Anda di halaman 1dari 25

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/344648566

MENANGANI GEJALA SOSIAL MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Chapter · October 2014

CITATIONS READS
0 12,254

1 author:

Amini Amir Abdullah


Universiti Putra Malaysia
47 PUBLICATIONS   102 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Islam Yang Dinamik View project

COVID-19 View project

All content following this page was uploaded by Amini Amir Abdullah on 14 October 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


BAB 9 – Amini Amir Abdullah.2014. Islam Yang Dinamik. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

MENANGANI GEJALA SOSIAL MENURUT PERSPEKTIF ISLAM1

Pendahuluan

Gejala sosial sudah menjadi semacam satu fenomena dalam dunia moden. Cendiakawan
Barat sudah mula membezakan masalah sosial zaman kontemporari berbanding dengan
zaman sebelumnya. Bahkan sudah ada kursus di universiti Barat yang bertajuk
“Contemporary Sosial Problems” (Masalah Sosial Kontemporari). Ini menunjukkan
bahawa terdapat semacam satu peralihan dan perubahan dalam masalah-masalah yang
berkaitan dengan gejala sosial sama ada bentuknya, trend, punca dan implikasinya
kepada sesebuah masyarakat dan negara. Gejala sosial pula menjadi semakin
berkembang ruang lingkupnya. Gejala sosial menjadi semakin rencam dan pelbagai. Ia
seperti duri dalam daging bagi masyarakat. Kita bersedih kerana ia banyak melibatkan
generasi muda kita yang merupakan bakal pewaris kepimpinan negara.

Rempuhan globalisasi negatif dan pengaruh modenisme memungkinkan masalah dan


gejala sosial menjadi semakin kritikal ditambah dengan faktor sikap, pembudayaan
budaya berhibur yang menggalakkan percampuran bebas yang keterlaluan, kurangnya
penekanan kepada aspek keutuhan kecemerlangan sahsiah dan kerohanian, kekeliruan
pemahaman dalam aspek nilai (aksiologi), kerendahan jatidiri, kurang semangat
patriotisme, kurangnya langkah-langkah pencegahan, penguatkuasaan undang-undang
dan peraturan yang masih longgar dan kurangnya kesedaran diri, pengabaian
tanggungjawab keibubapaan serta pengaruh rakan adalah di antara faktor mengapa
gejala sosial menjadi semakin mengancam.

1
Artikel ini merupakan semakan kertas kerja yang telah dibentangkan dalam Seminar Menangani Kes Rogol dan Hamil Luar Nikah
anjuran Jabatan Agama Islam Melaka bertempat di Auditorium Al-Azim, Masjid Negeri Melaka, Bukit Paloh, Melaka pada 10hb Ogos
2004.
Definisi Gejala Sosial

Gejala sosial ataupun masalah sosial (social problem) adalah satu aktiviti atau perlakuan
(perbuatan) yang membabitkan perlakuan atau tindakan negatif yang menjejaskan
kredibiliti dan maruah diri, keluarga, komuniti, masyarakat, agama dan masyarakat,
bertentangan dengan norma dan nilai ketimuran masyarakat, bertentangan dengan
ajaran agama dan undang-undang negara, merugikan masyarakat dan negara, serta
menyimpang daripada keluhuran dan kedaulatan undang-undang, peraturan dan ajaran
agama.

Di Malaysia, gejala sosial atau masalah sosial bolehlah dianggap sebagai satu fenomena
yang tidak berkesudahan seandainya tiada langkah-langkah tegas dan drastik yang
diambil untuk mengatasinya. Ada perlakuan gejala sosial yang tidak disifatkan sebagai
jenayah seperti melepak dan membuang masa.

Contoh-contoh Gejala Sosial Yang Berkaitan Dengan Agama Islam

Gejala atau masalah sosial yang berkaitan dengan tingkah laku sosial negatif dan
menyimpang serta kesalahan keagamaan boleh dibahagikan kepada:

i. berkaitan dengan tingkah laku negatif atau perlanggaran nilai Islam


ii. berkaitan dengan akidah
iii. berkaitan dengan kemurnian agama atau institusi keagamaan
iv. berkaitan dengan ketatasusilaan

Di antara gejala sosial ataupun jenayah (agama) yang berkaitan dengan akidah ialah
seperti melakukan perbuatan dengan apa cara sekalipun yang dikatakan berkaitan
dengan ajaran Islam sedangkan ia bukanlah daripada ajaran Islam, pemujaan atau
penyajian kepada selain daripada Allah s.w.t., mengaku sebagai bukan Islam,
mengishtiharkan diri sebagai Nabi, Rasul, Wali ataupun Imam Mahdi, tidak percaya orang
Islam sebagai orang Islam dan mengkafirkan orang Islam. Pengaruh gejala sosial ini
boleh menjejaskan akidah individu dan orang yang terpengaruh dengannya.

Terdapat negeri yang membicarakan kes-kes di bawah Enakmen Jenayah Syariah 2


seperti berikut:

i. baring diriba atau celah kangkang pasangan


ii. mencium atau berkucupan
iii. berpeluk atau berpelukan
iv. memasukkan tangan atau saling memasukkan ke dalam pakaian pasangan
masing-masing

Ini adalah satu langkah yang bijak bagi membendung budaya mendekati zina.
Kesalahan-kesalahan yang berkaitan keluhuran agama Islam dan ajarannya, contohnya
adalah seperti menghina agama Islam atau menyebabkan ia dihina, mempersendakan
agama Islam, merosakkan masjid atau surau, menghina pihak berkuasa agama,
menyebarkan pendapat yang bertentangan dengan fatwa, mengajar agama tanpa
tauliah, menyebarkan dokumen yang bertentangan dengan syarak, berjudi, penggunaan
yang berkaitan arak, tidak tunai solat Jumaat 3 kali berturut-turut tanpa sebab
munasabah, enggan bayar zakat, sumbang mahram, aktiviti pelacuran, bertindak
sebagai bapa ayam atau ibu ayam, persetubuhan luar nikah, persediaan persetubuhan
luar nikah, persetubuhan sejenis, persetubuhan dengan binatang, khalwat, menyerupai
lain jantina dalam pakaian.

