Anda di halaman 1dari 35

PENGENALAN KEPADA

MAKROEKONOMI
KULIAH MINGGU 1
Pengenalan

 Makroekonomi
 Pertumbuhan ekonomi
 kitaran
perniagaan, pertumbuhan dan
kemelesetan ekonomi

 Pengangguran

 Inflasi.
Objektif Kajian Makroekonomi
 Penggubal dasar
 Mencari penyelesaian kepada masalah ekonomi
dalam sesebuah negara serta memberi idea yang positif
dan sesuai diaplikasikan untuk mencapai matlamat-
makroekonomi yang ditentukan oleh kerajaan.
 Pelajar, penyelidik dan masyarakat umum
 Agen ekonomi, bakal pemimpin atau penggubal dasar di
masa hadapan
 Memahami kesan kepada individu dan ekonomi
keseluruhan
 Tindakan positif pada peringkat individu
Pemboleh Ubah Makroekonomi

 Pendapatan negara/keluaran negara

 Tenaga buruh, Guna tenaga dan Pengangguran

 Tingkat harga umum, Inflasi dan Kadar bunga

 Pertumbuhan ekonomi dan Kitaran Perniagaan


Pendapatan Negara

 Dua konsep keluaran


 Keluaran Negara Kasar (KNK)

- nilai semua barang & perkhidmatan akhir yang


dikeluarkan oleh faktor pengeluaran yang dimiliki
oleh rakyat sesebuah negara dalam satu tahun.
Faktor pengeluaran ini boleh berada di dalam
atau di luar negara.
Pendapatan Negara
 Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

- nilai semua barang & perkhidmatan akhir


yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran
yang berada di dalam sesebuah negara
dalam satu tahun. Faktor pengeluaran ini
dimiliki oleh raakyat tempatan & rakyat asing.
Pendapatan Negara
 Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).
 KDNK nominal– KDNK dinilai mengikut harga
semasa.
 KDNK benar – dinilai ikut harga pada sesuatu tahun
asas.

 KNK atau KDNK sebenar – keluran negara


yang sebenarnya dihasilkan oleh negara dalam
sesuatu tempoh (biasanya setahun)
Pendapatan Negara
 KNK atau KDNK potensi

- ialah jumlah keluaran maksimum yang


boleh dicapai oleh sesebuah negara apabila
semua faktor pengeluaran dalam negara
seperti buruh & modal digunakan
sepenuhnya (dlm erti kata lain KNK potensi
tercapai pada tingkat gtp)
Tenaga buruh, Guna tenaga
dan Pengangguran
 Tenaga buruh merujuk kepada penduduk dalam
lingkungan umur bekerja 15-64 tahun (Jabatan Perangkaan
,1971:6). Bagaimanapun had umur guna tenaga adalah
agak berbeza mengikut negara
 Guna tenaga merujuk kepada golongan bekerja yang
terdiri daripada:
 Penduduk yang bekerja untuk mendapatkan upah atau untung atau
habuan keluarga.
 Penduduk yang ada pekerjaan atau perusahaan sendiri biarpun buat
sementara waktu tidak bekerja kerana berehat, cuti sakit atau sebab
lain.
 Pembantu atau pekerja yang tidak bergaji tetapi membantu
menjalankan operasi aktiviti ekonomi, iaitu pekerja keluarga.
Tenaga buruh, Guna tenaga
dan Pengangguran
 Golongan penganggur merujuk kepada:

 Penduduk yang sedang mencari dan mahu


bekerja untuk mendapatkan upah atau untung

 Penduduk yang tidak mencari pekerjaan tetapi


sedia bekerja jika ditawarkan pekerjaan.
Tenaga buruh, Guna tenaga
dan Pengangguran
 Mereka yang berada di luar tenaga buruh
merujuk kepada mereka yang berada dalam umur
bekerja (15-64 tahun) tetapi tidak bekerja & tidak
pula menganggur
 cacat anggota dan mental yang tidak berkebolehan untuk
bekerja.
 pencen atau bersara atau merasakan sudah terlalu tua
untuk bekerja atau sengaja tak mahu bekerja.
 tidak berminat mencari dan menerima pekerjaan
(penganggur sukarela).
 terlibat dengan kerja rumah sendiri, contohnya: suri
rumah tangga.
Kadar Pengangguran
 Kadar pengangguran yang dapat dikira
melalui formula berikut:
Kadar pengangguran =
Jumlah pengangguran X 100%
Jumlah tenaga buruh
Contoh pengiraan:
Diberi Jumlah pengangguran pada tahun 2008 = 200,000 orang
Jumlah tenaga buruh pada tahun 2008 = 2 juta orang
Hitung Kadar Pengangguran pada tahun 2008.
Kadar pengangguran tahun 2008 = 200,000 X 100% = 10%
2,000,000
Jenis Pengangguran
 Pengangguran geseran
 Pengangguran ini bersifat sementara
 pekerja bertukar kepada pekerjaan baru.
Pengangguran jenis ini sering berlaku dalam
ekonomi.

