Anda di halaman 1dari 3

PERANAN PEMIMPIN ATAU CEO MENGENAI DASAR SEMASA KRISIS PENDEMIK

COVID-19.
PEMIMPIN ATAU CEO :-
1. perlu segera bertindak kepada kehendak persekitaran organisasi. Ia mungkin tidak
terkandung dalam perancangan organisasi kerana dipengaruhi keadaan tidak menentu
dan bukan sesuatu rutin.

2. Pemimpin mengendalikan organisasi semasa krisis ketika pandemik perlu mempunyai


karakter boleh menyatukan ahli organisasi dan mempunyai sikap tenang serta berfikir
jelas sebelum memberi sebarang respon.

3. Cabaran sangat besar ceo dan mempengaruhi individu, organisasi serta komuniti
adalah dari aspek kemanusiaan.

4. Ia membabitkan bukan sekadar keputusan sementara atau jangka pendek seperti


mewujudkan polisi kerja dari rumah, bahkan perubahan dari segi keseluruhan amalan
organisasi seperti fleksibiliti, fasiliti dan penggunaan teknologi membantu operasi
organisasi.

5. Ketelusan dalam perkongsian maklumat organisasi sangat penting ketika menghadapi


COVID-19. Komunikasi efektif memerlukan perkongsian maklumat telus dan
sentiasa di kemaskini dari masa ke masa, sekali gus meningkatkan keyakinan pihak
berkepentingan.

Semasa Krisis Pendemik covid-19 atau lebih di kenali sebagai Corona Virus
Pemimpin atau Ceo sesebuah Organisasi sentiasa mengemaskini tindakkan terbaru yang
diambil oleh organisasi untuk melindungi kesejahteraan diri pekerja dan secara keseluruhan
pekerja bekerja dengan selamat, baik untuk pekerja yang bekerja di rumah atau pekerja yang
harus bekerja di tempat kerja. Kepimpinan adalah salah satu daripada sifat yang perlu ada
dalam diri pemimpin atau ceo dalam sesebuah organisasi, ini adalah untuk kelangsungan
organisasi untuk terus beroperasi dan wujud Ketika waktu yang amat sukar ini.

Pemimpin atau ceo sesebuah organisasi haruslah mengemaskini operasi mengenai


status perniagaan semasa atau status organisasi tersebut beroperasi ketika krisis selain
daripada itu ringkasan aktiviti utama adalah menjadi tumpuan, sesetengah organisasi yang
mengekalkan budaya bekerja dalam talian dan seterusnya perancangan penjadualan semula
kerja selepas covid-19. Covid-19 yang menguji kepemimpinan pemimpin atau ceo organisasi
pelbagai di pelbagai sektor. Ia mempunyai impak jangka panjang dan sangat mencabar.
Ketidakpastian menghadapi pandemik menyukarkan organisasi dan komuniti, sekali gus
menuntut pemimpin atau Ceo melakukan transformasi dalam corak kepemimpinan.

Pemimpin atau ceo bersedia dan proaktif mengharungi pandemik, mampu


menyokong dan mempersiapkan ahli untuk mengharungi cabaran mendatang.Walaupun krisis
tidak dapat dielak, pendekatan sesuai perlu diambil untuk mencegah berlaku konflik dalam
kalangan pemimpin dan ahli organisasi. Mengakui organisasi berdepan kesukaran adalah
perkara utama perlu dibuat pemimpin atau ceo. Ia langkah sukar, terutama apabila berlaku
secara tiba-tiba dan tiada persediaan dibuat ke arah itu.

Peranan pemimpin atau ceo menghulurkan bantuan dan sokongan kepada pihak
memerlukan akan membentuk kepercayaan jangka panjang serta membuka ruang bagi orang
ramai untuk turut membantu. Pemimpin atau ceo mengendalikan organisasi semasa krisis
ketika pandemik perlu mempunyai karakter boleh menyatukan ahli organisasi dan
mempunyai sikap tenang serta berfikir jelas sebelum memberi sebarang respon. Sikap optimis
juga wajar dimiliki pemimpin atau ceo yang perlu yakin dan realistik ketika memimpin agar
tidak hilang kredibiliti sebagai pemimpin.

Cabaran sangat besar dan mempengaruhi individu, organisasi serta komuniti adalah
dari aspek kemanusiaan. Pesakit perlu dijaga dan dipulihkan, keluarga dilanda kesempitan
kewangan patut dibantu dan mereka terjejas pekerjaan mesti diyakinkan untuk terus berjuang.
Tanggungjawab berat ini terletak pada bahu pemimpin organisasi dan masyarakat. Pemimpin
juga perlu sentiasa bersedia dan tidak boleh melengahkan masa sebelum membuat keputusan.
Ia membabitkan kejutan dalam perkara tidak diketahui dengan lebih awal, maka fakta
mungkin tidak dapat dikumpul tempoh singkat.

Pemimpin atau ceo perlu cepat membuat keputusan, pada masa sama kena
menitikberatkan akibat keputusan bakal dibuat. Walaupun dalam situasi memerlukan
tindakan segera, pemimpin perlu meluangkan masa untuk berhenti seketika, refleks dan fikir
ke hadapan sebelum membuat tindakan selanjutnya. Dalam menghadapi pandemik atau
krisis, pemikiran manusia semestinya akan berkisar mengenai kemandirian dan keperluan
asas. Di sini, pemimpin berperanan dalam membentuk perubahan positif dalam kehidupan
ahli organisasi. Ketelusan dalam perkongsian maklumat organisasi sangat penting ketika
menghadapi COVID-19. Komunikasi efektif memerlukan perkongsian maklumat telus, sekali
gus meningkatkan keyakinan pihak berkepentingan.

Pemimpin atau ceo juga perlu teliti menangani kebimbangan dan persoalan ketika
berkomunikasi. Kadangkala berkomunikasi dengan nada terlalu yakin dan menyembunyikan
sebahagian fakta untuk tidak mencetuskan panik menimbulkan keraguan dalam kalangan
pihak berkepentingan. Kebertanggungjawaban dan kecekapan pemimpin akan memastikan
organisasi berjaya mengharungi pandemik ini. Respon efektif pemimpin pada era pandemik
bukan sekadar membolehkan organisasi meneruskan operasi lebih cepat dan meningkatkan
produktiviti ahli organisasi, malah meningkatkan reputasi organisasi. Faktor signifikan dalam
menentukan ketahanan sesebuah organisasi bukan semata-mata dari sudut prestasi kewangan,
bahkan kebolehupayaan organisasi untuk mengharungi waktu sangat mencabar dalam krisis
covid-19 ini.