Anda di halaman 1dari 27

AMSU5403 Isu-Isu Semasa Akidah dan Pemikiran Islam

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEPTEMBER / 2017

AMSU5403
ISU-ISU SEMASA AKIDAH DAN PEMIKIRAN ISLAM
SEPTEMBER 2017

Analisa Kepercayaan Animisme yang masih diamalkan oleh masyarakat Islam di


Malaysia

NO. MATRIKULASI : CGS01281725


NO. KAD PENGENALAN : 780616-10-5143
NO. TELEFON : 019-388 2959
E-MEL : kama.sani06@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : Kuala Lumpur Learning Centre

1
AMSU5403 Isu-Isu Semasa Akidah dan Pemikiran Islam

Isi Kandungan

Bil. Kandungan Muka surat

1.0 Pengenalan 3

2.0 Definisi Animisme 5

3.0 Kepercayaan dan amalan animisme yang masih diamalkan 9


oleh masyarakat Islam

4.0 Faktor masyarakat Islam yang masih mengamalkan 17


kepercayaan Animisme.
4.1 Faktor Adat 17
4.2 Faktor Pengaruh Hindu 19
4.3 Kurang pengetahuan agama 20

5.0 Kesan amalan kepercayaan animisme terhadap akidah dan 21


pemikiran masyarakat Islam
5.1 Terjerumus kepada perkara Syirik 21
5.2 Bahaya Saka kepada waris keluarga 22
5.3 Jauh dari beriman kepada Qadak dan Qadar 23
5.4 Menyebabkan masyarakat malas berusaha, mudah berputus 23
asa serta tidak bertawakal kepada Allah.

6.0 Kesimpulan 24

7.0 Rujukan 25

1.0 Pengenalan

Peradaban Melayu telah bermula pada tahun 2,500 S.M dan 1,500 tahun selepas Masihi
apabila pelbagai perubahan dari segi kebudayaan, adat dan agama telah mengalami

2
AMSU5403 Isu-Isu Semasa Akidah dan Pemikiran Islam

transformasinya hingga ke hari ini. Arus kemodenan juga dapat dinikmati dan dikecapi
sehingga melahirkan suatu ketamadunan yang seiring dengan bangsa lain. Perubahan
tidak hanya berlaku jika ianya tidak diresapi dengan pelbagai adat dan budaya luar
sehinggakan menjadi satu budaya dan satu tradisi masyarakat Melayu. Resapan ini
termasuklah mempengaruhi sedikit sebanyak faktor agama, budaya mahupun
kepercayaan.

Sebelum agama Islam datang merubah corak kehidupan masyarakat Melayu


dengan lebih sempurna, kepercayaan animisme merupakan menjadi satu pegangan dalam
tamadun awal, bukan sahaja tamadun Melayu malahan tamadun awal manusia seluruh
dunia. Kehidupan manusia ketika itu, saling berkaitan antara alam semesta melahirkan
satu kepercayaan berkonsepkan ‘semangat’ atau pun roh yang terkandung di atas muka
bumi ini. Segala fenomena alam seperti hujan, angin, rimba, lautan semuanya perlu
dihormati dan dibina satu hubungan dengan bertujuan keselamatan dan memohon sesuatu
apa yang dihajati.

Menurut Mohd Taib Osman (1988), kepercayaan masyarakat Melayu melalui


beberapa fasa perubahan bermula dengan kepercayaan animisme, Hindu dan Islam. Oleh
itu kepercayaan masyarakat Melayu dibahagikan kepada lima bentuk kepercayaan iaitu
kepercayaan kepada Allah dan Rasul, kepercayaan kepada ayat-ayat Al-Quran,
kepercayaan kepada sihir, kepercayaan kepada kuasa luar biasa, haiwan dan benda-benda
yang dianggap keramat dan kepercayaan kepada semangat, penunggu dan kuasa luar
biasa seperti jin, syaitan dan seangkatan dengannya. Kehadiran Islam dalam alam Melayu
telah mencorakkan identiti seorang Melayu seterusnya menyentuh adat serta budaya
Melayu. Dalam Perlembagaan Malaysia juga, Islam adalah agama yang dianuti oleh
orang Melayu. Walaubagaimanapun, unsur animisma juga mempengaruhi sedikit
sebanyak adat kehidupan seorang Melayu Islam baik dari segi pertuturan dan
kepercayaannya.
Oleh itu, topik kajian ini akan membincangkan objektif seperti berikut:
a) Membincangkan definisi kepercayaan animisme.

3
AMSU5403 Isu-Isu Semasa Akidah dan Pemikiran Islam

b) Membincangkan kepercayaan amalan animisme yang masih diamalkan oleh


masyarakat Islam.
c) Membincangkan faktor masyarakat Islam yang masih mengamalkan kepercayaan
animisme.
d) Menganalisis kesan amalan kepercayaan animisme terhadap akidah dan pemikiran
masyarkat Islam.

2.0 Definisi Animisme

4
AMSU5403 Isu-Isu Semasa Akidah dan Pemikiran Islam

Menurut ahli antropologi, mereka telah bersepakat bahawa definisi animisme menurut
etimologi berasal daripada ‘animaus’ atau ‘anima’ dalam bahasa Latin yang bermaksud
jiwa, roh atau kehidupan. (Edward Burnett Tylor, 1871). Manakala menurut istilah pula
bermaksud merujuk kepada kepercayaan manusia purba atau primitif. (Graham Harvey,
2006). Ini adalah kerana, asas kepercayaan manusia primitif adalah percaya kepada roh
dan makhluk halus. Kesan daripada kepercayaan ini, manusia seharusnya menghormati
entiti tersebut agar semangat itu tidak akan mengganggu manusia, malah membantu
mereka dari semangat dan roh jahat dan juga dalam kehidupan mereka. Menurut
terminologi pula, animisme adalah kepercayaan bahawa setiap sesuatu yang wujud di
muka bumi ini seperti batu, kayu, angin dan lain-lain mempunyai jiwa atau roh. (Kamus
Dewan, 2005). Oleh itu, golongan yang mempercayai animisme ini dikenali sebagai
“animis”. (Irving Hexham, 2002).