 Pengangguran struktur
Pengangguran ini wujud disebabkan berlakunya
perubahan dalam struktur ekonomi.
Jenis Pengangguran

 Pengangguran kitaran
Pengangguran ini disebabkan oleh perubahan
dalam tingkat kegiatan ekonomi. Apabila kegiatan
ekonomi mengalami kemelesetan, firma akan
mengurangkan kegiatan pengeluarannya.

 Pengangguran bermusim
Pengangguran jenis ini biasanya dialami dalam
bidang pekerjaan yang melibatkan musim
tertentu..
Jenis Pengangguran
 Pengangguran teknologi

Pengangguran teknologi berlaku apabila terjadinya


perubahan teknik pengeluaran. Misalnya,
pengeluaran di sektor pertanian mula berubah
daripada intensif buruh kepada intensif modal (guna
mesin moden). Ini memaksa mereka yang dahulunya
merupakan guna tenaga produktif terpaksa
menganggur.
Jenis Pengangguran

 Pengangguran tidak ketara


Pengangguran tidak ketara juga dikenali sebagai
pengangguran tersembunyi. Contoh paling sesuai
untuk menjelaskan kehadiran pengangguran
tersembunyi ini adalah bila mana terdapat terlalu
ramai pekerja dalam sesuatu pekerjaan sehingga
menyebabkan produktiviti marginal lebihan tenaga
buruh adalah sifar. Seringkali pengangguran jenis ini
berlaku di kalangan negara-negara yang terlalu ramai
penduduknya.
Mengatasi Pengangguran

 Dasar fiskal mengembang


 Dasar kewangan mengembang
 Memindah buruh antara sektor
- Pemindahan buruh dari sektor mundur kepada sektor
yang lebih berkembang maju juga antara langkah positif
yang boleh dilakukan. Pengangguran di sesetengah
sektor yang tidak menguntungkan atau ketinggalan
teknologi boleh di atasi dengan memindahkan buruh
dari sektor tersebut ke sektor yang semakin
berkembang.
Mengatasi Pengangguran
 Mencipta lebih banyak peluang pekerjaan
Selain memberi tumpuan kepada sektor perkilangan, perkembangan dalam sektor lain
yang berintensif kan buruh juga adalah digalakkan dan dijangka dapat mengurangkan
masalah pengangguran. Antaranya seperti sektor pengangkutan dan pelancongan.

 Memberi latihan dan pendidikan


Latihan dan pendidikan perlu di beri kepada para penduduk yang kurang mahir. Ini
kerana melalui kemahiran yang dimiliki membolehkan mereka lebih mudah mencari
peluang pekerjaan.

 Membuka tanah baru di desa


Tindakan membuka tanah baru sebagai kawasan kegiatan ekonomi juga adalah
tindakan positif yang boleh dilakukan. Ini banyak dilakukan oleh kerajaan terutama pada
awal kemerdekaan bila mana negara pada masa itu terlalu dihimpit oleh masalah
kemiskinan dan pengangguran yang tinggi. Melalui program pembukaan tanah baru
bukan sahaja peluang pekerjaan dapat dicipta tetapi mereka yang tidak memiliki aset
(tanah) dapat memiliki tanah pertanian untuk diusahakan.
Tingkat harga umum dan Inflasi

 Tingkat harga umum


 tingkat harga umum bagi satu bakul barangan
(pelbagai barang dan perkhidmatan). Kenaikan
harga umum bermaksud kenaikan harga yang
serentak ke atas kebanyakan jenis barang dan
perkhidmatan yang dijualbeli dalam ekonomi dan
kebiasaannya diukur dengan oleh indeks harga
pengguna (IHP).
Indeks Harga Pengguna

 Pembinaan IHP
 sekumpulan harga barang dan perkhidmatan
yang digunakan oleh kebanyakan isi rumah
seperti makanan, pakaian, tempat tinggal,
pengangkutan dan perkhidmatan lain.

