Anda di halaman 1dari 9

SUMBANGAN KOKURIKULUM DAN PENDIDIKAN JASMANI TERHADAP

KECERGASAN FIZIKAL PELAJAR

Mohd Tarmizi Bin Azeman & Mohd Radzani Abdul Razak


Email : mizi1004@gmail.com
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

Abstrak

Aktiviti kokurikulum dan Pendidikan Jasmani merupakan salah satu tunjang pendidikan di
sekolah, sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Kajian ini dijalankan adalah
bertujuan untuk mengenalpasti sumbangan aktiviti kokurikulum dan Pendidikan Jasmani
terhadap kecergasan fizikal pelajar sekolah rendah. Sampel kajian ini terdiri daripada 40 orang
pelajar sekolah rendah. Kaedah kajian ini adalah dengan menjalankan beberapa jenis ujian
kecergasan berdasarkan panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid
Sekolah Malaysia (SEGAK). Terdapat lima set ujian (SEGAK) ini, iaitu Pengiraan Indeks
Jisim Badan, Ujian Naik Turun Bangku selama tiga minit, Ujian Tekan Tubi, Ujian Ringkuk
Tubi Separa, dan Ujian Jangkauan Melunjur. Selain itu, soal selidik menggunakan Global
Physical Activity Questionnaire (GPAQ) akan diedarkan kepada pelajar untuk mendapatkan
data mengenai aktiviti kokurikulum dan Pendidikan Jasmani. Berdasarkan hasil analisa data
ujian (SEGAK) didapati bahawa 10.00% responden adalah sangat cergas, 27.50% adalah
cergas, 37.50% adalah sederhana cergas, 22.50% adalah kurang cergas, dan 2.50% adalah
tidak cergas. Data analisis juga menunjukkan tahap kecergasan fizikal adalah bergantung
kepada keterlibatan seseorang dalam aktiviti vigorous- intensity, moderate- intensity dan low-
intensity pada kadar masa yang tertentu. Lazimnya, murid yang cergas adalah murid yang
lebih banyak melakukan aktiviti vigorous- intensity pada kadar masa yang tinggi. Hasil kajian
ini diharapkan dapat menjelaskan sejauh mana sumbangan aktiviti kokurikulum dan
Pendidikan Jasmani terhadap kecergasan fizikal pelajar sekolah rendah.

Kata Kunci: Aktiviti kokurikulum, Pendidikan Jasmani, dan Global Physical Activity
Questionnaire (GPAQ)

PENGENALAN

Mata pelajaran Pendidikan Jasmani kini banyak mengalami perubahan, sama ada dari segi
konsep ataupun perkembangan isi kandungannya. Walaubagaimanapun, penerimaan dan
pengiktirafannya terhadap mata pelajaran ini masih dipertikaikan. Bahkan ia masih lagi
dianggap sebagai satu mata pelajaran yang tidak penting kerana mata pelajaran ini bukan satu
mata pelajaran peperiksaan yang besar seperti SPM.

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang berhasrat untuk memperkembangkan potensi


pelajar secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan
namun begitu pelaksanaan aktiviti fizikal semasa mata palajaran pendidikan jasmani dan
kesihatan itu sendiri tidak menggalakkan pelajar untuk bergiat aktif dan kekal sihat. Hasrat
dan cita-cita ini FPN adalah ke arah pembentukan masyarakat yang cemerlang yang
berperibadi seimbang dan harmonis (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1985). Bagi mengatasi
serta mengubah persepsi sempit dan penerimaan yang salah terhadap mata pelajaran ini, maka
mata pelajaran Pendidikan Jasmani telah digabungkan pula dengan Pelajaran Kesihatan.
Gabungan kedua mata pelajaran ini telah kemudiannya dijadikan satu mata pelajaran teras
yang wajib diikuti oleh semua pelajar di sekolah (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988;
Pusat Perkembangan Kurikulum 1992).