Dalam dunia animis, manusia dianggap hampir setaraf dengan haiwan, tumbuh-
tumbuhan dan kuasa-kuasa alam semula jadi. Oleh itu, menjadi satu tanggungjawab dan
moral bagi animis untuk berinteraksi dan menghormati unsur-unsur berkenaan.
Alasannya, manusia dianggap sebagai sebahagian daripada alam semula jadi, bukannya
lebih tinggi atau berasingan daripadanya. Dalam pada itu, roh dan semangat pada objek-
objek itu mempunyai kekuatan luar biasa. Roh ini ditakuti dan dihormati. Mereka percaya
jika roh ini marah, ia boleh membahayakan dan mendatangkan musibah kepada mereka.
Sebaliknya, jika roh itu senang dan gembira, maka ia boleh membawa kepada tuah dan
keberuntungan. (Al-Sāmūk, Sa‘dūn Maḥmūd, 2002).

Menurut Ahmad Jelani Halim (2008), animisme adalah kepercayaan kepada serba
roh, iaitu semua benda bernyawa atau tidak mempunyai roh (semangat). Dinamisme pula
merupakan kepercayaan kepada wujudnya kekuatan atau di mana-mana sahaja. Akan
tetapi para sarjana sering menyamakan sahaja kedua-dua istilah itu sebagai animisme.
Roh ini tidak boleh mati atau hancur seperti jasad. Jika seseorang itu meninggal dunia,
rohnya akan meninggalkan jasad dan tinggal di tempat-tempat tertentu. Di samping
mempercayai semangat-semangat ini, animisme juga percaya tentang wujudnya makhluk
halus, iaitu makhluk yang wujud tetapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Makhluk

5
AMSU5403 Isu-Isu Semasa Akidah dan Pemikiran Islam

ini seperti orang bunian, mambang, jembalang, hantu, pontianak dan sebagainya. Ia
bersifat bebas daripada manusia tetapi mencampuri dan mempengaruhi urusan kehidupan
manusia. Menurut Abu Yazid 2002, animisme merupakan suatu bentuk kepercayaan. Ia
bermaksud mempercayai setiap benda mempunyai jiwa atau roh yang memiliki
keperibadian sendiri. Animisme berkait rapat dengan sikap manusia yang mempunyai
naluri ingin tahu tentang alam sekeliling.

Di dalam istilah bahasa Arab pula animisme disebut sebagai (‫( الروحیة‬atau (
‫)اإلحیائیة‬. (Mu’jam al-Lughah, 2008). Dr ‘Abd al-Wahhāb al-Masīrī dalam bukunya
Mawsū’at al-Yahūd menyenaraikan istilah-istilah yang merujuk kepada animisme seperti
‫(المبدأ‬kesemua bahawa berkata Beliau). ‫ )أنیمیزم‬dan) ‫الحی__وي‬, )‫(حیوی__ة الم__ادة‬, )‫ )الحیوی__ة‬istilah
tersebut merujuk kepada kepercayaan yang menganggap alam ini mempunyai pelbagai
roh yang tersimpan dalam sesuatu yang nyata atau ghaib dan mampu mempengaruhi
kehidupan manusia.

Edward B. Tylor merupakan tokoh yang dianggap kali pertama mengemukakan


pendapat bahawa asal mula kepercayaan agama adalah animisme (kefahaman tentang
jiwa atau roh) sehingga menerbitkan satu teori yang digunapakai oleh para sarjana hingga
akhir kini. Menurut Tylor dalam bukunya Primitive Culture (1874), manusia sederhana
telah menyedari adanya jiwa yang bersemayam dalam tubuh yang menyebabkan manusia
itu hidup, dan matinya manusia disebabkan oleh jiwa yang lepas. (Tedi Sutardi, 2007).
Animisme adalah kepercayaan manusia tentang jiwa yang meliputi hal-hal berikut:

a. Di dunia ini tidak akan ada benda yang tidak berjiwa, semuanya hidup kerana ada
jiwa (roh).
b. Hal yang terpenting adalah jiwa dan bukan benda kerana tanpa jiwa, semua benda
akan mati.
c. Makhluk yang tidak berwujud, seperti jin, hantu, dan sebagainya itu ada dan
terdapat dimana-mana.
d. Matahari, bulan, dan bintang-bintang bergerak dan berchaya kerana ada jiwa.

6
AMSU5403 Isu-Isu Semasa Akidah dan Pemikiran Islam

Menurut Tylor, roh-roh halus ada di mana-mana, bahkan dapat memasuki tubuh
manusia yang lemah. Oleh kerana kemampuan manusia yang terbatas serta rasa rendah
diri dan takut, maka manusia menghormati dan meminta perlindungan dari roh-roh halus
tersebut. Hubungan antara manusia dan roh halus ini dilakukan dengan tatacara
keagamaan, seperti pemberian jamuan, pembacaan mentera dan doa-doa, membakar
kemenyan, melakukan tarian, dan nyanyian suci dan sebagainya.

Menurut pendapat Ibnu Khaldun, kehidupan manusia sering dipengaruhi oleh


keadaan persekitarannya seperti udara, iklim dan sebagainya. Mereka mewujudkan satu
kepercayaan yang kebanyakannya dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Dengan ini ia
telah melahirkan hubungan yang kuat antara manusia dengan alam sekitarnya.
Kepercayaan tentang adanya roh dan semangat pada setiap benda di sekeliling mereka
telah diwujudkan. Mereka yang menganut mempercayai bahawa roh semua makhluk
sesudah mati akan terus hidup. Roh ini akan hidup pada tempat-tempat yang jarang
dikunjungi oleh manusia oleh manusia misalnya hutan, gunung, pokok besar dan
sebagainya. Roh-roh ini pula boleh dibahagikan kepada dua jenis. Sebahagiannya
menjadi roh baik manakala sebahagian lagi menjadi roh jahat. (Abdul Aziz, 2008).

Roh baik atau ‘good magic’ berasal dari roh orang yang sudah mati yang semasa
hayatnya adalah orang yang selalu berbuat kebaikan. Roh sebegini yang seringkali dipuja
untuk mendapatkan sesuatu benda. Mereka percaya sekiranya berlaku jenayah atau
kejahatan di sesuatu tempat, roh baik akan berasa marah dan memberi hukuman berupa
bencana alam pada sesiapa yang terbabit. Oleh itu mereka sangat takut melakukan
kejahatan disebabkan hukumannya yang berat.

Roh Jahat atau ‘black magic’ berasal dari roh orang yang sudah mati yang semasa
hidupnya adalah orang yang selalu berbuat kejahatan. Mereka sangat menakuti roh
sebegini. Mereka akan mengadakan upacara-upacara tertentu agar roh ini tidak
mengganggu kehidupan mereka.

