Anda di halaman 1dari 16

MENU DIET SIHAT

ayam kukus perisa kari

1 keping dada ayam dipotong nipis


1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil cili kisar
sedikit daun ketumbar

perapkan semalaman 

brokoli + bunga kobis

kukus 25 minit 

sup ayam + saderi

ayam dipotong kecil


saderi di potong dadu
daun sup + daun bawang 
1 ulas bawang putih ditumbuk
sedikit lada hitam
sedikit air

rebus + siap 

sup ayam + taugeh hijau

isi ayam dipotong kecil


taugeh hijau ( alfalfa )
daun bawang + daun sup dihiris
1 ulas bawang putih ditumbuk
sedikit air

rebus + siap

nak pedas potong cili api sikit 

sup telur + fucuk

2 biji telur
sekeping fucuk direndam
daun bawang + daun sup dihiris
1 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu kecil rempah sup
sedikit air

rebus macam biasa + pecah 2 biji telur + dah siap + masuk mangkuk + tabur sedikit lada
Hitam
ayam kari grill + kobis

ayam dipotong kecil 


1 sudu serbuk kari
1 ulas bawang putih ditumbuk
secawan kobis dihiris 

grill atas kuali non stick 

air asam versi kuruS

bahan2
3 biji cili api
1 biji cili besar
** cili api sukahati la nak letak banyak mana
1 biji bawang merah kecil ( untuk rasa manis )
2 asam keping

ambil cawan sederhana

isi air panas separuh @ suku cawaN


** bergantung banyak mana cili yg nak guna
** kalau suka masam kurangkan aiR

rendam kejab 10 - 15 minit


sambil rendam tu
boleh la tumbuk cili api + cili besar + bawang
air rendaman asam keping
**buang asam keping cuma ambil air saja

campur dan kacau dgn bahan2 yg ditumbuk


siap
boleh la makan dengan ayam + ikan + udang dll
buat cicah2 yang suka sangat nak makan pedaS

brokoli + bunga kobis grill

1 ulas bawang putih ditumbuk


sedikit isi ayam dipotong kecil
setengah cawan brokoli
setengah cawan bunga kobis

panaskan kuali non stick + masuk bawang putih + isi ayam + brokoli + bunga kobis..
agak2 dah lembut + garing sikit2 siap
ayam grill + terung bakar + air asam keping

1/4 ayam bahagian tulang2 dipotong kecil


1 ulas bawang putih ditumbuk
1 biji bawang merah kecil ditumbuk

perap ayam + bawang yang ditumbuk


grill atas kuali non stick
tabur sedikit serbuk pasley atas ayam dah siap

terung bakar nabila bakar atas dapur gas dalam 15 minit

pais ikan tenggiri

4 ketul ikan tenggiri saiz comel


1 sudu kecil serbuk lada hitam 
2 sudu besar cili kering 

tumbuk guna batu lesung bahan2 di bawah

1 biji bawang merah 


1 ulas bawang putih 
sedikit halia 
sedikit kunyit hidup
sedikit belacan 

2 keping air asam keping 


** rendam asam keping dengan air panas suku cawan.. tapis ambil air asam keping je..

**elakkan guna asam jawa sebab tinggi karbohidrat

hiris bahan2 di bawah

1 batang serai 
sedikit daun kesum 
sedikit daun kunyit 
sedikit bunga kantan 
perap semua bahan2 ditumbuk + dihiris dengan ikan tenggiri
ambil daun pisang yang dah di layurkan dgn api untuk senang bungkus 
letak ikan dan isi nya 
bungkus kemas2 + cantik2
masuk tempat pengukus 
kukus 25 - 30 minit

siap
shell out 

ketam rebus 
udang rebus
ikan grill 
serbuk kari + serbuk kunyit + lada hitam perap ikan kejab .. grill atas kuali non stick..
siap 

