Anda di halaman 1dari 2

BIDANG DAN SENARAI TUGAS

PENGETUA

1.1 Bidang Tugas


a) Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan
pelaksanaanya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan.
b) Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah.
c) Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar
d) Mengajar sebilangan waktu mengikut pekeliling 3/67 1982 (Pindaan)
1.2 Senarai Tugas
a) Ehwal Pelajar
i. Menentukan proses pemberian biasiswa dan bantuan-bantuan lain kepada
pelajar dijalankan dengan adil dan mengikut prosedur yang ditentukan.
ii. Memastikan Skim Pinjaman Buku Teks dilaksanakan denga adil dan baik.
iii. Memastikan polisi peperiksaan awam dilaksanakan mengikut peraturan.
iv. Menandatangani surat akuan sekolah serta sijil berhenti sekolah.
v. Memastikan program-program kesihatan dijalankan dengan sempurna.
vi. Bertanggungjawab di atas penggantungan dan pembuangan pelajar.
vii. Mengambil langkah-langkah menjaga keselamatan pelajar semasa berada di
sekolah.
viii. Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling pelajar dengan baik.
b) Pengurusan Personel
i. Menentukan proses pendaftaran, pelantikan, pengesahan dalam jawatan,
penempatan ke jawatan berpencen dan jenis cuti guru serta staf sokongan
dilaksanakan.
ii. Membantu staf sokongan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari
semasa mengenai sasaran dan mutu kerja.
iii. Menentukan tugasan dan bidang kerja dan menjalankan penyeliaan
sepanjang tahun.
iv. Memastikan guru memiliki permit mengajar / buku Biru.
v. Mengambil tindakan tatatertib ke atas pegawai yang melanggar Arahan
Perkhidmatan di bawah bidang kuasanya.
vi. Menjaga kebajikan pegawai.
c) Kewangan
i. Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan
ii. Mengawal dan menyemak pemberian perkapita, gaji guru dan staf
sokongan, rekod akaun, laporan penyata kewangan dan punca-punca
kewangan SUWA dan KERAJAAN.
iii. Memastikan penyediaan penyata akaun sekolah yang belum diaudit dan
dokumen-dokumen sokongan sertamembuat tindakan susulan ke atasnya.
iv. Mengawal stok dan harta benda sekolah.
v. Mengawal perbelanjaan yang diperlukan oleh setiap bahagian.
d) Kemudahan Fizikal
i. Memastikan keadaan fizikal bangunan, padang dan persekitan sekolah
berada dalam keadaan baik.
ii. Mempertimbangkan keceriaan sekolah.
iii. Memastikan kemudahan lengkap dan mencukupi serta sentiasa berada
dalam keadaan baik.
iv. Memastikan perabot sentiasa berada di dalam keadaan baik.
v. Mengambil langkah-langkah untuk menjaga keselamatan harta benda
sekolah.
e) Pembangunan Profesional dan Diri
i) Merancang dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus
dalamam.
ii) Menggalakkan percambahan fikiran, perkongisan maklumat, budaya ilmu
serta memberi pejuang kepada guru memperkembangkan potensi diri.
iii) Meningkatkan pembelajaran pelajar berdasarkan pemerhatian, data dan
seliaan.
iv) Merancangan kursus kesedaran dan penyunggahan kendiri guru.
v) Menggalakkan guru melibatkan diri dalam aktiviti komuniti.
f) Pembangunan Kendiri
i. Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
ii. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R & D)
iii. Menghasilkan artikal-artikal yang berkaitan bidang iktisas dan pengurusan.
iv. Melibatkan diri dengan aktiviti komuniti.
v. Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang
memerlukannya.
vi. Menjadi penasihat PIBG dan Pengerusi Majlis Pemuafakatan sekolah.
vii. Menghadiri kursus, seminar dan sebagainya yang dianjurkan oleh
Kementerian / Jabatan dan Agensi-agensi luar.
viii. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan
Profesion Perguruan.

Anda mungkin juga menyukai