Kepercayaan sebegini akan membawa kepada amalan beragama seperti pemujaan dan
perhambaan diri kepada benda yang dipuja. Menurut R. O. Windstedt, penduduk di

7
AMSU5403 Isu-Isu Semasa Akidah dan Pemikiran Islam

Nusantara juga kuat dalam mempercayai semangat. Semangat-semangat ini dipercayai


wujud pada benda-benda tertentu di sekeliling mereka seperti anggota badan, nama
seseorang, tumbuhan dan sebagainya. Seperti kebiasaannya untuk mengelak daripada
semangat itu menjadi marah, mereka akan mengadakan upacara-upacara tertentu. (Abdul
Aziz, 2008).

Menurut ahli-ahli antropologi, animisme mempunyai bahagian-bahagian yang


tertentu di dalam melahirkan konsep atau sistem kepercayaannya yang tersendiri.
Bahagian-bahagian animisme terbahagi kepada Ancestor Worship, Spiritualisme,
Shamanism, Nature Worship, Dinamisme dan Totemism.

Ancestor Worship merupkan satu penyembahan roh orang mati, sama ada roh nenek
moyang atau orang lain. Roh orang mati dianggap masih hidup dan mampu
mendatangkan kebaikan atau keburukan kepada orang yang masih hidup. Spiritualisme/
Spiritisme pula bermaksud aktiviti interaksi antara roh orang mati dan orang hidup.
Shamanism pula diertikan sebagai suatu aktiviti penghubung dan pengendalinya
merupakan orang-orang yang pakar tentang alam roh. Jika keadaan sekarang ia juga
digelar sebagai dukun, bomoh dan pawang. (Christina Pratt, 2007).

Nature Worship pula adalah suatu amalan penyembahan objek di alam semesta
seperti api, matahari, bintang, pepohon, dan sebagainya. Ia juga meliputi penyembahan
fenomena alam seperti guruh, kilat atau ribut. Peringkat ini adalah batu asas kepada
penyembahan banyak tuhan atau disebut politeisme. Politeisme adalah kepercayaan
kepada lebih daripada satu tuhan. Jiwa alam tersebut dipersonifikasikan dan dianggap
sebagai makhluk berkeperibadian yang mempunyai kehendak dan fikiran. Makhluk
supernatural atau roh di sebalik gerak alam tersebut digelar sebagai dewa dewi alam.
(Dra. Noorkasiani, 2009).

Dinamisme, PraAnimisme, Fetishisme Atau Animatisme merupakan aktiviti


penyembahan benda dan objek tertentu yang dianggap istimewa dan suci. Apabila objek
itu dipakai atau disimpan ia boleh mendatangkan keuntungan, tuah atau terhindar

8
AMSU5403 Isu-Isu Semasa Akidah dan Pemikiran Islam

daripada bahaya dan malapetaka. (Mariasusai Dhavamony, 1999). Manakala Animal


Worship merupakan penyembahan binatang tertentu. Binatang ini diberi penghormatan
kerana kesucian, kebolehan mendatangkan keselamatan, kebaikan dan manfaat kepada
mereka. Akhir sekali, Totemism adalah merupakan kepercayaan suku kaum yang memuja
binatang tertentu kerana menganggapnya sebagai lambang suku atau dianggap
mempunyai hubungan pertalian darah dengan mereka. (Bron Taylor, 2008).

3.0 Kepercayaan dan amalan animisme yang masih diamalkan oleh masyarakat
Islam

Kita sedia maklum, awal kepercayaan masyarakat Melayu adalah fahaman animisma
iaitu mengambil tempat sistem kepercayaan sebelum Hindu. Fahaman ini berbentuk
kepercayaan kepada semangat, pemujaan roh nenek moyang dan mahluk alam gaib.
Animisma ini adalah satu kepercayaan yang amat komplek dan subjektif. Kepercayaan
ini dapat mengatur tingkahlaku manusia terhadap alam sekeliling, kerana mereka percaya
bahawa setiap fenomena alam mengandungi satu kekuatan ghaib atau berpenunggu. Pada
fasa ini, budaya fikir dan teras kosmologi masyarakat Melayu ketika ini lebih cenderung
mengekalkan keseimbangan antara kehendak atau syarat semanagt dan dewa dewi
dengan keperluan individu dan masyarakat. (Afifah Abu Yazid, 2002). Pengaruh
kepercayaan animisma ini juga mempengaruhi perubatan tradisional yang berteraskan
kepercayaan animisma. Perlaksanaannya dilakukan dengan memuji dan memuja roh
dengan jampi serapah serta mentera untuk mengubati penyakit yang dihinggapi oleh
manusia. (Asal Usul Orang Melayu, 2013). Akhirnya kepercayaan ini amat tebal dan
beransur-ansur hilang setelah kedatangan Islam.

Kepercayaan animisme yang telah telah diamalkan oleh masyarakat Melayu pada
awalnya telah melahirkan konsep pantang larang, adat istiadat, undang-undang,
kebudayaan dan sebagainya. Bagi memuja semangat ini lahirlah tarian, nyanyian, drama,
muzik, unsur mainan, mentera, adat menanam, adat kematian dan sebagainya yang ada
hubungan dengan kepercayaan itu. Perkaitan ini melahirkan suatu hiburan dan permainan
yang pada asalnya merupakan upacara yang berkaitan dengan kuasa ghaib. Contoh yang

9
AMSU5403 Isu-Isu Semasa Akidah dan Pemikiran Islam

masih diamalkan adalah Main Puteri di negeri Kelantan, Main Dewa, memutus ubat dan
sebagainya. (Muhammad Syed, 1990).

Apabila berkaitan dengan unsur mainan dan tarian tadi, beberapa upacara jampi
serapah perlu di amalkan sebagai syarat permulaan. Ia bertujuan untuk melindungi
permainan daripada segala bencana dan menghalau jin dan hantu daripada menggangu
persembahan. Persembahan ini perlu diikuti segala pantang larang kerana setiap
persembahan mempunyai perkaitan dengan makhluk halus. (Mahdini, 2003).

Apabila kepercayaan tersebut telah diterima oleh pemikiran manusia, maka


mereka perlu mempunyai seorang individu atau golongan yang akan memainkan peranan
hubungkaitnya dengan pelbagai upacara pemujaan. Golongan seperti nenek kebayan,
dukun, tabib dan pawing adalah bertanggungjawab bgai memastikan diri seseorang itu
dipulihkan dari disampuk oleh makhluk halus.

