Anda di halaman 1dari 17

KERTAS KERJA

____________________________________________________
PENGELOLAAN KEJOHANAN BOLA SEPAK
LELAKI 12 TAHUN KE BAWAH
PERINGKAT MSSD PADAWAN 2016
______________________________________________________________

TARIKH :
9 MAC 2016 – 10 MAC 2016

TEMPAT :

PADANG BOLA SEPAK

ANJURAN :

DENGAN KERJASAMA :
PENDAHULUAN

Pertandingan ini adalah satu aktiviti kokorikulum yang telah dirancang dalam
takwim Unit Sukan. Bagi tahun, ia dikelolakan oleh. Pertandingan ini disertai oleh
pelajar-pelajar sekolah rendah daerah mengikut kategori umur lelaki 12 tahun ke
bawah. Setiap pasukan menyenaraikan lapan belas pemain termasuk tujuh orang
pemain simpanan.
Pertandingan ini akan diadakan di padang bola sepak. Aktiviti ini diadakan selaras
dengan dasar 1Murid 1Sukan disamping memenuhi kehendak Falsafah
Pendidikan negara yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam kokorikulum.

2.0 MATLAMAT

Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal


dan mental setiap peserta. Aktiviti diadakan dalam program ini agar sifat
kerjasama dalam setiap peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam
menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga dapat memberikan setiap
individu merancang strategi bagi memperoleh sebuah piala kemenangan dan sijil
kecemerlangan.
Selain daripada itu, diharapkan juga melalui aktiviti seperti ini pelajar-pelajar
yang berbakat dalam bidang sukan khasnya sukan bola sepak dapat menunjukkan
bakatnya dalam kejohanan tersebut dan seterusnya dipilih untuk mewakili Daerah
ke peringkat dan ke pertandingan-pertandingan yang lebih tinggi tahapnya.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai
sesebuah pertandingan.
3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri
dalam sesebuah kumpulan.
3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab
dalam sesebuah pasukan.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi
yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
3.7 Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 9 – 10 Mac iaitu pada hari Rabu sehingga hari
Khamis.
4.2 Dilaksanakan selama 2 hari
4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi dan petang.
4.4 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1.

5.0 TEMPAT

5.1 Padang Bola Sepak 1


5.2 Padang Bola Sepak 2
6.0 PERASMIAN

Program Kejohanan Bola Sepak 12 Tahun ke Bawah 11 Sebelah ini akan


dirasmikan oleh. Ia akan berlangsung di depan padang bola sepak. akan memberi
ucapan ringkas sekaligus merasmikan program ini.

7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1 Jumlah pasukan : 8 pasukan


7.2 Jumlah AJK pertandingan: 25 orang

8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN


Penaung :
Pengerusi Pengelola :
Penasihat 1 :
Penasihat 2 :

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi Program :
Naib Pengerusi :
Setiausaha :
Bendahari : ____________________
Pengerusi Majlis :

AHLI JAWATANKUASA

AJK Pendaftaran & Pencatat :


AJK Minuman :
AJK Piala & Medal :
AJK Pertandingan :
AJK Keselamatan & Disiplin :
AJK Kebajikan :
AJK Pengurusan Padang 1 :
AJK Pengurusan Padang 2 :
AJK Promosi :

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN


Lampiran A

10.0 FORMAT PERTANDINGAN


Lampiran B

11.0 RINGKASAN EKSEKUTIF


Berikut adalah ringkasan eksekutif bagi Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah
12 Tahun Peringkat daerah.

JAWATANKUASA

TAJUK PROGRAM Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah 12 Tahun

JENIS PROJEK KESUKANAN ( BOLA SEPAK )

MATLAMAT ATAU • Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam


PENCAPAIAN menyertai sesebuah pertandingan.
PROGRAM • Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu
menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan.
• Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi,
bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan.
• Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai
aktiviti ini.
• Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-
strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam
kumpulan.
• Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis
sikap mementingkan diri sendiri.
• Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi
dan sosial.

ANJURAN

TARIKH 9 - 10 MAC

TEMPAT Padang Bola Sepak

BIL. PASUKAN 8 pasukan


ANGGARAN KOS RM 1752.00
12.0 ULASAN PENAUNG / PENASIHAT

ULASAN PENASIHAT :

TANDATANGAN & COP : _________________________

TARIKH : ______________________

14.0 PENUTUP

Diharap program yang dirancang mendapat kelulusan agar objektif program ini tercapai.
Segala kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amatlah dihargai. Sekian, Terima
kasih.

