Anda di halaman 1dari 2

LAMPIRAN A

KRITERIA PENILAIAN PROSES PENCALONAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN


BAGI PROGRAM CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH DI BAWAH KPM

PERANAN : PEGAWAI PENYOKONG

KRITERIA PENILAIAN

1. PERSONALITI/KEPERIBADIAN (50%)

Personaliti adalah ciri-ciri tingkahlaku, keperibadian dan perwatakan yang dapat


diperhati dan dinilai melalui tingkahlakunya dalam sesuatu situasi.

(i) Beraspirasi : Berkeinginan atau bercita-cita tinggi untuk mencapai sesuatu


(ii) Kompeten : Mempunyai pengetahuan, kebolehan dan kemahiran untuk
melakukan sesuatu dengan jayanya
(iii) Strategis : Berkeupayaan untuk merancang dan berkebolehan menyusun
strategi-strategi dalam mencapai satu tujuan/objektif dalam
jangka masa yang panjang
(iv) Berwawasan : Berpandangan jauh tentang kemajuan atau perkembangan
masa depan dan hala tuju sesuatu

(v) Profisien : Cekap dan mahir dalam melaksana/menyiapkan tugasan dan


tanggungjawab yang diberikan

2. SAHSIAH DIRI (50%)

Sahsiah merujuk kepada sistem kecenderungan bertingkahlaku individu. Setiap individu


mempunyai cara bertindak yang tersendiri dan corak keseluruhan seseorang individu
merangkumi cara berfikir, berasa, bertingkahlaku dan cara berhubungnya dengan
persekitaran.

(i) PemikiranTerbuka : Bersedia dan mengambil tahu akan perkara yang berlaku
di persekitaran, tidak mengikut emosi serta menerima
segala kritikan secara positif
LAMPIRAN A

(ii) Keperibadian : Perwatakan dan sifat khusus yang terdapat pada individu
yang membezakannya dengan individu lain

(iii) Tingkah Laku : Pergaulan atau peribadi seseorang dalam situasi tertentu

(iv) Berdaya Saing : Mempunyai kemampuan dan berkeupayaan untuk maju


dan berkembang

(v) Hubungan : Kemampuan dan kemahiran profesionalisme dalam


dengan rakan berhubung, berkomunikasi dan melaksanakan tugasan
dengan persekitaran, rakan sekerja serta pegawai atasan
sekerja dan
pegawai atasan

Catatan:
Kriteria penilaian ini adalah sebagai rujukan dan panduan kepada pegawai penyokong untuk
meneliti permohonan calon. Pegawai penyokong boleh meminda atau menambah kriteria lain
berdasarkan keperluan dan kesesuaian.

Anda mungkin juga menyukai