Perangkaan Jenayah dan Gejala Sosial di Malaysia

Bagi tahun 1997 hingga 2003 di seluruh negara, telah tercatat statistik jenayah
keganasan melibatkan rogol (sebanyak 9,878 kes), kecederaan kepada manusia (35,358
kes), samun bersenjata api (4124 kes), samun tanpa senjata api (73,031 kes), samun

2
Lihat Enakmen Jenayah Syariah (Selamgor) 1995, Enakmen No 9, Tahun 1995, Bahagian Penguatkuasaan/Pendakwaan Jabatan
Agama Islam Selangor.
berkawan bersenjata api (7 kes), samun berkawan tanpa senjata api (10,948 kes), samun
berkawan bersenjata api (453 kes), cubaan membunuh (407 kes) dan bunuh (3997 kes).3

Jenayah harta benda bagi tahun 1997 hingga 2003 di seluruh negara pula mencatatkan
curi motosikal (295,942 kes), curi kereta (46,979 kes), curi lori/van (25,990 kes), pecah
rumah dan curi waktu malam (156,284 kes), pecah rumah dan curi waktu siang (55,902
kes) serta lain-lain jenis jenayah mencuri (307,974 kes). Kategori lain-lain jenayah
mencuri daripada tahun 1997 hingga 1999 termasuk jenayah ragut.4 Bermula tahun 2000
hingga tahun 2003 sahaja, jenayah ragut berjumlah 59,888 kes.5

Pihak Polis Diraja Malaysia telah menyelesaikan sebanyak 360,360 kes yang melibatkan
jenayah keganasan dan hartabenda (jenayah indeks) bermula daripada tahun 1997
hingga tahun 2003.6 Pihak Polis patut diberikan pujian kerana berjaya menyelesaikan
masalah jenayah ini. Walaupun demikian, perangkaan jenayah indeks cukup merisaukan
kita. Apakah sebab-sebab berlakunya sedemikian banyak kejadian jenayah? Apakah
masyarakat kita sudah lagi hilang nilai murni keagamaan yang mengawal diri dan
perbuatan kita atau kurangnya kesedaran mengenai langkah-langkah pencegahan?

Bagi jenayah bukan indeks, bermula tahun 1997 hingga bulan Ogos 2003 sebanyak 13,
588 kes pecah amanah jenayah telah berlaku, penipuan (27, 682 kes), pemalsuan (2,299
kes), wang palsu (661 kes), kad kredit (960 kes), jenayah siber (3,621 kes, bermula tahun
2000), hacking (penggodaman internet) (2 kes, bermula 2003), akta hakcipta (976 kes,
bermula 2000), akta penapisan filem (4,968 kes, bermula tahun 2000), lain-lain agensi
kerajaan (2,256 kes, bermula tahun 2000) dan lain-lain jenayah perdagangan (8959
kes).7

3
www.rmp.gov.my/ (Dilayari pada 29 Julai 2004) Statistik yang dicatatkan di sini adalah jumlah keseluruhan bagi setiap pecahan kes
jenayah bagi tahun yang dimaksudkan.
4
Ibid.
5
Ibid
6
Ibid
7
Ibid.
Rampasan Narkotik

Dadah (penyalahgunaan) adalah musuh nombor satu negara. Kes-kes narkotik yang
melibatkan rampasan oleh pihak Polis Diraja Malaysia menunjukkan peningkatan
keberjayaan dari segi statistik. Namun statistik yang akan dipaparkan menunjukkan
peningkatan aktiviti pengedaran dadah dan narkotik. Ubat batuk mencatatkan rampasan
kuantiti terbanyak manakala dadah berbentuk pil (berbiji) terbanyak ialah pil psikotropi.

Bermula daripada tahun 1998 hingga bulan Mac 2004 sebanyak 184.54kg heroin base
telah dirampas di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, heroin no. 3 (1321.18kg), heroin
no. 4 (5kg), ganja (10,889.44kg), kokain (51.801kg), syabu (323.52kg), ectasy (734,805
biji), ectasy kg. (176.45 kg), ketamin (102.35kg), erimin 5 (1,165,043 biji), yaba (154,095
biji), black sesame (8500 biji), pil psikotropi (3,398,752 biji), ubat batuk (111,191.40 liter),
morfin (0kg), candu mentah (233.97kg) dan candu masak (12,496kg). 8

Pil-pil mudah sorok seperti Eremin 5, Ectasy dan pil psikotropi cukup mudah diedarkan
dan agak sukar dikesan oleh pihak berkuasa.

Punca Gejala Sosial atau Masalah Sosial

Dalam era globalisasi dan kepesatan teknologi maklumat, nilai-nilai Barat yang negatif
dan bertentangan dengan Islam dengan senang dapat menular dan mempengaruhi umat
Islam. Ditambah pula dengan lemahnya iman dan kekurangan kekuatan jatidiri, individu
Islam dengan mudah akan terpikat dan terikut-ikut dengan godaan syaitan dan runtunan
nafsu syahwat. Sikap yang memandang remeh kepada masalah besar seperti gejala
sosial boleh mengundang padah. Budaya berhibur yang keterlaluan (entertainment
culture) dan budaya hedonisme (berseronok) yang merupakan di antara faktor kejatuhan
tamadun Greek boleh meruntuhkan tamadun Melayu Islam.
Kita mesti berasa risau dengan gejala sosial, takut-takut Allah akan menghancur
binasakan kesemua kita. Firman Allah s.w.t.:

8
Ibid.
              

Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri,
Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di
antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya;
maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya sehancur-
hancurnya. (Surah Al-Isra’: 16)

Pelan bertindak dan strategi yang rapi serta tindakan yang berterusan perlu diambil
dalam usaha untuk menangani fenomena gejala sosial di kalangan masyarakat.
Kerajaan, pihak berwajib, pemimpin, masyarakat, guru dan pensyarah, ibu bapa dan
setiap individu perlu memainkan peranan untuk menangani permasalahan ini.

