Anda di halaman 1dari 15

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau 2010

KAEDAH MERUJUK KAMUS BAGI MENGURANGKAN MASALAH


PENGGUNAAN IMBUHAN DI- DALAM PEMBINAAN AYAT

CARMELLINY TONY
Pelatih PISMP Bahasa Melayu Semester 8
Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau

ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk melihat sejauhmana wujud
peningkatan dalam penggunaan imbuhan di- berdasarkan kepada
teknik merujuk kamus. Kajian ini bertujuan untuk menjawab dua
persoalan, iaitu sejauhmanakah kaedah merujuk kamus dapat
meningkatkan penggunaan imbuhan di- dalam pembinaan ayat dan
apakah tahap penguasaan penggunaan imbuhan di- dalam
pembinaan ayat berdasarkan kaedah merujuk kamus. Kumpulan
sasaran dalam kajian ini ialah 20 orang (13 perempuan, 7 lelaki)
murid tahun 5 Cemerlang di Sekolah Kebangsaan (SK) Patikang
Laut, Keningau. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah
lembaran kerja dan petikan. Data dianalisis secara deskriptif
dengan menggunakan kekerapan dan peratus. Secara
keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan peningkatan dalam
penggunaan imbuhan di- dalam pembinaan ayat sebanyak 40%.
Implikasi kajian ini menunjukkan guru perlu mempelbagaikan
kaedah pengajaran bagi meningkatkan penggunaan imbuhan di
dalam pembinaan ayat.

PENGENALAN
‘Bahasa melambangkan bangsa’. Peribahasa ini sudah cukup untuk membuktikan
kepentingan bahasa. Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting. Manusia
dapat berkomunikasi antara satu sama lain untuk menyatakan buah fikiran,
perasaan, dan pengalaman dengan menggunakan bahasa sebagai perantara.
Manusia menyampaikan idea secara lisan dan tulisan.
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau 2010

Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting dan perlu dikuasai


oleh pelajar (Noor Aainah, 2009). Hal ini telah dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu (Kementerian Pelajaran, 2003). Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu juga terdapat aspek bahasa yang perlu dipelajari. Salah satu aspek tersebut
adalah aspek tatabahasa.

Dalam tatabahasa Bahasa Melayu, imbuhan terbahagi kepada 4 jenis iaitu


imbuhan awalan, imbuhan apitan, imbuhan akhiran, dan imbuhan sisipan. Imbuhan
awalan digunakan di hadapan kata dasar contohnya me(n)-, pe(n)-, di-, ber-, ter- dan
ke-. Imbuhan apitan pula terletak di hadapan dan belakang kata dasar contohnya
men-…kan, ke-…-an, dan memper-…kan. Imbuhan akhiran terletak di belakang
kata dasar contohnya –wan, -wati, dan –ita. Imbuhan sisipan pula terletak di tengah
kata dasar contohnya –el-, -em-, -in-, dan –er- (Dewan, 2002). Untuk mengetahui
penggunaan imbuhan dengan cara yang betul, seseorang boleh merujuk buku yang
berkaitan dengan tatabahasa atau dengan merujuk kamus.

Pada hakikatnya, kamus dapat digunakan untuk pelbagai tujuan. Paling


asas, kamus ialah bahan rujukan tentang makna sesuatu perkataan. Kamus dapat
dirujuk ketika kita tidak tahu ejaan sesuatu perkataan. Demikian juga, kamus
menjadi rujukan bagi mencari jenis imbuhan yang dapat digunakan bagi perkataan-
perkataan tertentu (Nik Safiah Karim, 2003). Oleh itu, kamus dapat digunakan untuk
mencari perkataan yang mempunyai penggunaan imbuhan yang betul.

