Anda di halaman 1dari 6

PEMBANGUNAN MODAL INSAN KE ARAH MENINGKATKAN KUALITI HIDUP

MASYARAKAT

1.0 Pengenalan

Jurnal yang dikritik adalah bertajuk ‘Pembangunan Modal Insan Ke Arah Meningkatkan
Kualiti Hidup Masyarakat’  oleh Haryati Shafii, Sharifah Meryam Shareh Musa dan Zakila
Abd Rahman dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor. Jurnal ini diterbitkan
dalam International Conference On Human Capital Development (ICONHCD 2009), Mei
2009. Penulis jurnal ini amat menitikberatkan keseimbangan antara pembangunan
material dan bukan material dalam konteks ekonomi Malaysia sebagai sebuah negara
membangun yang menuju ke era negara maju menjelang 2020. Penulis juga
menegaskan pembangunan mapan yang meliputi modal insan yang berpendidikan dan
berkemahiran bukan syarat utama kepada peningkatan kualiti hidup masyarakat
sekiranya nilai murni dan sahsiah dipinggirkan.

Penulisan jurnal ini dimulakan dengan pengenalan kepada sejarah revolusi


ekonomi di Malaysia selepas zaman pasca merdeka 1957. Penulis menegaskan jatuh
bangun ekonomi Malaysia bergantung kepada kestabilan politik serantau. Dasar-dasar
pembangunan ekonomi negara seperti Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar
Pembangunan Nasional (1991-2000) dan Dasar Pembangunan Wawasan (2001-2010)
bertujuan untuk menstrukturkan masyarakat Malaysia yang tidak seimbang dari segi
pegangan ekonomi. Di Malaysia juga telah berlaku kebangkitan golongan-golongan
kelas menengah, kelas korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) secara drastik untuk
memperjuangkan hak tertentu seperti hak bersuara, demokrasi,integriti dan hak asasi
manusia. Pendapat penulis sejajar dengan teori kapitalis Karl Marx yang menyatakan
perkembangan kelas masyarakat melalui revolusi di mana dua kelas masyarakat dengan
fungsi sosial yang berbeza iaitu kelas poletariat dan bourgeois sentiasa wujud di dalam
mana-mana struktur masyarakat (Indraty Ismail & Zuhaili Basir, 2012). Pembangunan
ekonomi Malaysia pada era pasca merdeka juga dilihat oleh penulis sebagai tidak
seimbang antara pembangunan material dan bukan material. Penulis berpendapat
kurikulum pendidikan yang seimbang amat diperlukan bagi negara yang sedang
membangun. Hal ini kerana, pembangunan sesebuah negara bergantung kepada

1
rakyatnya. Jika rakyatnya mempunyai tahap pendidikan yang tinggi, maka negara
tersebut akan sentiasa ada sumber tenaga manusia yang berkemahiran tinggi. Sumber
tenaga manusia amat diperlukan untuk menstabilkan status ekonomi dan politik negara.
Pendidikan, ekonomi, politik dan sosial dapat menjurus kepada pencapaian wawasan
2020.

Jurnal ini diulas secara teratur dan sistematik dengan pembahagian sub topik
yang diagihkan mengikut keutamaan topik yang dibincangkan. Perbincangan utama di
dalam jurnal ini adalah berkaitan isu pembangunan modal insan dan kesannya terhadap
kualiti hidup sesuatu masyarakat. Pada bahagian ini, penulis mengaitkan nilai-nilai murni
yang harus diterapkan dalam individu masyarakat selain daripada pembangunan
ekonomi secara fizikal. Penulis membuat analogi pembangunan modal insan sebagai
elemen “software” yang memerlukan ketelitian dan pengaturcaraan yang utuh dalam
memastikan transformasi sosial bergerak seiring dengan transformasi ekonomi dan
politik dalam masyarakat. Penulis juga mengutarakan kebimbangan perubahan pola
sikap , budaya dan pemikiran golongan muda yang semakin membimbangkan. Contoh
gejala negatif yang ditekankan ialah gejala penagihan dadah, pelacuran, mat rempit dan
mengejar kehidupan glamour. Penulis mempertikaikan dasar pembangunan negara
yang bertukar daripada sebuah negara pertanian kepada negara yang berasaskan
industri dan perkhidmatan tetapi tidak disertakan dengan pembangunan modal insan
yang terancang dan berfokus. Pada bahagian ini jelas penulis menggunakan idea dan
gagasan Wawasan 2020 yang dibentangkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad sebagai
suatu dasar yang mengambil kira pembangunan modal insan seiring dengan
pembangunan ekonomi. Malangnya daripada sembilan cabaran yang terdapat di dalam
Wawasan 2020, cuma cabaran kesembilan sahaja digembar gemburkan iaitu
pembangunan ekonomi. Sedangkan lapan cabaran yang lain bersifat sosial, budaya dan
politik seolah-olah diketepikan oleh pemerintah khususnya dan masyarakat amnya.