Ibu bapa yang tidak memantau dan mengambil berat perkembangan sosial anak-anak
adalah di antara punca utama mengapa remaja kita mudah terjebak dalam gejala sosial. 9
Ibubapa yang terlalu mengikut kehendak anak-anak hingga dibiarkan bebas boleh
menyebabkan anak berada di luar daripada kawalan dan bertindak di luar daripada
batasan agama. Banyak gejala sosial yang berkait rapat dengan kurangnya pengawasan
dan kawalan terhadap kehendak dan perbuatan anak-anak. Selepas ibubapa berusaha
untuk kecemerlangan akademik dan sahsiah anak-anak, ibubapa perlulah berdoa dan
bertawakkal serta berserah diri kepada Allah s.w.t.. Nabi Luth pernah berdoa untuk
keluarganya. Firman Allah s.w.t.:

         
(Nabi Lut berdoa): "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-
pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu." Mmaka Kami
selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya – semuanya. (Surah Al-
Syu’ara’: 169-170)

9
Dalam masyarakat Barat, pengabaian tanggungjawab ibubapa dalam konteks pendidikan anak-anak, tidaklah dilihat sebagai punca
mutlak merebaknya gejala sosial. Kebanyakan mereka percaya kepada tiga faktor fizikal asasi yang menyebabkan berlakunya
masalah sosial seperti immigrasi, urbanisasi dan industralisasi. Lihat Earl Rubington dan Martin S. Weingberg (1971), “Social
Disorganization” dalam Earl Rubington dan Martin S. Weingberg (ed), The Study of Social Problems, New York: Oxford University
Press, hal. 48.
Persoalan sikap anak-anak kita banyak berpunca daripada didikan keagamaan dan
kerohanian yang tidak seimbang di antara tuntutan duniawi dan ukhrawi. Salah faham
terhadap konsep kebebasan di kalangan anak-anak dan ibu bapa banyak mempengaruhi
faktor kepada meruncingnya gejala sosial. Konsep kebebasan Barat perlulah digantikan
dengan konsep kebebasan Islam. Ibubapa yang sayang kepada anak-anaknya adalah
mereka yang menjaga, mendidik, mengasuh dan memberi pendidikan yang sewajarnya
kepada anak-anak. Firman Allah s.w.t.:

                

               

(Limpah kurnia yang besar) itulah yang Allah gembirakan (dengannya): hamba-
hambaNya Yang beriman dan beramal soleh. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku
tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang Aku sampaikan
itu, (yang Aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku) disebabkan pertalian
kerabat (yang menghubungkan daku dengan kamu supaya aku tidak disakiti)". Dan
sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik, Kami tambahi kebaikan baginya
(dengan menggandakan pahala) kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha
Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang
bersyukur kepadanya). (Surah Al-Syura: 23)

Ibu bapa dan anak-anak yang tidak memahami tanggungjawab masing-masing adalah
juga faktor kepada kemunculan gejala sosial. Ibubapa dan anak-anak yang terlalu
individualistik dan materialistik terlupa akan tanggungjawab dan amanah yang
ditanggung oleh mereka. Ingatlah kepada firman Allah s.w.t.:

          

            

          


Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan
saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga
kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan
merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi
perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada)
berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya
(azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang
fasik (derhaka). (Surah Al-Taubah: 24).

Pendidikan keagamaan kepada anak-anak harus ditekankan pada peringkat awalan lagi
dan dijalankan pemantauan ke atas tingkah laku dan akhlak anak-anak. Ibubapa
mempunyai peranan besar dalam membendung gejala sosial di peringkat keluarga.
Pendidikan akidah adalah di antara perkara yang mesti diutamakan sepertimana nasihat
Luqman Al-Hakim kepada anaknya. Firman Allah s.w.t.:

                

               


Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat
kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah
(dengan sesuatu yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman
yang besar". Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari
awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah
dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada
kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima
balasan). (Surah Luqman: 13-14)
Pesanan Luqman kepada anaknya berfokuskan kepada nasihat agar tidak
mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain kerana sesungguhnya perbuatan
syirik itu merupakan kezaliman yang sangat besar. Insan pula diwajibkan berbuat baik
kepada ibubapanya terutamanya kepada ibu kerana ibu telah mengandung setiap insan
dari awal mengandung hingga akhir menyusukannya.

Anak-anak mestilah diajar dan membiasakan diri bersembahyang kerana solat itu dapat
mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Sembahyang adalah tiang agama.
Orang yang tidak bersembahyang meruntuhkan agama. Pokoknya sembahyang itu akan
dapat mencegah seseorang daripada terlibat dengan gejala sosial. Jika telah
bersembahyangpun masih lagi terlibat dengan gejala sosial, maka seseorang perlu
bermuhasabah dan memperbaiki sembahyangnya. Firman Allah s.w.t. :

               

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan


hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki
kepadaMu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. dan (ingatlah) kesudahan
yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (Surah Taha: 132)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

.‫اض اربُ ْو ُه ْم َعلَْي َها َو ُه ْم أَبْنَاءُ َع ْشر‬


ْ ‫ْي َو‬ ‫اا‬ ‫مروا أَوالَ َد ُكم اِب َّ ا‬
َ ْ ‫لصالَة َو ُه ْم أَبْنَاءُ َسْب َع سن‬ ْ ْ ُُْ
Bermaksud: Serulah anak-anak kamu bersembahyang apabila mereka mencapai umur
tujuh tahun dan pukullah mereka (dengan tujuan mendidik) apabila mereka mencecah
umur sepuluh tahun. (Hadis Muslim)

Konflik, keretakan dan krisis rumahtangga boleh menyebabkan anak-anak menjadi


mangsa. Keluarga yang tidak harmoni dan tidak berpegang teguh kepada agama boleh
menjadi penyumbang kepada peningkatan kadar gejala sosial. Anak-anak yang tiada
tempat mengadu dan bergantung akan bertindak sendiri dan mencari jalan keluar
daripada sesuatu masalah dengan tidak menimbang-nimbang dengan sewajarnya.
Perselisihan faham antara anak dengan ibu bapa ataupun sesama ibu dan bapa juga
menyumbang kepada masalah gejala sosial kerana anak-anak akan lari daripada rumah
dan mencari orang yang boleh diluahkan perasaan. Kadang-kadang anak-anak akan
mencari jalan keluar yang mudah untuk menyelesaikan masalah dengan mengambil
dadah, arak dan seumpamanya.10