sos 

tumbuk dengan lesung batu 

2 biji cili merah besar


1 biji cili api
1 ulas bawang putih 

2 keping asam keping 


** rendam dengan air panas suku cawan je
ambil air sahaja asam keping buang

sedikit daun ketumbar untuk rasa + wangi 


bahan ditumbuk campur air asam keping + daun ketumbar 
makan dengan salad pun boleh 

telur hancur + ayam halia

2 biji telur hancur atas kuali non stick + tabur sedikit serbuk cili + sedikit serbuk parsley

sekeping dada ayam dihiris


sedikit serbuk lada hitam
hirisan halia 
hirisan daun bawang + daun sup

panaskan kuali non stick + masukkan hirisan dada ayam + serbuk lada hitam + halia..
agak2 dah nak masak tabur daun bawang + daun sup

ikan tenggiri singgang

3 ketul ikan tenggiri


sedikit lada hitam perap dgn ikan

hiris

lengkuas
halia
kunyit
1 cili besar hijau
tumbuk @ titik
1 batang serai
3 biji cili api merah
potong
tomato ( jaga2 tinggi karbohidrat ) bersukat
timun ( jaga2 tinggi karbohidrat ) bersukat 
3 keping asam keping daun kesum ( tak letak pun takpa) sedikit air caranya rebus shj
ayam grill + taugeh telur

1 keping dada ayam

tumbuk guna lesung batu


1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit halia

perapkan dengan dada ayam + sedikit lada hitam..


boleh perap 15 minit @ semalaman
perap malam.. esoknya baru grill
atas kuali non stick + grill dgn api yang sederhana dan siap
angkat letak atas papan lapis + hiris memanjang

sayur taugeh telur

1 ulas bawang putih ditumbuk


setengah cawan taugeh
setengah cawan kucai
2 biji telur
1 sudu besar cili kering dikisar
1 sudu kecil serbuk kari

panaskan kuali non stick + masukkan bawang putih ditumbuk + kucai + pecah telur +
masukkan taugeh + cili kering dikisar + serbuk kari.. kacau dan sebatikan dan siap

sup udang + cendawan + tahu telur

1 ulas bawang putih ditumbuk


1 sudu besar rempah sup
1 paket tahu telur ( sila rujuk kandungan karbohidrat belakang label )
beberapa ekor udang
setengah cawan cendawan tiram
sedikit daun sup + daun bawang dihiris
sedikit air
rebus macam sup biasa

bayam + isi ayam perisa kari

1 ulas bawang putih ditumbuk 


1 sudu besar cili kering dikisar
1 sudu besar rempah kari
isi ayam dipotong kecil
sayur bayam yang dipetik
sedikit air

rebus mcm biasa dan siap


sayur + telur hancur

1 ulas bawang putih ditumbuk


setengah cawan bunga kobis dipotong halus
sedikit saderi dihiris nipis
2 biji telur
1 sudu cili kering yang dikisar

panaskan kuali non stick + masukkan bawang putih + cili kering.. masuk bunga kobis +
saderi + pecah kan telur.. kacau sebati dan siap

peha ayam grill bersalut telur + sup cendawan dan saderi

1 peha ayam dibuang tulang


tumbuk guna lesung batu

1 biji bawang merah kecil


sedikit halia
sedikit lada hitam

perap dgn peha ayam


grill atas kuali non stick
agak2 dah nak masak.
pecah 1 biji telur dlm bekas.. tuang kan atas peha ayam atas dan bawah.. dah garing +
angkat dan siap

setengah cawan saderi


setengah cawan cendawan tiram
1 biji bawang merah kecil tumbuk
1 sudu kecil rempah sup
sedikit lada hitam
sedikit air
rebus macam biasa.. siap

telur hancur + salad mayonis kewpie

telur sebiji hancur kan atas kuali non stick + tabur lada hitam
salad + mayonis kewpie ( rendah karbohidrat penutup warna merah )

sup brokoli + hirisan daging + tomato

daging dihiris nipis untuk perencah je 


1 ulas bawang putih ditumbuk
2 biji cili api di ketuk
brokoli dipotong 
tomato ( atkins fasa 1 elakkan buah tomato )
** agak tinggi karbohidrat.. nak letak juga bersukat..
daun sup + daun bawang dihiris 
air 

rebus je semua tu + last sekali masuk cili api ketuk tu.. kalau suka pedas 
chicken grill

