Anda di halaman 1dari 6

Teks Pengacara Pelancaran KSIB

BIL PERKARA
Mengambil tempat Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila mengambil tempat masing-
masing kerana majlis akan bermula sebentar saja lagi. Minta kerjasama
hadirin hadirat untuk berdiri ketika pengumuman ketibaan Yang
Berbahagia Dato’ Wee Jeck Seng dan bersedia untuk nyanyian lagu
Negaraku. Kerjasama dan perhatian dari tuan-tuan dan puan-puan saya
dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan….

Yang Berbahagia Dato’ Wee Jeck Seng

dengan diiringi oleh

Yang Berusaha Tn Hj Zahrullail Bin Hj Moez,


Yang Dipertua PIBG SK Serkat,

Yang Berusaha Puan Hetty Binti Misman,


Naib Yang dipertua PIBG SK Serkat,

Yang Dihormati En Suhaimi Bin Seratang,


Guru Besar SK Serkat,

Dif-dif jemputan, ajk-ajk PIBG, guru-guru penolong kanan SK Serkat, dan


guru-guru SK Serkat.

Ucapan alu-aluan Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Pengacara Majlis Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira
‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬
‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.


Yang Berbahagia Dato’ Wee Jeck Seng

Yang Berusaha Tn Hj Zahrullail Bin Hj Moez,


Yang Dipertua PIBG SK Serkat,

Yang Berusaha Puan Hetty Binti Misman,


Naib Yang dipertua PIBG SK Serkat,

Yang Dihormati En Suhaimi Bin Seratang,


Guru Besar SK Serkat,

Dif-dif jemputan, guru-guru penolong kanan SK Serkat, ajk-ajk PIBG, ibu


bapa, guru-guru serta hadirin hadirat sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi


kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu,
digerakkan minda dan deria rasa, dikurniakan kecerdasan fizikal dan
mental untuk sama-sama berkumpul di Dewan ini bagi menyempurnakan
MAJLIS PELANCARAN PENUBUHAN KSIB, PIBK DAN
JAWATANKUASA PERMUAFAKATAN SEKOLAH SK SERKAT.

Mawar di taman mekar nan indah


Harum mewangi di rumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai.
Hadirin Yang Dimuliakan,
Bacaan Doa
Kayu jati si kayu cendana
Mari di tanam kita berdua
Majlis kami tidak kan sempurna
Tanpa diiring seuntai doa

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah sama-sama kita


menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah dari Yang Maha
Esa.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan
Encik Airulhafzan Bin Johari untuk memimpin bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan…

**************BACAAN DOA*******************

Majlis merakamkan terima kasih kepada Encik Airulhafzan, atas pimpinan


doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis yang berlangsung akan terus
terpancar keberkatan dari Ilahi.

Persembahan Hadirin Sekalian,


Nasyid
Sebagai pembuka tirai majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
saksikan persembahan nasyid dari kumpulan nasyid shoutun nasuha.
Dipersilakan..

******************************
Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan nasyid sebentar tadi.
untuk makluman hadirin, kumpulan nasyid shoutun nasuha telah mewakili
Daerah Pontian dalam Festival Nasyid Sekolah-sekokah Kementerian
Pendidikan Malaysia pada 27 & 28 April yang lalu. Lagu pertama mereka
telah dinobatkan sebagai lirik terbaik bagi kategori sekolah rendah.
Warga dewan yang dimuliakan,
Ucapan Guru
Besar Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Yang Dihormati Encik
Suhaimi Bin Seratang, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Serkat. Majlis
dengan segala hormatnya, dipersilakan.

**************UCAPAN GB*************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Suhaimi Bin Seratang
atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan YDP Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada hari ini, majlis menjemput
dan mempersilakan Tn Hj Zahrullail Bin Hj Moez untuk menyampaikan
ucapan. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.
*************ucapan YDP*************

Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Zahrullail Bin Hj Moez atas  ucapan


sebentar tadi.
Ucapan Perasmian Hadirin yang dimuliakan,

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Bagi memeriahkan lagi majlis kali ini, majlis sangat berbesar hati
menjemput Yang Berbahagia En Mohd Shukri Bin Mohd Masbah, Pegawai
Daerah Pontian untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
MAJLIS PELANCARAN PENUBUHAN KSIB, PIBK DAN
JAWATANKUASA PERMUAFAKATAN SEKOLAH SK SERKAT.
. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

**********Ucapan                                *******************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang


Berbahagia Dato’ Wee Jeck Seng atas ucapan perasmian  sebentar tadi.

Tandatangan Mou Hadirin hadirat sekalian,

Lafaz doa sudah dipanjatkan,


Alu-aluan telah disampaikan,
Tibalah saatnya tinta dititiskan,
Tanda ikatan sebuah perjanjian.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Tuan Guru Besar, YDP PIBG,
dan Dato’ Wee Jeck Seng ke meja dihadapan pentas untuk meneruskan
acara menandatangani memorandum persefahaman antara SK Serkat
dan KSIB.

Dijemput :
Pengerusi J/K Permuafakatan Tahun 1 ,
__________________________________________________ untuk
menandatangani perjanjian.

Seterusnya, dijemput Pengerusi J/K Permuafakatan Tahun 2 ,


__________________________________________________ untuk
menandatangani perjanjian.

Seterusnya, dijemput Pengerusi J/K Permuafakatan Tahun 3 ,


__________________________________________________ untuk
menandatangani perjanjian.

Seterusnya, dijemput Pengerusi J/K Permuafakatan Tahun 4 ,


__________________________________________________ untuk
menandatangani perjanjian.

Seterusnya, dijemput Pengerusi J/K Permuafakatan Tahun 5 ,


__________________________________________________ untuk
menandatangani perjanjian.

Seterusnya, dijemput Pengerusi J/K Permuafakatan Tahun 6 ,


__________________________________________________ untuk
menandatangani perjanjian.

Alhandulillah, selesai sudah acara menandatangi memorandum


persefakatan antara SK Serkat & Jawankuasa KSIB.

Penyampaian Hadirin yang Dimuliakan,


Cenderahati Dato’ Majlis diteruskan lagi dengan menjemput yang dihormati Tn Hj Zahrullail
Wee Jeck Seng Bin Hj Moez untuk menyampaikan cenderahati kepada Dato’ Wee Jeck
Seng.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Zahrullail Bin Hj Moez atas
kesudian menyampaikan cenderhati sebentar tadi.

Penutup Hadirin sekalian,


Majlis kita pada hari ini telah sampai ke penghujungnya. Terima kasih
yang tidak terhingga diucapkan kepada hadirin hadirat yang sudi hadir
memeriahkan majlis pada hari ini.

Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan SK Serkat, merakamkan penghargaan


terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Wee Jeck Seng atas
kesudian meluangkan masa pada pagi ini untuk merasmikan MAJLIS
PELANCARAN PENUBUHAN KSIB, PIBK DAN JAWATANKUASA
PERMUAFAKATAN SEKOLAH SK SERKAT.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh…..

Anda mungkin juga menyukai