Anda di halaman 1dari 1

Pernyataan Profesional

~ Sebelum
Ini adalah Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang saya akan lakukan
buat kali ketiga. Pelbagai harapan dan impian yang terpaut di hati saya. Pertama
sekali, harapan saya ialah ingin mendapat pengalaman tentang cara pengajaran dan
pembelajaran dalam kawasan bandar. Saya berhasrat agar objektif utama saya
melaksanakan PBS kali ini tercapai iaitu untuk mengetahui tentang pelaksanaan
PJK di sekolah ini serta mengetahui resos-resos matematik yang terdapat di sekolah
tersebut.

~ Semasa
Semasa melaksanakan PBS, saya merasa sangat seronok kerana saya dan
rakan-rakan diberi pelbagai tugasan yang mampu untuk menguji kredibiliti kami
sebagai seorang guru. Saya berharap temubual saya dengan guru-guru PJK, guru-
guru matematik akan dapat memberi inspirasi kepada saya untuk menjadi guru
kelak. Saya juga memasuki beberapa kelas PJK dan matematik untuk memerhati
dan membuat analisis tentang pola pengajaran guru dan karenah pelajar.

~ Selepas
Selepas selesai PBS, dapat saya simpulkan bahawa semua hasrat serta
impian yang ingin saya lakukan sepanjang PBS tercapai. Saya sedari bukan mudah
untuk menjadi seorang guru terutamanya guru PJK dan Matematik. Saya juga
mendapat banyak dapatan terutamanya mengenai cara pengajaran matematik yang
betul, cara menangani karenah pelajar, penggunaan alat bantu mengajar yang
sesuai untuk topik yang berbeza. Di samping itu, saya juga mendapat gambaran
tentang cara pengajaran PJK di sekolah kelak. Saya perlu senantiasa mengamalkan
serta mempersiapkan diri dengan kualiti yang baik sebagai seorang guru yang
berjaya kelak.

Anda mungkin juga menyukai