Animisma juga mempercayai setiap orang yang telah meninggal dunia juga boleh
memainkan peranan dalam memberikan perlindungan atau pun memberikan sesuatu
pertolongan. Perkara ini dikira apabila hayat seseorang itu memiliki sesuatu
keistimewaan atau pun kuasa yang hebat. Berdasarkan perkara tersebut, lahirlah
masyarakat yang memuja roh si mati untuk hadir memberi pertolongan apabila
diperlukan. Kepercayaan orang Melayu yang telah disenaraikan oleh Hasbullah (2010),
terdapat enam benda atau tempat yang dijadikan keramat atau upacara memuja.
Antaranya adalah Objek alam seperti batu, puncak gunung, pulau dan tanjung, binatang
seperti harimau, dan buaya putih, kubur ahli sihir atau pawang, kubur orang yang
membuka pemukiman baru, pemakaman ulama Islam dan akhir sekali ulama yang masih
hidup.

10
AMSU5403 Isu-Isu Semasa Akidah dan Pemikiran Islam

Gambar 1: Bomoh sedang merawat pesakit.

Masyarakat Melayu juga percaya akan wujudnya orang bunian yang dianggap
sebagai masyarakat yang sama seperti manusia tetap tetapi hidup dalam dimensi lain.
Orang bunian dikatakan turut mempunyai kuasa-kuasa tertentu dan hanya orang-orang
tertentu sahaja yang dapat berhubung dengan masyarakat orang bunian. Masyarakat
Melayu juga percaya kepada pawang atau bomoh yang selalunya menggunakan mantera
atau jampi serapah. Kepercayaan ini biasanya diamalkan di kawasan-kawasan kampung
dan pedalaman. (Kepelbagaian Sosio Budaya). Ia lebih kepada mengharapkan kepada
memohon rezeki yang banyak dari hasil tanaman padi dan juga keselamatan di laut.

Bagi masyarakat di Sarawak, kepercayaan animisme juga tidak jauh beza di


kalangan masyarakat Melayu. Orang Melanau mempercayai setiap penyakit seperti sakit
perut, kejang, sakit kepada dan demam, bengkak kaki dan lenguh sendi adalah
disebabkan oleh jenis-jenis hantu seperti hantu langit, hantu gurun dan sebagainya.
Manakala masyarakat di Sabah, orang Ilanun pula mempercayai penyakit disebabkan
oleh ancaman syaitan dan boleh memiliki pelbagai ilmu seperti kebal dan ghaib. Oleh itu
ia berkaitan dengan jimbaran (orang belaan) dan perlu menjalankan pemujaan dan
menjamu hantu. Individu yang menjadi perantaraan antara manusia dan makhluk halus
dikenali sebagai bomoh “Babalion”. (Weblog Cikgu Jumali).

Masyarakat Melayu Islam memang tidak dapat dilarikan dari tertumpu kepada
amalan pantang larang. Ia diwarisi dan diperturunkan dari satu generasi kepada generasi

11
AMSU5403 Isu-Isu Semasa Akidah dan Pemikiran Islam

yang lain. Pantang larang bertujuan bagi menjaga keselamatan, tingkah laku, kebaikan,
kesihatan, nilai-nilai murni dan kesinambungan tradisi. Perkataan pantang bererti tegahan
daripada melakukan sesuatu perkara kerana dipercayai akan membawa kesan buruk.
Antara pantang larang yang masih diamalkan adalah seperti pantang larang semasa hamil.
Sehingga sekarang, pantang larang semasa hamil masih lagi diamalkan dalam kalangan
masyarakat Melayu. Antaranya, wanita yang mengandung tidak boleh membunuh atau
memukul segala jenis binatang. Ini kerana, jika dibunuh dikhuatiri anak di dalam
kandungan akan mengikut tabiat binatang tersebut. Larangan terebut bukan khusus untuk
wanita sahaja, malah larangan itu juga kepada bapa bayi tersebut. (Ahmad Redzuan,
2011).

Menurut Ahmad Redzuan lagi, ibu yang sedang mengandung juga dilarang keluar
bersiar-siar paa waktu senja di luar rumah kerana ditakuti akan mengeluarkan darah yang
terlalu banyak semasa bersalin. Ibu mengandung juga dilarang sama sekali untuk makan
sotong. Ini kerana dikuatiri hantu akan mencekik ataupun menjerut bayi yang berada di
dalam kandungan ibu tersebut. Masyarakat Islam masa kini masih lagi mengamalkan
sihir. Orang Melayu yang sememangnya arif dalam penggunaan ilmu sihir. Skeat Walter
Willian (1984:xii) ada mengatakan bahawa:

The Malay race, while far removed from savage condition has not as yet reached a very
high stage of civilisation, and still retain relatively large remnants of this primitive order
of ideas.

Amran Kasimin, 1997, telah menyatakan amalan sihir kebanyakannya dilakukan


untuk menyakiti seseorang yang tidak disukai melalui santau akibat dengki atau dendam
sehingga menyebabkan kehidupan orang yang didendami menjadi tidak tenteram.
Definisi sihir secara umum merujuk kepada amalan jahat manusia yang dibantu atau
disokong oleh jin-jin, yang terdiri daripada iblis dan syaitan, yang dilakukan secara
tersembunyi dan rahsia, tidak mudah diketahui umum, yang boleh melahirkan antijah
diluar kebiasaan atau menarik adat yang boleh berlaku berulang kali.

12
AMSU5403 Isu-Isu Semasa Akidah dan Pemikiran Islam

Masyarakat Islam masa kini masih lagi memilih perubatan secara tradisional
apabila ditimpa sesuatu penyakit yang tidak dapat di pulihkan secara rawatan moden. Di
dalam warisan perubatan tradisional misalnya, penggunaan jampi dan mentera yang
memuji serta memuja semagat ‘roh’ bagi mengubati sesuatu penyakit merupakan salah
satu bentuk kepercayaan animisma. Pujian serta pujaan ini juga turut disertakan dengan
pelbagai bentuk tarian seperti tarian main puteri yang berasal dari negeri Kelantan, tarian
ulek mayang dari Terengganu dan juga tarian kuda kepang/lumping yang berasal dari
tanah Jawa yang kemudiannya juga diamalkan di Johor.

Gambar 2: Tarian kuda kepang

Tarian permainan puteri (juga dikenali sebagai main puteri) adalah salah satu
bentuk upacara perubatan diketuai oleh bomoh atau pawang serta didalangi dengan
bacaan mentara dan jampi bagi membangkitkan semangat pesakit. Penyakit mental
seperti gila terkena hantu, gila disebabkan buatan orang mahupun otak miring lazimnya
diubati melalui main puteri. Keadaan pesakit seperit hilang semangat, tekanan jiwa dan
kurang siuman adalah tanda-tanda awal. Dengan kata lain, main puteri adalah alternatif
psikoterapi tradisional bagi merawat penyakit berkaitan dengan mental.

