Dari aspek yang pertama iaitu aspek sosial, kanak-kanak tetap berhak
mendapatkan pendidikan tidak mengira latar belakang sama ada dari kelas atasan
atau kelas bawahan, ia adalah perkara wajib untuk dilaksanakan. Misalnya, murid
yang bersekolah di bawah sekolah kerajaan terdiri daripada murid pelbagai latar
belakang, tidak kira datangnya dari keluarga yang berpendapatan tinggi ataupun
kurang pendapatan, semua murid akan menerima layanan yang sama dan mengikuti
peraturan sekolah tanpa ada diskriminasi. Akta Pendidikan 1996 melalui Seksyen
29A(2) mewajibkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka mengikuti pelajaran
rendah selama enam tahun sekiranya gagal ibu bapa boleh didenda tidak melebihi
RM5,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua- duanya sekali. Selain
daripada itu juga, selaras dengan matlamat Pendidikan Untuk Semua (EFA), kanak-
kanak bukan warga Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri dan gelandangan turut
diberi peluang dan hak untuk memperoleh sekurang-kurangnya pendidikan asas
yang meliputi literasi, numerasi dan kenegaraan. Sebagai tanda menyokong Prinsip
EFA, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil langkah sewajarnya
dengan memperkenalkan Dasar Pendidikan Wajib bagi semua kanak-kanak di
Malaysia. KPM melalui Surat Pekeliling Ikhtisas mengeluarkan arahan mana-mana
kanak-kanak yang tidak memiliki dokumen dan salah seorang ibu bapa anak itu
adalah warganegara, boleh didaftarkan sebagai murid di sekolah kerajaan dan
sekolah bantuan kerajaan. Dengan syarat,ibu bapa perlu mendapatkan surat
pengesahan atau surat perakuan daripada ketua kampung bahawa kanak-kanak itu
adalah anak warga Malaysia. Oleh itu, ibu bapa harus bekerjasama dengan ibubapa
untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah agar mendapat hak untuk
mendapatkan pendidikan.
Hak pendidikan melalui aspek gender di Malaysia, lelaki dan wanita mendapat
pendidikan secara saksama. Pendidikan ini boleh dibanggakan. Kadar enrolmen
golongan perempuan atau wanita untuk semua peringkat pendidikan lebih tinggi
berbanding lelaki. Dari segi kadar literasi wanita (15 hingga 64 tahun) adalah tinggi
(96.3 peratus), namun masih rendah berbanding lelaki (97.0 peratus). Tetapi,
pendidikan berwajib di Malaysia adalah untuk kedua-dua gender. Saksama dan tiada
diskriminasi gender ataupun jantina. Pemikiran mengatakan golongan wanita hanya
berhak berkerja melakukan kerja-kerja di rumah, haruslah dibuang jauh.
Walaubagaimanapun, kita pernah membaca berita isu sosial seperti keganasan
terhadap wanita dan kanak-kanak, keganasan rumah tangga dan kehamilan remaja.
Isu penderaan sosial berlaku apabila mereka sering didorong bergantung kepada
pasangan masing-masing dan diasingkan daripada mendapat sokongan luar.
Penderaan kewangan berlaku apabila wanita dihalang mencari pekerjaan atau
menyimpan wang pendapatannya sendiri. Semua ini menyebabkan wanita
bergantung sepenuhnya kepada orang lain untuk mendapatkan keperluan asas.
Golongan wanita atau kanak-kanak perempuan perlu diberi peluang pendidikan
sama seperti golongan lelaki supaya dapat memajukan taraf hidup diri dan kelauarga
mereka. Menjadi tanggungjawab semua untuk memperkasa wanita dan kanak-kanak
perempuan bagi mendedah dan menggilap potensi mereka sebagai individu dan
penyumbang kepada pembangunan khasnya pendidikan, ekonomi, sosial, keluarga,
masyarakat dan negara. Pendidikan wajib untuk lelaki dan wanita bermula dari
zaman kanak-kanak pendidikan rendah sehinggalah pendidikan tinggi, perlulah
diteruskan agar mendapat hak pendidikan yang saksama dan berterusan.