Perselisihan faham anak dengan ibubapa adalah antara sebab utama kenapa anak lari
daripada rumah dan kemudiannya akan timbul masalah-masalah lain yang berkaitan.
Keluarga yang selalu berlaku perselisihan faham akan mengundang masalah yang lebih
kritikal. Ibu bapa yang selalu bergaduh di hadapan anak-anak akan memberikan contoh
yang negatif kepada anak-anak.11 Penolakan yang tidak berhikmah akan teman lelaki
anak-anak adalah di antara faktor kenapa anak-anak perempuan lari daripada rumah dan
seterusnya mengambil tindakan yang melulu. Adalah elok diperbincangkan di peringkat
keluarga dari hati ke hati sekiranya anak-anak sudah mempunyai kemampuan,
persediaan dan kehendak untuk berumahtangga.

Proses globalisasi negatif telah merobah nilai dan budaya hidup umat Islam. Kebebasan
yang keterlaluan yang diberikan kepada anak-anak muda kita telah disalahgunakan.
Hiburan terlalu dipentingkan dan dibudayakan hingga hilangnya pengagungan terhadap
budaya pembelajaran (learning culture) dan budaya ilmu (knowledge culture). Anak-anak
muda sanggup mencari wang berpuluh ringgit untuk berhibur, akan tetapi berapa ramai
yang sanggup menghabiskan wang untuk tujuan pengajian dan pembelajaran?

Ada tanda-tanda kehendak masyarakat Islam kepada pendidikan Islam terutamanya


peningkatan jumlah institusi pendidikan Islam. Ini adalah satu titik peralihan yang
memberangsangkan. Alangkah baiknya seandainya ruh dan semangat daripada
tarbiyyah dan ta’dib itu menyerap dalam diri remaja kita. Kekuatan jati diri dengan nilai-
nilai murni keagamaan, keimanan dan ketakwaan boleh menjadi benteng kepada para
remaja dan masyarakat kita daripada terjebak daripada gejala-gejala yang tidak sihat.

10
Untuk penjelasan lanju, lihat David A. Ward, Timothy J. Carter dan Robin D Perrin (1994), Social Deviance: Being, Behaving and
Branding, California: Allyn and Bacon.
11
Lihat S.D. Eitzen dan M.B. Zin (2000), Social Problem, Edisi ke 8, Ney York: Pearson Education.
Konsep ihsan (“Bahawa kamu menyembah Allah seolah-olah Allah melihat kamu,
seandainya kamu tidak melihat Allah, akan tetapi Allah melihat kamu”) adalah manifestasi
daripada kekuatan jatidiri yang mampu menangkis ancaman gejala sosial.

Kerapuhan dan keruntuhan institusi kekeluargaan banyak menyumbang kepada kejadian


gejala sosial yang berlaku.

Kurangnya pengetahuan tentang ilmu keibubapaan dan psikologi serta pengabaian


tanggungjawab keibubapaan juga menyumbang kepada kemunculan gejala sosial.
Hambatan dan tumpuan kepada materialistik hingga mengabaikan perhatian, kawalan,
pemantauan dan pendidikan terhadap anak-anak kerap menyumbang kepada
meningkatnya gejala sosial di kalangan remaja. Keretakan hubungan suami isteri dan
kerenggangan ibu bapa dengan anak-anak juga turut menyumbang kepada peningkatan
jumlah remaja yang terlibat dengan gejala-gejala negatif.

Budaya Dekati Zina

Allah s.w.t. telah mengetahui tentang perbuatan-perbuatan yang boleh menjurus ke arah
berlakunya zina. Sebab itu Allah s.w.t. mengharamkan budaya dekati zina. Firman Allah
s.w.t.:

         


Bermaksud: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (Surah Al-
Isra’: 32)

Hukuman terhadap zina walaupun kelihatan berat, sebenarnya ia banyak mengandungi


unsur pencegahan dan pengajaran untuk yang terlibat dan kesemua anggota
masyarakat. Firman Allah s.w.t.:

                 

          
Bermaksud: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat
tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh
perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika
benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman
seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang
beriman. (Surah Al-Nur: 2)

Allah sebutkan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu
oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman bertujuan sebagai pencegahan dan
pengajaran yang dapat diambil manfaat untuk mengelakkan diri daripada terjebak
dengan perlakuan dosa tersebut.

Mengatasi dan Menangani Gejala Sosial: Tanggungjawab Bersama

Pembenterasan gejala sosial adalah tanggungjawab semua pihak dan bukan sahaja
kerajaan. Komitmen semua pihak diperlukan bagi mengwujudkan satu tindakan
bersepadu sesama agensi-agensi kerajaan dan masyarakat keseluruhannya. Janganlah
ada sikap memandang ringan mengenai perkara ini.

Gejala sosial ibarat penyakit, setiap penyakit ada penawarnya. Rasulullah s.a.w telah
bersabda yang bermaksud: ”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan
dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan
benda-benda yang haram.” (Riwayat Abu Daud)

Pengenalpastian Masalah Dan Penubuhan Jawatankuasa Task Force

Mengenalpasti masalah merupakan asas dalam penyelesaian masalah. Perlu diadakan


satu kajian mendalam mengenai gejala sosial, punca-punca dan implikasi yang timbul
daripadanya terhadap agama, bangsa dan negara. Satu jawatankuasa ad-hoc boleh
ditubuhkan untuk memulakan dan menggerakkan usaha murni ini. Kajian ini boleh
mengumpulkan maklumat yang sedia ada di Institusi Pengajian Tinggi Awam, Polis Diraja
Malaysia, Jabatan Agama, kementerian ataupun agensi-agensi kerajaan. Kombinasi ini
memungkinkan satu Pelan Tindakan atau blueprint yang komprehensif bagi menangani
gejala dan masalah sosial. Dengan adanya data dan statistik, pengenalpastian masalah
akan dapat menjejaki akar umbi masalah dan penyelesaian masalah dapat dilakukan
segera.