13
AMSU5403 Isu-Isu Semasa Akidah dan Pemikiran Islam

Gambar 3: Amalan Main Puteri

Main puteri tidak kurang bezanya dengan ulek mayang, satu tarian upacara
perubatan psikoterapi yang berasal dan popular di negeri Terengganu satu masa dahulu.
Tarian ulek mayang dimainkan terutamanya oleh masyarakat nelayan bagi
membangkitkan semangat laut (spirits of the sea), bertujuan menyembuh penyakit mental
sama seperti tarian main puteri. Bomoh dan juga penari ulek mayang menyantun lagu
ulek mayang, memuja sang semangat laut, tujuh puteri untuk mengembalikan ‘roh’ dan
semangat pesakit. Sehingga kini, tarian main puteri atau ulek mayang masih lagi
dimainkan walaupun tujuannya adalah untuk persembahan semata-mata. (Zulkifli Salleh.
2015).

Gambar 4: Tarian Ulek Mayang

Dalam persoalan jodoh, masyarakat Islam masa kini masih lagi berpegang dengan
istilah lambat mendapat jodoh. Ini adalah kerana masyarakat beranggapan seseorang itu

14
AMSU5403 Isu-Isu Semasa Akidah dan Pemikiran Islam

tiada seri atau ada penyebab lain jodoh tidak jumpa. Oleh itu pelbagai cara telah
dilakukan bagi menyelesaikan permasalahan ini. Antaranya dengan mandi bunga. Mandi
bunga bukanlah cara mandi biasa dan ia akan melibatkan pelbagai bahan sampingan.
Bahan yang sering digunakan untuk upacara mandi bunga ialah daun, bunga dan limau
dengan bilangan serta sidat tertentu mengikut arahan bomoh. Ditambah pula dengan
jampi serapah yang dibacakan. Gabungan bahan-bahan tadi yang telah dijampi diyakini
dapat membentuk suatu tenaga atau semangat baru yang boleh menyingkirkan tenaga
atau semangat jahat tertentu.

Upacara ini turut dianggap satu usaha untuk membuang makhluk halus jahat yang
membawa sial di dalam badan pesakit. Ia kemudian digantikan dengan makhluk halus
yang baik di mana ia dapat membawa manfaat Justeru, bagi pengamal mandi bunga ini,
mereka meyakini ritual tersebut bukan sekadar mampu membuang sial, tetapi juga dapat
menarik tuah serta keuntungan. Limau menurut kepercayaan Hindu dapat mengusir
makhluk halus seperti jin dan syaitan. Aroma yang wangi turut diyakini dapat mengusir
pengaruh kejahatan dan menarik pengaruh kebaikan pada diri seseorang. Ketika upacara
mandi bunga dijalankan, segala kesialan diyakini dikeluarkan lalu memasuki sisa-sisa
mandian berupa daun, limau dan buunga. Oleh itu individu yang menjalani upacara ini
dilarang membersihkan sendiri sisa-sia mandian tersebut untuk mengelak kesialan
hinggap semula. (Rosmawati Ahmad, 2013).

15
AMSU5403 Isu-Isu Semasa Akidah dan Pemikiran Islam

Gambar 5: Upacara mandi bunga

Khairul Ghazali, 2015 telah menyenaraikan, masih lagi masyarakat Islam di


negara ini yang mengamalkan animisma dalam kehidupan mereka seperti ada lagi
segelintir yang mempercayai tangkal dan azimat. Ini adalah kerana mereka percaya
tangkal dan azimat ini mampu mendatangkan kesan kepada pemakai. Selain itu juga ada
lagi segelintir masyarakat yang mempercayai tempat-tempat yang dianggap keramat dan
dapat menyempurnakan segala hajat mereka. Akhir sekali ada juga segelintir masyarakat
yang mempercayai suara binatang yang menandakan sesuatu peristiwa yang buruk akan
berlaku.

16
AMSU5403 Isu-Isu Semasa Akidah dan Pemikiran Islam

4.0 Faktor masyarakat Islam yang masih mengamalkan kepercayaan Animisme.

Bagi masyarakat Islam khususnya dinegara ini, kepercayaan sebegini wujud secara turun-
temurun. Walaupun Islam telah berkembang dengan pesatnya di tanah air tetapi masih
terdapat sebilangan kecil yang enggan membuang fahaman sebegini. Daripada rujukan
yang boleh dipercayai didapati kepercayaan ini disebabkan oleh beberapa faktor
antaranya:

4.1 Faktor Adat

Dari sudut etimologi, perkataan adat berasal daripada bahasa Arab Ial-’adah. Ia
bermaksud perbuatan yang dilakukan secara berulang-ulang sehingga menjadi kebiasaan
yang tetap dan diamalkan oleh orang ramai.

Menurut Ahmad Zaki Engku Alwi 2007, dalam konteks masyarakat Melayu di
Malaysia, kebiasaan yang diamalkan oleh orang Melayu akhirnya berkembang menjadi
adat. Di samping kebiasaan, proses mencipta adat dalam masyarakat Melayu berkaitan
pula dengan tanggapan dan pemikiran orang Melayu. Daripada tanggapan dan pemikiran
itu, lahir adat yang dikaitkan pula dengan kepercayaan si sebalik peraturan adat itu.
Peraturan adat ini menggambarkan ajaran dan amalan yang ditanggapi oleh angota-
angota masyarakat sederhana berkenaan manusia dan dunia.

Dalam masyarakat Melayu, adat mempunyai pelbagai makna. Lazimnya, pengkaji


mentafrifkan adat kepada empat aspek iaitu:

1. Adat yang sebenar-benarnya adalah hukum tabii yang dicipta oleh Allah seperti
adat ayam berkokok, adat api membakar, adat air membasah dan sebagainya
2. Adat yang diadatkan pula lebih dikenali sebagai hukum adat. Ia adalah peraturan
hidup yang diwujudkan oleh nenek moyang dahulu bagi memastikan wujudnya
keharmonian dalam konteks hidup bermasyarakat. Disamping menghapuskan
konflik antara ahli-ahli masyarakat yang berbeza status, tujuan hukum adat juga

17
AMSU5403 Isu-Isu Semasa Akidah dan Pemikiran Islam

adalah membentuk perilaku atau pun peradaban yang sama, Jelasnya, hukum adat
adalah pemangkin norma dan nilai masyarakat.
3. Adat istiadat adalah ritual-ritual atau upacara yang sering dilakukan bagi
mengiringi majlis yang dianggap rasmi. Kehidupan orang Melayu penuh dengan
adat isitadat. Setiap lingkaran hidup mereka diwarnai oleh adat istiadat.
Contohnya adat istiadat menjejak kaki di tanah, potong jambul, berkhatan,
berkahwin dan sebagainya.
4. Adat yang teradat adalah peraturan-peraturan yang diputuskan oleh pemimpi-
pemimpin di dalam sesebuah negeri. Ia dilakukan melalui mesyuarat dan
muafakat bagi melaksanakan hukum adat yang dibuat oleh nenek moyang.
Contohnya, larangan bergaul bebas antara lelaki dan perempuan sebelum
berkahwin.