 Malaysia terdapat 430 jenis barang dan


perkhidmatan yang dipilih untuk tujuan mengira
indeks harga pengguna. Bagaimanapun, jenis
barang dan perkhidmatan ini boleh berubah-
ubah mengikut masa dan pilihan pengguna
Pembinaan IHP

 Bagi menjamin bahawa IHP yang dibentuk adalah


benar-benar mewakili barang dan perkhidmatan
yang pelbagai dalam ekonomi selain harga
tersebut adalah harga yang betul-betul stabil, 2
perkara penting perlu diambilkira

 pemilihan jenis barangan

 pemilihan tahun asas (tahun yang dijadikan asas


perbandingan) yang ditetapkan sebagai 100.
Pengiraan Kadar Inflasi
 Kadar inflasi dalam negara dapat diukur dengan
menggunakan formula berikut:
 Kadar Inflasi =
 IHP Tahun semasa – IHP Tahun lepas X 100%
 IHP Tahun lepas

 Contoh pengiraan:
 Diberi IHP Tahun 2007 = 120
 IHP Tahun 2008 = 125
 Hitung Kadar Inflasi tahun 2008.
 Jawapan:
 125 – 120 X 100% = 4.2%
 120
Jenis-jenis Inflasi
 Inflasi tarikan permintaan
 Berlaku disebabkan oleh kenaikan permintaan agregat
(AD). Inflasi jenis ini boleh ditunjukkan dengan anjakan
keluk permintaan agregat ke atas apabila keluk
penawaran agregat tidak berubah.
 Inflasi Tolakan Kos
 Kenaikan harga barangan dalam ekonomi yang
disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran.
Pertambahan kos pengeluaran akan mendorong firma
menaikkan harga, walaupun mereka terpaksa
menanggung risiko pengurangan permintaan barangan
yang dikeluarkan.
Jenis-jenis Inflasi
 Inflasi diimport

 Berpunca daripada kenaikan harga barang yang


diimport. Barang yang diimport boleh terdiri
daripada barang siap, barang separuh siap dan
bahan mentah untuk proses pengeluaran.
Hubungan kadar inflasi dengan
nilai wang
 Apabila inflasi berlaku, nilai wang akan merosot. Nilai wang diukur
dengan formula indeks nilai wang (INW) berikut:
 Contoh pengiraan:
 INW = IHP tahun asas X 100
 IHP tahun semasa
 Diberi IHP Tahun 2007 = 120
 IHP Tahun 2008 = 125
 Jika diandaikan tahun asas ialah tahun 2000, maka IHP nya mestilah
100. Oleh itu, indeks nilai wang (INW) pada tahun 2007 dan 2008 ialah:
 INW(2007) = 100 X 100 = 83.33
 120

 INW(2008) = 100 X 100 = 80.00
 125
Hubungan kadar inflasi dengan
nilai wang
 Berdasarkan pengiraan di atas, nilai wang telah
berkurang kepada 83.33% pada tahun 2007 dan
80% pada tahun 2008 berbanding nilai wang
pada tahun asas (tahun 2000).

 Ini bererti nilai wang telah merosot sebanyak


16.67% (=100 – 83.33) pada tahun 2007 dan 20%
(=100 – 80) pada tahun 2008 berbanding dengan
nilai wang pada tahun asas 2000.
Hubungan Antara
Pengangguran Dan Inflasi
 Hubungan antara pengangguran dengan
inflasi dapat diterangkan oleh Keluk
Phillips Jangka Pendek (SRPC).

