Anda di halaman 1dari 2

Tajuk Kerja Amal : Projek Kitar Semula

Penganjur : Panitia Pendidikan Moral

Matlamat : i) Memberi kesederan kepada pelajar tentang kepentingan kitar semula.


ii) Memupuk sikap kerjasama dalam kalangan pelajar.
iii) Memupuk nilai-nilai murni moral pada pelajar.

Objektif : i) Melahirkan generasi yang ada kesederan dan keinsafan diri dari segi
tanggungjawabnya terhadap alam sekitar dan masyarakat.
ii) Memupuk nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar dalam kalangan
pelajar.
iii) Menyedarkan pelajar tentang akibat pencemaran alam sekitar.
iv) menanamkan sikap positif, berdisiplin, bekerjasama, bertanggungjawab,
kreatif dan berketerampilan untuk mendepani arus kemajuan dan kemelut alaf
mendatang.

Tarikh : 10 Julai 2009 (Jumaat)

Masa : 7.30 pagi – 10.00 pagi

Orang yang terlibat: 114 orang pelajar Pendidikan Moral Tingkatan 4 dan 4 orang guru pengiring.

Peranan saya:

Pada pagi yang cerah itu, Program kitar semula SMK Taman Tasik telah bermula selepas
perhimpunan pagi. Saya beberapa orang rakan lelaki mengeluarkan bahan kitar semula yang
dikumpul beberapa hari yang lepas. Antaranya termasuklah botol air, kotak-kotak, kertas lama, kaca
dan tin aluminium. Bahan kitar semula telah diletakkan di tapak perhimpunan dan kotak-kotak telah
digunakan semula untuk mengumpulkan bahan kitar semula di sekolah.

Kemudian , saya telah meronda dan memeriksa sekitar bangunan Titiwangsa, bilik guru dan
makmal dengan harapan untuk mengumpulkan bahan kitar semula. Selepas itu, saya
mengkategorikan bahan-bahan tersebut ke stesen yang telah disediakan, khususnya stesen kaca,
stesen kertas, dan stesen aluminium dan plastik. Saya turut menolong mengemaskan surat khabar,
mengaturkan kaca dan memisahkan aluminium dengan plastik di ketiga-tiga stesen tersebut.

Apabila lori pihak pembeli bahan kitar semula tiba, saya menolong pekerja untuk menaikkan
bahan-ahan ke dalam lorinya. Projek kita berakhir dengan sempurna tepat pada masanya apabila
hujan bermula.
Kesan:

Daripada aktiviti ini, saya mendapat iktibar gakni ketika meronda dan memeriksa banguan
Titiwangsa, bilik guru dan makmal, saya perlu mengetepikan kepentingan diri dalam usaha
mengekalkan ‘kesihatan’ bumi kita. Saya sanggup mengutipkan tin-tin aluminium yang terbuang di
tong sampah. Sebelum ini, saya tidak akan berbuat demikian kerana beranggap kitar semula bukan
kewajipan saya. Namun, saya telah insaf dan cuba sedaya melaksanakan kewajipan saya terhadap
alam sekitar. Saya akan mengumpulkan kertas-kertas yang telah digunakan untuk dikitar semula
sebagai langkah praktikal bagi janjian saya.

Saya menyedari bahawa kitar semula adalah aktiviti yang begitu memanfaatkan kita.
Sekiranya kita kitar semula, kita dapat mengurangkan pembuangan di samping mengekalkan
keseimbangan ekosistem. Kita dapat mengelakkan pembalakan demi memnbuat kertas dan
seterusnya dapat mengelakkan untuk menghapuskan habitat makhluk lain di dunia ini.

Sikap saya haruslah inisiatif dan tidak putus asa dalam menjaga alam sekitar. Walaupun kitar
semula bukan kewajipan setiap orang, namun saya akan mengambil inisiatif untuk menyertai aktiviti-
aktiviti melindungi alam kita.

Anda mungkin juga menyukai