Anda di halaman 1dari 10

SCCA 2083 UNDANG-UNDANG KOMUNIKASI

1.0 PENGENALAN KES

Pengurus kedai kasut Muhammad Zaidi Abdullah, didenda RM3,500 dan dipenjara

sehari oleh Mahkamah Sesyen pada 20 Julai 2017 kerana menghantar komunikasi jelik

dengan cara mengedit gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama

wanita berpakaian menjolok mata, melalui akaun Facebooknya, tahun lepas. Hakim Zaman

Mohd Noor menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Zaidi Abdullah, 40, yang

merupakan Orang Kena Saman (OKS), selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah hari

ini atas tiga pertuduhan.

Hari ini ditetapkan untuk sebutan semula kes.Mahkamah menjatuhkan hukuman denda

masing-masing RM1,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda bagi pertuduhan

pertama dan kedua. Bagi pertuduhan ketiga OKS didenda RM1,500 dan dipenjara sehari.

Hakim itu juga memerintahkan dia dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda.Bagi

pertuduhan pertama hingga ketiga, Muhammad Zaidi didakwa menggunakan perkhidmatan

aplikasi melalui laman profil Facebook 'Zaidi Zura' di suatu pautan secara sedar membuat dan

memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati

orang lain pada 4.07 pagi, 6.31 petang dan 7.35 petang pada tarikh 3, 5 dan 6 Disember

2016.

Kesemua pautan itu kemudian telah dibaca di sebuah alamat No.A-1110, Tingkat 11,

Menara A, Pandan Kapital, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah di sini, pada 5 petang, 3

Januari 2017. Zaman ketika membuat keputusan itu berkata mahkamah mempertimbangkan

faktor kepentingan awam dan mengambil kira permohonan maaf daripada OKS ketika
1
SCCA 2083 UNDANG-UNDANG KOMUNIKASI

menjatuhkan hukuman. “Mahkamah juga mendapati OKS tidak mempunyai rekod lampau

dan kesalahan itu merupakan kesalahan pertamanya,” kata hakim itu.Terdahulu Timbalan

Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Mohd Sophian Zakaria

memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara kerana masyarakat hari ini terutama

netizen seolah-olah tidak takut kepada undang-undang.

“Hinaan yang dibuat ini kepada Perdana Menteri dan tidak boleh membuat posting

yang boleh menghina jawatan tertinggi negara.“Budaya menghina dan membuat komen-

komen jelik sudah satu kebiasaan di alam maya dan tugas mahkamah adalah menjatuhkan

hukuman bagi menunjukkan mahkamah serius supaya kejadian seperti ini tidak berulang,”

katanya. Peguam Adlizan Noor, yang mewakili Muhammad Zaidi merayu hukuman ringan

atas alasan anak guamnya sudah mengaku salah dan menyesal atas kesalahan yang

dilakukannya.“Anak guam saya sentiasa memberikan kerjasama penuh dalam siasatan dan

sudah insaf serta memohon maaf kepada Perdana Menteri atas kesalahan yang

dilakukannya,” kata peguam itu.

Berdasarkan fakta kes, pengadu telah membaca satu ‘posting' Facebook atas

nama'Zaidi Zura', dan pengadu berasa marah dan sakit hati kerana tindakan OKS

mempersendakan pemimpin negara adalah suatu perbuatan tidak bermoral.Pengadu

kemudian membuat laporan kepada SKMM berhubung perbuatan Muhammad Zaidi.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan

boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda

maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh

2
SCCA 2083 UNDANG-UNDANG KOMUNIKASI

didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit

kesalahan.

2.0 ISU DAN KES DI BANGKITKAN

Dalam seksyen akta berkenaan juga dengan menyatakan mana-mana orang yang

melakukan atau cuba melakukan atau membuat apa-apa persediaan untuk melakukan, atau

berkomplot dengan mana-mana orang untuk melakukan apa-apa perbuatan yang mempunyai

kecenderungan menghasut, atau jika dilakukan akan mempunyai kecenderungan menghasut

merupakan suatu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan.

Ini berikutan perkembangan teknologi terutama media sosial telah memberi kebebasan

kepada pengguna untuk menggunakan pelbagai aplikasi untuk menghantar, berkongsi atau

menyebar kandungan sama ada data, maklumat, gambar, pesanan, video atau teks secara

digital. Kebebasan ini juga diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk menghina, atau

memperlecehkan institusi raja-raja, kerajaan, organisasi atau pun individu. Sama ada dengan

niat atau tidak, sengaja atau tidak sengaja, tindakan menghina, memfitnah dan memberikan

gambaran negatif terhadap pihak lain, boleh diambil tindakan. Apatah lagi jika ia boleh

mencetus rusuhan, kacau-bilau atau memecah-belah bangsa dan perpaduan amat bersalahan

dan perlu diatasi segera dengan pelaksanaan Akta Hasutan.

Beberapa isu dan sentimen serta insiden masa kini yang dianggap boleh mengancam

keselamatan negara sepatutnya diambil tindakan segera agar tidak merebak dan mewujudkan

3
SCCA 2083 UNDANG-UNDANG KOMUNIKASI

rusuhan antara kaum Beberapa akta sedia ada perlu dikuatkuasakan tanpa perlu menggubal

atau meminda akta–akta baharu yang memakan masa dan perlu mendapat pengesahan di

Parlimen. Enam akta itu adalah Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah 1959; Akta

Pencegahan Keganasan 2015; Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984; Akta Kesalahan

Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Selain daripada itu Suruhanjaya Komunikasi dan Multumedia (SKMM) dalam akta

memperuntukkan tindakan penguatkuasaan terhadap aduan-aduan melibatkan Seksyen 211,

Menurut seksyen ini memperuntukkan bahawa tiada pemberi perkhidmatan aplikasi

kandungan, atau orang lain yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan boleh

memberikan kandungan yang berbentuk sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik

sifatnya dengan niat mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang.

Antara lain, seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan satu kesalahan

dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali dan juga boleh didenda

selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan

selepas sabitan. Perbuatan yang di lakukan oleh Muhammad Zaidi Abdullah adalah jelas

sekali telah melanggar salah satu peruntukkan undang-undang yang telah dinyatakan.

3.0 PANDANGAN TERHADAP KES

Kebebasan merupakan salah satu tunjang utama dalam sistem demokrasi yang dianuti

oleh sebahagian besar masyarakat dunia pada hari ini. Tanpa kebebasan, masyarakat tidak

4
SCCA 2083 UNDANG-UNDANG KOMUNIKASI

akan mampu untuk menjadi warganegara yang aktif dalam membangunkan negara serta

menyuburkan sistem itu sendiri, kebebasan asas ini merangkumi kebebasan untuk bersuara,

berekspresi, berpersatuan, berhimpun dan sebagainya. Namun begitu kebebasan tidaklah

seharusnya disalah gunakan seperti yang telah dilakukan oleh Muhammad Zaidi Abdullah.

Namun demikian, kebebasan juga cenderung untuk disalahgunakan terutamanya dalam

menyebarkan unsur-unsur kebencian, baik terhadap individu, kumpulan-kumpulan

masyarakat mahupun etnik. Yang lebih membimbangkan adalah, ucapan-ucapan yang

berbaur kebencian ini cenderung untuk mewujudkan keadaan tidak tenteram, perbalahan dan

lebih parah mampu mencetuskan konflik kekerasan dalam masyarakat.Kebelakangan ini kita

seringkali diresahkan dengan bermacam isu yang mampu mengganggu-gugat ketenteraman

awam. Hal ini dapat dilihat sekurang-kurangnya melalui ucapan-ucapan sebilangan pemimpin

dan juga masyarakat awam.

Negara ini masih tidak mempunyai undang-undang yang mampu untuk mendidik

masyarakat dalam menguruskan kebebasan dengan sebaiknya. Pengenalan undang-undang

seperti mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan

1948, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta

Pencegahan Keganasan 2015 (POTA), atau yang lebih baru iaitu Akta Majlis Keselamatan

Negara 2015 walaubagaimanapun disalahgunakan oleh pihak pemerintah sendiri untuk

menghalang suara-suara pengkritik.

Antara aspek yang perlu juga dititikberatkan dalam kebebasan bersuara mahupun

kebebasan menyuarakan pendapat, adalah masyarakat umum tidak seharusnya menyalah

5
SCCA 2083 UNDANG-UNDANG KOMUNIKASI

gunakan media sosial, komunikasi atau media elektronik seumpamanya untuk sewenang-

wenangnya. Ini jika tidak dibendung akan menyebabkan masyarakat dan orang awam

menyebarkan fitnah serta menyebarkan berita yang tidak benar, menggunakan pelbagai

aplikasi untuk menghantar, berkongsi atau menyebar kandungan sama ada data, maklumat,

gambar, pesanan, video atau teks secara digital dimana mengandungi kandungan yang

berbentuk sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat mengacau,

mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang.

4.0 KESIMPULAN

Usaha untuk memberikan pemahaman serta mendidik masyarakat dalam menguruskan

kebebasan yang dimiliki dengan baik perlulah dilakukan oleh semua pihak, tidak terkecuali

desakan untuk dilaksanakan Pelan Tindakan Rabat pada peringkat perundangan negara.

Untuk mencapai hasrat ini, maka usaha-usaha untuk memperkenalkan pelan tindakan ini

secara lebih meluas perlu dilakukan. Penglibatan lebih ramai orang perseorangan serta badan-

badan bukan kerajaan bagi membincangkan dan menambahbaik pelan ini perlu dilakukan

agar cakupannya menjadi lebih meluas.

Kebebasan Bersuara, Ungkapan Kebencian & Penyalahgunaan Undang-undang Dalam

era serba moden ini, kita tidak terlepas daripada mengungkapkan segala sesuatu terutama di

laman media sosial. Kebebasan bersuara dan berekspresi ini dilihat seolah-olah tidak

mempunyai sempadan. Manusia tidak kisah apa jua latar belakang bebas bersuara tentang

6
SCCA 2083 UNDANG-UNDANG KOMUNIKASI

pelbagai perkara sama ada komen terhadap berita media, menyebarkan dakyah ideologi,

menjaja kisah hidup peribadi atau meraikan keluarga dan rakan-rakan.

Ada juga yang berjenaka, menyebarkan imej-imej serta video berunsur nasihat

mahupun “menyerang” apa-apa yang dilihat tidak enak atau tidak selari dengan pendapat

peribadi individu yang terasa. Tidak kurang hebatnya dalam era demokrasi ini, rakyat

Malaysia sejak tahun 1998 dilihat semakin berani bersuara melalui demonstrasi dengan

mempertahankan ideologi politik dan agama, membantah penindasan hak-hak tertentu dan

melakukan tuntutan bagi sesuatu tujuan. Meskipun demikian, kebebasan bersuara mahupun

berekpresi ini juga boleh disalahgunakan untuk menyebarkan kebencian.

Di Malaysia, undang-undang yang boleh digunakan untuk mencegah ungkapan

kebencian amat terhad seperti Seksyen 298 dan 298A dalam Kanun Keseksaan. Malangnya,

penguasaan undang-undang masih dilihat meragukan meskipun kerajaan meminda akta

seperti Akta Hasutan 1948. Tambahan pula, ada akta baru yang diperkenalkan seperti Akta

Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang dikenali sebagai SOSMA dan

terkini Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA). Rakyat dapat menilai sendiri bagaimana

akta tersebut diguna pakai. Ia bukanlah untuk membela suara minoriti mahupun mengekang

kebencian tetapi lebih kepada memelihara kepentingan pemerintah dengan menghalang

suara-suara sumbang yang mengkritik kerajaan.

Pelan Tindakan Rabat merupakan dokumen praktikal bagi membendung kebencian

dalam bersuara. Beberapa siri bengkel telah diadakan di pelbagai negara oleh Pesuruhjaya

Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia (OHCHR) bagi mendapatkan penilaian menyeluruh

7
SCCA 2083 UNDANG-UNDANG KOMUNIKASI

dari pakar-pakar dalam hal ini. Ia merangkumi pelaksanaan undang-undang dan dasar yang

berkait dengan advokasi terhadap kebencian nasional, kaum atau agama yang membawa

diskriminasi, permusuhan dan keganasan di peringkat nasional dan serantau. Sudah tentu ia

berusaha untuk mengekang ungkapan kebencian yang melampau, tanpa menjejaskan

kebebasan berekspresi sebagaimana yang dilindungi oleh undang-undang hak asasi manusia

antarabangsa.

Siri bengkel ini berakhir di Rabat, Maghribi pada 4 dan 5 Oktober 2012 bagi

menghasilkan analisa perbandingan bagi dapatan setiap bengkel sebelumnya. Hasilnya,

bengkel tersebut mengenal pasti tindakan bagi setiap peringkat dan untuk merangka langkah

terbaik serta alat bagi perkongsian pengalaman. Ringkasnya, kunci utama pelan tersebut

adalah untuk menghalang sebarang hasutan kebencian secara tanggungjawab bersama

daripada kakitangan kerajaan, pemimpin agama mahupun komuniti, media dan individu.

Justeru, adanya keperluan untuk memupuk kesedaran sosial, tolak ansur, hormat-

menghormati dan dialog antara agama/budaya.

8
SCCA 2083 UNDANG-UNDANG KOMUNIKASI

PENGURUS kedai kasut, Muhammad Zaidi Abdullah, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen


atas tiga pertuduhan menghantar komunikasi jelik dengan cara mengedit gambar Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama wanita berpakaian menjolok mata di laman
sosial Facebook miliknya, 20.07.2017.

5.0 RUJUKAN

https://www.malaysianreview.com/151368/ Muhammad-Zaidi-Abdullah-mohon-kes-hasutan-

dibicara-di-mahkamah-/

http://www.projekdialog.com/featured/wacana-kebebasan-hak-batasan-dan-keseimbangan/

https://www.malaymail.com/s/986035/apakah-kebebasan-

http://www.astroawani.com/berita-politik/ Pembantu kedai kasut -akan-didakwa-di-bawah-

akta-komunikasi-esok-42978

https://says.com/my/seismik/-terbaru-akta-hasutan

9
SCCA 2083 UNDANG-UNDANG KOMUNIKASI

http://buletinsengal.blogspot.com/2017/07/ Muhammad-Zaidi-Abdullah.html

https://www.amenoworld.org/2014/09/apa-itu-akta-hasutan-1948-asal-usul.html

http://bm.therakyatpost.com/berita/2017/07/20/kes-Muhammad-Zaidi-Abdullah -mahkamah-

diketahui-esok

10

Anda mungkin juga menyukai