Kesimpulannya, masalah penggunaan imbuhan di- perlu diambil tindakan


yang sepatutnya. Hal ini disebabkan penggunaan imbuhan di- dengan cara yang
tidak betul akan memberi kesan terhadap kemahiran menulis seseorang.
Kemahiran menulis dengan cara yang tidak betul akan mempengaruhi proses
mengeluarkan idea serta pendapat seseorang.

PERNYATAAN MASALAH
Guru bertanggungjawab untuk membimbing murid dalam menguasai sesuatu
kemahiran. Sekiranya guru mengabaikan tugasnya sebagai pembimbing kepada
murid, masalah yang dihadapi oleh murid tidak akan selesai malah akan menjadi
semakin teruk lagi. Masalah yang sering berlaku semasa saya menjalankan sesi
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau 2010

P&P ialah murid sering menggunakan imbuhan di- dengan tidak betul iaitu murid-
murid sering menjarakkan imbuhan di- dengan kata kerja. Contohnya, perkataan
’dimakan’ telah ditulis sebagai ’di makan’. Apabila saya bertanyakan kepada murid-
murid mengapa mereka sering menjarakkan imbuhan di- dengan kata kerja, mereka
memberi jawapan yang mereka keliru bila sepatutnya mereka mendekatkan atau
menjarakkan perkataan di- dengan perkataan yang seterusnya.

Masalah menjarakkan imbuhan di- dengan kata kerja tidak sepatutnya lagi
berlaku terhadap murid-murid kerana mereka sudah mempelajari tajuk imbuhan
sejak mereka berada di Tahun 1 lagi. Penguasaan murid-murid terhadap
penggunaan imbuhan yang betul amat penting kerana mereka perlu menyediakan
diri untuk berhadapan dengan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun
hadapan. Walaupun mereka hanya akan menduduki UPSR pada tahun hadapan,
adalah lebih baik sekiranya mereka dapat melakukan persediaan yang lebih awal.
Persediaan pada saat-saat akhir hanya akan menimbulkan kesusahan kepada diri
murid-murid itu sendiri malah akan memberikan kesan terhadap keputusan UPSR
mereka. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) telah menetapkan beberapa objektif pembelajaran yang perlu dikuasai oleh
setiap murid. Antara objektif tersebut adalah pada akhir pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu murid dapat menggunakan bahasa baku yang meliputi
ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Hal ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa
murid perlu menguasai cara untuk menggunakan tatabahasa dengan betul.
Sekiranya murid-murid gagal untuk menguasai tatabahasa dengan betul, ini
bermaksud guru gagal mencapai objektif P&P dengan sepenuhnya. Kesimpulannya,
masalah penggunaan imbuhan di- perlu dikurangkan ke tahap yang paling minimum.
Murid-murid perlu dibiasakan dengan cara menggunakan imbuhan dengan betul
kerana kemahiran ini merupakan asas kepada kemahiran menulis. Sekiranya murid-
murid tidak dapat menguasai kemahiran menulis dengan cara yang betul, murid-
murid tidak dapat menyampaikan maklumat atau idea dengan cara yang betul.
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau 2010

TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini diadakan adalah untuk mengkaji keberkesanan kaedah merujuk
kamus bagi mengurangkan masalah penggunaan imbuhan di- dalam pembinaan
ayat. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan
penggunaan imbuhan di- dalam pembinaan ayat berdasarkan kaedah merujuk
kamus.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan berdasarkan dua objektif utama. Objektif kajian ini adalah
seperti berikut:

i. Mengukur keberkesanan kaedah merujuk kamus bagi meningkatkan


penggunaan imbuhan di- dalam pembinaan ayat.
ii. Mengenal pasti tahap penguasaan penggunaan imbuhan di- dalam
pembinaan ayat berdasarkan kaedah merujuk kamus.

PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan untuk menjawab dua persoalan kajian. Secara terperinci
soalan-soalan kajian ini adalah seperti berikut :

i. Sejauhmanakah kaedah merujuk kamus dapat meningkatkan penggunaan


imbuhan di- dalam pembinaan ayat?
ii. Apakah tahap penguasaan penggunaan imbuhan di- dalam pembinaan ayat
berdasarkan kaedah merujuk kamus?