663
Kegiatan atau gerakerja kokurikulum pula merupakan aktiviti pendidikan yang dirancang
dan dilaksanakan selepas waktu pelajaran formal di dalam dan di luar bilik darjah berasas dan
lanjutan sesi
persekolahan. (Mok Soon Sang, 2011). Selain itu kokurikulum juga boleh diertikan sebagai
apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. (Peraturan-peraturan
Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan), 1997). Sementara Kamus Dewan Edisi Ketiga
(2002) pula mendefinisikan kokurikulum sebagai kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran
yang diajarkan dalam bilik darjah tetapi yang dianggap sebagai sebahagian daripada kursus
pendidikan pelajar di sekolah .

Menurut Md. Aris Mansor dalam Ab. Alim Abd. Rahim (2004), aktiviti kokurikulum
merupakan satu bidang pembelajaran yang berasaskan kepelbagaian gerakerja terancang dan
perlu dilakukan dalam masa persekolahan. Menurut Ee Ah Meng (1995) pula, kokurikulum
merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja tersusun dan
terancang. Menurutnya lagi, gerak kerja ini adalah lanjutan daripada proses pengajaran dan
pembelajaran bilik darjah yang dijalankan melalui pertubuhan pakaian seragam, persatuan
atau kelab dan kelab permainan atau sukan.

Pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah-sekolah antara lain


mempunyai beberapa matlamat. Antaranya ialah untuk memperkembangkan intelek, sosial,
jasmani dan rohani murid secara optimum. Selain itu aktiviti kokurikulum yang dijalankan
juga bermatlamat untuk mengukuh dan memperkaya ilmu dan kemahiran yang dipelajari
dalam bilik darjah, serta memperluas pengalaman murid dalam bidang tertentu. Melalui
kegiatan kokurikulum juga, murid-murid diharapkan dapat mengisi masa lapang dengan lebih
berfaedah, dan memberi kegembiraan serta pembinaan kesihatan dan kesejahteraan
kendirinya.

Melalui gerak kerja kokurikulum juga, diharap dapat memperkembang dan meningkatkan
kemahiran-kemahiran asas dalam sesuatu permainan, sukan, unit beruniform, dan aktiviti
berpersatuan. Selain itu aktiviti kokurikulum juga bermatlamat untuk melatih murid supaya
mengejar pencapaian yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum di peringkat negeri,
kebangsaan dan antarabangsa. Disiplin murid juga dapat ditingkatkan melalui aktiviti
kokurikulum melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan hasrat
Rukun Negara. Selain itu aktiviti kokurikulum juga diharap dapat membentuk iklim sekolah
dengan lebih menarik dan menggembirakan murid di samping dapat mengasah bakat
kepimpinan dalam kalangan murid.

Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah faktor-faktor ini
mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan PJK di sekolah-sekolah berkenaan.Selain itu,
masalah yang dihadapi dalam kajian ini ialah aktiviti korikulum yang tidak djalankan
mengikut perkadaran waktu yang sebenar. Pelaksanaan aktiviti korikulum yang melibatkan
tiga aspek iaitu unit beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan yang lemah
dan tidak tersusun telah menyebabkan pelajar tidak tertarik untuk bergiat aktif dalam aktiviti
korikulum yang disediakan. Guru-guru yang mengetuai setiap kelab, unit beruniform dan
kelab sukan sendiri tidak menunjukkan minat pada kelab yang dikelolainya dan pemilihan
guru untuk ketuai kelab ini tidak mengikut penilaian kemahiran guru tersebut.

Pada dasarnya, guru PJK yang menyusun guru untuk mengetuai kelab ini haruslah menilai
minat dan kemahiran guru-guru di sekolah itu supaya guru yang mengetuai sesebuah kelab
dapat menunjukkan kemahiran yang mereka ada dan berkongsi dengan pelajar. Pembahagian
masa bagi ketiga-tiga elemen penting dalam aktiviti kokurikulum ini tidak tersusun dimana
pada minggu pertama dijalankan perjumpaan aktivti bagi kelab persatuan dan minggu

664
seterusnya unit beruniform dan seterusnya sukan dan permainan, namun begitu pihak sekolah
atau guru yang bertugas pada minggu tersebut berhak untuk tentukan aktiviti yang akan
dijalankan pada minggu tersebut tanpa mengambil kira keperluan masa bagi menjalankan
aktiviti ini. Kadang kala guru-guru lebih cenderung untuk melakukan aktiviti unit beruniform
dan kelab persatuan daripada melakukan aktiviti sukan dan permainan yang memerlukan
pelajar dan guru menukar pakaikan dan sebagainya.

