Anda di halaman 1dari 8

Dikeluarkan oleh:

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

SOALAN LAZIM (FAQ)


BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) 2021

PEMBAYARAN BPR 2021

A. Pembayaran Fasa Kedua

1. S: Bilakah pembayaran BPR 2021?

J: Pembayaran BPR 2021 adalah seperti berikut:

BIL. FASA BAYARAN TARIKH BAYARAN BERMULA


1. Bayaran Fasa Pertama 24 Februari 2021
2. Bayaran Fasa Kedua 7 Mei 2021
Tertakluk kepada makluman dari
3. Bayaran Fasa Ketiga
semasa ke semasa

2. S: Siapakah yang layak menerima pembayaran Fasa Kedua BPR


2021?

J: Permohonan BPR 2021 yang layak menerima bayaran Fasa Kedua


adalah merujuk kepada Permohonan BPR 2021 berstatus Lulus dan
melepasi semakan verifikasi kelayakan.

3. S: Saya berumur 60 tahun dan telah melaporkan status Bujang / Ibu


atau bapa tunggal / Balu / Janda / Duda serta tidak mempunyai anak
semasa pendaftaran BPR 2021. Berapakah pembayaran BPR 2021
yang akan saya terima?

J: Pembayaran BPR 2021 akan dibuat secara berperingkat berdasarkan


status permohonan. Amaun keseluruhan BPR 2021 bagi pemohon
berumur 60 tahun dan ke atas yang telah melaporkan status Bujang / Ibu
atau bapa tunggal / Balu / Janda / Duda serta tidak mempunyai anak
adalah sebanyak RM600. Bayaran adalah secara one-off dan baki
bayaran akan dibuat semasa pembayaran Fasa Kedua.

1 Tarikh Dikemas Kini: 04/05/2021


Dikeluarkan oleh:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

4. S: Berapakah amaun bayaran BPR 2021 yang akan diterima oleh


penerima?

J: Jumlah pembayaran BPR 2021 adalah seperti berikut:


i. Penerima bayaran Fasa Pertama BPR 2021
a) Kategori Isi Rumah

Pendapatan Isi Rumah ≤ RM2,500


(termasuk pemohon berumur 60 tahun dan ke atas)
Bilangan
0-1 2 dan ke atas
Anak
FASA 1 RM300 RM300
FASA 2 RM400 RM400
FASA 3 RM500 RM1,100
JUMLAH RM1,200 RM1,800

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM4,000


(termasuk pemohon berumur 60 tahun dan ke atas)
Bilangan
0-1 2 dan ke atas
Anak
FASA 1 RM300 RM300
FASA 2 RM300 RM300
FASA 3 RM200 RM600
JUMLAH RM800 RM1,200

Pendapatan Isi Rumah RM4,001 – RM5,000


0-1
Bilangan Anak (pemohon berumur 0-1 2 dan ke atas
60 tahun dan ke atas)
FASA 1 300 RM300 RM300
FASA 2 100 RM100 RM250
FASA 3 200 RM100 RM200
JUMLAH RM600 RM500 RM750

b) Bujang (59 tahun dan ke bawah)

Pendapatan ≤ RM2,500
FASA 1 RM150
FASA 2 RM200
JUMLAH RM350

2 Tarikh Dikemas Kini: 04/05/2021


Dikeluarkan oleh:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

ii. Penerima bagi Permohonan Baharu BPR 2021 / Bukan


Penerima Fasa Pertama
a) Kategori Isi Rumah

Pendapatan Isi Rumah ≤ RM2,500


(termasuk pemohon berumur 60 tahun dan ke atas)
Bilangan
0-1 2 dan ke atas
Anak
FASA 1 - -
FASA 2 RM400 RM400
FASA 3 RM800 RM1,400
JUMLAH RM1,200 RM1,800