KUMPULAN SASARAN
Kajian ini dilaksanakan dalam kalangan murid sekolah rendah yang menghadapi
masalah penggunaan imbuhan di- dalam pembinaan ayat. Kajian ini dijalankan di
SK Patikang Laut, Keningau. Kajian ini melibatkan 20 orang murid Tahun 5
Cemerlang sahaja, iaitu 13 murid perempuan, 7 murid lelaki. Purata umur murid
yang terlibat dalam kajian ini adalah 11 tahun.
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau 2010

METODOLOGI
Reka Bentuk Kajian

Rajah 1 : Model Kemmis & McTaggart (1988)

Rajah di atas menunjukkan reka bentuk kajian yang dicadangkan dalam kajian ini.
Proses yang pertama ialah merancang (plan). Dalam proses ini, pengkaji akan
merancang pelan tindakan. Dalam kajian ini, pengkaji akan menghasilkan sebuah
pelan tindakan sebelum melaksanakan kajian tindakan, iaitu menyelesaikan
masalah penggunaan huruf besar di tempat yang tidak betul dalam penulisan.
Proses yang kedua adalah tindakan (action). Dalam proses ini, pengkaji akan
melaksanakan kajian, iaitu dengan mengadakan ujian pra terhadap responden yang
dipilih. Proses yang ketiga adalah pengumpulan data (observe). Dalam proses ini,
pengkaji akan mengumpul data-data berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan.
Proses yang seterusnya adalah refleksi (reflect). Dalam proses ini, pengkaji
menganalisis dan menilai keputusan kajian yang telah diperoleh hasil daripada
kajian yang dilakukan. Seterusnya, pengkaji akan membuat refleksi sama ada
kajian yang dijalankan berjaya atau tidak. Sekiranya kajian yang dijalankan tidak
berjaya, pengkaji akan menilai semula (revised plan). Dalam proses ini, pengkaji
akan menilai semula kajian yang telah dilaksanakan dan seterusnya merancang
semula kajian.
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau 2010

Instrumen Kajian
Instrumen pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah petikan teks .
Petikan teks tersebut bertajuk ”Kejayaan Seorang Usahawan Muda”. Petikan teks
ini mengandungi 10 perkataan yang mempunyai imbuhan di-. Cara untuk
menggunakan instrumen ini adalah dengan mengadakan aktiviti mengimlak, iaitu
membaca petikan teks ini. Pada masa yang sama, responden menulis semula
petikan teks ini di atas sekeping kertas. Instrumen ini bertujuan untuk mengukur
penggunaan imbuhan di- oleh responden dan dijalankan sebagai ujian pra dan
pasca.

Analisis Data
Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan kekerapan dan peratus.
Tahap penguasaan penggunaan imbuhan di- diukur mengikut jadual yang
diubahsuai melalui Abdul Aziz (1993).

Dapatan dan Perbincangan


Ujian pra
Ujian ini dijalankan sebelum menjalankan sesi rawatan. Jadual berikut menunjukkan
data bagi ujian pra.

Jadual 1 : Kekerapan kesalahan imbuhan di- dalam pembinaan ayat (ujian pra)
Murid Kekerapan

A 6
B 2
C 1
D 0
E 6
F 2
G 3
H 1
I 1
J 0
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau 2010

