Anda di halaman 1dari 5

Modul PDPR RBT Tahun 4 Minggu : 19 Unit 4 : Reka bentuk Pembungkusan

Sasaran Murid : Tahun 4


Tajuk : Reka Bentuk Pembungkusan
: 4.1.6 Menghuraikan lakaran reka bentuk bermaklumat pembungkusan produk yang akan dihasilkan.
Objektif : Murid dapat mengetahui kebaikan membuat lakaran dalam menghasilkan sesuatu produk.
Tempoh Masa : 40 Minit
Pelaksanaan : Murid menjawab soalan objektif di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
Nota Ringkas : Lakaran yang hendak dibuat perlulah mempunyai idea terlebih dahulu. Lakaran boleh dibuat dalam bentuk yang ringkas supaya mudah untuk
membuat penambahbaikan dari segi mengukur dan menanda. Reka bentuk hendaklah sesuai dengan keperluan produk.
Penilaian : / 10

1. Mengapakah maklumat pelabelan penting dalam setiap pembungkusan?

A. Supaya pengguna dapat mengetahui tempat produk tersebut dijual

B. Supaya pengguna dapat mengetahui kandungan bahan sebelum membelinya

C. Supaya pengguna dapat mengetahui cara-cara menghasilkan produk tersebut

D. Supaya pengguna dapat mengetahui jumlah pengeluaran produk tersebut.

2. Apakah yang akan berlaku jika pembungkusan produk dalam keadaan tidak baik?

I Produk akan dibuang III. Produk tidak tahan lama

II Produk akan tercemar IV. Produk dijual pada harga yang rendah

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

3. Apakah yang akan terjadi sekiranya proses mengukur dan menanda tidak dilakukan dengan betul?

A. Projek akan lebih cantik B. Membazirkan bahan dan alatan

C. Kerugian bahan sekiranya tersilap tanda D. Saiz produk tidak akan sama antara satu sama lain.

4. Reka bentuk pembungkusan produk perlu direka mengikut kesesuaian dan keperluan produk yang dihasilkan supaya

i. produk sukar ditiru oleh orang lain.

ii. keselamatan produk terpelihara daripada kerosakan.

iii. produk tahan lama dan sentiasa dalam keadaan baik.

iv. dapat meyakinkan pengguna bahawa produk tersebut bermutu tinggi

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

5. Antara berikut, apakah maklumat yang perlu diterangkan semasa membuat pembentangan projek reka bentuk pembungkusan?

I. Alatan yang digunakan

II. Persengketaan semasa membina projek

III. Nama projek yang dihasilkan

IV. Cara-cara menghasilkan reka bentuk pembungkusan produk.

A. I, II dan III C. I, III dan IV

B. I, II dan IV D. II, III dan I


Modul PDPR RBT Tahun 4 Minggu : 20 Unit 4 : Reka bentuk Pembungkusan
Sasaran Murid : Tahun 4
Tajuk : Reka Bentuk Pembungkusan
: 4.1.9 Menghasilkan reka bentuk pembungkusan mengikut lakaran yang dibuat menggunakan bahan dan
alatan yang sesuai.
Objektif : Murid dapat menjana idea dalam menghasilkan lakaran sesuatu produk yang baharu.
Tempoh Masa : 40 Minit
Pelaksanaan : Murid membuat satu lakaran mengenai reka bentuk bekas makanan yang kamu suka mengikut kesesuaian produk.
Sekiranya makanan itu adalah roti, maka bekas yang bagaimanakah sesuai dengan produk roti itu.
Nota Ringkas : Lakaran yang hendak dibuat perlulah mempunyai idea terlebih dahulu. Lakaran boleh dibuat dalam bentuk yang ringkas supaya mudah untuk
membuat penambahbaikan dari segi mengukur dan menanda. Reka bentuk hendaklah sesuai dengan keperluan produk.
Penilaian :

Buat satu lakaran reka bentuk bekas makanan yang menjadi pilihan kamu di ruangan di bawah.