Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Pengenalan

Agama  pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa

yang ghaib dan sakti seperti Allah, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan

kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat

berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada

satu sistem kepercayaan yang kohesif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek

ketuhanan. Bukan itu sahaja,agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia.

Daripada itu, Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena

seperti perlakuan,sikap,pernyataan dan benda-benda material. Selain itu,agama juga

berkaitan dengan tatasusila masyarakat.Ini bermakna agama bukan sahaja merupakan

soal perhubungan antara manusia dengan tuhan, malah merupakan soal hubungan

manusia dengan manusia.

Seterusnya, kepercayaan secara umumnya bermaksud akuan akan benarnya terhadap

sesuatu perkara. Biasanya, seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu

pekara itu akan disertai oleh perasaan 'pasti' atau kepastian terhadap pekara yang

berkenaan. Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan

jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak (propositional attitude).

Manakala dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah sebahagian daripada batu

asas pembangunan moral. Dalam konteks ini, kepercayaan dikenali

sebagai Akidah ataupun Iman. Adapun kepercayaan itu dikatakan berkaitan dengan

sikap berkedudukan-memihak, kerana ia sentiasanya melibatkan penekanan,

penuntutan, dan jangkaan daripada seorang individu mengenai kebenaran sesuatu.


Kebenaran yang dituntut itu mungkin sahih, dan mungkin palsu secara objektif, tetapi

bagi individu yang berkenaan ia adalah sahih.

Menurut sumber daripada Wikipedia, serbuk kari adalah komposisi campuran

rempah berbeza-beza berdasarkan masakan Asia Selatan. Serbuk kari dan penggunaan

Bahasa Inggeris kontemporari dengan perkataan "curry" adalah ciptaan Barat dan

tidak menunjukkan apa-apa makanan Asia Selatan tertentu, walaupun campuran

rempah yang sama yang digunakan di utara Asia Selatan dipanggil garam masala.

Perkataan "kari" berasal daripada perkataan Tamil kari yang bermaksud "sos, kuah

untuk nasi". Walau bagaimanapun, penggunaan kari telah tersebar luas dalam Asia

Selatan jauh sebelum kedatangan orang Eropah di India. Malah, hampir 4000 tahun

sebelum kedatangan orang Eropah, kari dengan bahan-bahan utama halia, bawang

putih dan kunyit  telah digunakan dalam  Tamadun Lembah Indus. Walau

bagaimanapun, hari ini cili adalah bahan penting untuk kedua-dua kari Eropah dan

Asia Selatan, telah dibawa ke Asia Selatan dari Amerika melalui Pertukaran

Columbus dalam abad ke-16.

Kebanyakan resipi serbuk kari termasuk ketumbar, kunyit, jintan putih, halba, dan cili

dalam campuran mereka. Bergantung kepada resipi, bahan-bahan tambahan

seperti halia,bawang putih asafutida, jintan hitam, jemuju, kulit kayu

manis, cengkih, biji sawi, buah pelaga hijau, buah pelaga hitam, pala, lada panjang,

dan lada hitam juga boleh dimasukkan. Serbuk kari berkualiti akan

mengandungi daun kari. Walau bagaimanapun, pengimportan cili oleh Portugis dari

Brazil dan pencampuran rempah Asia yang lain membolehkan pembangunan 'curi'.
Maka dengan ini pengkaji telah memilih serbuk kari jenama Babas sebagai tajuk

kajian. Serbuk kari jenama Babas ini merupakan serbuk kari yang mempunyai

komposisi rempah yang berbeza-beza seperti ketumbar,cili,jintan putih,jintan

manis,kayu manis,lada hitam dan sebagainya. Serbuk kari jenama Babas ini mula

dikilangkan di Selangor pada tahun 2015 dan mula terkenal kerana mempunyai

keaslian dan kualiti rempah yang tinggi,tidak mengandungi bahan pengawet atau

bahan tambahan, serta diperbuat daripada ramuan tradisional rempah ratus asli, segar,

semulajadi dan terbaik dari serata dunia. Menurut sumber rasmi daripada laman web

rasmi Babas,rempah ratus yang digunakan bagi sebuk kari ini dipilih dengan teliti dan

diadun menggunakan teknik moden bagi memastikan tahap kebersihan dan kualiti

yang tinggi.

Dalam kajian ini pengkaji telah memilih Bandar Puteri Jaya sebagai sebagai lokasi

kajian. Bandar Puteri Jaya ini terletak di Sungai Petani,Kedah dan merupakan salah

satu kawasan perumahan yang terkenal dengan jumlah penduduk yang ramai.

Pengkaji memilih kawasan perumahan ini kerana ianya terletak di kawasan yang

strategic serta memudahkan pengkaji untuk mendapatkan maklumat daripada

penduduk disitu.

Rasional kajian ini pula dijalankan untuk mengetahui

Anda mungkin juga menyukai