Anda di halaman 1dari 2

Langkah Penting Dalam Penyelidikan

Mengenalpasti Masalah 
Mengenalpasti masalah merupakan langkah pertama dalam proses penyelidikan. Pada
asasnya, ia melibatkan  penyelidik supaya  memahami sesuatu masalah  itu dengan
jelas dan tepat. Ini amat penting kepada penyelidik bagi mengenal
pasti, memahami dan menyatakan masalah tersebut dalam  keupayaannya untuk
menyelesaikan masalah tersebut melalui penyelidikan serta  memahami  semua proses
yang perlu yang bakal dilakukan dalam menyiapkan kerja-kerja penyelidikan.

Penyelidik perlu tahu membezakan antara masalah biasa dan masalah umum
yang memerlukan kajian dijalankan. Masalah biasa ialah masalah yang sering dihadapi
oleh individu dalam kehidupan harian seperti masalah kesihatan, masalah kewangan
dan sebagainya. Masalah biasa boleh diselesaikan tanpa perlu melakukan
penyelidikan. Sesuatu penyelidikan akan dijalankan apabila timbul masalah umum yang
rumit serta dialami oleh sebahagian besar golongan masyarakat. Penyelidik pula perlu
mengenal pasti latar belakang sebenar kepada masalah yang ingin dikaji atau siapakah
yang hendak dikaji. Penyelidik perlu mempastikan sama ada masalah itu benar-benar
wujud dan memerlukan penyelidikan baru bagi menyelesaikan masalah berkenaan. Jika
masalah tersebut boleh diatasi tanpa memerlukan penyelidikan atau melalui hasil-hasil
penyelidikan terdahulu, maka penyelidikan baru tidak perlu dijalankan.

Sejauh mana kepentingan masalah tersebut adalah bergantung kepada


pendapat penyelidik itu sendiri. Pemilihan sesuatu masalah adalah lebih bergantung
kepada minat yang mendalam untuk mengkaji masalah tersebut serta sesuai dengan
aspek-aspek kebolehan atau ilmu yang ada pada penyelidik. Selain itu, penyelidik harus
berkemampuan untuk menyelesaikan penyelidikan dalam tempoh yang telah
ditetapkan. Pertimbangan juga perlu dibuat dari segi kemampuan kewangan untuk
menyelesaikan penyelidikan tersebut kerana faktor ini kemungkinan boleh
membantutkan kerja-kerja penyelidikan yang dijalankan.
Untuk membolehkan projek penyelidikan anda berjaya, pastikan anda memilih
masalah yang sesuai dan menarik minat anda untuk diselidiki. Sebenarnya tidak
semudah itu untuk anda  mendapat topik penyelidikan yang dimaksudkan. Anda
mungkin terpaksa menghabiskan banyak masa untuk mencari sesuatu masalah untuk
dikaji. Malangnya, apa yang sering berlaku terdapat banyak topik yang anda suka dan
berminat untuk mengkaji masalah itu. Kemudian, anda menghabiskan masa sehari
suntuk di perpustakaan tetapi anda masih belum yakin atau tidak dapat membuat
keputusan untuk menyelidiki satu atau dua masalah yang anda temui.

Fikirkan tentang apa bidang yang menarik minat anda untuk dikaji. Topik yang
anda minati dapat memberi motivasi kepada anda. Penyelidikan mungkin memerlukan
masa beberapa bulan atau tahun untuk disiapkan. Jadi, topik yang anda minati dapat
memberi motivasi untuk anda siapkan dalam tempoh masa yang agak lama.

Anda mungkin juga menyukai