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM4,000


(termasuk pemohon berumur 60 tahun dan ke atas)
Bilangan
0-1 2 dan ke atas
Anak
FASA 1 - -
FASA 2 RM300 RM300
FASA 3 RM500 RM900
JUMLAH RM800 RM1,200

Pendapatan Isi Rumah RM4,001 – RM5,000


0–1
Bilangan (pemohon berumur
0-1 2 dan ke atas
Anak 60 tahun dan ke
atas)
FASA 1 - - -
FASA 2 RM100 RM100 RM250
FASA 3 RM500 RM400 RM500
JUMLAH RM600 RM500 RM750

b) Bujang (59 tahun dan ke bawah)

Pendapatan ≤ RM2,500
FASA 1 -
FASA 2 RM350
JUMLAH RM350

3 Tarikh Dikemas Kini: 04/05/2021


Dikeluarkan oleh:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

5. S: Saya telah menerima bayaran Fasa Pertama BPR 2021 dengan


kategori Bujang. Semasa tempoh pendaftaran BPR 2021, saya telah
mengemaskini permohonan sebagai status kahwin. Berapakah
pembayaran BPR 2021 yang akan saya terima?

J: Jumlah pembayaran BPR 2021 bagi permohonan yang melibatkan


perubahan status perkahwinan adalah seperti berikut:
i. Perubahan kategori Bujang kepada Isi Rumah

Pendapatan Isi Rumah ≤ RM2,500


(termasuk pemohon berumur 60 tahun dan ke atas)
Bilangan
0-1 2 dan ke atas
Anak
FASA 1 RM150 RM150
FASA 2 RM400 RM400
FASA 3 RM650 RM1,250
JUMLAH RM1,200 RM1,800

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM4,000


(termasuk pemohon berumur 60 tahun dan ke atas)
Bilangan
0-1 2 dan ke atas
Anak
FASA 1 RM150 RM150
FASA 2 RM300 RM300
FASA 3 RM350 RM750
JUMLAH RM800 RM1,200

Pendapatan Isi Rumah RM4,001 – RM5,000


0–1
Bilangan 2 dan ke
(pemohon berumur 0-1
Anak atas
60 tahun dan ke atas)
FASA 1 RM150 RM150 RM150
FASA 2 RM100 RM100 RM250
FASA 3 RM350 RM250 RM350
JUMLAH RM600 RM500 RM750

ii. Perubahan kategori Isi Rumah kepada Bujang


a) Bujang (59 tahun dan ke bawah)

Pendapatan ≤ RM2,500
FASA 1 RM300
FASA 2 RM50
JUMLAH RM350

4 Tarikh Dikemas Kini: 04/05/2021


Dikeluarkan oleh:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

B. Kaedah Pembayaran Fasa Kedua BPR 2021

6. S: Bagaimanakah kaedah pembayaran Fasa Kedua BPR 2021?

J: Pembayaran Fasa Kedua BPR 2021 adalah seperti berikut:


i. Berjaya Kredit ke akaun
Pembayaran akan dilakukan ke akaun bank pemohon / pasangan
yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021 secara
berperingkat.
ii. Tunai di Kaunter BSN
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
a. Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan
BPR 2021; atau
b. Pembayaran BPR 2021 berstatus Gagal Kredit.

7. S: Sebelum ini saya dikategorikan sebagai penerima pedalaman


Sabah / Sarawak bagi Fasa Pertama BPR 2021. Bagaimanakah
kaedah pembayaran Fasa Kedua BPR 2021?

J: Kaedah pembayaran Fasa Kedua adalah seperti berikut:


i. Mempunyai maklumat akaun bank – pengkreditan ke akaun bank
pemohon / pasangan yang didaftarkan mengikut Fasa pembayaran
ii. Tiada maklumat akaun bank – Pembayaran sekaligus secara tunai

8. S: Bilakah tarikh pembayaran Fasa Kedua BPR 2021 bagi penerima


pedalaman Sabah / Sarawak yang tidak mempunyai maklumat
akaun bank?