Pada bahagian yang seterusnya penulis menghuraikan secara ringkas tentang


pengertian kualiti hidup. Penulis mengambil tiga pendekatan falsafah yang menentukan
suatu kualiti hidup iaitu yang pertama ialah kebaikan normatif berasaskan pegangan
agama, falsafah dan sistem-sistem yang lain. Kedua ialah kepuasan pilihan (satisfaction
of preferences) dan ketiga ialah bergantung kepada pengalaman individu kerana

2
dikatakan kualiti hidup adalah sesuatu yang subjektif mengikut sains psikologi dan
perlakuan individu itu sendiri.

Diskusi penting di dalam jurnal ini terletak pada bahagian yang seterusnya iaitu
konsep pembangunan modal insan. Penulis memfokuskan perbincangan tentang
pembangunan modal insan pada masa kini sangat penting kerana ia bakal menentukan
corak pembangunan generasi akan datang. Sekali lagi penulis menegaskan elemen
pemerkasaan manusia yang melibatkan agensi di peringkat makro dan mikro.
Pembangunan sesebuah negara bukan sekadar bergantung kepada pembangunan dan
kemajuan ekonomi semata-mata, malah elemen terpenting ialah pemerkasaan set nilai
murni dalam kalangan masyarakat yang menitikberatkan kebertanggungjawaban,
integriti, amanah dan sebagainya.

Bahagian terakhir, penulis menggabungkan kesemua idea utama iaitu


bagaimana dikatakan pembangunan modal insan dan keseimbangan dalam
pembangunan menyumbang kepada kualiti hidup masyarakat. Penulis membuat
kesimpulan bahawa sememangnya Malaysia telah beransur maju dalam pembangunan
ekonomi dan semakin mencapai kestabilan politik namun daripada sudut pembangunan
modal insan, Malaysia masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan sesetangah
negara membangun yang lain (Abd Rahman, 2007). Penulis menyatakan sistem
pendidikan yang disediakan oleh sekolah dan institusi pendidikan bukan penyelesaian
kepada isu pembangunan modal insan kerana ia dilihat lebih cenderung untuk
menyediakan tenaga kerja bagi memenuhi pasaran kerja sahaja namun masih belum
memenuhi tuntutan kehidupan masyarakat yang sejahtera dan berkualiti.

2.0 Kritikan Jurnal

2.1 Kekuatan Jurnal

Jurnal ini mempunyai beberapa kelebihan yang jelas. Penulis berusaha untuk
menunjukkan perubahan ekonomi dan status sosial yang dialami oleh masyarakat
Malaysia secara teratur. Apabila membaca jurnal ini, para pembaca dapat pelbagai info
tentang objektif kewujudan dasar-dasar pembangunan ekonomi negara yang bertujuan
memacu ekonomi dan meningkatkan tahap sosial penduduk. Jurnal ini juga

3
mengungkapkan kepentingan pembangunan modal insan dalam sesebuah negara.
Penulis menyatakan pelbagai contoh gejala negatif yang semakin membimbangkan
wujud dalam situasi sosial masyarakat dan pada masa yang sama ekonomi negara
sedang memacu ke arah negara maju. Kestabilan politik juga bukan jaminan kepada
kelestarian pembangunan yang mapan kerana bagi penulis jurnal ini, keseimbangan
pembangunan modal insan akan menentukan kualiti hidup sesebuah masyarakat.
Penelitian pembangunan manusia oleh penulis juga menerangkan kesan ke atas
negara jika masyarakat tidak dibentuk dengan sempurna mengikut kesesuaian
perubahan global.  Strategi pembangunan ekonomi yang bermatlamat mengaut
keuntungan dan kekayaan fizikal semata-mata dikhuatiri tidak bertahan lama sekiranya
generasi masyarakat yang tidak bermoral, berintegriti dan tidak mempunyai jati diri
mewarisi tampuk kepimpinan negara. Penulis juga dengan jelas menyatakan perubahan
yang perlu dibuat ke atas kurikulum di sekolah dan institusi pendidikan bagi menghadapi
era globalisasi tanpa sempadan yang mungkin merencatkan pembangunan modal insan
negara. Pembaca akan memperoleh banyak idea berkenaan pembentukan modal insan
kerana penulis dapat menyatakan banyak isu yang berkaitan dengan pembangunan
manusia dan kesannya terhadap kualiti hidup. Bersesuaian dengan teori diffusion yang
memungkinkan sumber tenaga kerja daripada luar terutamanya golongan ekspatriat
yang bekerja di dalam atau pun luar negara membawa masuk budaya asing ke
Malaysia. Perubahan sosial adalah sesuatu yang tidak boleh dihalang namun
kebijaksanaan masyarakat dalam mengadaptasi proses modenisasi perlu dititikberatkan.
Di sinilah pembangunan modal insan bakal mencorak hala tuju masyarakat Malaysia
dalam menyeimbangkan ekologi budaya.