Hak pendidikan dari aspek lokaliti pula, menunjukkan semua golongan lelaki atau
perempuan bermula kanak-kanak, remaja juga dewasa akan menerima pendidikan
dan bantuan kemudahan pendidikan, tidak mengira sama ada di bandar mahupun di
luar bandar dan pedalaman. Pensyarah Kanan, Jabatan Psikologi Pendidikan dan
Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Dr Mohd Nazri Abdul
Rahman melalui berita Metro Online(25 Jun 2018) berkata, hingga kini penyertaan
kanak-kanak dalam pendidikan di peringkat rendah adalah 98 peratus. Katanya,
cabaran utama adalah untuk memastikan dua peratus kanak-kanak yang masih tidak
ke sekolah diberi peluang pendidikan. Beliau turut mengatakan bahawa perubahan
ekosistem pendidikan mewujudkan jurang pendidikan antara kawasan luar bandar
dan bandar. Oleh itu, kurikulum yang dibangunkan sistem pendidikan hari ini perlu
berperanan dengan lebih jelas supaya ia terus relevan dalam Revolusi Perindustrian
ke-4 (RI4). Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,
aspirasi sistem pendidikan dari segi akses iatu 100% enrolmen merentas semua
peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun
2020, mewajibkan semua kanak-kanak mendapatkan pendidikan. Aspirasi dari segi
ekuiti pula, 50% pengurangan dalam jurang pencapaian(bandar-luar bandar,
sosioekonomi, gender) menjelang tahun 2020. Kerajaan menyediakan pelbagai
bantuan untuk murid yang keluarganya berpendapatan rendah di bandar, luar
bandar dan pedalaman. Murid yang berasal daripada keluarga yang mempunyai
taraf ekonomi yang rendah terutama golongan bawahan di luar bandar dan
pedalaman. Mereka akan menghadapi masalah dari segi pembiayaan, kemudahan
belajar yang kurang selesa serta kurang kelengkapan belajar seperti buku rujukan
dan sebagainya. Inisiatif kerajaan untuk menangani masalah ini,murid diberi bantuan
khas melalui pelbagai program seperti Skim Bantuan Pendidikan, Skim Pinjaman
Buku Teks dan Rancangan Makanan Tambahan untuk membantu murid atau pelajar
daripada golongan berpendapatan rendah supaya mereka terus kekal dalam sistem
pendidikan dan sentiasa sihat. Selain itu, bantuan kemudahan infrastruktur perlu
disediakan seperti menyediakan bilik darjah yang mencukupi untuk menampung
murid di sekolah, selesa dan tidak sesak agar semua murid dapat menikmati alam
persekolahan yang baik serta persekitaran yang kondusif. Aspirasi pendidikan harus
dicapai melalui penekanan dan diambil kira melalui pembangunan aspek lokaliti
tersebut.
Hak pendidikan yang sama untuk kumpulan minoriti juga penting dalam
mencapai aspirasi pendidikan Malaysia. Menurut Kamus Dewan(2007), kumpulan
minoriti merujuk kepada kumpulan kecil orang yang sama keturunan, agama, budaya
dan sebagainya yang tinggal di sebuah tempat yang majoriti penduduknya yang
berlainan keturunan dan agama, budaya dan sebagainya. Antara faktor yang sering
menyebabkan timbulnya ketaksamaan peluang pendidikan untuk kumpulan minoriti
ini ialah lokasi tempat tinggal mereka yang berada jauh di pedalaman, kesukaran
dalam perhubungan dan pengangkutan ke sekolah, kemudahan infrastruktur dan
kemudahan asas dan kelengkapan sekolah yang terhad. Isu seperti ini
menyebabkan masih ada segelintir pelajar yang tercicir dari memasuki alam
persekolahan. Jurang pencapaian murid lebih besar berbanding kumpulan majoriti
termasuk jurang digital antara guru dan murid amat meluas keran tiada capaian
internet di kawasan pedalaman. Seperti situasi yang melanda dunia kini, krisis global
akibat penularan wabak COVID-19 bukan sahaja menyebabkan pembelajaran dan
pengajaran secara konvensional tertangguh, bahkan menjadikan tugasan guru
semakin mencabar apabila mereka perlu menyesuaikan diri dengan norma
kehidupan dan kebiasaan baharu yang memerlukan proses Pengajaran dan
Pembelajaran (PDP) dilaksanakan secara dalam talian. Bagi murid yang berada di
bandar, capaian internet yang baik dapat memudahkan proses PDP dalam
talian.Tetapi, murid atau pelajar di pedalaman sememangnya menghadapi masalah
belajar secara dalam talian ini. Mereka diberi peluang berjumpa dengan guru di
sekolah mengikut SOP bagi mendapatkan ilmu secara bersemuka yang disifatkan
lebih mudah dan jelas supaya mereka tidak tercicir dalam proses pembelajaran.
Sepanjang tempoh PKP ini, guru-guru di sekolah yang tiada akses ini, guru itu
sendiri akan menghantar tugasan kepada mereka secara bersemuka. Dengan
pengambilan inisiatif seperti ini dalam situasi semasa, pihak guru dan sekolah
menunjukkan kepekaan dan keprihatinan terhadap dari kumpulan minoriti agar tidak
terpinggir dalam mendapatkan peluang pendidikan.
Che Lah, F. (2018, 25 Jun). Pendidikan untuk semua. My Metro Online. Retrived Januari 12,
2021, from https://www.hmetro.com.my/nuansa/2018/06/351664/pendidikan-untuk-
semua.
Ismail, Nurul Farah Adibah (2017) Aspirasi Pendidikan Dalam Kalangan Pelajar Sekolah
Rendah Bandar Dan Luar Bandar Utara Malaysia. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Amanat Menteri Pendidikan 2019 Dr Maszlee Malik. (Januari 14, 2019). Sarawak Voice
Online, Retrived Januari 12, 2021, from
https://sarawakvoice.com/2019/01/14/amanat-menteri-pendidkan-pendidikan-untuk-
semua-tanggungjawab-semua.