J: Tarikh pembayaran Fasa Kedua BPR 2021 bagi penerima pedalaman


Sabah / Sarawak yang tidak mempunyai maklumat akaun bank akan
ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Bayaran BPR
2021 akan dibuat melalui pihak Perbendaharaan Malaysia Sabah dan
Perbendaharaan Malaysia Sarawak.

9. S: Saya adalah pemohon BPR 2021 dan telah melaporkan maklumat


akaun bank semasa pendaftaran dibuka, adakah pembayaran BPR
2021 akan dibuat kepada saya?

J: Pembayaran akan dibuat secara pengkreditan ke akaun bank pemohon


yang didaftarkan semasa pendaftaran / kemas kini BPR 2021.

5 Tarikh Dikemas Kini: 04/05/2021


Dikeluarkan oleh:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

10. S: Saya adalah pemohon dan tidak melaporkan maklumat akaun bank
semasa pendaftaran BPR 2021, adakah pembayaran BPR 2021
akan dibuat secara tunai kepada saya?

J: Sekiranya anda tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa


pendaftaran / kemas kini BPR 2021, pembayaran adalah seperti berikut:
i. Pasangan adalah warganegara dan ada melaporkan maklumat
akaun bank – pengkreditan ke akaun pasangan akan dibuat
ii. Pasangan tidak melaporkan maklumat akaun bank – pembayaran
secara tunai di BSN kepada pemohon

C. Lain-Lain

11. S: Adakah semua Penerima Fasa Pertama BPR 2021 akan menerima
baki bayaran Fasa seterusnya BPR 2021?

J: Tidak. Kelayakan pembayaran Fasa seterusnya adalah berdasarkan


semakan verifikasi kelayakan bagi Permohonan BPR 2021 yang dibuat
selepas tarikh tutup pendaftaran BPR 2021.

12. S: Adakah pembayaran Fasa Kedua BPR 2021 telah mengambilkira


amaun kelayakan mengikut kategori yang telah didaftarkan?

J: Ya. Bayaran Fasa Kedua BPR 2021 mengambilkira kategori


permohonan BPR 2021 yang telah didaftarkan / dikemaskini dan telah
melalui proses semakan kelayakan yang telah ditetapkan.

13. S: Saya adalah pemohon BPR 2021 dan menerima Bayaran Fasa
Pertama BPR 2021 dengan status Kahwin. Penerima Bayaran Fasa
Pertama adalah Pasangan (isteri) saya. Walau bagaimanapun, saya
telah bercerai dan telah menghantar Permohonan Kemas Kini BPR
2021 semasa tempoh pendaftaran BPR 2021. Adakah pembayaran
Fasa Kedua BPR 2021 akan dibuat kepada saya berdasarkan
maklumat yang telah saya kemas kini (bercerai)?

J: Pembayaran Fasa Kedua BPR 2021 adalah berdasarkan maklumat


terkini yang telah didaftarkan / dikemaskini semasa tempoh pendaftaran
BPR 2021 yang telah melalui proses semakan kelayakan ditetapkan.

6 Tarikh Dikemas Kini: 04/05/2021


Dikeluarkan oleh:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

14. S: Saya tidak menerima sebarang Surat Makluman Pembayaran Fasa


Kedua BPR 2021, apa yang perlu saya lakukan?

J: Semakan status Pembayaran Fasa Kedua BPR 2021 boleh dibuat


melalui Portal BPR https://bpr.hasil.gov.my. Tindakan yang perlu diambil
sekiranya layak pembayaran Fasa Kedua BPR 2021 adalah seperti
berikut:
i. Mempunyai Akaun Bank – Semak penyata akaun bank pembayaran
mulai 7 Mei 2021
ii. Tiada Akaun Bank – Pemohon yang lulus perlu hadir ke kaunter BSN
mulai 17 Mei 2021 dengan membawa MyKad asal

15. S: Semasa menerima Bayaran Fasa Pertama BPR 2021, status


pengkreditan adalah Berjaya Kredit. Walau bagaimanapun, akaun
bank berkenaan sudah tidak aktif / ditutup, bagaimanakah kaedah
pembayaran Fasa Kedua yang saya akan terima?