K 4
L 4
M 3
N 2
O 0
P 2
Q 2
R 1
S 0
T 5

Jadual 1 menunjukkan kekerapan kesalahan imbuhan di- dalam pembinaan


ayat. Bilangan kekerapan tertinggi yang dilakukan oleh murid-murid adalah enam
kali, iaitu sebanyak dua orang (murid A). Bilangan murid yang melakukan kesalahan
sebanyak lima kali pula adalah sebanyak satu orang (murid T) manakala bilangan
murid yang melakukan kesalahan sebanyak empat kali pula adalah seramai dua
orang (murid K dan L). Bilangan murid yang melakukan kesalahan sebanyak tiga
kali pula adalah seramai dua orang (murid G dan M). Bilangan murid yang
melakukan kesalahan sebanyak dua kali adalah seramai lima orang (murid B, F, N,
P, dan Q) manakala bilangan murid yang melakukan kesalahan sebanyak satu kali
adalah seramai empat orang (murid C, H, I, dan R). Bilangan murid yang tidak
melakukan sebarang kesalahan penggunaan imbuhan di- semasa membina ayat
adalah seramai empat orang (murid D, J, O, dan S). Berdasarkan jadual tersebut,
seramai 16 orang murid melakukan kesalahan penggunaan imbuhan di- dalam
pembinaan ayat. Rajah 2 menunjukkan peratus kekerapan kesalahan imbuhan di-
dalam pembinaan ayat bagi ujian pra.

70

60

50
P e ra tu s

40
Peratus
30

20

10

0
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T
Murid

Rajah 2 : Peratus kekerapan kesalahan imbuhan di- dalam pembinaan ayat (ujian
pra)
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau 2010

Berdasarkan Rajah 2, peratus kekerapan tertinggi bagi kesalahan imbuhan di-


semasa membina ayat adalah sebanyak 60% manakala peratus kekerapan terendah
bagi kesalahan imbuhan di- dalam pembinaan ayat adalah sebanyak 0%. Bilangan
responden yang mempunyai peratus kekerapan yang tertinggi adalah seramai dua
orang (murid A dan E). Bilangan responden yang mempunyai kekerapan kesalahan
sebanyak 50% adalah seramai satu orang (murid T) manakala bilangan responden
yang mempunyai kekerapan kesalahan sebanyak 40% pula adalah seramai dua
orang (murid K dan L). Bilangan responden yang mempunyai kekerapan kesalahan
sebanyak 30% pula adalah seramai dua orang (murid G dan M) manakala bilangan
responden yang mempunyai kekerapan kesalahan sebanyak 20% adalah seramai
lima orang (murid B, F, N, P, dan Q). Bilangan responden yang mempunyai
kekerapan kesalahan sebanyak 10% pula adalah seramai empat orang (murid C, H,
I, dan R). Seramai empat orang (murid D, J, O, dan S), iaitu sebanyak 0%
responden tidak mempunyai sebarang kesalahan imbuhan di- dalam pembinaan
ayat.

Ujian pasca
Ujian ini dijalankan selepas menjalankan sesi rawatan. Jadual berikut menunjukkan
data bagi ujian pasca.

Jadual 2 : Kekerapan kesalahan imbuhan di- dalam pembinaan ayat (ujian pasca)
Murid Kekerapan

A 0
B 2
C 1
D 1
E 1
F 0
G 1
H 1
I 0
J 0
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau 2010

K 0
L 0
M 0
N 0
O 0
P 0
Q 1
R 1
S 0
T 0

Jadual 2 menunjukkan kekerapan kesalahan imbuhan di- dalam pembinaan


ayat dalam ujian pasca. Bilangan kekerapan tertinggi yang dilakukan oleh
responden adalah dua kali, iaitu sebanyak satu orang (murid B). Bilangan
responden yang melakukan kesalahan penggunaan imbuhan di- sebanyak satu kali
adalah seramai tujuh orang (murid C, D, E, G, H, Q, dan R). Bilangan responden
yang tidak mempunyai sebarang masalah penggunaan imbuhan di- dalam
pembinaan ayat adalah seramai 12 orang (murid A, F, I, J, K, L, M, N, O, P, S, dan
T). Rajah 3 menunjukkan peratus kekerapan kesalahan imbuhan di- dalam
pembinaan ayat bagi ujian pasca.