1 peha ayam dibuang tulang


perap dengan paprika + chilli flakes + parsley flakes semalaman @ 15 minit 
grill atas kuali non stick + sekali dengan brokoli + carrot.. 

** nabila tak letak minyak ya.. kalau nak letak.. letak la sikit je.. 

** carrot karbohidrat agak tinggi.. atkins fasa 1 tak digalakkan.. nabila letak sebab warna
je.. hehehe 

capsicum potong2 susun tepi + tinggal ngap

lunch sup ayam 

1 / 4 ayam potong kecil


sedikit minyak masak untuk menumis
1 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu rempah sup babas
bunga kobis dipotong kecil
daun sup + daun bawang dihiris
sedikit cili merah untuk hiasan 
sedikit air
sedikit garam

panaskan minyak + tumis bawang putih sampai garing + rempah sup + masukkan air +
ayam + bunga kobis + sedikit garam + tutup api + tabur daun sup + daun bawang + cili
merah dan siap 

ikan goreng cili api

ikan gaul kunyit + sedikit garam


goreng dan tos kan
tumbuk guna lesung bahan2 ni
sedikit cili api ikut kepedasan
1 ulas bawang putih

panaskan sedikit minyak + tumis bahan ditumbuk sampai garing + masukkan 1 keping
asam keping + sedikit garam + agak2 dah masak masukkan ikan goreng dan siap
sayur brokoli + bunga kobis
rebus je

sayur bayam

** tumbuk guna lesung


1 ulas bawang putih 
3 biji cili api 
sedikit udang kering 

sayur bayam yang telah dipetik + dicuci

Panaskan sedikit minyak + tumis bahan yang ditumbuk sampai garing + masukkan
bayam + sedikit garam dan siap 
nabila suka perap siap2
senang nak masak untuk esok2

ayam yang telah dibersihkan

tumbuk bahan2 dibawah dengan lesung batu


bawang merah kecil
halia
lengkuas ( tak ada dalam gambar )
ketumbar
jintan manis
** bahan2 agak2 banyak mana ayam
gaul ayam + bahan ditumbuk + sedikit garam + 1 sudu kecil serbuk kari dan siap

1 keping ikan salmon

** tumbuk guna lesung batu 


1 ulas bawang putih
sedikit lada hitam 

perap bahan ditumbuk + ikan salmon + sedikit garam + selama 15 minit @ lebih
panaskan kuali non stick + sedikit olive oil + grill ikan salmon sampai masak dan 

1 keping roti wholmeal dipotong 2 

2 biji telur rebus hancurkan dalam mangkuk + 1 sudu mayonis kewpie + sedikit serbuk
paprika + serbuk parsley letak atas roti dan siap 

2 biji telur rebus 


salad banyaknya 
sambal sardin buang sos 

ambil isi sardin je


bawang putih hiris 
bawang merah hiris
3 biji cili api hiris 
halia hiris sikit 
1 keping asam keping
1 sudu cili kering dikisar 
1 sudu minyak masak 
garam 

panaskan minyak masak + tumis bawang putih + merah + halia + cili kering sampai
garing + masukkan cili kering + sardin + agak2 dah nak masak masukkan cili api +
garam dan siap
IKAN KUKUS KICAP BERHALIA...

