Anda di halaman 1dari 10

Koleksi Artikel Tip memilih Pasangan

KETIKA MENCARI CALON


Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi bakal anak-anak kitaJanganlah
mencari suami, tapi carilah ayah bagi bakal anak-anak kita.

KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta
kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

KETIKA AKAD NIKAH


Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan
Allah

KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN


Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda
harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda
berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

KETIKA MALAM PERTAMA


Bersyukur dan bersabarlah.Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan
sepasang malaikat.

SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA


Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalanbertabur bunga, tapi
juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
 
KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justrusemakin erat berpegang
tangan

KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.


Cintailah isteri atau suami anda 100%

KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.


Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri
atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM


Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurusdengan tingkat
ketaatan suami dan isteri.

KETIKA EKONOMI BERKEMBANG


Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingikita semasa
menderita

KETIKA ANDA ADALAH SUAMI


Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit
secarabertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu
berhasilmenyelesaikan semua pekerjaan.

KETIKA MENDIDIK ANAK


Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang
tidakpernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua
yang jujurkepada anak ….

KETIKA ANAK BERMASALAH


Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama
dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang
tuanya.

KETIKA ADA SAKIT.


Cukuplah suami/isteri sebagai penawar hati, pengubat jantung yang akan dapat
mengubah pahit menjadi manis,
debu beralih emas,
keruh menjadi bening,
sakit menjadi sembuh,
penjara menjadi telaga,
derita menjadi nikmat,
dan kemarahan menjadi rahmat.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda,


“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya,
kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama,
nescaya kamu berbahagia.” (Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua
Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis
yang lain.)
Menikah mengandung tanggung jawab yang besar. Oleh karena itu, memilih pasangan
hidup juga merupakan hal yang harus benar-benar diperhatikan. Rasulullah SAW telah
memberikan teladan dan petunjuk tentang cara memilih pasangan hidup yang tepat
dan islami. Insya Allah tips-tips berikut ini akan dapat bermanfaat.

A. Beberapa kriteria memilih calon istri


1. Beragama islam (muslimah). Ini adalah syarat yang utama dan pertama.
2. Memiliki akhlak yang baik. Wanita yang berakhlak baik insya Allah akan mampu
menjadi ibu dan istri yang baik.
3. Memiliki dasar pendidikan Islam yang baik. Wanita yang memiliki dasar
pendidikan Islam yang baik akan selalu berusaha untuk menjadi wanita sholihah
yang akan selalu dijaga oleh Allah SWT. Wanita sholihah adalah sebaik-baik
perhiasan dunia.
4. Memiliki sifat penyayang. Wanita yang penuh rasa cinta akan memiliki banyak sifat
kebaikan.
5. Sehat secara fisik. Wanita yang sehat akan mampu memikul beban rumah tangga
dan menjalankan kewajiban sebagai istri dan ibu yang baik.
6. Dianjurkan memiliki kemampuan melahirkan anak. Anak adalah generasi penerus
yang penting bagi masa depan umat. Oleh karena itulah, Rasulullah SAW
menganjurkan agar memilih wanita yang mampu melahirkan banyak anak.
7. Sebaiknya memilih calon istri yang masih gadis terutama bagi pemuda yang belum
pernah menikah. Hal ini dimaksudkan untuk memelihara keluarga yang baru
terbentuk dari permasalahan lain.
B. Beberapa kriteria memilih calon suami
1. Beragama Islam (muslim). Suami adalah pembimbing istri dan keluarga untuk
dapat selamat di dunia dan akhirat, sehingga syarat ini mutlak diharuskan.
2. Memiliki akhlak yang baik. Laki-laki yang berakhlak baik akan mampu membimbing
keluarganya ke jalan yang diridhoi Allah SWT.
3. Sholih dan taat beribadah. Seorang suami adalah teladan dalam keluarga, sehingga
tindak tanduknya akan ‘menular’ pada istri dan anak-anaknya.
4. Memiliki ilmu agama Islam yang baik. Seorang suami yang memiliki ilmu Islam
yang baik akan menyadari tanggung jawabnya pada keluarga, mengetahui cara
memperlakukan istri, mendidik anak, menegakkan kemuliaan, dan menjamin
kebutuhan-kebutuhan rumah tangga secara halal dan baik.
Sebagai catatan tambahan, dianjurkan memilih calon pasangan hidup yang jauh dari
silsilah kekerabatan. Hal ini dimaksudkan untuk menjaga keturunan dari penyakit-
penyakit menular atau cacat bawaan kekerabatannya. Selain itu juga dapat
memperluas pertalian kekeluargaan dan ukhuwah islamiyah.
Semoga kita semua dibimbing oleh Allah SWT dalam berikhtiar mendapatkan pasangan
hidup yang terbaik dan diridhoi-Nya serta dapat ikut serta menemani kita ke surga
dunia dan akhirat. Amin.