25

20

15
Peratus

Peratus
10

0
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T
Murid

Rajah 3 : Peratus kekerapan kesalahan imbuhan di- dalam pembinaan ayat (ujian
pasca)
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau 2010

Berdasarkan Rajah 3, peratus kekerapan tertinggi bagi kesalahan imbuhan di-


dalam pembinaan ayat adalah sebanyak 20% manakala peratus kekerapan
terendah bagi kesalahan imbuhan di- dalam pembinaan ayat adalah sebanyak 0%.
Bilangan responden yang melakukan kesalahan imbuhan di- sebanyak 20% adalah
seramai satu orang (murid B) manakala bilangan responden yang melakukan
kesalahan sebanyak 10% adalah seramai tujuh orang (murid C, D, E, G, H, Q, dan
R). Bilangan responden yang tidak melakukan sebarang kesalahan imbuhan di-
dalam pembinaan ayat adalah seramai 12 orang (murid A, F, I, J, K, L, M, N, O, P,
S, dan T). Dapatan kajian ini selari dengan kajian Bal Mukunda Bakhari (2004) yang
telah mengkaji tentang penggunaan kamus untuk mempelajari tentang tatabahasa.

Dapatan Kajian

Persoalan 1: Sejauhmanakah kaedah merujuk kamus dapat meningkatkan


penggunaan imbuhan di- dalam pembinaan ayat?

Untuk menjawab persoalan 1, peratus kekerapan kesalahan semasa ujian pra


dengan ujian pasca dibandingkan. Rajah 4 menunjukkan peratus perbandingan
kesalahan imbuhan di- semasa ujian pra dengan ujian pasca.

70

60

50

40 Pra

30 Pasca

20

10

0
T
I
J
C
D

R
Murid

L
G

Q
F

M
A
B

Rajah 4 : Peratus perbandingan kesalahan imbuhan di- dalam pembinaan ayat


(ujian pra dengan ujian pasca)
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau 2010

Bagi ujian pra, peratus kekerapan tertinggi bagi kesalahan imbuhan di- semasa
membina ayat adalah sebanyak 60% manakala peratus kekerapan terendah bagi
kesalahan imbuhan di- dalam pembinaan ayat adalah sebanyak 0%. Bilangan
responden yang mempunyai peratus kekerapan yang tertinggi adalah seramai 2
orang (murid A dan E). Bilangan responden yang mempunyai kekerapan kesalahan
sebanyak 50% adalah seramai 1 orang (murid T) manakala bilangan responden
yang mempunyai kekerapan kesalahan sebanyak 40% pula adalah seramai 2 orang
(murid K dan L). Bilangan responden yang mempunyai kekerapan kesalahan
sebanyak 30% pula adalah seramai 2 orang (murid G dan M) manakala bilangan
responden yang mempunyai kekerapan kesalahan sebanyak 20% adalah seramai 5
orang (murid B, F, N, P, dan Q). Bilangan responden yang mempunyai kekerapan
kesalahan sebanyak 10% pula adalah seramai 4 orang (murid C, H, I, dan R).
Seramai 4 orang (murid D, J, O, dan S), iaitu sebanyak 0% responden tidak
mempunyai sebarang kesalahan imbuhan di- dalam pembinaan ayat.

Bagi ujian pasca pula, peratus kekerapan tertinggi bagi kesalahan imbuhan
di- dalam pembinaan ayat adalah sebanyak 20% manakala peratus kekerapan
terendah bagi kesalahan imbuhan di- dalam pembinaan ayat adalah sebanyak 0%.
Bilangan responden yang melakukan kesalahan imbuhan di- sebanyak 20% adalah
seramai 1 orang (murid B) manakala bilangan responden yang melakukan
kesalahan sebanyak 10% adalah seramai 7 orang (murid C, D, E, G, H, Q, dan R).
Bilangan responden yang tidak melakukan sebarang kesalahan imbuhan di- dalam
pembinaan ayat adalah seramai 12 orang (murid A, F, I, J, K, L, M, N, O, P, S, dan
T).

