Anda di halaman 1dari 5

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bab ini mengandungi pengenalan, penyataan masalah, objektif kajian, soalan kajian,
kerangsa konseptual, kepentingan kajian, batasan kajian, definisi istilah kajian dan
rumusan kajian. Elemen yang boleh diketengahkan ialah konsep-konsep utama dalam
kajian ini dibincangkan secara ringkas sahaja.

1.2 Latar Belakang Kajian

Pendidikan merupakan aset yang terpenting dalam pembangunan negara. Pendidikan


yang berkualiti adalah usaha yang membangunkan generasi muda pada dunia
teknologi kini. Ini kerana ia melahirkan rakyat atupun modal insan yang seimbang dari
segi
jasmani, emosi, rohani, intelek, dinamik dan berprogresif. Bagi meningkatkan lagi
Sistem Pendidikan Negara, kita perlu melaksanakan beberapa langkah yang unggul
supaya tahap kualitinya meningkat lagi. Maka, dengan ini kita boleh mengatasi masalah
dan cabaran-cabaran abad ke-21.

Malahan, pendidikan merupakan pelaburan yang sangat penting bagi sesebuah


negara. Oleh sebab itu, kerajaan kita memperuntukkan bajet dalam kuantiti besar pada
setiap tahun untuk sektor pendidikan. Ia bertujuan untuk merealisasikan hasrat kerajaan
iaitu mencapai wawasan 2020 untuk menjadikan negara kita maju di pelopak mata
dunia. Maka, pelbagai usaha untuk mencapai realiti ini mesti dimulakan iaitu
mempertingkatkan lagi bidang pendidikan Negara dan tidak diasingkan bidang
perguruan, dimana bidang ini merupakan salah satu cabang dalam sistem pendidikan.

Perguruan merupakan satu profession yang mulia. Ini kerana ia mempunyai


matlamat yang sangat suci. Matlamatnya adalah untuk membentukkan manusia yang
sempurna dan seimbang seperti yang terkandung dalam FPK. Malahan, peranan
seseorang pendidik adalah sangat luas iaitu terhadap dirinya sendiri, warga masyarakat
dan diikuti dengan alam sekelilingnya.

Profesionalis seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan dari


beberapa segi contohnya sikap dan nilai guru dalam pengajaran yang akan
mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Kualiti pendidikan dapat dilihat melalui
penggunaan sumber pengajaran yang secukupnya. Ia juga yang mempengaruhi
penyertaan, kefahaman, minat serta pencapaian murid dalam sesi pengajaran
danpembelajaran. Sebaliknya, personaliti guru juga menyebabkan iklim pembelajaran
pelajar lebih disenangi.
Sistem dan dasar pendidikan Malaysia mengalami perubahan yang ketara.
Bermula dari Kurikulum Lama Sekolah Rendah selepas mendapat kemerdekaan sistem
pendidikan Negara mengalami pelbagai perubahan dan kini kita berada dalam
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR semakan). Kesemua pola perubahan ini
telah digubal berdasarkan pencapaian matlamat dasar kita. Perubahan dalam sistem ini
berlaku dari masa ke semasa untuk memastikan Negara kita membekalkan pendidikan
yang berkualiti dan selaras dengan kehendak keperluan pembangunan globalisasi.
Perubahan tersebut juga berbentuk dinamik. KSSR semakan kini digubal berdasarkan
teras ke-2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Disamping itu, dasar pendidikan
kebangsaan juga menekankan beberapa aspek yang unggul iaitu perpaduan dari segi
sosial, budaya dan juga politik.

