Anda di halaman 1dari 14

Sistem Otot Rangka

Manusia direka bentuk untuk bergerak. Pergerakan tubuh badan berlaku sebagai
hasil gabungan sistem rangka dan otot. Kajian menunjukkan bahan reka bentuk
struktur sendi dan sokongan yang tegar menyebabkan pergerakan dapat
dilakukan. Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan dan pemanjangan otot. Otot
juga menentukan magnitud pergerakan.

Fungsi Otot
Otot bukan sahaja digunakan bagi menghasilkan pergerakan tetapi otot juga
berfungsi untuk mengekalkan postur,menstabilkan sendi dan menghasilkan
haba.

1. Menghasilkan pergerakan
Semua pergerakan badan kita dihasilkan oleh penguncupan otot.
Penguncupan otot membolehkan kita berjala, berenang dan mengangkat
barang. Otot rangka juga membolehkan kita berupaya bertindak dengan
pantas mengikut perubahan yang berlaku di sekeliling. Otot rangka juga
membolehkan kita melakukan berbagai-bagai ekspresi muka seperti
tersenyum dan bermuka masam.

2. Mengekalkan postur
Kombinasi saling tindakan otot-otot rangka yang berlainan membolehkan kita
mengekalkan postur badan seperti berdiri,duduk dan menundukkan kepala
apabila menulis. Fungsi ini berlaku secara berterusan supaya mengekalkan
kedudukan badan tersebut.

3. Menstabilkan sendi
Semasa melakukan pergerakan,otot-otot rangka juga menstabilkan sendi-
sendi terutama pada pergerakan yang melibatkan banyak sendi. Sebagai
contoh, lakuan dalam sukan memanah.
4. Menghasilkan haba
Tenaga digunakan untuk penguncupan otot. Walau bagaimanapun,
sebahagian besar daripada tenaga ini tidak digunakan untuk tujuan tersebut
sebaliknya terbebas sebagai haba.

Jenis-jenis Otot

Terdapat tiga jenis tisu otot iaitu tisu otot rangka,tisu otot licin dan tisu otot
kardiak. Tisu-tisu otot ini berbeza dari segi struktur sel,lokasi,fungsi dan
bentuk kawalan yang boleh dikenakan ke atasnya.

1. Otot rangka

Otot rangka melekat pada tulang dan meliputi tulang rangka. Fiber otot
rangka merupakan sel otot yang terpanjang, mempunyai jalur yang jelas dan
terkawal. Walaupun otot rangka dikawal oleh sistem saraf jenis otot ini sahaja
boleh dikawal secara sedar. Otot rangka juga bertanggungjawab bagi semua
pergerakan badan. Halaju penguncupan fiber otot rangka bergantung kepada
jenis fiber sama fiber sentak cepat atau fiber sentak lambat. Fiber sentak
cepat digunakan untuk pergerakan yang cepat. Manakala fiber sentak lambat
digunkan untuk pergerakan yang lebih perlahan. Sebagai contoh, pelari pecut
100 meter mempunyai peratusan fiber sentak cepat yang tinggi berbanding
dengan pelari marathon.

2. Otot licin

Otot licin terdapat pada dinding organ viseral seperti perut,pundi kencing dan
saluran pernafasan. Fungsi otot ini ialah menggerakkan cecair atau bahan-
bahan di dalam saluran-saluran yang terdapat di dalam badan. Otot kecil
tidak berjalur dan dikawal oleh sistem saraf,hormon,bahan kimia dan
regangan. Halaju penguncupan fiber otot licin adalah sangat perlahan dan
kekal. Keadaan ini disebabkan oleh fiber-fiber otot licin di dalam tisu otot
viseral terikat kuat dan membentuk satu jeringan yang berterusan. Apabila
satu fiber otot licin dirangsang,impuls akan Bergerak ke fiber lain dan
kontraksi berlaku dalam bentuk gelombang ke fiber-fiber yang berdekatan.

3. Otot Kardiak

Otot kardiak hanya terdapat pada dinding jantung sahaja. Kontaraksi otot
kardiak pada jantung membolehkan jantungmengepam darah ke seluruh
badan melalui salur darah. Otot kardiak berjalur seperti otot rangka teteapi
otot ini di luar kawal. Penguncupan otot kardiak hádala perlan dan dikawal
oleh perentak jantung. Kelajuannya boleh bertambah apabila dirangsang oleh
sistem saraf dan sistem endokrina.

