Anda di halaman 1dari 4

4 Kepentingan teori komunikasi kepada masyarakat

Pengenalan
komunikasi dalam masyarakat adalah penting bagi mendapatkan sesuatu gambaran yang
lebih jelas bagaimana sesuatu perkara atau kejadian itu boleh berlaku. Little John (2009)
menegaskan bahawa teori adalah ringkasan dan rekaan, bukannya realiti. Beliau juga,
menyatakan bahawa “teori ialah satu percubaan untuk menerangkan dan menjelaskan
satu pengalaman atau satu idea tentang bagaimana sesuatu kejadian berlaku. Melalui
penyampaian maklumat yang lebih terperinci, sesuatu maklumat itu akan lebih mudah
diterima dan juga dapat membantu bagi menyelesaikan atau merungkaikan sesuatu
permasalahan yang terjadi. Impak-impak positif dan nilai murni terhasil dalam sesuatu
masyarakat seperti mencapai sesuatu kesepakatan dalam perbalahan atau menyelesaikan
sesuatu keraguan atau masalah, ini dibantu dengan adanya komunikasi.
Secara keseluruhannya bahawa komunikasi merupakan tunjang dan asas utama dalam
kehidupan bermasyarakat kerana ia berkait rapat dengan tugas serta aktiviti harian kita
khususnya dan masyarakat amnya. Dengan danya komunikasi kita dapat memberitahu,
menghantar dan menerima pesanan kepada seseorang. Tidak hanya di situ, melalui
komunikasi, hubungan kemasyarakatan dapat diterapkan melalui komunikasi yang
berunsur hiburan dan jenaka yang boleh mengeratkan hubungan antara individu dan
masyarakat di dalam sesebuah komuniti itu khasnya. Setiap ruang dan aspek kehidupan
kita dipengaruhi oleh komunikasi yang baik mahupun komunikasi dengan cara yang kurang
baik, ia jelas mencakupi segala aspek kehidupan masyarakat. Dengan demikian
komunikasi tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan umat manusia dan masyarakat. Ia
amat diperlukan untuk mengatur aktiviti seharian dan pergaulan antara manusia.

Maksud Teori Komunikasi.


Pertumbuhan dan perkembangan komunikasi pada dunia konvergen berupaya mencantumkan
pelbagai bidang yang ada pada masa kini. Dalam kehidupan manusia sejagat, perhubungan
merupakan suatu agenda yang utama untuk membentuk sesuatu kejayaan dan matlamat iaitu
melalui teori komunikasi.
Teori Komunikasi bermaksud pernyataan untuk menerangkan, menjelas, menilai dan
membuat ramalan terhadap komunikasi. Gabungan konsep antara teori iaitu pernyataan
dengan komunikasi telah membentuk satu tanggapan atau proses yang berfaedah untuk
penyelidikan. Melalui pentakrifan di atas, teori komunikasi merupakan aspek yang amat
penting dalam kehidupan manusia. Kepentingan teori komunikasi ini memberi kesan
terhadap individu, ahli keluarga, organisasi dan pendidikan akademik. Teori komunikasi ini
dapat membantu kita memahami, menyusun dan membuat rumusan dalam setiap tindakan
yang dilakukan.

1
Menurut Syed Arabi (1998) teori mempunyai empat peranan dan ciri, Iaitu;
i) Penerangan − Suatu teori yang baik dapat menerangkan sebab berlakunya sesuatu
fenomena. Dengan menggunakan teori yang relevan, seorang penyelidik dapat
menerangkan kaitan antara dua atau lebih konsep.

(ii) Penjelasan − Teori dapat menjelaskan sebab wujudnya sesuatu fenomena dengan
menyatakan konsep yang terdapat dalam teori berkenaan.

(iii) Ramalan − Jika sekiranya kita mendapati berlaku suatu fenomena dan dapat pula
memperincikan beberapa konsep dalam fenomena tersebut maka kita boleh
meramalkan bahawa fenomena tersebut akan berlaku pada masa depan andainya
terdapat konsep yang berkenaan dalam teori kita.

(iv) Pengawalan penyelidikan − Teori mendorong seseorang penyelidik membuat sesuatu


bentuk kajian. Jika sesuatu teori tidak dapat dipertahankan lagi, maka penyelidik
tersebut akan menjauhkan diri daripada melakukan kajian atau cuba memperkenalkan
konsep lain dalam usaha memastikan teori tersebut. Jika teori dinyatakan sebagai
telah diuji maka sarjana akan lebih berminat untuk memperincikan konsep terdapat
dalam teori tersebut.

