiti semula.

Lindungi diri dan keluarga anda!


Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam pkuitmsa

Anda mungkin juga menyukai