 hubungan negatif antara kadar inflasi


dengan kadar pengangguran
Keluk Phillips Jangka Pendek
 Semakin tinggi kadar inflasi,
Kadar Inflasi
semakin rendah kadar pengangguran.
(%)
Contohnya : Pada kadar inflasi adalah
Keluk 4%, kadar pengangguran adalah 2%.
Phillips Sebaliknya pada kadar inflasi adalah
1.5%, kadar pengangguran berada pada
4%.
4  Keluk ini merentasi paksi mendatar
pada kadar pengangguran yang positif.
Ini bererti kadar inflasi yang sifar masih
berhubung dengan kadar pengangguran
yang positif. Bila kadar inflasi adalah 0%,
1.5 kadar pengangguran ialah 6%.
 Bentuk keluk ini adalah cekung. Ini
Kadar pengangguran (%)
0 2 4 menandakan bahawa semakin rendah
tingkat pengangguran, semakin tinggi
tingkat inflasi.
Keluk Philips Jangka Panjang
(LRPC)
Keluk Phillips Jangka Panja
Kadar inflasi LRPC (LRPC), yang berbentuk ga
menegak dengan kadar
pengangguran 4% = UN.
D E
6 Dasar fiskal dalam j/panjan
meningkatkan SPRC1 ke SP
SRPC3
iaitu meningkatkan inflasi te
3 B C
tidak mengurangkan penga
A SRPC2
2 SRPC1
MENGAPA?
A B C
Kadar pengangguran
0 3 4 = UN
Kadar bunga, kadar inflasi dan
kesan Fisher
Semakin tinggi kadar bunga semakin rendah
Kadar Bunga (%) kadar pelaburan.
pada tingkat kadar bunga yang tinggi,
kos meminjam wang untuk meningkatkan
Keluk pelaburan perniagaan adalah tinggi.
Permintaan
Pelaburan
4 Peminjam juga sensitif dengan persekitaran
ekonomi khususnya keadaan inflasi yang
melanda ekonomi

2 Kewujudan kadar inflasi π menimbulkan dua


konsep kadar bunga, iaitu kadar bunga pasaran
atau kadar bunga nominal (in) dan kadar bunga
0 3 6 9 benar (ir).
Pelaburan (I)
ir = in -π
Kadar bunga, kadar inflasi dan
kesan Fisher
 Kadar faedah nominal --harga yang dibayar oleh
penerima pinjaman (peminjam), atau Siberhutang) kepada
pemberi pinjaman (Si Piutang) sebagai imbuhan ke atas
pinjaman tersebut dan juga imbuhan kejatuhan nilai wang
yang disebabkan inflasi.
 Kadar faedah benar --harga benar yang sebenar dibayar
oleh Siberhutang kepada Pemiutang sebagai imbuhan
kepada jumlah wang yang dipinjam, iaitu setelah
mengambil kira kadar inflasi.
 Pertalian positif antara kadar bunga nominal dengan
kadar inflasi -- kadar bunga nominal cenderung menjadi tinggi
apabila kadar inflasi tinggi dan sebaliknya cenderung rendah apabila
kadar inflasi rendah. Kecenderungan ini dipanggil kesan Fisher
Pertumbuhan ekonomi dan
kitaran perniagaan
 Pertumbuhan ekonomi merujuk kepada perkembangan aktiviti ekonomi
yang menyebabkan satu peningkatan pengeluaran barang dan
perkhidmatan serta kebajikan masyarakat.

KNK benar KNK benar


Kadar tahun semasa - tahun lepas
pertumbuhan = X 100%
ekonomi KNK benar tahun lepas
Pertumbuhan ekonomi dan
kitaran perniagaan
KDNK benar
(Q) Arah aliran pertumbuhan
Satu Kitaran dalam KDNK benar
Perniagaan Puncak

. Puncak
(Q)1

Penguncupan
Pengembangan

Pemulihan
Penguncupan Jurang

Masa
Pertumbuhan ekonomi dan kitaran
perniagaan

Sekiranyan KDNK benar berada dalam keadaan


turun naik, iaitu meningkat, menurun, meningkat
semula dan menurun semula, ekonomi
diperkatakan berada dalam keadaan satu kitaran
perniagaan
Pertumbuhan ekonomi dan
kitaran perniagaan
i) Puncak
tingkat tertinggi KDNK benar yang dicapai pada sesuatu tempoh itu.
ii) Penguncupan/Kemerosotan
tempoh apabila berlaku pengurangan KDNK benar. –ve pertumbuhan
iii) Jurang
tingkat terendah KDNK benar yang berlaku pada tempoh itu
iv) Pemulihan
tempoh KDNK benar mula meningkat, kadar pertumbuhan adalah
positif tetapi rendah.
v) Pengembangan
tempoh KDNK bertambah pesat dan kadar pertumbuhan sangat tinggi

Anda mungkin juga menyukai