Renungan bersama - Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia
berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang
berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul
dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan
menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat.
Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti
“magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah


untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap
semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat,
beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah
dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang
terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda
akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk


bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu
sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan
pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah


dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan
bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik
pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa
bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan
hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih
sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan
hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara
berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan
hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu
menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan.
Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan
walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah,


mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang
sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan
kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri
sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru
berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan
rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada
bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain
dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang
menyebabkan orang benci kepada kita.

Panduan Memilih Jodoh


http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/1033-panduan-
memilih-jodoh.html

Penulis: Ustaz Fathi Yusuf merupakan graduan ijazah Undang-


Undang Syariah UIAM dan master Undang-Undang UKM manakala
isterinya, Ustazah Ros Izanuri Jamaluddin merupakan graduan
Bahasa Arab UIAM. Ustaz Fathi sedang melanjutkan pelajaran
dalam bidang PhD di UIAM manakala Ustazah Ros Izanuri mengajar
di SMK Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya


pasangan untuk hidup bersama, bukan sekejap.

Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun.

Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur


bersama.

Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.

Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius.


Memang serius.

Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona


dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka
anda terus mengambilnya.
Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi
belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari
jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk.

Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian


dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya
SaifulIslam.com.

Antara yang menarik tulisan berikut:

Hadis Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan


memanifestasikan keinginan berumahtangga.

Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadis ini di pelbagai sumber


maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam
mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT danJELAS.

Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini.
Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang
tidak tentu arah.

Apa Tujuan Berumahtangga?

"Begin with the end in mind", adalah slogan kita untuk menepatkan
matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.

Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.

Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia.

Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam
temubualnya bersama John C. Maxwell, "aku melihat ramai orang
yang lebih gembira hidupnya dari hidupku.

Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang


mahu menjadi aku"

Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam


menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber


bahagia.

Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak


untuk Megat?

Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak
Dara?

Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir


dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan
mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke
dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.

Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam


menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali.

Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama.

Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.

Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan?

Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan


masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar
oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.

Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan


kacak bergaya itu dimamah usia?

Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau


pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

"Maka pilihlah yang memiliki agama... nescaya sejahtera hidupmu",


pesan Nabi SAW.

Benar sekali, pilihlah yang beragama.

"Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan
ustaz!", kata seorang pelajar 'bidang bukan agama'.

Penyakit "Tidak Jelas"

Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa
paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada
masalah paling besar menguruskan fikiran tentang perkahwinan,
iaitu penyakit "tidak jelas", apabila tiba kepada soal beragama.

Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau
ustaz?

Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah


begitu?

Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan


yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPUdalam
beragama.

Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip


besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu,
ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap
pengetahuan.

Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan


agama Islam ini?

Sejauh mana gred 'A' yang digarap dalam subjek "PengeTAHUan


Agama Islam" menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam
beragama?
"Yang memiliki agama" itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu
agama. Ia adalah soal MAHU yang menjadikan pengetahuan agama
itu dihayati, dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah
untuk memperbaiki diri.
Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu
hanya pada mereka yang berlabelkan "jenama TAHU agama" tetapi
apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU dan terbukti
pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.

Dia mungkin seorang ustazah.


Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan
untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka
dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang 'teachable".

Hanya 'Beragama'?

Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu


terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan
dan rupa paras tidak punya sebarang makna.

Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama


dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak
mengetahui nilai harta.

Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.

Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang


agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan.

Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai


keluarga suami atau juga keluarga isteri.

Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.

Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia


menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan
diri. Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga
bersih, beralasankan agama.
Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau
bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan
kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu.

Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya


bersarung baju kelawar. Hambar..

Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di


dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh
jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena
dengan agama.

Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu


menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh... atas
nama berkahwin kerana beragama.

Anda mungkin juga menyukai