Anda di halaman 1dari 6

PERATURAN ASAS PERMAINAN BOLA SEPAK

1. Undang-undang Permainan
1.1 Undang-undang I (ukuran padang / gol)

Panjang Padang 73.15m – 82.0m


Lebar Padang 54.86m x 64.01m
Kawasan Gol 14.63m x 4.57m
Kawasan Penalti 32.92m x 13.72m
Jarak Tendangan Penalti 9.15m
Tinggi gol - ukuran bawah 2.13m
palang (warna putih)
Lebar gol – ukuran dalam 6.40m
tiang (warna putih)
Saiz tiang gol 10cm
Jejari bulatan tengah 7.32m
Jejari lengkok bulatan 7.32m
Tinggi tiang bendera 5 kaki
penjuru

1.2 Undang-undang II (bola)


1.2.1 Saiz 4
2. Jangka Masa Perlawanan
2.1 Masa permainan seperti ketetapan berikut
2.1.1 Bawah 12 tahun : 30 minit bagi setiap separuh masa, dan rehat
tidak lebih 10 minit dengan izin pengadil.
2.1.2 Bawah 14/15 tahun : 35 minit bagi setiap separuh masa, dan
rehat tidak lebih 10 minit dengan izin pengadil.
2.1.3 Bawah 18/16 tahun : 40 minit bagi setiap separuh masa, dan
rehat tidak melebihi 10 minit dengan izin pengadil.
2.1.4 Bawah 9/10/11 tahun : 07 minit bagi setiap separuh masa, dan
rehat tidak melebihi 01 minit dengan izin pengadil.
3. Pakaian Pemain
3.1 Semua pemain mesti memakai jersi seperti yang didaftar, dengan
nombornya mengikut nama pemain tersebut. Sebarang pameran
pengiklanan jenama rokok, minuman keras dan lambang parti politik
tidak dibenarkan.

4. Masa Tambahan
4.1 Masa tambahan diberikan apabila berlaku pemberhentian masa
sewaktu pertukaran pemain, rawatan kepada pemain yang tercedera
atau pengadil bertindak mengeluarkan pemain yang cedera dari
padang untuk mendapatkan rawatan.

5. Permulaan Permainan
5.1 Penentuan pasukan yang memulakan pertandingan atau memilih
kawasan gol adalah dengan melambung duit syiling.
5.2 Pasukan yang kalah lambungan duit syiling akan memulakan
pertandingan, sekiranya pihak yang menang memutuskan untuk
memilih kawasan gol.
5.3 Pasukan yang menang lambungan duit syiling akan memulakan
sepakan mula pada separuh masa kedua.

6. Jaringan
6.1 Jaringan gol akan dikira apabila seluruh bola melepasi garisan gol
diantara tiang gol dan di bawah besi palang gol, dengan syarat pemain
pasukan penyerang tidak melempar, membawa dan menolak dengan
menggunakan lengan atau tangan.
6.2 Satu gol akan diperoleh dengan setiap jaringan.
6.3 Pasukan yang menjaringkan paling banyak gol akan dikira sebagai
pemenang.
6.4 Perlawanan akan dikira seri sekiranya kedua-dua pasukan
menjaringkan jumlah gol yang sama semasa tempoh perlawanan.

7. Ofsaid
7.1 Pemain dikira berada dalam keadaan ofsaid apabila pemain itu berada
berdekatan dengan gawang pihak lawan lebih daripada bola
melainkan pemain tersebut berada di separuh padang permainan
pasukannya dan hanya terdapat sekurang-kurangnya dua pemain
pihak lawan berdekatan dengan gawang mereka bersama pemain itu
sendiri.
7.2 Ofsaid akan menyebabkan pihak lawan mendapat tendangan
percuma.

8. Kesalahan dan kelakuan buruk


8.1 Menendang atau cuba untuk menendang pemain pihak lawan.
8.2 Memegang pemain pihak lawan.
8.3 Melompat ke atas pemain pihak lawan.
8.4 Menolak pemain pihak lawan.
8.5 Mengganggu pemain pihak lawan dari belakang melainkan pemain
pihak lawan menghalang pemain daripada mengambil bola.
8.6 Sengaja memukul atau meludah pihak lawan.
8.7 Menyadung pemain pihak lawan.

9. Tendangan percuma
9.1 Terdapat dua jenis tendangan percuma :
a) Secara langsung
b) Tidak langsung
9.2 Jaringan boleh dikira dengan tendangan percuma langsung.
9.3 Bagi menjaringkan gol daripada tendangan percuma tidak langsung,
bola mestilah disentuh dahulu oleh pemain lain selepas pemain
membuat tendangan percuma sebelum bola itu melepasi garisan
gawang.
9.4 Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m dari
kedudukan bola untuk membuat tendangan percuma langsung dan
tidak langsung.
9.5 Pemain pertahanan boleh berada dalam jarak kurang dari 9.15m
daripda bola apabila pasukan penyerang diberi tendangan percuma
tidak langsung dalam jarak 9.15m dari gawang pasukan pertahanan.
Dalam situasi ini, pemain pertahanan boleh berdiri pada gawang
mereka untuk menghalang jaringan berlaku.

10. Sepakan Penalti


10.1 Sepakan penalti diambil 11m di hadapan kawasan penalti dan di
tengah-tengah gawang.
10.2 Semua pemain mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m di luar
kawasan penalti kecuali pemain yang mengambil tendangan penalti
dan penjaga gol.
10.3 Penjaga gol perlu bersedia di tengah garisan gawang di antara tiang
gol dan tidak dibenarkan mengangkat kaki sehingga tendangan
diambil.
10.4 Bola mestilah ditendang ke hadapan oleh pemain yang mengambil
sepakan penalti dan tidak boleh menendang bola sekali lagi
sehingga bola itu dissentuh oleh pemain lain.

11. Balingan Masuk


11.1 Bola hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan dari
bahagian belakang kepala.
11.2 Pembaling bola mestilah menghadap padang dan kaki hendaklah
menyentuh garisan atau di luar garisan.
11.3 Pembaling bola tidak boleh menyentuh bola sehinggalah bola
disentuh oleh pemain lain.

12. Tendangan Gol


12.1 Bola ditendang di kawasan petak penjaga gol oleh pemain
pertahanan atau pun penjaga gol.
12.2 Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola
sehingga pemain lain menyentuhnya.
12.3 Tendangan gol terus kepada penjaga gol tidak dibenarkan di
kawasan penalti.
12.4 Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kotak penalti
semasa tendangan gol diambil.
12.5 Jaringan tidak dikira melalui tendangan gol.

13. Tendangan Sudut


13.1 Bola hendaklah diletakkan di kawasan lengkungan sudut pada
hujung padang bersebelahan dengan tiang bendera.
13.2 Tendangan hendaklah dibuat oleh pasukan lawan.
13.3 Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m
dari bola sehinggalah tendangan sudut diambil.
13.4 Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola
sehingga pemain lain menyentuhnya.

Anda mungkin juga menyukai