Pembahagian pelajar dalam aktiviti ini juga adalah mengikut kelas dan ini tidak
menggalakkan pelajar untuk bergaul dengan pelajar lain. Sepatutnya, aktiviti kokurikulum
yang banyak melibatkan aktiviti fizikal ini dapat meningkatkan kecergasan fizikal pelajar
namun begitu bergantung pada pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sesebuah sekolah itu
sendiri.

Kegiatan kokurikulum di sekolah tidak mendapat galakkan yang baik dari sebilangan guru
dan juga pentadbir sendiri yang mana pentadbir lebih mementingkan prestasi akademik
berbanding kegiatan kokurikulum. Disebabkan itu, pengetua yang mementingkan prestasi
akademik menggunakan kuasanya untuk membatalkan segala aktiviti kokurikulum dan
digantikan dengan proses P&P terutama sekali bagi Tingkatan 3 dan 5 yang bakal menduduki
peperiksaan besar pada hujung tahun. Kejadian ini sering berlaku ketika pelajar Tingkatan 3
dan 5 di ambang peperiksaan yang mana mereka dikerah untuk menyertai program motivasi
dan program pecutan menjawab soalan-soalan ramalan dan sebagainya. Selain itu, masalah
yang sering berlaku ialah apabila guru yang mengelola sesebuah kelab tidak berminat dengan
kelab tersebut mereka tidak akan berusaha untuk merancang untuk melakukan aktiviti yang
menarik bagi memberi pengalaman kepada pelajar.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif iaitu menggunakan kaedah tinjauan. Borang soal
selidik diedarkan kepada murid dan ujian kecergasan dilakukan untuk menguji tahap
kecergasan murid. Responden kajian terdiri daripada murid 10 tahun hingga 12 tahun di SK
Taman Kosas. Kajian ini dilaksanakan terhadap 40 orang pelajar perempuan. Prosedur ujian
dilakukan terlebih dahulu bagi mendapatkan pengesahan kajian ini supaya dapat dijalankan
dan seterusnya mendapatkan surat kebenaran untuk melakukan kajian dan mendapatkan
maklumat dari responden.

Soal selidik menggunakan Global Physical Activity Questionnaire (GPAQ) akan diedarkan
kepada pelajar untuk mendapatkan data mengenai aktiviti kokurikulum dan Pendidikan
Jasmani. Manakala SEGAK adalah ujian kecergasan fizikal yang menguji lima ujian iaitu
Indeks Jisim Tubuh (IJT), turun naik bangku 3 minit, tekan tubi, ringkuk tubi separa, dan
jangkauan melunjur. Tujuan bateri ujian ini dilakukan adalah untuk mengukur daya tahan
kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, dan kelenturan tubuh.

Prosedur pengumpulan data adalah dengan mendapatkan kebenaran daripada pihak Jabatan
Pendidikan Daerah dan pihak sekolah. Selepas mendapat kebenaran, borang soal selidik
diedarkan kepada pelajar dan dijawab bersama dengan pengkaji serta ujian kecergasan
dilakukan di kawasan padang dengan menggunakan kemudahan yang disediakan.
Penganalisisan data adalah dengan membuat analisis deskriptif untuk mengukur tahap
penglibatan dan corak aktiviti fizikal murid dan analisis korelasi pearson untuk mengenal pasti
hubungan antara pemboleh ubah. Proses menganalisis borang soal selidik untuk melihat skor
min item PAQ-C, pengkaji data nilai min yang diadaptasi daripada Wiersma (1995), iaitu
Jadual 1.

665
Jadual 1: Interpretasi min skor yang diadaptasi daripada Wiersma (1995)

Skor min Interpretasi


1.00 – 2.33 Tidak Cergas / Tidak Aktif / Berintensiti Rendah
2.34 – 3.67 Sederhana Cergas / Sederhana Aktif / Berintensiti Sederhana
3.68 – 5.00 Cergas / Aktif / Berintensiti Tinggi

DAPATAN KAJIAN
Jadual 2 menunjukkan hasil analisa data Ujian SEGAK tersebut. Satu piawaian kecergasan
telah ditetapkan untuk tujuan kajian ini. Piawaian tersebut ditentukan berdasarkan kepada
jumlah skor Ujian SEGAK. Jumlah skor Ujian SEGAK 18-20 dikategorikan sebagai sangat
cergas, jumlah skor 15-17 dikategorikan cergas, jumlah skor 12-14 dikategorikan sederhana
cergas, jumlah skor 8-11 dikategorikan kurang cergas, dan jumlah skor 0-7 dikategorikan
sebagai tidak cergas. Berdasarkan hasil analisa data tersebut, didapati bahawa 10.00%
responden adalah sangat cergas, 27.50% adalah cergas, 37.50% adalah sederhana cergas,
22.50% adalah kurang cergas, dan 2.50% adalah tidak cergas.

Jadual 2 Hasil Analisa Data Ujian SEGAK


Kategori Bilangan Peratusan
Sangat Cergas 4 10.00%
Cergas 11 27.50%
Sederhana Cergas 15 37.50%
Kurang Cergas 9 22.50%
Tidak Cergas 1 2.50%
Jumlah Keseluruhan 40 100.0%

Jadual 3 menunjukkan hasil analisa data demografi responden. Hasil analisa data
menunjukkan 80.00% responden adalah bangsa Melayu, 10.00% bangsa India dan 10.00%
bangsa Cina serta 0.00% lain- lain bangsa. Manakala, 50.0% responden berumur 12 tahun dan
selebihnya masing- masing 25.00% berumur 11 tahun dan 10 tahun. Hasil analisa data
mengenai kawasan tetap kediaman pula menunjukkan bahawa 100.0% di bandar. Bagi aliran
persekolahan pula, sebanyak 25.00% adalah aliran Sains, 35.00% adalah aliran Sastera,
20.00% adalah aliran Ekonomi dan 20.00% lagi adalah aliran Perdagangan. Hasil analisa data
mengenai pekerjaan ibu bapa atau penjaga menunjukkan 65.00% adalah pekerja kerajaan,
15.00% adalah pekerja swasta, 15,00% adalah bekerja sendiri, dan selebihnya 5.00%
merupakan pesara. Pendapatan sebulan ibu bapa atau penjaga pula menunjukkan 30.00%
berpendapatan RM3000 ke atas, 35.00 % berpendapatan RM2000- RM3000 dan 35.00%
berpendapatan RM1000- RM2000.

666
Jadual 3 Demografi Responden

Bangsa Umur (Tahun) Kawasan Tetap Kediaman


Bilangan Peratusa Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan
n
Melayu 32 80.00% <9 0 0.00% Bandar 40 100.00%
Cina 4 10.00% 10 10 25.00% Luar 0 0.00%
bandar
India 4 10.00% 11 10 25.00%
Lain- 0 0.00% 12 20 50.00%
lain
Jumlah 40 100.0% 40 100.0% 40 100.0%

Jadual 4 Demografi Responnden

Aliran Persekolahan Pekerjaan Ibu Pendapatan Sebulan


Bapa/Penjaga Ibu Bapa/ Penjaga (RM)
Bilangan % Bilangan % Bilanga %
n
Sains 10 25.00 Kerajaan 26 65.00 > 3000 12 30.00
Sastera 14 35.00 Swasta 6 15.00 2000- 14 35.00
3000
Ekonomi 8 20.00 Sendiri 6 15.00 1000- 14 35.00
2000
Perdagangan 8 20.00 Pencen 2 5.00 < 1000 0 0.00
Jumlah 40 100.0 40 100.0 40 100.0

Aktiviti kokurikulum terbahagi kepada tiga, iaitu badan beruniform, kelab dan persatuan,
dan sukan dan permainan. Tahap kecergasan murid dalam keterlibatan terhadap aktiviti
kokurikulum diukur berdasarkan tiga kategori, iaitu kiraan masa melibatkan diri dalam aktiviti
berbentuk Vigorous- Intensity (VI), Moderate – Intensity (MI) dan Low- Intensity (LI).
Jadual 5 menunjukkan purata min skor intensity aktiviti kokurikulum responden. Purata
min skor tidak menentukan kategori sebenar kecergasan seseorang responden. Kategori
sebenar kecergasan responden ditentukan oleh purata min skor bagi aktiviti jenis vigorous-
intensity (VI), moderate- intensity (MI) dan low- intensity(LI). Seterusnya, Jadual 6
menunjukkan peratusan dan bilangan responden yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum
mengikut jenis intensity aktiviti tersebut. Satu piawaian telah ditetapkan untuk mengukur
tahap interpretasi masa bagi jenis- jenis intensity aktiviti kokurikulum. Bagi aktiviti vigorous-
intensity (VI), moderate- intensity (MI) dan low- intensity (LI), min skor dua jam dan ke atas
diinterpretasikan sebagai tinggi, min skor 01:59 – 01:00 (jam: minit) diinterpretasikan sebagai
sederhana dan min skor kurang daripada satu jam diinterpretasikan sebagai rendah.
Hasil analisa data tersebut, didapati bahawa peratusan responden yang terlibat dengan
aktiviti kokurikulum pada kadar masa yang diinterpretasikan sebagai tinggi ialah 17.50 %
bagi aktiviti jenis vigorous- intensity, 0.00% bagi aktiviti jenis moderate- intensity dan 7.50%
bagi aktiviti jenis low- intensity. Manakala, peratusan responden yang terlibat dengan aktiviti
kokurikulum pada kadar masa yang diinterpretasikan sebagai sederhana ialah 60.00 % bagi
aktiviti jenis vigorous- intensity, 90.00 % bagi aktiviti jenis moderate- intensity dan 65.00%

667
bagi aktiviti jenis low- intensity. Seterusnya, peratusan responden yang terlibat dengan aktiviti
kokurikulum pada kadar masa yang diinterpretasikan sebagai rendah pula ialah 22.50% bagi
aktiviti jenis vigorous- intensity, 10.00 % bagi aktiviti jenis moderate- intensity dan 27.50%
bagi aktiviti jenis low- intensity.

Jadual 5 Purata Min Skor Intensity Aktiviti Kokurikulum Responden


Min skor Purata Min skor Kategori Kecergasan
VI MI LI Responden berdasarkan
ujian SEGAK

02:04 01:00 00:20 01:08 Cergas


01:30 01:30 00:25 01:08 Cergas
02:04 01:00 00:20 01:08 Cergas
01:30 01:20 00:35 01:08 Cergas
02:13 00:50 00:47 01:17 Sangat Cergas
01:47 01:25 01:08 01:26 Sangat Cergas
01:47 01:25 00:50 01:20 Sangat Cergas
02:30 01:30 00.50 01:37 Sangat Cergas
01:45 01:25 00:37 01:16 Cergas
01:41 01:23 00:45 01:16 Cergas
00:50 01:23 01:40 01:17 Kurang Cergas
01:02 01:30 02:00 01:31 Kurang Cergas
01:56 01:32 01:07 01:32 Cergas
01:58 01:26 01:23 01:35 Cergas
02:02 01:34 01:15 01:37 Cergas
00:45 01:19 01:52 01:19 Sederhana Cergas
00:43 01:17 01:58 01:19 Sederhana Cergas
00:32 01:23 02:04 01:20 Sederhana Cergas
02:25 01:15 00:42 01:28 Cergas
02:11 01:25 00:38 01:25 Cergas
01:50 01:08 01:19 01:26 Sederhana Cergas
01:07 01:08 01:47 01:20 Kurang Cergas
01:49 01:25 01:32 01:35 Sederhana Cergas
01:00 00:43 01:58 01:14 Kurang Cergas
00:43 01:07 02:07 01:29 Kurang Cergas
01:38 01:17 01:32 01:19 Sederhana Cergas
01:43 01:20 01:28 01:23 Sederhana Cergas
00:58 01:22 01:55 01:25 Kurang Cergas
01:15 00:55 01:40 01:17 Sederhana Cergas
01:19 01:05 01:38 01:20 Sederhana Cergas
01:20 01:05 01:38 01:21 Sederhana Cergas
00:55 01:15 01:41 01:31 Kurang Cergas
00:42 01:02 01:20 01:01 Tidak Cergas
01:15 01:11 01:07 01:11 Sederhana Cergas