Disediakan oleh,
____________________________
()

Disemak oleh,

___________________________________
()

Disahkan oleh,

____________________________________
( )

LAMPIRAN A

ANGGARAN BELANJAWAN

ANGGARAN BELANJAWAN:
i) Permohonan Peruntukan RM 1752.00
Jumlah Permohonan RM 1752.00

ANGGARAN PERBELANJAAN:

PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH


Promosi

- Banner 1 unit RM 80.00 RM 80.00

Hadiah Pihak Unit Sukan


menyediakan

Makanan

- Makanan Ajk dan Pengadil 25 x 2 hari RM 12.00 RM 600.00

- Air Mineral 20 kotak RM 12.00 RM 240.00

Makanan Peserta Zon 18 x 2 hari RM 12.00 RM 432.00

- First Aids 2 kotak RM 50.00 RM 100.00

- Kos Luar Jangka RM 300.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 1,752.00


Disediakan oleh :
.........................................................

Disokong oleh :
.........................................................
( )

Disemak oleh :
.........................................................
Pengerusi Pengelola

Permohonan diluluskan oleh :


.........................................................
Penaung / Penasihat
( )

LAMPIRAN A
BORANG PENDAFTARAN
PERTANDINGAN BOLA SEPAK
12 TAHUN KE BAWAH
PERINGKAT

NAMA PASUKAN
BAJU SELUAR STOKIN
WARNA JERSEY

Bil Nama Pemain No. Jersey P S N


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20

LAMPIRAN B
PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK

1. AM

Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah 12 Tahun MSSD

2. PENGANJUR / PENGELOLA

Pertandingan ini dianjur oleh dan bersama Unit Kokurikulum.

3. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada pelajar lelaki sekolah rendah 12 tahun ke
bawah
3.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai tiga belas (18) orang pemain.
Pendaftaran hendaklah menggunakan Borang yang telah disediakan.
3.3 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya
berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan
dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh
pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan
diberikan kepada pasukan lawan.
3.4 Setiap pemain dilarang sama sekali bermain untuk 2 pasukan dalam pertandingan ini.
3.5 Yuran penyertaan bagi setiap pasukan adalah PERCUMA sahaja.
3.6 Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 1 Mac
kepada Pengerusi Program.

3.7 Tarikh pengundian akan diadakan pada 2 Mac di Dewan sekolah.

4. TEMPAT, MASA DAN JADUAL PERTANDINGAN


4.1 Semua perlawanan akan dijalankan di Padang Bola Sepak dan Padang Bola
Sepak.
4.2 Perlawanan akan bermula pada 9 Mac dan akan berakhir pada 10 Mac
Setiap perlawanan hendaklah mengikut jadual yang telah disediakan oleh
Jawatankuasa Penganjur.
4.3 Masa bagi semua perlawanan adalah 20 + 5 + 20 = 45 minit keseluruhan
4.4 Pasukan yang akan bermain hendaklah berada di padang sepuluh (10) minit sebelum
perlawanan dimulakan. Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana
pasukan jika pasukan lawan gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa
sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan.

5. FORMAT PERTANDINGAN

1. Perlawanan akan dijalankan secara 11 sebelah.


2. Pasukan-pasukan yang bertanding dibahagi kepada 2 kumpulan menggunakan kaedah
“Robin Tournoment”. Kedudukan pasukan dalam sesuatu kumpulan akan ditentukan
dengan cara undian.
3. Perlawanan pusingan awal dalam sesuatu kumpulan, akan dijalankan secara liga.
4. Perlawanan separuh akhir akan dijalankan secara kalah mati.
5. Dalam peringkat separuh akhir dan akhir, sekiranya dua pasukan yang bermain masih
dalam kedudukan seri setelah masa sebenar tamat, maka permainan secara 'Sudden
Death' akan dijalankan dalam masa tambahan 10 minit iaitu 5 minit setiap separuh
masa dengan tiada masa rehat. ' Sudden Death' bermaksud mana-mana pasukan yang
menjaringkan gol terlebih dahulu akan diisytiharkan sebagai pemenang dan
permainan akan ditamatkan serta merta.
6. Pemberian mata ialah tiga (3) jika menang, satu (1) mata jika seri dan kosong (0)
mata jika kalah.
7. Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan mempunyai jumlah mata teratas yang sama,
kaedah berikut hendaklah dipatuhi bagi menentukan pasukan yang layak ke
perlawanan akhir:
7.1 Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan bilangan gol yang banyak.
7.2 Jika masih seri pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak
7.3 Jika masih seri juga, tendangan penalti sebanyak tiga (3) kali akan
diberikan. Pasukan yang banyak menyempurnakan tendangan penalti akan
diumumkan sebagai pemenang. Dan,
8. Jika masih seri sistem "Sudden Death" akan digunakan bagi tendangan penalti bagi
menentukan pemenang.

6. PERTUKARAN PEMAIN.

Sebanyak dua (2) pertukaran pemain termasuk penjaga gol dibenarkan pada setiap
perlawanan.
Pertukaran pemain hendaklah dibuat melalui pembantu pengadil pertama semasa bola
tidak di dalam permainan.

7. KEMENANGAN PERCUMA

7.1 Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan
lawannya didapati melakukan kesalahan seperti berikut :-
7.1.1 Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan dalam mana-mana
perlawanan seperti dinyatakan dalam perkara 3.2
7.1.2 Gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa perlawanan
sepatutnya dimulakan seperti dinyatakan dalam perkara 4.4.
7.1.3 Gagal menyediakan sekurang-kurangnya sembilan (9) orang pemain dalam
sesuatu perlawanan.
7.1.4 Jika permainan dihentikan oleh kerana salah satu pasukan hanya mempunyai
tujuh (7) orang pemain sahaja disebabkan kesalahan tatatertib, maka
pasukan lawan yang mempunyai pemain yang mencukupi akan diberikan
kemenangan 2-0.
7.1.5 Tidak mahu meneruskan perlawanan.
7.2 Pasukan yang diberi kemenangan percuma akan mendapat tiga (3) mata dan kiraan
jaringan 2-0.
7.3 Pasukan yang bertanding tidak dibenarkan memberi kemenangan percuma kepada
pasukan lawan. Jika berlaku juga keadaan sedemikian, pasukan tersebut secara
automatik terkeluar dari kejohanan ini dan perlawanan sebelumnya dibatalkan.

8. PERATURAN AM

8.1 Jika seseorang pemain telah menerima dua (2) kad kuning dalam perlawanan
sebelumnya pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1)
perlawanan berikutnya.
8.2 Jika seseorang pemain menerima dua (2) kad kuning dan seterusnya diberikan satu
(1) kad merah dalam suatu perlawanan dan diperintahkan keluar padang, maka pemain
tersebut tidak boleh bermain dua (2) perlawanan berikutnya.
8.3 Jika seseorang pemain ditunjukkan kad merah dan diperintahkan keluar padang dalam
suatu perlawanan, pemain tersebut tidak dibenarkan bermain dalam perlawanan
seterusnya untuk pertandingan ini.
8.4 Pasukan yang bertanding wajib menyediakan dua (2) set jersi yang mempunyai warna
yang berlainan dan bernombor iaitu untuk jersi utama dan simpanan. Sekiranya dua (2)
pasukan yang akan bertanding didapati memakai jersi yang sama warnanya, pasukan
yang disebut terdahulu dalam jadual pertandingan hendaklah menukar jersi yang dipakai
dengan warna lain.
8.5 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak
diingini terhadap mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini
dijalankan.
8.6 Sekiranya Pengurus dan Pegawai-pegawai Pasukan terlibat dalam insiden pergaduhan
dengan Pegawai-pegawai perlawanan atau pasukan lawan atau Urusetia Pertandingan,
pasukannya akan didenda dengan dikeluarkan terus daripada pertandingan.
8.7 Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang pindaan atau perubahan pada
jadual, padang perlawanan dan lain-lain yang berkaitan untuk melicinkan perjalanan
pertandingan.
8.8 Jika tidak disebut dalam syarat-syarat pertandingan ini maka syarat-syarat Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM) hendaklah digunakan.
8.9 Peraturan FIFA akan digunakan dalam pertandingan ini.

9. PENGADILAN

Pengadil yang mengadili perlawanan adalah pengadil yang bertauliah.

10. BANTAHAN
Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa Bantahan dan
Rayuan yang dilantik oleh pihak penganjur kejohanan ini.

11. TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 1 Mac


Tarikh pengundian akan diadakan pada 2 Mac di Dewan sekolah SK.

LAMPIRAN C
....................................................
Ruj Kami :
Tarikh : 17 Februari
Tuan,
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN BOLA SEPAK
11 SEBELAH 12 TAHUN KE BAWAH MSSD
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti
maklumat yang berikut:
Tarikh : 18 Februari
Masa : 12.30 Tengah Hari.
Tempat : Pusat Sumber Sekolah.
Pengerusi : Guru Besar
3. Agenda Mesyuarat:

3.1 Ucapan Pengerusi.


3.2 Ucapan Pengerusi Teknik Pengerusi Program
3.3 Lantikan Ahli Jawatan Kuasa Pengelola.
3.4 Maklumat Pertandingan
3.5 Undang-undang dan Peraturan Pertandingan.
3.6 Kewangan.
3.7 Hal-hal lain.
4. Sehubungan dengan itu, tuan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.
Kerjasama serta sokongan tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,


...........................................................
()
Pengerusi Pengelola Bola Sepak

Anda mungkin juga menyukai