Selepas berlakunya beberapa perubahan dalam sistem pendidikan, Negara kita


memberikan penekanan kepada penggunaan ICT dalam pendidikan. Ini kerana, Negara
kita bermatlamat untuk melahirkan generasi yang mahir dalam ICT dimana teknologi
maklumat dan komunikasi ini merupakan sesuatu yang sangat penting untuk bertanding
secara globalisasi dan guru sebagai pendidik berperanan penting untuk merealisasikan
dasar pendidikan Negara. Kesannya, warga pendidik pula menghadapi cabaran untuk
menggunakan ICT dalam kelas. Kadangkala para pendidik gagal untuk memberikan
pengajaran yang berkualiti dengan menggunakan ICT.
John.D.Lee dan Wickens (2017) mengemukakan Teori Pelbagai Sumber. Beliau
mengemukakan pendapat tentang kaitan dengan pemprosesan sumber dan cabaran
tugas. Sekiranya terdapat satu pemprosesan sumber maka cabaran tugas tidak akan
muncul. Cabaran tugasnya akan terbentuk dimana terdapat pemprosesan sumber yang
banyak pada masa yang sama secara serentak. Misalnya, kita lihat proses semasa
menelefon seseorang. Keseluruhannya, komponen kognitif, visual, psikomotor dan
auditori terlibat dalam proses ini. Teori ini merumuskan bahawa sekiranya cabaran
tugas meningkat maka, pencapaian akan berkurang. Pengkaji mengaplikasikan
kesimpulan teori ini dengan kajian ini iaitu, cabaran guru-guru sekolah rendah tamil
dalam ICT untuk menggunakan semasa PdP.

Gagne (2005) pula menyatakan bahawa kurikulum yang direka dalam bidang
pendidikan gagal jika guru tidak mempunyai motivasi yang tinggi dalam
melaksanakannya. Kini peranan guru bukan sahaja setakat menjalankan pengajaran
dan pembelajaran (PdP) secara ‘chalk and talk’ sahaja, malahan berterusan dalam
pelbagai aspek lain dengan penggunaan ICT.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang menggunakan papan hitam


dan kapur, bertukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer,
bahan elektronik, ‘liquid crystal display’ (LCD), kamera video digital dan lain-lain dalam
bilik darjah menjadikan PdP lebih berkesan (Reinicg, Molenda, Russell & Smaldino,
1996).
Memang tidak dapat dinafikan bahawa, masalah dalam PdP banyak
dibincangkan sejak kebelakangan ini. Malahan masalah-masalah ini juga menjadi topik
utama dalam banyak kajian. Proses PdP biasanya akan melibatkan interaksi secara
bersemuka di antara guru dan pelajar (Abd.Rahman, 2000). Ini merupakan kaedah
tradisional dan dengan wujudnya perubahan dalam dasar pendidikan aspek bersemuka
ini tidak begitu sesuai diamalkan. Kaedah moden ini menekankan penggunaan ICT.
Lebih-lebih lagi, penggunaan ICT menjadi pemangkin dalam PdP abad ke-21.

Reinicg, Molenda, Russell & Smaldino (1996) berpendapat bahawa, cabaran


dunia pendidikan dalam meneroka dan mengaplikasikan ICT melalui pendekatan-
pendekatan yang berkesan telah membantu para pendidik dan murid untuk mendalami
serta menggunakan ICT mengikut keperluan kerjaya mereka. Impak ICT dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran dapat kita lihat dari pra sekolah hingga di institusi
pengajian tinggi.

Maka, ICT dalam pendidikan mulalah dilaungkan oleh Mantan Menteri


Pendidikan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk memajukan bidang
ICT dalam pendidikan. Maka, kita dapat memahami bahawa, ICT memberikan impak
yang sangat berkesan dalam pengajaran. Ia memberikan banyak manfaat kepada
warga pendidik dan para murid. ICT sangat sesuai digunakan sebagai alat bantu
mengajar dalam kelas semasa PdP. PdP yang menggunakan ICT dengan sistematik
membantu dalam pencapaian objektif pengajaran. Lebih-lebih lagi, ini akan
meningkatkan motivasi murid dalam pengajaran tersebut. Minat murid juga berlebihan
sewaktu penggunaan ICT.

Anda mungkin juga menyukai