Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PROGRAM

Merentas Desa Sekolah 2021


LAPORAN KEJOHANAN MERENTAS DESA MAYA PERINGKAT
SEKOLAH
SEK.KEB. PAHU
2021

14 FEBRUARI 2021 ( RABU )

1. PENDAHULUAN
Kejohanan merentas desa peringkat sekolah ini adalah satu acara tahunan yang
dijalankan sebagai pembuka tirai untuk kejohanan sukan mengikut kalendar MSSS
yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Sabah. Kejohanan ini dijadikan sebagai
flatform untuk memanaskan badan disamping memilih wakil sekolah ke peringkat
daerah, negeri dan seterusnya kebangsaan. Selain itu diharapkan dengan adanya sukan
Merentas Desa dapat memupuk dan menarik minat murid untuk mengamalkan gaya
hidup sihat dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukan yang diminati. Semoga usaha-
usaha ke mercu kejayaan ini akan mencapai realiti dengan komitmen padu seluruh
warga Sekolah Kebangsaan Pahu.

2. MASA DAN TEMPAT


Kejohanan ini telah diadakan pada ketetapan berikut :-
Tarikh : 14 Februari 2021
Masa: 8.00 – 11.30 pagi
Tempat : Padang SK Pahu

3. KEHADIRAN DAN PENGLIBATAN


Semua warga Sek.Keb Pahu telah bekerjasama untuk memastikanperjalanan
kejohanan ini berjalan dengan lancar. Semua murid (kecuali yang mempunyai
masalah kesihatan) telah turut serta dalam kejohanan ini. Guru- guru juga telah
menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dengan begitu baik sekali.
Wakil PIBG sendiri telah turun padang untuk membantu melicinkan perjalanan
pertandingan ini.
4. KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN
Hanya dua kategori yang telah dipertandingkan iaitu :-
1. Kategori Lelaki Bawah 12 Tahun.
2. Kategori Perempuan Bawah 12 Tahun.

5. KEKUATAN
Kerjasama yang kuat dari semua pihak telah memastikan kejayaan
pengelolaan kejohanan merentas desa secara maya peringkat sekolah pada kali ini.
Pihak pentadbiran sekolah telah bersetuju untuk memberi dana yang diperlukan untuk
perbelanjaan semasa kejohanan ini berlangsung. Guru-guru juga begitu komited
dalam menjalankan tugas. Para pelajar pula begitu bersemangat untuk mengikuti
acara ini. Ini adalah ciri-ciri positif yang telah menjadikan kejohanan ini satu
kejayaan.

6. KELEMAHAN
Kelemahan yang ada sewaktu kejohanan ini memang ada tetapi ianya tidak
mengganggu perjalanan acara yang berlangsung. Salah satunya ialah kawasan trek
yang digunakan disebabkan oleh hujan sebelum hari pertandingan dijalankan. Selain
itu, terdapat juga murid yang kurang sihat disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak
menentu menyebabkan pertandingan yang dijalankan tidak mencapai objektif.

7. KEWANGAN
Pihak sekolah telah meluluskan peruntukan kewangan untuk perbelanjaan
pengurusan kejohanan ini. Duit ini telah dibelanjakan untuk membeli barang- barang
serta bahan yang diperlukan seperti yang terkandung dalam kertas kerja.
8. PENUTUPAN
Pada keseluruhannya kejohanan ini telah berjalan dengan lancar dan tiada
sebarang masalah yang besar sepanjang berlangsungnya acara ini. Diharapkan agar
kejohanan ini akan bertambah baik dalam penganjuran pada masa-masa akan datang.

Disediakan oleh:

……………………………………………………….
CERNELIUS INTANG
SU SUKAN
Sek.Keb. Pahu
LAMPIRAN
Senarai peserta
1. Branderlee
2. Warren
3. Joshua
4. Alvetto
5. Chessy
6. Ean
7. Eva
8. fresylla
9. Mell edora
10. Veronica
11. Andy j
12. Bronell
13. Chellsie
14. Elvira
15. Andy f
16. Andyryen
17. Bently
18. Nur adenna
Pemenang
1. Bronell
2. Ean
3. Mell edora
4. chellsie

Anda mungkin juga menyukai