Kepentingan Teori Komunikasi kepada Masyarakat

Teori Komunikasi adalah penting kepada masyarakat kerana ianya akan akan menjadi asas
pembentukan sosial diantara individu. Lasswell (1949) menyatakan melalui komunikasi
manusia dapat mengetahui peluang yang ada untuk dimanfaatkan, dipelihara dan
mengelakkan daripada perkara-perkara yang akan mengancam persekitarannya. Dalam
kehidupan bermasyarakat, komunikasi juga merupakan suatu asas yang penting bagi
meningkatkan pengetahuan individu dan kelompok masyarakat yang tinggal dalam komuniti
persekitarannya. Melalui komunikasi manusia dapat mengetahui sesuatu kejadian atau
peristiwa yang telah dan akan berlaku, sesuatu pengetahuan atau berita itu disebarkan dengan
mudah melalui komunikasi. Malah melalui komunikasi manusia dapat mengembangkan
pengetahuan dan mendalami sesuatu ilmu yang dipelajarinya berdasarkan pengalamannya
ataupun berdasarkan maklumat atau informasi yang mereka terima daripada lingkungan
persekitarannya.

2
Selain daripada itu komunikasi juga menjelaskan maklumat secara terperinci kepada
masyarakat, komunikasi di dalam sesuatu komuniti atau masyarakat juga amat penting bagi
menjelaskan sesuatu perkara yang perlu disampaikan kepada seseorang dengan cara yang
baik dan maksud yang jelas yang boleh memberikan sesuatu impak positif di antara pihak
yang terlibat. Teori komunikasi ialah satu kenyataan yang mengandungi konsep yang
membantu memberi secara terperinci atau sebahagian daripada sesuatu maklumat,
keterangan, penjelasan dan mempunyai persamaan diantaranya yang membolehkan seseorang
memahami, menjelas dan menilai fenomena serta ramalan (Cragan and Shields, 1998).
Apabila sesuatu maklumat disampaikan dengan terperinci dan nyata, perbalahan antara pihak
yang terlibat dalam komunikasi tersebut dapat dielakkan.

Kesimpulan
Teori komunikasi merupakan kemahiran yang sangat mustahak dalam kehidupan kita. Ia
bukan sahaja diperlukan dalam kita menjalani kehidupan seharian, tetapi ia juga amat penting
dalam segala aktiviti profesional dan kemasyarakatan. Komunikasi merupakan kenderaan
yang digunakan untuk mendapatkan ilmu, maklumat, dan idea. Dengan komunikasi jugalah
kita boleh menukar fikiran orang lain. Teori komunikasi juga merupakan satu penyataan yang
boleh menerangkan, menjelaskan sesuatu perkara, fenomena atau kejadian komunikasi. Oleh
itu, teori komunikasi ini amat penting terhadap individu untuk membina hubungan
interpersonal dengan individu yang lain di samping dapat menjadikan keluarga sesebuah
institusi kekeluargaan yang bahagia dan persefahaman antara satu sama lain. Selain itu juga,
teori komunikasi juga penting bagi mewujudkan organisasi yang mantap serta memperolehi
maklumat dengan tepat. Pendidikan akademik juga memerlukan teori komunikasi yang
berkesan bagi memudahkan penyampaian ilmu yang betul di antara guru dan para pelajar di
sekolah.

3
RUJUKAN
Borman. (1989). Clegg, S. R., Kornberger, M. & Pitsis, T. (2012). Managing and
organizations: an introduction to theory and practice 3rd ed. London: Sage
Cragan, J. F., & Shields, D. C. (1998). Understanding communication theory: The
communicative forces for human action. MA: Allyn & Bacon.
Laswell, H. (1948). The structure and function of communication in society. The
communication of ideas. New York: Harper
Langley, M. (2006). How to Pass the DQT. Blogspot. Diambil dari:
http://michael.langley.id.au/blog/posts/37
Littlejohn, S. W. (2009). Evaluating communication theory. In S. W. Littlejohn & K. A. Foss
(Eds.), Encyclopedia of Communication Theory, Vol. 1. Thousand Oaks, CA: Sage.
Abdul Aziz Yusuf. (2008). Peranan komunikasi dalam hubungan kekeluargaan. Seminar
Kaunseling Kekeluargaan (pp. 82-89). Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.