Daripada empat kategori itu, terdapat sejenis adat iaitu adat istiadat yang
kebanyakannya diamalkan dalam masyarakat Islam di Malaysia yang dapat menjejaskan
akidah mereka iaitu:
 Adat tolak bala semasa mendidikan rumah.
 Adat memuja (main atau bersemah) pantai ataupun kuala.
 Berubat orang sakit dengan cara memuja hantu dan membuang ancak.
 Percaya kepada semangat-semangat seperti semangat padi.
 Mempercayai berkat nasi kunyit.
 Mempercayai penunggu atau hantu dan meminta tolong kepadanya.
 Adat melenggang perut dan beberapa acara dalam adat mencukur kepada bayi.
 Memukul gendang dan sebagainya pada masa gerhana berlaku.
 Mempercayai sial biawak ataupun burung hantu apabila rumah diamsukinya.
 Menjadikan kubur-kubur orang yang dianggap keramat atau wali sebagai tempat
memohon hajat ataupun membayar niat.

18
AMSU5403 Isu-Isu Semasa Akidah dan Pemikiran Islam

Gambar 6: Adat tolak bala semasa mendirikan rumah.

4.2 Faktor Pengaruh Hindu

Pengaruh Hindu yang datang terkemudian menyebabkan kepercayaan sebegini semakin


menjadi-jadi terhadap perkara yang berunsur tahyul dan khurafat seperti percaya kepada
kuasa-kuasa dewa. Melalui kepercayaan ini juga wujudlah pertapaan dikawasan-kawasan
tertentu di mana ia dikatakan berfungsi sebagai penghubung antaranya dengan dewa-
dewa. Selain itu pengaruh Hindu juga turut menyebabkan wujudnya upacara-upacara
seperti melenggang perut, berjambul dan sebagainya.

Sebagai contoh, adat berinai masih lagi menjadi amalan masyarakat Islam di
Malaysia. Adat ini merupakan adat yang berasal dari tamadun Hindu. Ia dilaksanakan 3
peringkat iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar. Apabila menjelang
perkahwinan, pengantin perempuan akan dipakaikan inai pada kesemua jari tangan dan
kaki termasuklah tapak tangan. Manakala pengantin lelaki pula hanya memakai inai pada
jari kelingking, jari manis dan jari hantu pada sebelah tangan sahaja. Corak lukisan inai
sudah semestinya dipengaruhi tema dari hindu.

19
AMSU5403 Isu-Isu Semasa Akidah dan Pemikiran Islam

Gambar 7: Adat berinai

4.3 Kurang pengetahuan agama

Kurang pengetahuan tentang ilmu agama merupakan penyebab utama mengapa amalan
mistik masih diamalkan. Dalam agama Islam, amalan mistik sangat ditegah kerana
bertentangan dengan akidah. Kekurangan ilmu agama menyebabkan seseorang itu mudah
terpengaruh untuk mempelajari dan mengamal ilmu mistik yang secara terang ditegah
oleh agama dan amalan nenek moyang yang lari dari landasan syariah. Terdapat
segelintir individu mengamalkan ilmu mistik untuk kepentingan peribadi. Amalan
tersebut selalunya digunakan untuk kepentingan duniawi walaupun individu tersebut
terpaksa melakukan perkara yang menggadaikan akidah. (Noor Azrina Tuah, 2013). Iman
mereka akan mudah dipesongkan dengan hasutan syaitan.

Selain itu, menurut Jahid Sidek, 2004, wujudnya langkah-langkah yang dibuat
oleh sesetengah pawang dalam mencorakkan dan mewarnakan kaedah perbomohan
mereka agar kelihatan Islam pada zahirnya. Misalnya doa-doa atau ayat al-Quran
dicampurkan dengan jampi atau serapah. Dua kalimah syahadah dan nama Allah
digunakan bagi menggantikan betara guru dan sebagainya. Kadang-kadang pantang
larangnya jua disesuaikan dengan kehendak hukum Islam. Misalnya, hendaklah selalu
bersedekah, tidak boleh minum arak dan dilarang berzina. Ucapan-ucapan pawang itu
sendiri pun lazimnya disesuaikan degan kehendak atau konsep akidah Islam. Misalnya,
dikatakan bahawa usaha pengubatannya itu adalah semata-mata ikhtiar dan berkuasa
menyembuhkan penyakit itu hanyalah Allah S.W.T.

20
AMSU5403 Isu-Isu Semasa Akidah dan Pemikiran Islam

5.0 Kesan amalan kepercayaan animisme terhadap akidah dan pemikiran


masyarakat Islam

Menurut Abdullah Yassin 2012, seseorang yang terpesong akidahnya, keadaannya seperti
orang buta. Dia tidak tahu tujuan dia dijadikan Dia tidak mengetahui hikmah atau rahsia
di sebalik kewujudannya di bumi ini. Allah S.W.T menyamakan mereka ini seperti
binatang.
“Dan orang yang kafir itu bersenang-senang (di dunia) dan mereka makan seperti
makannya binatang-binatang. Dan neraka adalah tempat tinggal mereka”.
Surah Muhammad:12)

Lantaran daripada akidah yang tergelincir, maka ia akan memberi kesan kepada
kerosakan segala amalannya. Segala kemaksiatan dan kemungkaran akan terbongkar.
Ketika itu Allah S.W.T akan menurunkan seksaan-Nya.