BAHAN-BAHANNYA 
2 keping isi kan merah
1/2 batang lobak merah saiz sedang, hiris halus
2 inci halia muda, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
5 biji bawang merah, hiris halus
1 pokok daun bawang hiris halus
4-5 biji cili padi, diketuk
1/4 bahagian bunga kobis, potong sekuntum2
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
3 camca besar kicap cair*
1 camca teh sos tiram*
1/4 camca teh minyak bijan*
1 camca teh madu*(*disatukan dan kacau rata2)

CARA MEMBUATNYA 
Ikan dilumur sedikit garam dan jus lemon, perap 10 minit, cuci bersih dan toskan. Lumur
bahan yang disatukan (*) pada ikan hingga rata. Perap 20 minit. Kemudian letak ikan tadi
dalam bekas tahan panas.
Letak bunga kobis dan tabur bahan lain atasnya, tabur sedikit garam jika kurang masin.
Kukus selama15 - 20 minit atau hingga ikan masak. Hidangkan segera.

Resepi Ikan Kembung Masak Pindang

Bahan-bahan:
2 ekor ikan kembung
2 batang serai (dititik)
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
sedikit halia*
sedikit air asam jawa
1 biji tomato (dibelah 4)
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara memasaknya:
1. Blendkan bahan yang bertanda *. Masukkan
Bahan yang dikisar, serai, air asam jawa 
serta air secukupnya ke dalam periuk.
2. Apabila sudah mendidih, masukkan garam. 
Biarkan seketika. Sebelum tutupkan api 
masukkan buah tomato.
3. Setelah masak, bolehlah diangkat untuk 
dihidangkan
PAIS IKAN
-------------

Bahan-bahannya
4 ekor ikan selar besar
daun pisang, disalai
toothpick

Bahan untuk dikisar


8 batang lada merah
8 batang cili padi thailand 
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci lengkuas
2 cm belacan
1 helai daun kunyit sederhana besarnya 
6 biji limau kasturi, ambil jusnya
1 1/2 sudu makan gula 
garam secukup rasa
serbuk peras jika suka

Cara-caranya
1. Bahan-bahan dikisar dengan sedikit air. Digaul dengan ikan dan diperap 1 jam.
2. Letakkan ikan diatas daun pisang bersama rempahnya. Balut rapi dan disemat hujung
daun pisang dengan lidi.
3. Kemudian boleh dibakar atau dikukus pais ikan sehingga masak.

LALA REBUS
---------------
Bahan-bahan

800gm Lala
3 liter air
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang cili merah
1 inci halia
1 batang serai
Garam secukup rasa

Resipi Katok Serai Ceria (Singgang sotong)


---------------------------------------------------
Bahan-bahannya:
250 gram Sotong (lebih pun tak apa)
2 batang Serai diketuk
3 biji Bawang merah
3 biji cili api
3 ulas Bawang Putih
1 sudu makan Serbuk lada hitam
2 batang Cili Merah
1 inci halia
1 liter air tapis
SIAKAP STIM LEMON
--------------------------
1 ekor siakap
3 sudu besar jus lemon
1 batang serai dititik
Daun bawang
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar tepung jagung
1/2 biji tomato, hiris nipis
1 biji cili merah, hiris nipis
Bahan hiris halus:
2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah

Cara Penyediaan:
Bersihkan ikan dan kelar di kedua belah bahagian.
Di dalam loyang, sapukan ikan dengan sedikit garam dan taburkan dengan halia,
bawang kecil dan bawang putih.
Perahkan jus lemon, anggaran 3 sudu besar di atas ikan. 
Masukkan serai, kemudian tuang sedikit air ke dalam loyang bersama bancuhan tepung
jagung dan sedikit gula.
Tuang sos ikan dan kukus selama 15 minit.
Buka tudung pengukus dan taburkan tomato, cili merah, daun bawang dan sedikit hirisan
lemon. 
Kukus kembali selama 5 minit.
Angkat dan hidangkan.

IKAN BAWAL KUKUS PEDAS


------------------------------------
Bahan-bahan:

1 ekor ikan bawal hitam (500-600 gm)


1 inci halia dihiris panjang-panjang, nipis
1 labu bawang besar- belah dua- dihiris nipis membujur
1 batang serai- hiris nipis (boleh juga kalau diketuk sahaja)
1 tangkai cili merah- hiris serong
3 tangkai cili api- ketuk
5 biji lada hitam- tumbuk halus
1 sudu teh pati asam jawa Adabi dicampur dengan 1/2 cawan air
2 biji limau kasturi diperah airnya
sedikit garam

Cara membuatnya:

1. Didihkan air kukusan. Lumur ikan dengan garam. Masukkan ke dalam bekas tahan
panas. Taburkan semua bahan ke atas ikan. Masukkan juga air asam jawa dan perahan
limau kasturi. Kukus ikan selama 15- 20 minit. Cucuk ikan dengan garpu untuk
mengetahui ikan telah masak.

2. Keluarkan ikan daripada kukusan dan sedia dihidang bersama air asam. (resepi air
asam dalam entry lepas2 dah ada ye)

*** boleh ganti ikan bawal hitam dengan bawal putih, siakap, kerapu dll ikan yang berisi
lembut. Kalau nak kukus ayam pun boleh gunakan resepi ni..
Grill Salmon with dill mustard sauce atau
Ikan salmon Panggang bersama sos putih
------------------------------------------------------
Bahan-bahan sos

Satu sudu butter


3 ulas bawang putih
1 cawan susu segar
1/4 cawan mayonis
2 sudu sos mustard
Satu sudu dill kering
Sedikit tepung gandum dicampur air
Garam
Black pepper

Panaskan kuali dengan api sederhana.Masukkan satu sudu butter, 3 ulas bawang butih
cincang, goreng sebentar.Masukkan 1 cawan susu segar, 1/4 cawan mayonis, 2 sudu
sos mustard, satu sudu dill kering.Ya,herba dill memang amat sesuai dengan masakan
ikan.

Campurkan sedikit tepung dan air untuk memekatkan kuah.Masukkan dalam kuali
dengan api kecil.Kacau sebati.Akhir sekali perasakan dengan garam dan black
pepper.Kacau sehingga mendidih dan Hidangkan.

SALMON GRILL
--------------------
Bahan-bahan :
2 keping ikan Salmon 
1 sudu minyak zaitun/olive oil
Garam 
Lada Hitam 
Lada sulah
Serbuk Oregano
Sayur-sayuran (Contoh : Carrot, Brokoli, Kubis, dll) 
3 ulas Bawang putih

Cara-caranya :

1. Perapkan ikan Salmon dengan garam, lada hitam, lada sulah, serbuk oregano
secukup rasa dalam 5 minit.
2. Panaskan minyak zaitun di atas pemanggang. (kite guna pemanggang ajaib, kalau tak
tau sila google)
3. Letakkan ikan Salmon yang telah diperap tadi di atas pemanggang, tunggu sehingga
garing dan balik-balikkan ikan supaya ia masak kedua-kedua belah. (berhati-hati supaya
ikan tak patah, balikkan hanya bila nampak dah garing)
4. Bila dah masak, ketepikan.

*kalau nak lagi sedap, amik sebiji lemon perahkan atas ikan yang dah siap masak tadi.
Pergh!

Untuk sayur-sayuran pula,

1. Tumbuk bawang putih, jangan terlalu hancur dan tumiskan dengan sedikit minyak
zaitun.
2. Masukkan segala jenis sayur yang telah disediakan.
3. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tambah lada hitam sedikit kalau suka
AYAM GRILL BERSOS CENDAWAN MABELES
----------------------------------------------------
Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel.
Bahagian dada/isi cucuk2 sedikit dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan
meresap ke dalam ayam.Kalau nak kelar pun boleh juga.

Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah.

Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.


Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering.
Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya
segala bahan perapan meresap ke dalam ayam...memang best

Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging
masak sekata dan tidak hangus

RESEPI MUSHROOM SOS

Bahan-Bahan
Cendawan butang
1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan
Sedikit kiub ayam
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1/2 tin air (guna tin prego tu)
Sedikit minyak

Cara-Caranya:-
Cendawan butang dibersihkan dan hiris nipis
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit kuning.
Masukkan hirisan cendawan tumis hingga layu.
Masukkan sos carbonara.Tambah air.
Masukkan kiub ayam.Masuk sedikit jer.Kacau hingga pekat.
Sesuaikan rasa.Tutup api

TELUR KUKUS
------------------
BAHAN-BAHAN ( 1 orang )
1) Segenggam brokoli
2) 2 biji telur
3) Segenggan bunga kobis
4) 1/2 biji bawang besar
5) 1 keping cheese ( taknak letak pun boleh )
6) Sedikit garam/lada sulah ( sebagai perasa )

CARA-CARANYA
1) Masukkan semua dan kukus lebih kurang 15 minit atau hingga nampak masak
2) Siap untuk dimakan
TELUR KUKUS MAYONESE
---------------------------------
~~BAHAN-BAHAN~~

5 biji telur
1 biji bwg besar - dipotong kecil2(dadu)
1 biji cili merah - dipotong dadu
daun bawang - dipotong halus
garam
mayonise
cheese - klau suka boleh letak

~~CARA-CARA~~

masukkan telur dlm bekas dan pukul seketika....


masukkan bawang, cili merah,daun bawang dan garam...kacau hingga sebati
masukkan mayonise dan cheese....kacau seketika..
masukkan adunan telur tersebut dlm bekas dan kukus selama 10 minit...
setelah masak...angkat dan sedia untuk dihidang

SUP AYAM KUKUS


-----------------------

BAHAN-BAHANNYA 
1 ekor ayam sederhana besar, anggaran 1 kg
Garam secukup rasa
Secubit gula
1 camca teh madu
1 pokok kecik daun ketumbar, hiris
2 batang serai, hiris*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 1/2 inci lengkuas*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 camca besar lada hitam biji*
1 camca besar ketumbar*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA 
Ayam dibersihkan, kerat 2, cucuk dengan garfu. Letak dalam satu bekas. Masukkan
bahan kisar halus, madu, garam secukup rasa dan hirisan daun ketumbar, gaul rata
pada semua bahagian ayam. Perap dalam peti sejuk selama 2-3 jam atau semalaman.

Panaskan kukusan, letak jaring atad mangkuk tahan panas. Letak ayam tadi atas
jaringan. Sapu baki2 bahan perap atas ayam. Kukus selama 35 minit. Periksa ayam, jika
isi kelihatan putih, tanda ayam sudah masak.
Keluarkan ayam dan potong kepada saiz yang anda suka. Letak dalam bekas. 

Stok ayam yang terhasil tadi, ditapis dan tuang atas ayam tadi. Tabur hirisan daun sup
dan bawang goreng sebagai hiasan.
MY SCHEDULE WORKOUT

MONDAY
- Body Toning
- Erobik / Salsation ( Body Love Studio) 845pm - 945pm

TUESDAY
- Zumba t Salsation ( Body Love Studio) 845pm - 945pm
- Gym t Body Toning

WEDNESDAY
-Zumba ( Body Love Studio) 600pm - 700pm

THURSDAY
-Gym t Body Toning
- Tabata ( Body Love Studio) 845pm - 945pm

FRIDAY
- Zumba t Floor Exercises ( Body Love Studio) 845pm - 945pm

SATURDAY
- Aerodance t Erobik ( Norlie Studio) 830am-930am

SUNDAY
- Zumba / Aerodance t Floor Exercises
( Body Love Studio) 800am - 900am

Anda mungkin juga menyukai