Anda di halaman 1dari 16

Kuliah 1

Falsafah
dan
Falsafah Pendidikan
Asas Falsafah

• 2500 tahun dahulu, ahli-ahli


falsafah terkemuka; Socrates, Plato
dan Aristotle sentiasa berusaha dan
cuba memikir, menilai, mentafsir
kehidupan dan pengalaman manusia
dengan tujuan mencari kebenaran
dan nilai kehidupan yang sempurna.
Socrates
Plato

Aristotle
Tugas utama ahli falsafah
1. Menilai kehidupan dan pengalaman manusia
dengan cara menganalisis dan memberi
interprestasi.
2. Mencari rumusan yang boleh membawa
kepada taksiran secara menyeluruh terhadap
ilmu dan kebenaran yang berkaitan dengan
kehidupan dan pengalaman manusia.
Faedahnya
Penemuan dan rumusan ahli falsafah
adalah amat berguna, dan akan dapat
menjadi pedoman kepada manusia untuk
mencari kehidupan yang sempurna serta
menentukan haluan untuk pembangunan
dan kemajuan negara.
Falsafah?
• Falsafah berasal dari perkataan Yunani,
philosophia.
• Philo bermaksud ‘cinta’ dan sophia bermaksud
‘pengetahuan’.
• Falsafah boleh ditakrifkan sebagai ‘ cinta
kepada pengetahuan atau hikmah’.
• Orang yang cinta kepada pengetahuan
dikenali sebagai ahli falsafah.
• Ahli falsafah menjadikan pengetahuan sebagai
…tujuan hidup,
…berikhtiar mencari hakikat (realiti) tentang
sesuatu,
…mencari sebab-akibat
…mentafsir pengalaman manusia untuk
memahami kebenaran mengenai diri dan dunia
mereka.
• Kesimpulannya, mereka yang mempunyai
falsafah sanggup berusaha untuk memahami
persekitarannya dan faham akan
keberadaannya.
Falsafah?
• Falsafah juga bermaksud “ berfikir secara
bersungguh-sungguh, tidak terikat oleh tradisi dan
mempunyai ciri-ciri seperti sistematik, radikal, dan
sejagat”.
• Berfikir secara sistematik – “ berfikir secara logik dan
berurutan”.
• Berfikir secara radikal – berfikir sehingga ke akarnya
dan menyelesaikan dengan penuh tanggungjawab.
• Berfikir secara sejagat – tidak terhad kepada
aspek-aspek tertentu sahaja dan merangkumi
keseluruhannya.
• Rusel ( 1946 ) berpendapat falsafah terletak di antara
teologi ( ilmu ketuhanan, agama) dan sains (fizikal
dan kemanusiaan).

FALSAFAH
TEOLOGI SAINS

• Teologi- mengandungi spekulasi tentang perkara


yang belum nyata
• Sains – menggunakan taakulan untuk membuktikan
kebenaran yang terkandung.
Falsafah itu proses menyoal
• Schofield ( 1972 ) berpendapat falsafah adalah satu
proses menyoal;
Siapa saya?, Dari mana saya datang? Mengapa saya
di sini? Ke manakah saya akan pergi?
• Falsafah boleh dianggap sebagai satu sistem idea
yang komprehensif mengenai fitrah manusia dan
makna realiti di mana kita berada.
• Satu panduan hidup kerana isu-isu yang difokuskan
adalah bersifat asas seperti ilmu, sumber ilmu,
kewujudan manusia, kebaikan, kecantikan dan
sebagainya.
Rumusan
• Falsafah boleh difahami sebagai pemikiran
atau pandangan yang benar, rasional dan
bernas.
• Tujuan falsafah – mencari serta membuktikan
kebenaran dan memberi arah tuju atau
pedoman utk perkara-perkara yg penting
dalam kehidupan.
• Jadi, Falsafah Pendidikan adalah pernyataan
terhadap tujuan, proses, penjenisan dan
hasrat-hasrat tentang pendidikan.
Konsep Falsafah Pendidikan?
•Menurut tokoh-tokoh pendidikan, pendidikan
mempunyai fungsi dalam;
1. Memupuk proses sosiolisasi
2. Pembentukan budaya
3. Integrasi sosial
4. Penempatan sosial
Guru dan Falsafah Pendidikan

Falsafah Pendidikan membantu seseorang


guru untuk memahami asas teoritikal
pendidikan dan seterusnya mempengaruhi
amalan dalam kerjayanya sebagai seorang
guru.
Falsafah Pendidikan boleh memberi
pencerahan kepada tugas seorang
guru dalam sesebuah sistem
pendidikan, jenis kurikulum dan
pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang diamalkan
olehnya.
Perbincangan
• Anda wajar mempunyai falsafah anda sendiri
yang berkaitan dengan worldview terhadap
kerjaya anda sebagai seorang guru.
• Ini dinamakan falsafah individu guru.
• Bina falsafah anda terhadap kerjaya anda.
• Kemudian muat naik ke padlet kelas.

Anda mungkin juga menyukai