5.1 Terjerumus kepada perkara Syirik

Syirik merupakan suatu perbuatan atau sebutan yang meyakini ada sesuatu kuasa yang
wujud selain dari kekuasaan Allah S.W.T. Syirik merupakan perkara yang terkutuk dan
keji yang paling dibenci oleh Allah S.W.T. Perbuatan syirik ini akan menimbulkan
kemurkaan Allah seterusnya ditempatkan kekal di dalam neraka. Menurut Muhammad
Abd Rahman 1994, perbuatan syirik ini akan mengakibatkan kehinaan yang paling tinggi
kepada manusia, akan menyuburkan lagi perkara khurafat, merupakan satu perkara
kezaliman yang amat besar, menimbulkan rasa takut selain dari Allah, menyebabkan
keburukan dalam kehidupan manusia dan mengakibatkan seseorang masuk neraka.
Firman Allah S.W.T

‫_ال ٱ ۡل َم ِس_ي ُح ٰيَبَنِ ٓي إِ ۡس_ ٰ َٓر ِءي َل‬ َ َ‫_ريَ ۖ َم َوق‬ ۡ ‫ين قَ_الُ ٓو ْا إِ َّن ٱهَّلل َ هُ_ َو ٱ ۡل َم ِس_ي ُح ٱ ۡب ُن َم‬ َ ‫لَقَ ۡد َكفَ_ َر ٱلَّ ِذ‬
‫وا ٱهَّلل َ َربِّي َو َربَّ ُكمۡۖ إِنَّهُۥ َمن ي ُۡش ِر ۡك بِٱهَّلل ِ فَقَ ۡد َح َّر َم ٱهَّلل ُ َعلَ ۡي ِه ٱ ۡل َجنَّةَ َو َم ۡأ َو ٰى_ هُ ٱلنَّا ۖ ُر‬ ْ ‫ٱ ۡعبُ ُد‬
َ ۡ َّ ٰ
٧٢ ‫ار‬ ٖ ‫نص‬
َ ‫أ‬ ‫ن‬ ‫م‬
ِ ‫ين‬
َ ‫م‬
ِ ِ ‫ل‬ ‫لظ‬ ِ‫َو َما ل‬

21
AMSU5403 Isu-Isu Semasa Akidah dan Pemikiran Islam

Maksudnya : Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata:


Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Mariam. Padahal Al-Masih sendiri berkata:
Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa
yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah
haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka dan tiadalah seorang
penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim.

5.2 Bahaya Saka kepada waris keluarga

Amalan animisme sering dihubungkaitkan dengan memanggil atau memuja makhluk-


makhluk halus yang terdiri dari kalangan jin dan syaitan. Akhirnya makhluk ini akan
berdamping dengan tuannya dan seterusnya akan terus diwarisi melalui penurunan dari
satu generasi kepada generasi yang lain. Cara penurunan makhluk saka ini pelbagai cara.
Ada yang yang boleh diturunkan secara terang dengan menyatakan waris yang layak
menerima saka tersebut. Satu lagi boleh diturunkan secara tidak langsung dengan
penerimaan barang-barang tertentu seperti keris, lembing, parang dan sebagainya. Kesan
buruk ini dapat dilihat dengan makhluk saka ini boleh menyakiti pewarisnya dengan
berbagai masalah dengan menyesatkan iman, memporak perandakan rumahtangga,
bertindak dengan cara tidak waras dan hinggakan menyukarkan kematian apabila
pewarisnya nazak. Ada juga pendapat yang menyatakan jika makhluk saka tersebut tidak
dapat diwariskan akan menyebabkan pemilik saka akan menghadapi kesukaran untuk
mati dan saka tersebut akan mengamuk dan mengganggu ahli keluarga atau masyarakat
setempat. (Rahimah A. Hamid, 2015).

5.3 Jauh dari beriman kepada Qadak dan Qadar

Menurut Imam Abu Hasan al-Asyaari dan majoriti ahli sunnah, qadak bererti kehendak
Allah pada azali (sedia kala) yang bergantung pada sesuatu dan menepati dengan apa
yang diadakan. Qadar pula bermaksud sesuatu menurut yang ditentukan oleh qadaknya
dalam keadaan, sifat, masa, kedudukan dan sebab. (Abdul Hadi Awang, 2008). Oleh itu,
dengan beriman kepada qadak dan qadar menjadikan iman seseorang itu bertambah kuat

22
AMSU5403 Isu-Isu Semasa Akidah dan Pemikiran Islam

dan meyakini bahawa setiap sesuatu yang berlaku mempunyai hikmah tertentu.
Berbanding jika kepercayaan ini tidak diamalkan, seseorang itu tentu akan mempercayai
setiap perkara yang berlaku mempunyai nasib malang atau “sial”. Maka sudah tentu
mereka akan melakukan perkara di luar landasan syariah.

5.4 Menyebabkan masyarakat malas berusaha, mudah berputus asa serta tidak
bertawakal kepada Allah.

Menurut H.M Tuah Iskandar 2010, masyarakat yang malas untuk berusaha, mudah
berputus asa serta tidak bertawakal kepada Allah merupakan perbuatan yang akan
menyebabkan iman menjadi rapuh. Hal demikian adalah disebabkan kebergantungan
seseorang kepada makhluk yang tidak sepatutnya mereka harapkan. Sebagai contoh
individu yang mempercayai kepada sesuatu kepercayaan terhadap benda mahu pun
amalan boleh menyebabkan seseorang menjadi kaya. Maka apabila perkara ini tidak
dapat apa yang dihajati, seseorang itu akan berputus asa dan seterusnya melakukan
sesuatu perkara yang lebih buruk atau pun di luar jangkaan.

Apabila kebergantungan ini menjadi satu adat kebiasaannya, seterusnya ia akan


melahirkan budaya malas berusaha, minda menjadi jumud dan mudah berputus asa.
Pengamal animisme lama kelamaan akan menjadi tidak bebas untuk berfikir.

6.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, seseorang muslim seharusnya benar-benar beriman kepada Allah
serta percaya kepada qada dan qadarNya. “Mereka tidak seharusnya mempercayai
bahawa sesuatu benda itu (zat atau sifat) boleh mendatangkan kebaikan atau keburukan.
Kepercayaan yang boleh menafikan kesempurnaan tauhid seperti itu adalah warian
jahiliah yang sudah dihapuskan oleh Islam. (H.M Tuah Iskandar, 2010).

23
AMSU5403 Isu-Isu Semasa Akidah dan Pemikiran Islam

Islam mengambil satu persepsi yang tegas dalam hal ini. Ia secara tegas
menyatakan bahawa animisme adalah satu bentuk syirik, dongeng, tahayul dan khurafat.
Teori-teori tentang roh, semangat dan makhluk supernatural yang dikemukakan oleh ahli
antropologi barat saling bercanggah. Hipotesis mereka melalui hasil observasi kepada
masyarakat peribumi pula tidak seragam. Justeru itu, Islam mengemukakan beberapa
metode khusus bagi membendung umat Islam daripada terjebak atau terpengaruh dengan
unsur animisme.
1. Memohon doa daripada selain Allah seperti roh orang mati, jin, semangat alam
seumpamanya adalah penyekutuan kepada Allah SWT.
2. Sikap ekstrem dalam mengagungkan manusia seperti nenek moyang, ketua
suku atau tokoh agama sama ada ketika mereka masih hidup atau telah meninggal dunia
sangat ditegah.
3. Tiada kesaktian dan keramat pada tangkal dan azimat. Roh orang mati tidak
mendiami objek-objek tertentu. Hakikatnya, tangkal, guna-guna, azimat dan
seumpamanya tidak memberi sebarang manfaat kepada penggunanya. Kadangkala ia
mengandungi jin dan syaitan yang digelar sebagai khadam.
4. Individu-individu yang terlibat dalam shamanism seperti ahli sihir, tukang
ramal, tukang tilik, pawang, bomoh, tok batin dan sebagainya adalah agen yang
berinteraksi secara langsung dengan jin dan syaitan.
5. Islam membantah sistem peraturan sosial berasaskan pantang larang,
kepercayaan kepada sial, ketulahan dan tabu. Sistem ini tidak logik melainkan hanya
untuk mendidik manusia dengan cara menakutnakutkan mereka. (Mohd Khairulnazrin,
2016).
[ Jumlah perkataan : 4,734 patah perkataan ]
7.0 Rujukan

Al-Quran

Ahmad Jelani Halim. 2008. Sejarah dan Tamadun bangsa Melayu. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Al-Sāmūk, Sa‘dūn Maḥmūd. (2002). Mawsū‘at al-Adyān wa al-Mu‘taqadāt alQadīmah


Jordan: Dār al-Manāhij.
24
AMSU5403 Isu-Isu Semasa Akidah dan Pemikiran Islam

Asal Usul Orang Melayu. (2013). Animisma Diantara Kepercayaan Orang Melayu.
Dalam https://asalusulorangmelayu.wordpress.com/2013/10/22/animisma-
diantara-kepercayaan-orang-melayu/. Diakses pada 21 Oktober 2017

Afifah Abu Yazid, (2002). Pengajian Tamadun Asia Edisi Ke-2.Pahang: PTS Publication
& Distributors Sdn Bhd

Abdul Aziz. 2008. Kepercayaan masyarakat Nusantara. Dalam


http://ctu551.blogspot.my/2008/04/kepercayaan-masyarakat-nusantara.html.
Diakses pada 5 November 2017.

Ahmad Redzuan. (2011). Metodologi Dakwah Di Malaysia. Kuala Lumpur: OUM.

Amran Kasimin. (1997). Amalan Sihir Masyarakat Melayu. Satu Analisis. Kuala
Lumpur: Percetakan Watan Sdn Bhd.

Abdullah Yassin. (2012). Perangi Syirik. Shah Alam: Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.

Ahmad Zaki Engku Alwi. (2007). Ajaran Sesat: Mengenali Jalan Yang Terpesong.
Selangor: PTS Islamika.

Bron Taylor. (2008). Encyclopedia of Religion and Nature. New York: A&C Black.

Christina Pratt. (2007). An Encyclopedia of Shamanism. New York: The Rosen


Publishing Group.

Dra. Noorkasiani et al. (2009). Sosiologi Keperawatan. Jakarta: Penerbit Buku


Kedoktoran EGC.

Edward Burnett Tylor. (1871). Primitive Culture Researches Into Development of


Mythology, Philosophy, Religion, Art and Custom. London: John Murrey.

Graham Harvey. (2006). Animism: Respecting the Living World. New York: Columbia
University Press.

25
AMSU5403 Isu-Isu Semasa Akidah dan Pemikiran Islam

Hasbullah. (2010). Islam dan Tamadun Melayu. Pekanbaru : LPM Fak Ushuludin UIN
SUSKA & YPR

H.M Tuah Iskandar. (2010). Buat Jangan Tak Buat. Shah Alam: Alaf 21

Irving Hexham. (2002). Pocket Dictionary of New Religious Movements. Madison: Inter
Varsity Press.

Jahid Sidek. 2004. Berpawang dan bersahabat dengan jin daripada perspektif Islam.
Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Kamus Dewan, ed. ke-4 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2005), 62, entri
“animisme.” lihat juga Kamus Teologi (Yogyakarta: Penerbit Kanisius, cet-9,
2006), 27, entri “animisme.”

Khairul Ghazali. 2015. 30 Wasiat Imam Syafi’i. Selangor:PTS Millenia Sdn Bhd.

Mu‘jam al-Lughah al-‘Arabiah al-Mu‘āṣarah ed. (2008). Aḥmad Mukhtār ‘Abd al-
Ḥamīd ‘Umar (t.t: ‘Ālam al-Kutub,).

Mariasusai Dhavamony. (1999). Phenomenology of Religion:Encyclopedia of World


Religions. Amerika Syarikat: Merriam-Webster.

Muhammad, Syed.(1990). Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Bandung :


Mizan

Mahdini.(2003). Islam dan Kebudayaan Melayu. Pekanbaru : Daulat Riau.

Muhammad Abdurrahman Al Khumayyis. (1994). Syirik dan Sebabnya. Indonesia: Gema


Insani Press

Mohd Taib Osman. (1988). Kebudayaan Melayu dalam beberapa persoalan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

26
AMSU5403 Isu-Isu Semasa Akidah dan Pemikiran Islam

Noor Azrina Tuah. 2013. Sosiologi Islam. Dalam


https://www.slideshare.net/noorazrinatuah/sosiologi-islam-ssl-3023. Diakses pada
5 November 2017

Rahimah A. Hamid. (2015). Dari Lisan ke Aksara dan Media. Pulau Pinang: Universiti
Sains Malaysia.

Tedi Sutardi. (2007). Antropologi:Mengungkap Keragaman Budaya untuk kelas XII


Sekolah Menengah Atas/Madrasah Aliyah Program Bahasa. Bandung: PT Setia
Purna Inves).

Weblog Cikgu Jumali. 2008. Kepercayaan masyarakat Melayu. Dalam


https://fastnote.wordpress.com/kepercayaan-masyarakat-melayu/. Diakses pada 5
November 2017.

Wikipedia. https://id.wikipedia.org/wiki/Animisme21/10/2017

Zulkifli Salleh. 2015. Animisma dalam alam Melayu. Dalam


http://zulkiflisalleh.com/blog/2016/09/05/animisma-dalam-alam-melayu/?i=2.
Diakses pada 5 November 2017.

(ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016 149 KEPERCAYAAN
ANIMISME MENURUT PERSPEKTIF SUNNAH NABAWI DAN AHLI
ANTROPOLOGI BARAT: SATU KAJIAN AWAL Mohd Khairulnazrin bin Mohd
Nasir Muhammad Syafee Salihin Hasan Ishak bin Haji Suliaman)

27