Dicadangkan agar ditubuhkan satu jawatankuasa task force daripada gabungan pelbagai
agensi, kementerian, badan berkanun, NGO dan ahli akademik untuk tindakan
pembenterasan yang lebih bersepadu dan komprehensif. Kadang-kadang tiada
keseragaman dan pengelolaan yang jitu dalam menangani isu gejala sosial.

Program Khidmat Negara dan Sukarelawan Al-Falah YADIM boleh dijadikan sebagai
wadah untuk menampilkan juga pembentukan dan kemantapan sahsiah, emosi, mental
dan fizikal agar seimbang dengan tuntutan rohani, agama dan jasmani di samping
menanam sikap dan semangat patriotisme, nasionalisme dan jatidiri.

Signifikan Pendidikan

Strategi pendidikan secara dasarnya boleh menjadi asas untuk pembentukan akhlak
generasi kita dan menyediakan suatu foundasi untuk pembentukan generasi beriman dan
bertakwa.

Perlu dinilai semula kurikulum pendidikan Islam daripada peringkat rendah ke menengah
dan tinggi dengan memasukkan elemen penyedaran mengenai masalah sosial yang
menggugat agama, bangsa dan negara. Pembinaan kekuatan emosi, psikologi,
keagamaan dan jati diri yang utuh mampu menjadi benteng daripada terjebak ke dalam
kancah gejala sosial.

Pengharmonian Persekitaran

Sejauh mana dan selama mana seseorang Muslim dapat bertahan seandainya
persekitaran itu sendiri semacam mengundang atau mempengaruhi seseorang individu
itu untuk melakukan tindakan salah laku ataupun jenayah? Persekitaran yang kondusif
dan bebas daripada ancaman gejala sosial dan maksiat perlu dibanteras selari dengan
usaha pemantapan akidah, iman dan takwa. Jika tidak, usaha kita menangani gejala
sosial ibarat orang yang menebas lalang, akan tetapi akar umbinya dibiarkan sahaja
tumbuh dalam tanah. Akibatnya, lalang yang ditebas akan tumbuh semula seminggu
kemudiannya. Maka perlulah diwujudkan persekitaran yang kondusif dan sifar-maksiat.

Ibubapa Pembentuk Sahsiah dan Peribadi Anak-anak

Ibubapa yang sebenarnya harus memainkan peranan awal dan memantau pendidikan
anak-anak. Dalam Islam, anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan suci bersih atas dasar
fitrahnya. Penentuan dan hala tuju pegangan akidah dan keberagamaan anak-anak itu
ditentukan oleh hasil pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa. Proses pendidikan pula
bermula di rumah. Ibubapalah yang paling bertanggungjawab untuk membesarkan anak
dengan tradisi keIslaman di samping kecemerlangan akademik dan spirituil.

Pengukuhan Agensi Penguatkuasaan dan Penggubalan Undang-undang

Pelaksana dan penguatkuasaan undang-undang harus diteliti dan dipermantapkan


semula. Agensi-agensi yang terlibat dengan aspek pelaksanaan, penguatkuasaan dan
pemantauan harus memainkan peranan yang proaktif dan berterusan. Tindakan
penguatkuasaan yang bermusim atau mengikut kemunculan isu tidak dapat memberi
kesan yang positif yang berpanjangan. Apa yang perlu ialah tindakan pencegahan dan
penguatkuasaan yang berterusan dan jangkaan masalah dan gejala sosial yang akan
muncul bersama plan strategik jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Untuk
itu, penambahan anggota, latihan, kepakaran dan motivasi perlulah juga dititikberatkan.
Unsur undang-undang yang bukan sahaja bersifat menghukum tetapi juga mencegah,
mendidik dan memberi pengajaran kepada yang lain haruslah dipraktikkan.

Penggubal undang-undang perlulah peka dengan kompleksiti dan isu gejala sosial yang
berkembang dengan zaman. Undang-undang perlu diperketatkan dari masa ke semasa
untuk mengelakkan sesuatu undang-undang itu dianggap tidak lagi mampu menangani
atau mencegah masalah.

Pengharaman pusat-pusat dan arked-arked permainan video adalah langkah


menggalakkan dan proaktif oleh pihak kerajaan. Adalah diharapkan pusat atau kafe siber
tidak lagi menempatkan computer yang boleh melibatkan permainan-permainan
komputer (computer games) yang berunsur ganas, kejam dan lucah. Pihak Berkuasa
Tempatan seperti Majlis Bandaran boleh memainkan peranan yang lebih proaktif dalam
soal ini.

Usaha yang lebih keras diperlukan demi untuk membasmi pelacuran. Kegiatan pelacuran
yang bertopengkan peranan GRO (Guest Relationship Officer, Pegawai Perhubungan
Pelanggan) di pusat-pusat hiburan (contohnya pusat karaoke) perlulah dibenteras
segera. Rumah-rumah tumpangan dan hotel yang membenarkan pasangan yang bukan
mahram mendudukinya perlulah dipantau dan diambil tindakan. Pusat-pusat hiburan
yang membenarkan aktiviti dan budaya dekati zina, kebenaran remaja bawah umur
memasukinya, penyediaan alkohol, dan dibuka melebihi waktu sebenar yang dibenarkan
perlulah disita. Kerjasama pihak berkuasa air dan Tenaga Nasional serta polis dan Majlis
Bandaran diperlukan untuk tujuan penyitaan. Potong sahaja bekalan air dan elektrik
sekiranya mereka masih engkar perintah selepas diberikan amaran keras. Di pusat-pusat
hiburan juga kebiasaannya kegiatan pengambilan pil narkotik berleluasa dan gejala
gengsterismeserta kongsi gelap bermaharajalela.

Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas perlu diberikan kepada langkah-


langkah pencegahan dan penyedaran. Penguatkuasaan dan pencegahan perlu diberikan
dengan serius. Pihak penguatkuasaan Majlis Bandaran dan Jabatan Agama dan lain-lain
agensi boleh diberi kuasa yang lebih. Usaha yang dijalankan dalam pembenterasan
gejala sosial perlulah berterusan, kerap dan berkeseimbangan. Serbuan ke pusat
hiburan, karaoke, pub, kelab malam dan disko serta tempat tumbuh dan berkembangnya
gejala sosial dan budaya dekati zina perlu lebih kerap dilakukan. Majlis Fatwa
Kebangsaan telahpun mengisytiharkan aktiviti perjudian melalui SMS adalah haram disisi
agama Islam kerana unsur penipuan. Maka segala aktiviti judi mengandungi unsur
penipuan, maka ia tidak patut dibenarkan.

Perlu ada tindakan tegas terhadap budaya pergaulan bebas, melepak dan membuang
masa. Pergaulan bebas tanpa kawalan akan mudah terdorong kepada budaya dekati
zina. Justeru, ibubapa boleh memainkan peranan memantau hubungan sosial anak-anak
terutamanya pada peringkat remaja. Anak-anak kita juga perlukan perubahan sikap dan
mentaliti. Janganlah terlalu terikut-ikut dengan cara pergaulan rakan-rakan yang
menyimpang daripada kehendak agama. Majlis-majlis perbandaran dan agensi yang
berkaitan boleh diberikan kuasa yang lebih untuk menangkap, menyaman dan
memberikan khidmat penasihatan, bimbingan dan kaunseling kepada mereka yang
terlibat dalam soal berpacaran atau berdua-duaan tanpa mahram.

Terdapat Enakmen Jenayah Syariah Negeri yang memberi kuasa kepada pegawai
penguatkuasa untuk memberikan surat amaran serta mengarahkan menghadiri
kaunseling di pejabat-pejabat agama bagi pasangan-pasangan yang terlibat dalam salah
laku-salah laku agama seperti duduk merangkul pasangan, duduk celah riba pasangan
atau berjalan sambil merangkul pasangan yang bukan mahram. Terdapat juga Enakmen
Jenayah Syariah Negeri (Selangor) yang memberi kuasa kepada pegawai penguatkuasa
untuk manasihati dan mengarahkan pasangan yang bukan mahram beredar seperti
kesalahan berjalan dengan tangan berada di bahu pasangan, saling suap menyuap,
berpegangan tangan sambil duduk rapat-rapat, bergurau senda sehingga berlakunya
sentuhan, duduk rapat-rapat dan berjalan berpegangan tangan. Peruntukan undang-
undang sebegini adalah baik untuk mencegah budaya berpacaran dan budaya dekati
zina dan sepatutnya diperluaskan di setiap negeri bersekali dengan penguatkuasaan
yang berterusan dan intensif. Harus diingat penguatkuasaan ini bukan tertentu pada
waktu malam sahaja bahkan waktu siang juga.

Usaha pencegahan yang berunsur pendidikan perlu disebarkan melalui berbagai


medium, media massa dan media eletronik.
Strategi Pembangunan Manusia dan Fizikal

Pemantapan akidah dan akhlak perlu diberikan perhatian serius. Di samping itu
kecemerlangan akademik anak-anak tidak diabaikan. Aktiviti rekreasi, masa senggang
dan ko-kurikulum perlu diberikan perhatian oleh para remaja dan ibubapa. Kerajaan perlu
mengwujudkan lebih banyak kemudahan sukan dan aktiviti waktu senggang untuk
masyarakat untuk mengalihkan perhatian anggota muda masyarakat kepada aktiviti
masa lapang yang bermanfaat dan berfaedah. Anak-anak perlu diajar dan selalu
diperingatkan menunaikan titah perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan laranganNya.

Kita perlu melahirkan generasi yang takutkan Allah ketika bersendirian dan ketika di
khalayak ramai. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tiga perkara yang
menyelamatkan, iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku
adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga
perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum
seseorang dengan dirinya sendiri.”

Pihak berwajib perlu melihat keseimbangan kemajuan dan pembangunan insan dalam
aspek-aspek pembangunan rohani, jasmani, emosi, fizikal, mental dan spirituil.

Pemahaman Konsep Sebaik-baik Ummah Dan al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘an al-
Munkar (Menyuruh Berbuat Kebaikan dan Mencegah Kemungkaran)

Kesedaran dan praktik ini perlu ada pada setiap individu, anggota masyarakat dan juga
pihak berkuasa. Masyarakat haruslah mempunyai sensitiviti dan kepekaan terhadap hal
ehwal yang berlaku di sekeliling mereka. Sensitiviti dan kepekaan ini dijelmakan pula
dalam diri sendiri, rumah tangga dan keluarga. Elakkan sikap mementingkan diri sendiri.
Konsep ini merupakan payung kepada tindakan, perbuatan dan perlakuan individu.
Firman Allah s.w.t.:
             

           
Bermaksud: Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan
bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik
dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula
beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan
Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik
bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka:
orang-orang yang fasik. (Surah Ali ‘Imran: 110)

Dalam ayat ini ditegaskan bahawa terdapat tiga pra kriteria utama sebagai sebaik-baik
umat iaitu menyuruh berbuat segala perkara yang baik; kedua melarang daripada segala
perkara yang salah (buruk dan keji); dan ketiga beriman kepada Allah (dengan sebenar-
benar iman).

Kesedaran dan Tanggungjawab Masyarakat

Untuk melakukan usaha pencegahan dan pembenterasan gejala sosial, peranan yang
dimainkan oleh ketua dan kelompok masyarakat adalah di antara perkara utama.
Semangat bekerjasama dan tolong menolong (esprit de corp) antara sesama ahli
komuniti patut diwujudkan dalam usaha menegakkan kebenaran dan ketakwaan serta
mencegah kemungkaran. Rasa, sikap, tindakan dan semangat bertanggung jawab
bersama harus dipupuk untuk mengwujudkan suasana sifar-maksiat (sekiranya
memungkinkan) sama ada di peringkat kampung, taman perumahan, daerah, wilayah
dan sebagainya. Usaha ini boleh digerakkan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan
dan penguatkuasaan, ibu bapa, guru, individu, masyarakat dan sebagainya. Sabda Nabi
Muhammad s.a.w.:
‫إا َّن الْم ْؤامن لاْلم ْؤام ان َكالْب ْن ي ا‬
ُ‫َصابا َعه‬
َ ‫ْي أ‬
َ َْ‫ك ب‬
َ َ‫ضا َو َشب‬
ً ‫ضهُ بَ ْع‬
ُ ‫ان يَ ُش ُّد بَ ْع‬َُ ُ َ ُ
Bermaksud:

Seseorang mukmin bagi mukmin yang lain ibarat sebuah binaan, saling sokong
menyokong di antara satu sama lain dan Rasulullah s.a.w. mengisyaratkan dengan
menyilangkan antara jari jemari baginda. (Riwayat Muslim)

Tindakan menangani gejala sosial mestilah disegerakan dengan kapasiti dan


kemampuan yang ada. Agensi-agensi kerajaan dan semua pihak boleh berpadu tenaga
bekerjasama secara cross-departmental cooperation membenteras masalah ini.
Kerajaan, agensi-agensi pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang, pihak
berwajib, guru dan pensyarah, pakar dalam bidang berkaitan dan penyelidik, ketua
masyarakat dan masyarakat serta ibu bapa, masing-masing mempunyai peranan yang
tersendiri.

Pusat Pembangunan dan Kemajuan Sosial

Masjid-masjid boleh dijadikan sebagai tempat untuk membendung gejala sosial. Khutbah
Jumaat adalah wadah yang baik untuk menyampaikan mesej pencegahan gejala sosial.
Kempen-kempen mengenai kesedaran gejala sosial boleh diketengahkan sama ada
melalui masjid, jawatankuasa taman perumahan, Jawatan Kuasa Keselamatan dan
Kemajuan Kampong (JKKK) dan seumpamanya. Imam, Bilal, Nazir, AJK masjid, AJK
JKKK, ketua kampong dan lain-lain boleh memainkan peranan proaktif untuk mengatasi
masalah gejala sosial. Perangkaan gejala sosial boleh dikumpulkan di peringkat bawah
untuk mengetahui jumlah sebenar sebelum langkah-langkah seterusnya diambil. Maka
dicadangkan agar diwujudkan pusat-pusat pembangunan dan kemajuan sosial di masjid-
masjid ataupun pada peringkat surau dan taman-taman perumahan. Aktiviti Rakan Masjid
dan Rakan Muda boleh dipusatkan di masjid dan di surau dan aktivitinya lebih difokuskan
kepada pencegahan gejala sosial.

Pertubuhan-pertubuhan belia dan Non-Govermental Organisation (NGO) boleh


memainkan peranan proaktif untuk menangani masalah gejala sosial. Perancangan yang
teliti dan pelan tindakan yang bersepadu dengan bantuan tenaga akademik dan pihak
berkuasa boleh diambil dengan berkesan kerana mereka lebih memahami masalah yang
berlaku di kalangan remaja.

Ramai daripada kalangan remaja bawah umur yang sudah terlibat dengan gejala
menghisap rokok. Langkah tidak membenarkan remaja di bawah umur 18 tahun adalah
wajar, akan tetapi sejauh manakah ianya berkesan untuk menghindarkan remaja
membeli rokok. Kebiasaannya remaja yang sudah pandai merokok akan mudah terlibat
dengan gejala penagihan dadah dan menghisap ganja, menghidu gam dan
menyalahguna ubat batuk. Justeru kempen mempergiatkan risiko merokok perlu
dipergiatkan di sekolah rendah dan menengah. Sehingga kini, terdapat hampir 300,000
jumlah penagih berdaftar dan dianggarkan jumlah penagih tegar yang tidak berdaftar
sekurang-kurangnya sebanyak satu kali ganda. Banyak kajian yang menunjukkan
bahawa gejala penagihan dadah akan menimbulkan masalah-masalah gejala sosial yang
lain seperti mencuri dan yang berkaitan dengannya.

Masalah lumba haram akan menjadi lebih terkawal dengan adanya penangkapan serta
operasi pembenterasan. Ibubapa janganlah membenarkan anak-anak menaiki motosikal
sekiranya belum berlesen. Ada kes kanak-kanak berumur 10 tahun sudah menunggang
motorsikal bapanya ke mana-mana sahaja ia suka. Ramai remaja yang keluar rumah
membawa motosikal sehingga larut malam tidak dihiraukan atau ditegur oleh ibubapa.
Apabila sudah berlaku kemalangan, barulah menyesal yang tiada berkesudahan. Maka
perkara ini perlu diberikan perhatian serius oleh para ibubapa.

Perlu diwujudkan satu jawatankuasa bebas yang dianggotai oleh berbagai pihak
termasuklah ahli akademik untuk menilai program-program televisyen dan wayang
gambar. Ada remaja kita yang menjadikan keadaan yang agak “selesa” dalam pawagam
untuk melakukan budaya dekati zina. Kita cukup bimbang dan risau dengan
pengetahuan anak-anak kita yang semakin “bertambah” dengan pemaparan adegan
percumbuan, ranjang, pergaulan bebas, kejam dan ganas, penggunaan senjata api dan
peralatan-peralatan yang membahayakan, gengsterisme, vandalisme yang ditayangkan
di televisyen dan di pawagam termasuklah dalam bentuk DVD dan VCD. Penyebaran
VCD dan DVD lucah sudah agak terkawal. Walaupun begitu, usaha pemantauan,
pengawalan dan pembenterasan perlulah dipertingkatkan. Pertumbuhan siber kafe juga
perlu dipantau segera kerana terdapat kecenderungan remaja yang menyalahgunakan
kemudahan internet dan komputer yang ditawarkan di situ.

Masjid juga boleh dijadikan sebagai tempat pemartabatan imej umat Islam. “Orang
masjid” yang kebiasaannya dihormati masyarakat dan para Ahli Jawatankuasa Masjid
boleh bekerjasama untuk mengatasi masalah gejala sosial di peringkat komuniti dan
setempat.