Berdasarkan Rajah 4, peratus kekerapan kesalahan imbuhan di- dalam


pembinaan ayat bagi ujian pra adalah sebanyak 80%. Bagi ujian pasca pula,
peratus kekerapan kesalahan imbuhan di- dalam pembinaan ayat adalah sebanyak
40%. Ini menunjukkan peratus kekerapan kesalahan imbuhan di- dalam pembinaan
ayat telah berkurangan sebanyak 40%. Dapatan kajian ini selari dengan kajian Bal
Mukunda Bakhari (2004) yang telah mengkaji tentang penggunaan kamus untuk
mempelajari tentang tatabahasa.
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau 2010

Namun demikian, terdapat 4 orang responden yang tidak mengalami


sebarang pengurangan kesalahan penggunaan imbuhan di- dalam pembinaan ayat.
Secara keseluruhannya, kaedah merujuk kamus dapat meningkatkan penggunaan
imbuhan di- dalam pembinaan ayat. Buktinya, peratus kekerapan responden yang
melakukan kesalahan imbuhan di- telah berkurangan, iaitu daripada 80% semasa
ujian pra kepada 40% semasa ujian pasca.

Persoalan 2 : Apakah tahap penguasaan penggunaan imbuhan di- dalam


pembinaan ayat berdasarkan kaedah merujuk kamus?

Untuk mengetahui tahap penguasaan penggunaan imbuhan di- dalam pembinaan


ayat, perbandingan melalui ujian pra dengan ujian pasca dilakukan. Tahap
penguasaan imbuhan di- diukur dengan menggunakan skala seperti yang terdapat
dalam Jadual 3.

Jadual 3 : Skala tahap kekerapan


Kekerapan kesalahan Tahap penguasaan
9-10 Sangat rendah
7-8 Rendah
5-6 Sederhana
3-4 Tinggi
0-2 Sangat tinggi
( Sumber : Diubahsuai dari Abdul Aziz, 1993 )

Berikut menunjukkan tahap penguasaan imbuhan di- bagi ujian pra (Jadual 4):

Jadual 4 : Bilangan murid yang melakukan kesalahan bagi setiap tahap kekerapan
Tahap penguasaan Bilangan kekerapan
Sangat rendah 0
Rendah 0
Sederhana 3
Tinggi 4
Sangat tinggi 13

Jadual 4 menunjukkan tidak terdapat sebarang murid yang mempunyai tahap


penguasaan imbuhan di- yang sangat rendah dan rendah. Terdapat tiga orang
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau 2010

murid yang mempunyai tahap penguasaan imbuhan di- pada tahap sederhana
manakala seramai empat orang murid mempunyai tahap penguasaan imbuhan di-
yang tinggi. Terdapat 13 orang murid yang mempunyai tahap penguasaan imbuhan
di- pada tahap yang sangat tinggi.

Berikut pula menunjukkan tahap penguasaan imbuhan di- bagi ujian pasca:

Jadual 5 : Bilangan murid yang melakukan kesalahan bagi setiap tahap kekerapan
Tahap penguasaan Bilangan kekerapan
Sangat rendah 0
Rendah 0
Sederhana 0
Tinggi 0
Sangat tinggi 20

Jadual 5 menunjukkan semua responden telah mencapai tahap penguasaan


imbuhan di- yang sangat tinggi, iaitu dengan kekerapan kesalahan sebanyak kosong
hingga dua kali. Ini menunjukkan bilangan murid yang menguasai imbuhan di- pada
tahap yang sangat tinggi telah bertambah sebanyak tujuh orang. Kesimpulannya,
kaedah merujuk kamus dapat mengurangkan kesalahan penggunaan imbuhan di-
dalam pembinaan ayat.