Kekuatan seterusnya ialah sumber yang dirujuk dalam penghasilan jurnal ini.
Penulis telah merujuk bahan rujukan yang mempunyai banyak fakta dan dapatan  kajian.
Penulis menghuraikan pelbagai jenis konsep pembangunan modal insan yang lebih luas
daripada tokoh-tokoh yang berkaitan seperti Mahbub Haq dan Tun Dr. Mahathir
Mohammad. Hal ini, akan membantu pengkaji lain yang membaca untuk membuat kajian
lanjutan tentang pembangunan modal insan ke arah meningkatkan kualiti hidup
masyarakat. Perubahan gaya hidup yang dipelopori oleh Tun Mahathir Mohamad
dengan penghasilan lebih banyak golongan kolar putih dan kolar biru bagi memacu
ekonomi negara bertujuan mengimbangi ketidakseimbangan sosial yang wujud sejak
zaman penjajahan British.

4
2.2  Kelemahan Jurnal

Kelemahan yang terdapat dalam jurnal ini ialah tiada kajian yang dijalankan oleh penulis.
Jurnal ini semata-mata hanya menerangkan fakta-fakta tentang pembangunan manusia,
konsep kualiti hidup dan konsep pembangunan modal insan. Penulis sepatutnya
menjalankan satu kajian deskriptif dan inferensi yang bertujuan menilai korelasi antara
pembangunan modal insan dengan kualiti peningkatan kualiti hidup masyarakat. Penulis
juga boleh mengunakan kaedah analisis kandungan jika terdapat kekangan dalam
membuat kajian bagi pembangunan modal insan di Malaysia. Seterusnya penulis tidak
mengaitkan pelaburan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan untuk memabangunkan
sistem pendidikan bagi membekalkan tenaga kerja mahir seiring dengan pembangunan
ekonomi negara dan membandingkannya secara relatif dengan pembangunan modal
insan sedia ada.

Kelemahan seterusnya ialah penulis tidak menggunakan sebarang bentuk grafik.


Jurnal ini hanya mengandungi tulisan fakta. Para pembaca akan tertarik jika terdapat
carta, rajah ataupun jadual bagi menerangkan intipati jurnal. Bentuk grafik dapat
menyampaikan maklumat dengan mudah dan cepat. Pembaca juga dapat menganalisis
dapatan jurnal ini dengan mudah dan terarah.

Pada bahagian kesimpulan juga penulis kurang kritik terhadap pembangunan


modal insan di Malaysia. Penulis harus lebih berani mengambil contoh pendekatan
negara membangun serantau yang lebih tegas dalam aspek pembangunan modal insan
seperti negara Brunei Darussalam yang sangat mementingkan pegangan Islam dalam
sistem pendidikan arus perdana di negara mereka.

3.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, penulisan jurnal ini telah berjaya membuktikan kerelevanan


pembangunan modal insan dengan peningkatan kualiti hidup masyarakat khususnya di
Malaysia. Penilaian terhadap program pembangunan modal insan sememangnya patut
dilaksanakan secara menyeluruh bagi memastikan kedudukan negara Malaysia setaraf
dengan negara-negara maju yang lain. Sesungguhnya, pembangunan modal insan perlu
diutamakan sebagaimana pihak kerajaan mengutamakan pembangunan ekonomi.

5
Pendidikan memainkan peranan penting dalam membangunkan modal insan yang
mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, keperibadian mulia, berpengetahuan
dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan Negara maju untuk abad ke-21. Modal
insan yang ingin dihasilkan oleh mantan perdana menteri YAB Dato Seri Abdullah
Ahmad Badawi melalui gagasan Islam Hadhari, adalah yang mampu berfikir secara kritis
dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-
peluang baharu, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan
persekitaran yang lebih global dan sering berubah-ubah

Sistem pendidikan di Malaysia mempunyai reka bentuk kurikulumnya yang


tersendiri yang tidak hanya memfokuskan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk
membolehkan seseorang insan menjana ekonomi negara semata-mata, sebaliknya turut
memberi fokus kepada pembinaan sahsiah dan akhlak insan. Perubahan yang dilakukan
ke atas kurikulum Malaysia secara  langsung akan meningkatkan kredibiliti dan mobiliti
warganegara Malaysia. Perubahan ini akan mewujudkan negara Malaysia yang lebih
stabil dari segi ekonomi, sosial dan politik. Sistem pendidikan yang sempurna menjadi
saluran penyampaian matlamat negara kepada warganegara. Oleh itu, penggubalan
kurikulum perlu dibuat berdasarkan keperluan pasaran ekonomi dunia dan tidak sesekali
meminggirkan keperluan pembangunan modal insan.

Rujukan

Abdul Rahman Embong. (2007). Pembangunan Negara, Komuniti Dan Insan Melampaui
2020. Bangi. Institut Kajian Malaysia Dan Antarabangsa.

Indriaty Ismail & Mohd Zuhaili Kamal Basir. (2012). Karl Marx Dan Konsep Perjuangan
Kelas Sosial. International Journal oF Islamic Thought. Vol. 1: (June) 2012

Marzita Puteh. (2006). “Semua Bersiap Sedia Hadapi RMK-9”. Utusan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai