Anda di halaman 1dari 4

Mak Yong

Makyong (atau Mak Yong atau Makyung) merupakan sejenis tarian Melayu traditional.
Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang
menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan
instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini
dipertontonkan terutamanya di Terengganu , Patani, Kelantan]], Kedah, Perlis serta di
Kepulauan Riau - Indonesia.

Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang
menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan
instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini
dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, serta di Kepulauan
Riau - Indonesia.

Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak Yong
dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan
Diraja di bawah naungan Kesultan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini
dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana
seperti pakaian yang berhias cantik.

Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan
tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa
amalam dalam siri pertunjukkan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia
dilakukan dipanggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga
sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab,
gendang kepala dua dan tetawak. Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya
berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak. Mak Yong di kaitkan
dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui
nyanyian, tarian bersawai dan menurun.

Isi kandungan
[sorok]

• 1 Sejarah Mak Yong


• 2 Mak Yong di
Indonesia
• 3 Jenis-Jenis
Makyong
• 4 Latihan tradisi
• 5 Rujukan
• 6 Rujukan

• 7 Pautan luar

[sunting]Sejarah Mak Yong


Mak yong diasaskan di Kerajaan Pattani yang kini merupakan sebahagian daripada
Thailand. Oleh kerana ia diwarisi secara lisan dikalangan kampung, usia sebenar Mak Yong
tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun, fakta yang ia bebas daripada pengaruh-pengaruh
luar menunjukkan ia sekurang-kurangnya berusia 800 tahun dan hampir pasti lebih awal
lagi. Menurut Hikayat Patani Mak Yong dibawa keKelantan lebih 200 tahun dahulu. Dari situ
ia berkembang ke Kedah dan negeri-negeri lain.

Lagenda biasanya mengaitkan tarian dengan semangat padi yang digelar Mak Hiang tetapi
yang lain mempercayai ia dicipta oleh makluk digelar Semar. Para sejarahwan tidak pasti
samaada Mak Yong berasal dari tradisi rakyat atau teater istana. Sungguhpun begitu ia
ditonton oleh semua lapisan masyarakat untuk menghormati semangat padi, berterima kasih
bagi tuaian atau merawat penyakit.

Semasa di Patani, Mak Yong biasanya dipersembahkan di istana sehingga 1920 di mana ia
sering dipertontonkan dikalangan orang biasa.

Pada awal abad ke-20, tarian Mak Yong mula berkembang ke merata-rata kampung tanpa
naungan istana. Punca utamanya adalah kerana kedatangan British ke Kelantan telah
mengurangkan kedudukan ekonomi raja-raja ini. Faktor inilah yang mengakibatkan
kemerosotan mutu persembahan dalam generasi kedua, iaitu zaman selepas Bah Air
Merah pada tahun 1926 hinggalah tahun-tahun 1950-an. Unsur-unsur komersil pertunjukan
Mak Yong telah memperalatkan nilai-nilai estetik klasik yang ada dalam Mak Yong.
Persembahan Mak Yong yang diadakan dengan cara pemajakan akan bermula dari pukul
8.30 malam hingga pukul 11.00 malam sahaja. Kemudian, persembahan diberhentikan dan
alat-alat muzik biola dan akordion menggantikan rebab dan serunai untuk memainkan lagu-
lagu joget. Penonton-penonton akan naik pentas untuk menari joget dengan penari-penari
Mak Yong.

Nilai moral penari-penari Mak Yong juga mula merosot. Banyak sekali kisah-kisah sumbang
di antara penari-penari Mak Yong dengan penonton-penonton selepas selesai persembahan
Mak Yong, dan perceraian di kalangan suami isteri dan anak-anak Mak Yong merupakan
satu perkara yang biasa sahaja. Malah ada di kalangan penari Mak Yong yang berasa
bangga dengan jumlah bilangan suami yang dapat dikutip oleh mereka. Pandangan
masyarakat terhadap penari-penari Mak Yong mula merosot dan mula hilang kepercayaan
terhadap moral mereka. Keadaan ini mempercepatkan lagi kejatuhan imej Mak Yong.

Pada akhir-akhir 1960-an, sudah tidak banyak lagi kumpulan Mak Yong yang wujud, dan
tidak banyak lagi orang yang berminat mempelajari seni tari ini. Kemasukan pengaruh-
pengaruh kebudayaan Barat yang meluas menggelapkan lagi permainan Mak Yong. Kalau
ada pun persembahan Mak Yong pada masa perayaan seperti Hari Keputeraan Sultan,
persembahan itu hanya dikerumuni oleh orang-orang tua.

Kumpulan generasi ketiga tarian Mak Yong telah dipelopori oleh Kumpulan Seri
Temenggung, sebuah kumpulan belia. Guru-guru Mak Yong yang terdiri daripada orang-
orang lama dari generasi pertama telah diambil untuk melatih mereka dalam tarian-tarian
dan nyanyian-nyanyian Mak Yong yang asli seperti yang terdapat pada masa generasi yang
pertama dulu. Dengan latihan itu, unsur-unsur yang asli mula dihidupkan kembali.

[sunting]Mak Yong di Indonesia


Mak Yong berkembang di Indonesia melalui Riau, Lingga, yang pernah menjadi pusat
pemerintahan Kerajaan Johor.

Perbezaan dengan Mak Yong yang terdapat di Kelantan yang tidak menggunakan topeng,
Mak Yong di Batam dan Bintan menggunakan topeng bagi sebahagian watak dayang Raja,
Puteri, penjahat, setan, dan semangat, sama seperti yang diamalkan di Nara Yala. Pada
akhir abad lepas, Mak Yong bukan sahaja menjadi persembahan harian, tetapi juga sebagai
istiadat raja memerintah. Mak Yong juga digunakan bagi merawat orang sakit. Amalan ini
tidak lagi diamalkan termasuk di Indonesia. Antara orang terakhir yang mengamalkan Mak
Yong bagi merawat pesakit adalah Tuk Atan di Bintan dan Pak Basri di Batam, keduanya
telah meninggal. Mak Yong bagaimanapun masih dipersembahkan dengan istiadat di
pembuka dan penutup panggung. Mentera yang diamalkan diwarisi dari seorang kepada
warisnya. Di Batam dan Bintan masa kini pengiat Mak Yong merupakan generasi ke tiga
dan telah wujud hampir selama 150 tahun dan berhadapan ancaman kepupusan. Kerajaan
Indonesia telah mengambil langkah memelihara Mak Yong dengan melancarkan program
merakamkan tradisi ini dengan bantuan Persatuan Tradisi Lisan dan membantu kumpulan
pengiat Mak Yong meneruskan persembahan mereka dengan bantuan peralatan dan
pakaian. Rakaman tersebut disimpan di pejabat Persatuan Tradisi Lisan dan PUSKAT di
Jakarta (Yogyakarta).

[sunting]Jenis-Jenis Makyong
Terdapat 7 jenis persembahan Makyong yang pernah wujud. Setiap jenis persembahan
Makyong mempunyai sedikit perbezaan yang membezakan di antara satu dengan yang lain.
Jenis-jenis Makyong tersebut ialah:-
 Makyong Patani - ditemui di Pattani, Yala dan Narathiwat, tiga buah wilayah di
selatan Thailand yang dahulunya merupakan wilayah Kesultanan Melayu Patani.
 Makyong Kelantan - ditemui di negeri Kelantan dan daerah Besut, Terengganu,
Malaysia.
 Makyong Kedah - ditemui di negeri Kedah, Malaysia.
 Makyong Laut - ditemui di negeri Perlis (Malaysia) dan wilayah Satun (Thailand).
 Makyong Riau - ditemui di Wilayah Riau, Indonesia.
 Makyong Medan - ditemui di Medan, wilayah Sumatera Utara, Indonesia.
 Makyong Kalimantan - ditemui di Kalimantan, Indonesia.

[sunting]Latihan tradisi
Dalam latihan Mak Yong tradisi, setiap pemain akan diajar keseluruhan peranan watak
dalam Mak Yong, termasuk Raja, Permaisuri, bangsawan istana dan pelawak termasuk para
panglima. Mereka turut diajar pelbagai kisah Mak Yong, termasuk Dewa Muda, Dewa Pecil
dan Hijau-hijau Intan Permata.

Selain itu, mereka akan belajar sejumlah besar lagu pengiring Mak Yong, termasuk Pak
Yong Muda, Sedayung Mak Yong, Sedara Tonggek, Kisah Barat, Barat Cepat, Lagu Khabar
ke Pengasuh dan Mengulit.

Selepas seseorang pelajar telah menguasai kesemua aspek ini mereka akan menamatkan
pengajaran dengan melalui upacara sembah gurusebagai tanda tamatnya pembelajaran
Mak Yong.[1]

[sunting]Rujukan

 Mohamed Afandi Ismail. Perkembangan Mak Yong Sebagai Satu Seni Teater
Tradisional, terbitan Jun 1975, m.s. 375-80. Dewan Bahasa dan Pustaka.
 Takrifan Kamus DBP
 Buku terbitan DBP dan Kementerian Kebudayaan Belia & Sukan
 Buku-buku yang menggunakan ejaan Mak Yong di Google books.

[sunting]Rujukan

1. ↑ Preserving the grace of the 'mak yong', Noor Shamsiah Mohamed, KUALA
TERENGGANU