HUBUNGKAIT DAPATAN KAJIAN DENGAN KAJIAN LEPAS


Kesimpulannya, berdasarkan dapatan yang diperoleh menunjukkan kaedah merujuk
kamus berjaya mengurangkan masalah penggunaan imbuhan di- dalam pembinaan
ayat. Dapatan ini selari dengan dapatan Bal Mukunda Bakhari (2004) yang telah
mengkaji tentang penggunaan kamus untuk mempelajari tentang tatabahasa.

IMPLIKASI
Kajian ini menunjukkan guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi
meningkatkan penggunaan imbuhan di- dalam pembinaan ayat. Kajian ini juga
menunjukkan prestasi murid akan meningkat sekiranya murid menggunakan kaedah
merujuk kamus untuk mengurangkan masalah penggunaan imbuhan di- dalam
pembinaan ayat. Kaedah ini boleh digunakan oleh guru-guru di sekolah bagi
mengurangkan masalah penggunaan imbuhan di- dalam pembinaan ayat.
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau 2010

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN


Kajian ini hanya bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah merujuk kamus
dalam mengurangkan masalah penggunaan imbuhan di- dalam pembinaan ayat.
Pada masa akan datang, pengkaji mencadangkan untuk mengadakan kajian tentang
punca terjadinya masalah penggunaan imbuhan di- dalam pembinaan ayat. Dalam
kajian ini, peningkatan hanya berlaku sebanyak 40%. Oleh itu, pengkaji bercadang
untuk menggunakan kaedah lain yang boleh meningkatkan lagi tahap keberkesanan
penggunaan imbuhan di- dalam pembinaan ayat ke tahap 100%.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, kaedah merujuk kamus dapat mengurangkan masalah penggunaan
imbuhan di- dalam pembinaan ayat. Keberkesanan kaedah ini dalam
mengurangkan masalah penggunaan imbuhan di- terbukti apabila kesalahan
penggunaan imbuhan di- berkurangan sebanyak 40%. Oleh itu, kaedah ini boleh
dijalankan oleh guru-guru yang menghadapi masalah yang sama, iaitu masalah
penggunaan imbuhan di- dalam pembinaan ayat.

RUJUKAN
Abdul Aziz Abdul Talib. (1993). Menguji kemahiran bahasa : Prinsip, teknik
dan contoh. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2004). Teras pendidikan bahasa melayu : Asas pegangan


Guru. Pahang Darul Makmur. PTS Publications & Distributors Sdn.
Bhd.

Bal Mukunda Bakhari. (2004). Dictionary and teaching grammar. NELTA


Vol 9, No 1-2. Diakses pada 14 September 2010. Dari
http://www.nepjol.info/index.php/NELTA/article/view/3349/2902

Kamus dewan (Edisi ke-4). (2010). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran kurikulum


bersepadu sekolah rendah : bahasa melayu. Kementerian Pelajaran
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau 2010

Nik Safiah Karim. (2003). Bimbingan pelajar bahasa kita : Jilid 1. Selangor
Darul Ehsan. ’K’ Publishing Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood.
(2002). Tatabahasa dewan : Edisi baharu. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka

Noor Aainah Hj. Awang Jaafar. (2009). Meningkatkan keupayaan menulis


karangan sepanjang sekurang-kurangnya 350 patah perkataan dalam
masa yang ditetapkan menggunakan kaedah salin dan jalin. Diakses
pada 5 September 2010. Dari http://www.smk-majakir.net/ modules/
news/Jurnal%20Munsyi/Noor%20Aainah.pdf

Norazura binti Tukiran. (2009). Konsep Kajian Tindakan.


Diakses pada 23 Februari 2010. Dari
http://norazuratukiran.blogspot.com/2009/11/tugasan-kelas-konsep-kajian-
tindakan.html

Anda mungkin juga menyukai