Pengerusi JKKK, ketua kampung, pemimpin masyarakat, pembimbing belia, imam dan
mereka yang dihormati dalam masyarakat boleh memainkan peranan untuk
membendung dan mencegah gejala sosial. Majlis penerangan, ceramah, forum, tazkirah
boleh dilakukan di peringkat taman perumahan, surau, masjid atau qaryah. Majlis
penerangan yang dimaksudkan adalah melalui penerangan mengenai tanggungjawab
ibu bapa dalam mendidik anak, kewajipan meninggalkan perkara-perkara munkar dan
sifat mazmumah, kewajipan menunaikan apa yang disuruh oleh Allah serta kesedaran
kepada golongan remaja dan belia mengenai ancaman gejala sosial.

Ibu bapa perlu memberi didikan keagamaan yang secukupnya kepada anak-anak mereka
agar menjadi pembimbing kepada para remaja dan belia daripada terjebak dengan gejala
sosial. Anak-anak juga perlu diberikan dorongan, nasihat dan semangat untuk cemerlang
dalam aspek akademik dan sahsiah agar mereka menjadi manusia yang berguna kepada
agama, bangsa dan negara. Anak-anak yang tercicir dalam pelajaran dan menganggur
atau tidak stabil kehidupannya akan mudah terjebak dalam gejala sosial.

Kempen-kempen dan Usaha Penyedaran

Perlu dipertingkatkan kempen-kempen kesedaran tentang gejala sosial, integriti,


tanggungjawab, masalah sosial dan jenayah sama ada melalui media cetak, media
elektronik atau media massa. Masjid, surau, pemimpin komuniti (dan keluarga) dan
masyarakat boleh dijadikan tempat berkesan untuk menyebarkan maklumat mengenai
kemerbahayaan dan ancaman elemen negatif di atas sama ada melalui khutbah, risalah,
ceramah, forum, perjumpaan dan seumpamanya. Seperti yang telah dijelaskan, perlu ada
tindakan susulan dengan mengadakan kajian penilaian terhadap keberkesanan usaha-
usaha itu dan mencari alternatif yang terbaik untuk dipertingkatkan dan dilipatgandakan.

Kadang-kadang kita membazirkan banyak masa, wang dan tenaga dengan aktiviti
kempen dan peningkatan kesedaran yang kurang berkesan dan tidak efisien. Sepatutnya
kita memberikan tumpuan kepada usaha-usaha yang yang telah terbukti berkesan,
berkualiti dan berjaya sahaja.

Kajian Penilaian Usaha Pembenterasan Gejala Sosial

Kita perlu menilai setiap usaha pembenterasan gejala sosial dengan lebih bersistematik
dan berkualiti. Perlu diadakan kajian penilaian (evaluation research) mengenai
keberkesanan program-program pemulihan dadah, akhlak dan wanita di pusat-pusat
pemulihan ataupun dipenjara atau sebarang langkah untuk membendung masalah gejala
sosial. Apakah kejadian jenayah berulang masih berlaku walaupun selepas seseorang
menjalani tempoh pemulihan? Apakah yang mendorong seseorang untuk melakukan
jenayah berulang? Kajian penilaian juga boleh dijalankan demi untuk memperbaiki
sesuatu program penilaian secara berterusan (continual improvement) dan mengambil
langkah-langkah pencegahan (preventive measurement) yang lebih jitu. Orang-orang
yang terlibat dengan kes-kes yang disabitkan kesalahan dalam Enakmen-Enakmen
Jenayah Syariah Negeri mestilah dihukum dengan hukuman yang sewajarnya dan
dihantar ke pusat-pusat pemulihan akhlak dan seumpamanya agar mereka dapat diinsaf
dan disedarkan.

Pusat-pusat pemulihan akhlak dan seumpamanya perlu ditubuhkan mengikut kapasiti


dan keperluan. Program pemulihan di pusat-pusat pemulihan atau yang seumpamanya
ataupun penjara mestilah memberi lebih penumpuan kepada keyakinan untuk insaf dan
bertaubat, aktiviti kerohanian dan kecemerlangan sahsiah, akhlak dan keagamaan,
aktiviti kecergasan minda, emosi dan fizikal, pendidikan moral (bagi yang bukan Islam),
kelas-kelas kemahiran IT (Information and Technology), kemahiran diri, usahawan dan
ekonomi, perladangan dan pertanian, latihan, bimbingan dan kaunseling serta
seumpamanya agar para pelatih mempunyai persediaan yang secukupnya bagi
menyesuaikan diri dengan masyarakat dan persekitaran apabila keluar daripada institusi
berkaitan.

Kesimpulan

Kekuatan jati diri dan tahan uji di kalangan umat masih berada di tahap yang rendah. Hal
ini lebih memudahkan kemasukan nilai negatif dan meracuni budaya masyarakat kita.
Aspek pendidikan keagamaan, patriotisme dan kenegaraan harus diberikan perhatian
mendalam untuk mengembalikan kekuatan jati diri dan tahanuji ini. Untuk itu, semua
pihak termasuk individu, ibu bapa, guru, pensyarah, pentadbir, ketua masyarakat,
masyarakat dan kerajaan haruslah bersama mengembeling tenaga berperanan
membasmi gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat kita. Undang-undang dan
penguatkuasaan yang efisien boleh membendung gejala sosial. Wahyu Allah telah
memperuntukkan penyelesaian kepada permasalahan ini.

Rujukan

Al-Quran Al-Karim

Amini Amir Abdullah dan Abdullah Al-Hadi Hj. Muhamed, “Strategi Menangani Gejala
Sosial Umat Islam Melalui Pendekatan Islam”, Kertas Kerja Seminar Menangani Gejala
Sosial Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada
30hb April 2002 bertempat di Auditorium Besar, Blok D8, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, Putrajaya.

Eitzen, S.D. dan Zin, M.B. (2000), Social Problem, Edisi ke 8, Ney York: Pearson
Education.

Rubington, Earl dan Weingberg, Martin S. (1971), “Social Disorganization” dalam Earl
Rubington dan Martin S. Weingberg (ed), The Study of Social Problems, New York:
Oxford University Press.

Sheikh Abdullah Basmeih (1990), Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian Al-
Quran, Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri.
Ward, David A., Carter, Timothy J. dan Perrin, Robin D. (1994), Social Deviance: Being,
Behaving and Branding, California: Allyn and Bacon.

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai