Anda di halaman 1dari 4

sejak awal ada suara dalam kalangan masyarakat meminta supaya tindakan segera diambil untuk

membendung COVID-19, termasuk melakukan kawalan pergerakan. Kesedaran seperti ini timbul
kerana mencontohi langkah pengawalan dianggap berkesan di negara yang lebih awal menerima
kesan wabak itu yang disampaikan dalam kalangan warganegara melalui teknologi komunikasi
baharu khususnya internet.

Pemerintah ternyata peka dengan pandangan umum dan mengambil langkah segera membendung
wabak ini melalui langkah kawalan pergerakan. Maklumat dan prosedur disampaikan dengan begitu
baik.

Kaedah komunikasi krisis diamalkan pemerintah dipuji rakyat, terutama terhadap Kementerian
Kesihatan (KKM) yang dibantu media. Ketua Pengarah KKM bertindak sebagai wakil tunggal dalam
menyampaikan sebarang maklumat mengenai COVID-19. Satu praktis bertepatan dengan konsep
asas komunikasi krisis, iaitu 'pengurusan ialah fungsi komunikasi.'

Suatu lebih menarik berkaitan situasi ini ialah komunikasi memainkan peranan penting dalam
menzahirkan kesepaduan rakyat Malaysia ketika menghadapi krisis COVID-19. Kita harus sedar
anggota masyarakat mempunyai pelbagai latar belakang pengetahuan. Mereka mempunyai alat
komunikasi baharu yang mudah untuk menyebarkan mesej, maklumat atau pandangan.

Zaman komunikasi oleh massa ini, bukan seperti dahulu yang dipelopori media sahaja seperti
akhbar, radio dan televisyen. Kini, setiap warga boleh menjadi pemberita atau penyiar tanpa
profesion seakan-akan seorang wartawan sebenar di syarikat media. Mereka akan menyiar atau
menghubungkan sesuatu maklumat tidak kira fakta itu benar atau salah.

Kalau dahulu akhbar atau institusi penyiaran boleh membentuk pendapat umum, tetapi kini individu
berpengaruh juga boleh membentuk pendapat umum sendiri, sama ada melalui blog, YouTube,
Facebook atau Twitter.

Media baharu, terutama media sosial sering dipersalahkan kerana mewujudkan pelbagai maklumat
dan melahirkan netizen yang menyeleweng seperti scammer, penyebar berita palsu, pencetus
kontroversi dan pembiak konflik.

Dalam kes COVID-19, tanggapan ini menjadi sebaliknya kerana jika ditinjau secara rambang, ramai
warga mengkomunikasi perkara yang lebih mendukung menghalang penularan wabak ini secara
positif.
Seluruh dunia dibelenggu dengan ancaman virus SARS-CoV-2 atau lebih dikenali COVID-19 yang
belum pernah terjadi sebelum ini sehingga meragut ratusan ribu nyawa manusia. Ketua Pengarah,
Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Dr. Tedros Adhanom, secara rasmi telah mengeluarkan kenyataan
mengklasifikasikan penyebaran virus COVID-19 ini sebagai wabak pandemik. Sehingga ke hari ini
lebih dua juta penduduk dunia telah dijangkiti wabak berbahaya ini dan telah meragut lebih 160 ribu
nyawa.

Malaysia antara negara terawal mengikuti nasihat dari Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) dengan
mengambil langkah drastik melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac
lalu. Sebelum itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan kempen kesedaran
seperti melakukan penjarakan sosial selain turut menjaga kebersihan diri termasuk kerap mencuci
tangan bagi menghentikan penularan penyakit ini.

Pelaksanaan PKP ini telah menyebabkan penutupan banyak premis perniagaan, sekolah dan institusi
pendidikan.  Secara automatic gaya hidup masyarakat berubah 360 darjah. Bagi sebilangan besar
komuniti dan organisasi, mereka disaran untuk bekerja dari rumah dengan mengadakan
perbincangan dan perjumpaan di atas talian. Segala amalan biasa yang menjadi rutin harian terus
bertukar ke norma baharu akibat bawaan pandemik ini.

Menghadapi saat getir sebegini, pengurusan komunikasi yang berkesan amatlah penting bagi
memastikan masyarakat dilengkapi dengan maklumat yang tepat. Maklumat yang tepat
membolehkan masyarakat faham situasi sebenar yang berlaku dan boleh membuat keputusan
dengan bijak bagi membendung krisis ini agar tidak semakin parah.

Apatah lagi di saat genting yang melibatkan hidup dan mati seseorang ini, ada satu garis pemisah
yang jelas berbeza antara komunikasi berasaskan harapan yang disertai dengan niat yang baik
dengan komunikasi berasaskan pembuktian saintifik. Sebagai contoh, kenyataan Amerika Syarikat
untuk membenarkan organisasi memulakan operasi semula bagi menyelamatkan ekonomi negara
amatlah bertentangan dengan saranan yang dikemukakan oleh pihak berkuasa kesihatan awam
persekutuan. Komunikasi berasaskan harapan ini boleh memburukkan lagi keadaan, menyebabkan
kekeliruan dan protes dalam kalangan masyarakat.

