Anda di halaman 1dari 3

SURAT PERJANJIAN JUAL BELI KERETA KAEDAH SAMBUNG BAYAR

1. BAHAWASANYA surat perjanjian ini diperbuat pada


Tahun:..........Bulan:....................Haribulan.........ANTARA ....................................................................................
No.K/P:............................................................................................
Beralamat: ............................................................................................................................................................................ ..
............................................................................................................................................................................................ .....
.........................................................yang selepas ini dikenali sebagai Penjual atau Penyewa Sewa Beli Pertama atau
Penama Pertama sahaja

DENGAN............................................................................................................................
No.K/P:.......................................Beralamat :................................................................................................... ........................
.......................... .....................................................................yang selepas ini dikenali sebagai Pembeli atau Penyewa
Sewa Beli Kedua atau Bakal Penama Kedua sahaja.

2. PENJUAL sesungguhnya bersetuju 'menjual' kereta motor No.Pendaftaran..................... jenis .........................................


(keterangan butiran kereta berdasarkan salinan geran/sijil pendaftaran kereta cabutan daripada Jabatan Pengangkutan
Jalan Malaysia yang dilampirkan bersama ini) dengan cara kaedah sambung bayar kepada Bahagian
Pinjaman ...........................mulai tarikh/bulan: ............................................. dengan bayaran bulanan
amaun:RM........................(Ringgit
Malaysia...........................................................................................................................
............................................sehingga bayaran ansuran bulanan selesai pada tarikh:...........................................................
3. PENJUAL hendaklah masih bertanggungjawab mengambil dan menyerahkan SURAT PELEPASAN setelah selesai
bayaran sehingga tiada sebarang baki dan tunggakan daripada .................................................................................. dan
menyerahkan kepada PEMBELI untuk sama-sama bertanggungjawab dalam urusan pertukaran nama daripada penama
PENJUAL kepada nama PEMBELI di mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

4. PEMBELI hendaklah bertanggungjawab membayar baki bulanan setiap bulan mulai tarikh yang dipersetujui di atas
(tanpa sebarang tunggakan) sehinggalah ke tarikh akhir selesai tanpa baki dan tunggakan sebagaimana yang telah
dipersetujui di atas.

5. PEMBELI wajib membayar kos Cukai Jalan Tahunan dan insuran yang berkaitan (masih menggunakan nama
PENJUAL) sehingga melunasi hutang bayaran ansuran bulanan dan seterusnya atas penama PEMBELI setelah hak milik
pertukaran nama dibuat.

6. PEMBELI hendaklah berrtanggungjawab atas apa jua perkara yang berkaitan dengan saman kereta dan keselamatan
kereta , kondisi kereta bahagian luar dan dalam kereta, kondisi enjin kereta dan semua yang berkaitan dari semasa ke
semasa.

7. PENJUAL kereta tidak dibenarkan/dilarang sama sekali menuntut semula kereta sama ada ketika ansuran bulanan
sedang berjalan dan setelah selesai ansuran bulanan.PEMBELI tidak dibenarkan/dilarang sama sekali memulangkan
kereta kepada PENJUAL ketika ansuran sedang berjalan dan setelah selesai pembayaran.Terma PERJANJIAN ini
mengandaikan TIDAK ADA masalah berbangkit setelah perjanjian ditandantangani dan dipersetujui bersama.

DENGAN ini kami mengesahkan bahawa terma-terma di atas telah kami persetujui bersama. Pihak PENJUAL dan
PEMBELI hendaklah saling bekerjasama dan mematuhi terma-terma yang disebutkan dan dinyatakan di atas tanpa
sebarang prasangka dan tanpa sebarang tuntutan. Atas persetujuan ini kami perturunkan tanda tangan di bawah:

PENJUAL PEMBELI

................................................. …………............................................
Nama: Nama:
No: K/P: No. K/P: 
Tarikh :

SAKSI 1: SAKSI 2:

…………………………………. …………………………………………….

Nama dan KP: Nama dan KP: 

Anda mungkin juga menyukai