J: Pembayaran Fasa Kedua BPR 2021 akan dibuat berdasarkan akaun


yang didaftarkan semasa pendaftaran / kemas kini BPR 2021. Sekiranya
kemas kini tidak dibuat semasa pendaftaran BPR 2021, pembayaran
akan dibuat berdasarkan maklumat akaun bank yang telah didaftarkan.
Sekiranya status pembayaran Fasa Kedua adalah Gagal Kredit, rujuk
Jawapan bagi Soalan 6.

16. S: Semasa menerima Bayaran Fasa Pertama BPR 2021, status


pengkreditan adalah Gagal Kredit. Walau bagaimanapun, semasa
pendaftaran BPR 2021, saya tidak mengemaskini maklumat akaun
bank berkenaan. Bagaimanakah kaedah pembayaran Fasa Kedua
yang saya akan terima?

J: Pembayaran Fasa Kedua BPR 2021 akan dibuat berdasarkan akaun


yang didaftarkan semasa pendaftaran / kemas kini BPR 2021. Sekiranya
tiada kemas kini dibuat semasa pendaftaran / kemas kini BPR 2021,
pembayaran akan dibuat secara tunai kepada pemohon sekiranya
pasangan juga tidak melaporkan maklumat akaun bank.

17. S: Sekiranya saya diisytiharkan muflis dan akaun bank yang


didaftarkan sebelum ini telah dibekukan, bagaimanakah saya boleh
mendapatkan bayaran BPR 2021?

J: Anda perlu merujuk kepada agensi berkaitan untuk mendapatkan


kebenaran membuka akaun bank / mengaktifkan semula akaun bank
sebelum tuntutan bayaran BPR 2021 dibuat.

7 Tarikh Dikemas Kini: 04/05/2021


Dikeluarkan oleh:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

18. S: Saya ingin membuat semakan pada MyBPR dan bagaimanakah


saya boleh mengetahui pembayaran Fasa Kedua BPR 2021 dibayar
kepada akaun bank saya atau pasangan?

J: Anda boleh membuat semakan pada MyBPR > Semakan Status >
Maklumat Pembayaran bagi Fasa Kedua. Maklumat yang dipaparkan
adalah seperti berikut:
i. Nombor Pengenalan Akaun dikredit
ii. Nama Penerima
iii. Fasa Pembayaran
iv. Jumlah dikredit
v. Status Kredit
vi. Nama Bank
vii. Nombor Akaun Bank

19. S: Sekiranya penerima bayaran BPR 2021 telah meninggal dunia dan
bayaran Fasa Kedua berjaya dikreditkan ke akaun bank,
bagaimanakah proses pengeluaran wang BPR 2021?

J: Proses pengeluaran wang BPR 2021 adalah seperti proses semasa


yang dipraktiskan oleh Institusi Kewangan. Wakil perlu hadir ke Bank
berdasarkan maklumat bank yang didaftarkan pada permohonan BPR
2021 bagi tindakan selanjutnya.

20. S: Saya telah menerima bayaran dan ingin menolak bantuan BPR
2021. Bagaimanakah cara untuk memulangkan bayaran BPR yang
telah diterima?

J: Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:


i. Mengemukakan surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF) dengan menyatakan nama penuh, nombor MyKad / Nombor
Pengenalan, alamat surat menyurat dan sebab pemulangan;
ii. Lampirkan draf bank / cek yang mengandungi jumlah bayaran atas
nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan);
dan
iii. Surat dan draf bank / cek perlu dikemukakan kepada pihak
Kementerian Kewangan Malaysia di alamat berikut:
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2 62592 Putrajaya

8 Tarikh Dikemas Kini: 04/05/2021

Anda mungkin juga menyukai