Pengurusan komunikasi yang berkesan mampu memberi kesan positif kepada organisasi. Berikut
dikongsikan sedikit cadangan pengurusan komunikasi yang berkesan dalam menghadapi krisis
COVID-19:

1. Membina kepercayaan.

Kepercayaan adalah prinsip utama dalam komunikasi risiko.Tanpa kepercayaan ini, masyarakat tidak
akan mempercayai atau bertindak terhadap maklumat yang diberikan oleh KKM atau pihak berkuasa
yang lain. Sebolehnya, salurkan maklumat yang tepat yang anda ada. Sebagai jurucakap, anda tidak
boleh mengatakan semuanya akan baik-baik saja sekiranya anda tidak tahu perkara sebenar yang
sedang berlaku. Nyatakan apa yang anda tahu dan apa kerajaan lakukan mengenainya. Beritahu
orang ramai apa yang boleh mereka lakukan. Sebagai contoh sebarkan kempen-kempen kesedaran
dan pemujukan seperti tips menjaga kesihatan dan keselamatan semasa tempoh PKP. Ketika inilah
anda sebagai penasihat atau ketua pasukan perlu peka dengan perkembangan semasa, peka dengan
segala informasi dan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan serta terus memberi kerjasama yang
baik dengan pihak bertanggungjawab.

2. Jangkakan senario yang berpotensi


Jangan menunggu sehingga krisis atau bencana betul-betul berlaku. Pengurusan atasan perlu
sentiasa bersedia dengan ramalan kebarangkalian sesuatu bencana itu berlaku. Contohnya ketika
melihat situasi semasa yang melanda dunia, pihak pengurusan perlu terlebih dahulu menjangkakan
wabak COVID-19 ini juga bakal menyerang organisasi.Oleh itu satu garis panduan perlu disediakan
tentang bagaimana menghadapinya serta apa tindakan dan peranan setiap pihak untuk
mengatasinya.

3. Sedia dan hebahkan maklumat yang tepat dan pantas

Sewaktu penularan Covid-19, apa yang penting adalah maklumat..maklumat dan maklumat.
Maklumat perlu tepat dan kebenarannya tidak boleh disorok. Maklumat perlu pantas disampaikan
kepada orang ramai. Apabila penularan COVID-19 berlaku, orang ramai seperti pekerja, pelajar dan
ibu-bapa hendak tahu; apa yang perlu mereka lakukan? apa yang dirancang organisasi? adakah
organisasi telah mengambil tindakan yang sewajarnya? Maklumat begini sangat penting untuk tidak
menimbulkan panik terutama jika melibatkan nyawa seseorang. Apabila terdapat kes yang disyaki
COVID-19, keluarkan satu kenyataan untuk orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga sebaik
sahaja anda mengetahuinya. Jangan biarkan segala spekulasi, fitnah dan khabar angin
bermaharajalela bermain di bibir masyarakat tanpa maklumat yang sahih. Sekiranya terdapat ralat
pada hebahan, akui sahaja kesalahan dan segeralah memohon maaf.

4. Bina pasukan atau Jawatankuasa Pengurusan Krisis atau Bencana

Jawatankuasa ini perlu bersedia dan bersidang dalam masa 24 jam setelah berlakunya krisis atau
bencana. Penubuhan pasukan ini sangat penting bagi merangka gerak kerja dan memutuskan
tindakan pantas yang harus diambil untuk mengekang penularan wabak pandemik ini.

5. Libatkan pihak berkepentingan

Pihak berkepentingan yang dimaksudkan terdiri daripada pekerja, pelajar, komuniti setempat,
pelanggan dan orang awam.  Semuanya  memerlukan jawapan yang jelas untuk soalan asas yang
sama; seberapa buruk penularan wabak Covid-19 dan adakah organisasi mengawal wabak dengan
baik? ..Pihak pengurusan perlulah mempamerkan keprihatinan mereka dengan cara memahami
situasi, sikap dan kepercayaan orang ramai. Platform komunikasi alternatif perlu diwujudkan segera
seperti aplikasi Telegram dan Whatsapp yang boleh diakses bila-bila waktu. Ini bertujuan untuk
mewujudkan komunikasi dua hala dengan pihak berkepentingan. Aplikasi seperti ini dapat
memudahkan proses mendapatkan maklumat daripada orang ramai, contohnya melalui soal-selidik
pantas googleform.

Selain itu, pihak pengurusan organisasi juga boleh meluaskan komunikasi bersama masyarakat
melalui penggunaan media sosial seperti facebook, Instagram atau Twitter. Melalui platform ini,
organisasi boleh menyalurkan maklumat kepada masyarakat secara proaktif dan berkala. Pastikan
organisasi merancang dengan baik maklumat yang ingin disampaikan. Maklumat yang disampaikan
perlulah berbeza mengikut peringkat krisis. Penting untuk organisasi memahami dahulu fasa krisis
organisasi. Melalui media sosial juga, pihak pengurusan perlu peka dengan setiap persoalan yang
diutarakan di media sosial terbabit dan cubalah untuk memberi maklum balas dengan kadar segera.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada organisasi khususnya dan masyarakat awam
amnya dalam menguruskan krisis komunikasi sesuatu krisis atau bencana. Dengan penyaluran
komunikasi yang terancang dan tepat, diharap masyarakat dapat mempersiapkan diri dengan ilmu
yang betul dan bertindak secara bijak bagi menjaga keselamatan diri dan keluarga. Masyarakat juga
disaran supaya mendapatkan maklumat yang betul dari sumber yang dipercayai. Semoga dengan
maklumat dan pengetahuan yang terkini, kita dapat memutuskan penularan wabak COVID 19
dengan segera.