Ciri-ciri Otot Rangka

Tisu otot rangka mempunyai ciri-ciri yang tertentu untuk menjalankan fungsi-
fungsinya. Ciri-ciri tersebut ialah :

1. Kebolehujaan ( irritability / excitability )


2. Kebolehkuncupan ( contractibility )
3. Kebolehpanjangan ( extensibility )
4. Kebolehanjalan ( elasticity )
Kebolehujaan ( irritability / excitability )

Kebolehujaan ialah kemampuan otot untuk menerima dan bertindak balas


terhadap rangsangan yang diterima. Keupayaan ini akan membolehkan otot
untuk menguncup.

Kebolehkuncupan ( contractibility )

Kebolehkuncupan ialah keupayaan otot untuk menguncup atau memendek


apabila menerima ransangan. Daya yang dihasilkan apabila otot
menguncup. Ciri ini membezakan tisu otot dengan tisu-tisu yang lain.

Kebolehpanjangan ( extensibility )

Kebolehpanjangan ialah keupayaan otot untuk meregang atau memanjang.


Fiber otot akan memendek apabila menguncup tetapi boleh memanjang
melebihi panjang asal apabila otot relaks.

Kebolehanjalan

Kebolehanjalan ialah keupayaan otot untuk kembali semula ke panjang asal


selepas meregang atau menguncup.

Lekatan otot

Setiap otot rangka melekat pada tulang atau tisu-tisu penghubung yang lain.
Sekurang-kurangnya terdapat dua tempat lekatan otot yang dinamakan
lekatan proksimal dan lekatan distal.
1.Lekatan proksimal
Lekatan proksimal ialah lekatan otot pada tulang atau tisu penghubung yang
lebih hampir dengan batang tubuh. Lekatan proksimal juga dikenali sebagai
origin.

2.Lekatan distal
Lekatan distal ialah lekatan otot pada tulang atau tisu penghubung yang lebih
jauh dari batang tubuh. Lekatan distal juga dikenali sebagai insertion.
Nama otot-otot utama , lokasi dan lekatan otot.

Nama otot Lokasi otot Lekatan proksimal Lekatan distal


Leher Leher Sternum dan klavikel Temporal
Sternokleidomastoid ( proses
mastoid )
Depan tubuh Toraks Klavikel , sternum dan Humerus
Pektoralis major tulang rusuk
Rektal abdomen Abdomen Pubis Sternum dan
tulang rusuk
Eksternal oblik Sisi abdomen Tulang rusuk Ilium
Bahu / lengan
Deltoid Bahu Trapezius , Klavikel Humerus
dan Skapula.

Biseps Braki Anterior lengan Skapula Radius


Triseps Braki Prosterior lengan Skapula dan Humerus Ulna
Belakang tubuh
Trapezius Bahagian atas Oksipital dan semua Skapula dan
prosterior badan Servikal dan Toraks. Klavikel

Latisimus Dorsi Bahagian bawah Toraks, Lumbar , Humerus dan


prosterior badan tulang rusuk dan Ilium. Femur.
Pinggul
Gluteus Maksimus Punggung Ilium , sakrum dan Tibia
koksiks.
Paha
Sartorius Interior paha Ilium Patela
Kuadriseps
• Rektus Femoris Anterior paha Ilium Patela
• Vastus Lateral Lateral paha Femur Patela

• Vastus Medial Medial paha Femur Patela


Anterior paha Femur Patela
• Vastus Intermedius
Hamstrings
• Biseps Femoris Posterior paha Femur Fibula dan Tibia
• Semitendinosus Posterior paha Femur Tibia

• Semimembranosus Prosterior paha Femur Tibia


Kaki
• Gastrokmenius Betis Femur Kalkaneus
• Soleus Betis Tibia dan Fibula Kalkaneus

INTERAKSI OTOT – OTOT DALAM PERGERAKAN RANGKA

Pergerakan yang efektif melibatkan aktiviti pelbagai otot di samping otot


utama yang berperanan melakukan pergerakan secara terus. Hal ini
bermakna otot-otot dalam tubuh saling bertindak atau bekerjasama dalam
melakukan suatu pergerakan. Antara peranan otot yang dimaksudkan ialah
agonis, antagonis dan sinergis.

Agonis
Agonis adalah otot yang berperanan sebagai penggerak utama dalam
sesuatu pergerakan.

Antagonis
Antagonis ialah otot yang menghasilkan pergerakan yang berlawan
dengan otot penggerak utama. Apabila otot penggerak utama menguncup ,
antagonis akan mengendur atau relaks. Antagonis juga mengawal aksi yang
dilakukan oleh otot penggerak utama dengan mengawal kelajuan pergerakan
dan kelicinan pergerakan tersebut.
Sinergis
Sinergis ialah otot yang membantu otot penggerak utama. Sinergis
menambahkan daya untuk melakukan pergerakan yang dilakukan oleh otot
penggerak utama. Sinergis juga menstabilkan sendi dengan mengurangkan
pergerakan lain yang tidak diketahui apabila otot penggerak utama
menguncup. Contohnya , pergerakan fleksi lengan. Biseps Braki dan
Brakialis adalah otot-otot penggerak utama yang menghasilkan
pergerakan tersebut. Triseps Braki bertindak sebagai antagonis manakala
Brakioradialis pula bertindak sebagai sinergis yang membantu biseps Braki
dan Brakialis menghasilkan pergerakan fleksi pada lengan.

PENGUNCUPAN OTOT RANGKA


Jenis-jenis penguncupan otot.
Terdapat tiga jenis penguncupan otot yang asas iaitu :-
• Isometrik
• Isotonik
• Isokinetik
Penguncupan Isometrik
Fiber otot menguncup tetapi tiada perubahan pada panjang otot
walaupun penguncupan ini menghasilkan daya. Penguncupan ini tidak
menghasilkan pergerakan ( pegun ). Contoh pergerakan ini ialah aktiviti
menolak dinding dengan siku bengkok atau tekan kedua-dua tangan. Dinding
tidak bergerak tetapi otot triseps braki menguncup dan menghasilkan daya.
Namun ia tidak dapat mengatasi rintangan yang ada.

Penguncupan Isokinetik
Penguncupan Isokinetik adalah penguncupan fiber otot dengan halaju
penguncupan yang tetap sepanjang pergerakan. Penguncupan jenis ini dapat
dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang mengawal halaju
pergerakan tersebut. Alat ini dikenali sebagai mesin isokinetik. Contoh
pergerakan yang melibatkan penguncupan isokinetik ialah dengan
menggunakan peralatan khusus di gimnasium.

Penguncupan Isotonik
Penguncupan Isotonik ialah penguncupan fiber otot yang menghasilkan daya
yang tetap di sepanjang julat pergerakan. Penguncupan Isotonik
menyebabkan perubahan pada panjang otot dan berlakunya pergerakan.
Penguncupan Isotonik terbahagi kepada dua iaitu penguncupan konsentrik
dan penguncupan esentrik. Pemanjangan otot berlaku ketika penguncupan
otot esentrik. Penguncupan konsentrik pula melibatkan pemendekan fiber
otot. Aktiviti berlari , melompat dan menaiki tangga adalah contoh pergerakan
yang melibatkan penguncupan konsentrik dan esentrik. Semasa
membengkokkan lutut , otot-otot kuadriseps menguncup secara esentrik dan
semasa meluruskan lutut , otot-otot kuadriseps pula menguncup secara
konsentrik.

Halaju Penguncupan.

Fiber otot boleh diklasifikasikan mengikut kelajuan penguncupan otot. Halaju


penguncupan otot berbeza anatar satu pergerakan dengan pergerakan yang
lain. Perbezaan ini dipengaruhi oleh jenis fiber otot yang terdapat pada otot
yang menghasilkan pergerakan tersebut..Terdapat dua jenis fiber otot rangka
yang utama iaitu fiber sentak cepat ( fast twitch ) dan fiber sentak lambat
( slow twitch ). Kebanyakan otot rangka mempunyai kedua-dua jenis fiber
otot ini. Perastusan fiber sentak cepat dan fiber sentak lambat dalam otot
bergantung kepada naka, fungsi dan latihan.
Fiber sentak cepat ( Fast Twitch )

Fiber sentak cepat juga dikenali sebagai fiber jenis II. Fiber sentak cepat lebih
besar dan berwarna putih. Fiber ini mempunyai keupayaan anaerobik yang
tinggi dah lebih sesuai untuk melakukan aktiviti berintensiti tinggi , pantas
dan memakan masa yang pendek. Walau bagaimanapun fiber ini mudah
lesu. Halaju penguncupan bagi fiber sentak cepat lebh pantas berbanding
dengan fiber sentak lambat.

Fiber sentak lambat ( Slow Twitch )

Fiber sentak lambat juga dikenali sebagai jenis fiber I. Fiber sentak lamabt
lebih kecil berbanding dengan fiber sentak cepat dan berwarna merah.. Fiber
ini banyak terdapat pada otot-otot postur. Fiber sentak lambat memepunyai
keupayaan aerobik yang tinggi. Fiber ini tidak cepat lesu dan boleh
menghasilkan penguncupan dalam jangka masa yang panjang. Fiber sentak
lambat juga mempunyai kelajuan penguncupan yang lebih perlahan
berbanding fiber sentak cepat.

1. TAJUK MATAPELAJARAN
Anatomi dan Fisiologi
2. NAMA AHLI KUMPULAN
a) Pn Masnita Binti Tasilim
b) En Rudzahan Bin Amran
c) Cik Siti Habsah Binti Awang Seman

3. TAJUK MODEL
Sistem Otot Rangka – ”Pectoralis Major”

4. MATLAMAT
4.1 Memberi pendedahan awal mengenai sistem asas otot rangka dan
fungsinya.
4.2 Membuat satu penghubungjalinan antara anatomi dan fisiologi dalam
tubuh badan manusia.
4.3 Memahami antara pertalian antara sistem otot manusia dan sistem
lain dalam tubuh badan manusia.

5. OBJEKTIF
Diakhir pembelajaran ini , para pelajar dapat :-
5.1 Mengenalpasti sistem otot rangka dan fungsinya secara terperinci.
5.2 Mengkaji lebih dalam lagi mengenai sesuatu otot rangka secara
khusus.
5.3 Melabelkan otot pectoralis major dengan betul dan menyatakan organ
yang terdapat pada otot tersebut.
5.4 Melahirkan perasaan ingin tahu dan sayang terhadap tubuh badan
ciptaan dari Nya.

6. SASARAN
PGSR Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Kohort 2 Ambilan 2009-2013.

7. TARIKH PEMBENTANGAN
13 Mac 2011
8. TEMPAT
Bilik 2 , Institut Pendidikan Perguruan Temenggung Ibrahim.

9. Latar Belakang Model.


a) Nama Model ciptaan - Otot Pectoralis Major.
b) Bahan-bahan -
c) Jangkamasa -
d) Kos -

10 . PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI


10.1 Prosedur Pelaksanaan Demonstrasi .
Dalam sesi pelaksanaan demonstrasi bagi matapelajaran Anatomi Dan
Fisiologi ini, para pelajar dikehendaki mempamerkan model yang telah
dipilih , dikaji dan dicipta. Setiap ahli di dalam kumpulan dikehendaki
memberi penerangan mengenai model yang telah dicipta. Penerangan
hendaklah jelas dan teratur bermula dengan definisi , fungsi dan
penerangan tambahan yang berkaitan dengan model yang dicipta. Pelajar
juga disarankan menerangkan secara terperinci mengenai sistem tubuh
yang dicipta dan kaitannya dengan penyakit yang mungkin atau sering
terjadi pada bahagian model yang dicipta itu.

MUSCLES SYSTEM: PECTORALIS MAJOR

Pectoral Muscles.
The pectoralbis a term relating to the chest. The ” pectoralis major” is a large ,
fan-shaped muscle that covers much of the front upper chest. It begins at at the
breastbone ( sternum ) and the cartillage of the second to the sixth ribs and is
attached to the collarbone ( clavicle ) to coverage on the upper arm bone.
( humerus ) just below the shoulder . Its main use in moving the arm across the
body. ”The pectoralis minor” is smaller, triangular muscle beneath the pectoralis
major. It stems from the third to fifth ribs and converges at the shoulder blade
( scapula ) , which it moves up and down.

Pectoralis Major.

The pectoralis major is a thick , fan-shaped muscle, situated at the chest


( anterior ) of the body. It makes up the bulk of the chest muscles in the male
and lies under the breast in the female.

Origin

Clavicular head:
Anterior surface of the medial half of the clavicle.
Sternocostal head:
Anterior surface of the sternum , the superior six coatal cartilages and the
aponeurosis of the external oblique muscle.

Insertion
Lateral lip of intertubercular groove of the humerus.

Artery
Pectoral branch of the thoracoacromial trunk.
Nerve
Lateral pectoral nerve and medial pectoral nerve.

Actions
The pectoralis major has four actions which are primarily responsible for
movement of the joint.
i) Flexion of the humerus , as in throwing a ball side-arm and in lifting a
child.
ii) Adducts the humerus as when flapping the arms.
iii) Rotates the humerus medially , as occures whem arms wrestling .
iv) Aids in deep inspirations as in taking a deep breath before jumping in a
pool.