668
Jadual 6 Purata Min Skor mengikut Jenis Intensity Aktiviti
Min Skor Masa Vigorous- Intensity Moderate- Intensity Low- Intensity
(Jam : Minit) Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan
02:00 & lebih 7 17.50% 0 0.00% 3 7.50%
01:59 – 01:00 24 60.00% 36 90.00% 26 65.00%
00:59 & kurang 9 22.50% 4 10.00% 11 27.50%
Jumlah 40 100.0% 40 100.0% 40 100.0%

Hasil analisa data tersebut, didapati bahawa peratusan responden yang terlibat dengan
aktiviti Pendidikan Jasmani pada kadar masa yang diinterpretasikan sebagai tinggi ialah 17.50
% bagi aktiviti jenis vigorous- intensity, 0.00% bagi aktiviti jenis moderate- intensity dan
7.50% bagi aktiviti jenis low- intensity. Manakala, peratusan responden yang terlibat dengan
aktiviti
Pendidikan Jasmani pada kadar masa yang diinterpretasikan sebagai sederhana ialah 60.00
% bagi aktiviti jenis vigorous- intensity, 90.00 % bagi aktiviti jenis moderate- intensity dan
65.00% bagi aktiviti jenis low- intensity. Seterusnya, peratusan responden yang terlibat
dengan aktiviti Pendidikan pada kadar masa yang diinterpretasikan sebagai rendah pula ialah
22.50% bagi aktiviti jenis vigorous- intensity, 10.00 % bagi aktiviti jenis moderate- intensity
dan 27.50% bagi aktiviti jenis low- intensity.

Jadual 7 Peratusan Keterlibatan Responden dalam Aktiviti berlainan Intensity


Min Skor Masa Vigorous- Intensity Moderate- Intensity Low- Intensity
(Jam : Minit) Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan
02:00 & lebih 7 17.50% 0 0.00% 3 7.50%
01:59 – 01:00 24 60.00% 36 90.00% 26 65.00%
00:59 & kurang 9 22.50% 4 10.00% 11 27.50%
Jumlah 40 100.0% 40 100.0% 40 100.0%

Hasil analisa data mengenai aktiviti fizikal kokurikulum, didapati bahawa responden yang
melakukan aktiviti vigorous- intensity pada kadar masa yang tinggi adalah lebih cergas
berbanding dengan responden lain yang kurang atau tidak melakukan aktiviti vigorous-
intensity pada kadar masa yang tinggi. Namun begitu, responden yang melakukan kesemua
aktiviti vigorous- intensity, moderate- intensity dan low- intensity dengan kadar masa yang
seimbang antara ketiga- tiganya, kumpulan responden ini mencapai tahap kecergasan fizikal
yang lebih tinggi atau sama dengan kumpulan responden yang melakukan aktiviti vigorous-
intensity pada kadar masa yang tinggi sahaja. Sementara itu, responden yang hanya
melakukan aktiviti vigorous- intensity, moderate- intensity dan low- intensity dengan kadar
masa yang sederhana atau rendah sahaja adalah tidak cergas kerana ketiga- tiga jenis aktiviti
yang dilakukan tidak melibatkan kadar masa yang tinggi atau kombinasi kadar masa yang
tinggi dan sederhana.

669
Hasil analisa data untuk aktiviti fizikal yang dilakukan semasa Pendidikan Jasmani
menunjukkan bahawa keterlibatan dalam melakukan aktiviti vigorous- intensity pada kadar
masa yang tinggi dan sederhana adalah memberi pengaruh atau kesan yang besar terhadap
tahap kecergasan fizikal responden. Responden yang hanya melakukan aktiviti vigorous-
intensity, moderate- intensity dan low- intensity pada kadar masa yang rendah atau sederhana
sahaja adalah tidak cergas. Hal ini kerana, keterlibatan dalam kesemua aktiviti vigorous-
intensity, moderate- intensity dan low- intensity pada kadar masa yang tinggi sahaja; atau
kombinasi kadar masa yang tinggi dan sederhana; atau kombinasi kadar masa yang tinggi,
sederhana dan rendah yang seimbang lebih memberikan kesan yang optimum untuk tahap
kecergasan fizikal responden.
Manakala, untuk mengenal pasti ujian dan aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengukur
kecergasan fizikal murid. Bagi mencapai objektif kajian ini, aktiviti yang standard mengikut
saranan Kementerian Pelajaran Malaysia telah dilakukan untuk proses pengumpulan data.
Aktiviti tersebut terkandung dalam Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk
Murid Sekolah Malaysia (SEGAK), iaitu aktiviti turun naik bangku, tekan tubi, ringkuk tubi
separa, dan jangkau melunjur. Data yang diperoleh telah dianalisa. Hasil analisa data
mengenai aktiviti turun naik bangku, tekan tubi, ringkuk tubi separa, dan jangkau melunjur
menunjukkan bahawa responden yang boleh melakukan kesemua aktiviti tersebut dengan
jumlah skor yang tinggi mempunyai tahap kecergasan fizikal yang lebih tinggi berbanding
dengan responden yang hanya mampu mendapatkan jumlah skor yang lebih rendah.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN


Berpandukan kepada bilangan dan peratusan responden yang dikategorikan sebagai sangat
cergas, cergas, sederhana cergas, kurang cergas, dan tidak cergas; serta berdasarkan kepada
bilangan dan peratusan responden yang melakukan aktiviti vigorous- intensity, moderate-
intensity dan low- intensity bagi setiap kategori tahap kecergasan fizikal, dapat dirumuskan
bahawa tahap kecergasan fizikal adalah bergantung kepada keterlibatan seseorang dalam
aktiviti vigorous- intensity, moderate- intensity dan low- intensity pada kadar masa yang
tertentu.
Walau bagaimanapun, tidak semestinya penglibatan dalam aktiviti vigorous- intensity pada
kadar masa yang tinggi akan meningkatkan tahap kecergasan fizikal seseorang jika aktiviti
tersebut tidak dilakukan secara berterusan dan konsisten. Sementara itu, jika aktiviti vigorous-
intensity, moderate- intensity dan low- intensity dilakukan pada kadar masa yang sederhana
dan seimbang antara ketiga- tiganya boleh menyumbang kepada peningkatan tahap
kecergasan fizikal murid. Namun begitu, jika aktiviti vigorous- intensity, moderate- intensity
dan low- intensity dilakukan pada kadar masa yang rendah sahaja, sumbangannya terhadap
tahap kecergasan fizikal murid adalah rendah.
Kesimpulannya, keseluruhan hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kecergasan fizikal
murid adalah bergantung kepada intensity aktiviti fizikal yang dilakukan seharian pada kadar
masa yang tertentu. Lazimnya, murid yang cergas adalah murid yang lebih banyak melakukan
aktiviti vigorous- intensity pada kadar masa yang tinggi. Selain itu, murid yang melakukan
aktiviti vigorous- intensity, moderate- intensity dan low- intensity pada kadar masa yang
sederhana dan seimbang antara ketiga- tiganya juga adalah murid yang cergas.

670
RUJUKAN
Zainal Abidin Zainuddin & Shafezan Hamidi Abd Hamid. (2010). Persepsi Guru-Guru
Pendidikan Jasmani Terhadap Perlaksanaan Ujian Standard Kecergasan Fizikal
Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) Di Sekitar Bandar Johor
Bahru Dan Bandar Skudai. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Muhamad Hafiz Bin Ismail & Syed Syamsul Faizal Bin Syed Zakariya. (2008). Kajian Tahap
Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan Atlet Skuasy Sukma Johor 2008. UTM
Muhamad Hafiz Bin Ismail & Hazlini Binti Che Ali. (2008). Kajian Prestasi Kecergasan
Fizikal Berasaskan Kesihatan Terhadap Atlet Lumba Basikal Sukma 2008.
Hassan Adnan & Raja Roslan Raja Abd. Rahman. (2010). Keberkesanan pelaksanaan aktiviti
fizikal terhadap pembangunan diri pelajar: satu tinjauan. Journal of Human Capital
Development ISSN : 1985- 7012 Julai- Disember 3(2) : 119 – 128.
Lokman Bin Mohd Tahir & Osmayati Othman. (2010). Keperluan Aktiviti Kokurikulum
(Beruniform) Kepada Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Kebangsaan Di
Daerah Langkawi. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof, Borhan Yusof. (2002). Kokurikulum, peranan
dan implikasi. Kuala Lumpur: Sanon Printing.

671

Anda mungkin juga menyukai