Anda di halaman 1dari 3

TEKS TAKLIMAT

Terima kasih Pengerusi Majlis,

Yang Berusaha, En. Abu Hassim Bin Jamaluddin


Ketua Seksyen Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Kebajikan JAKOA Pahang

Yang Berusaha En. Bahar bin Baso


Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Cameron Highlands

Yang Dihormati En. Nabil bin Salehuddin


Pengarah Program Persediaan Menyertai Aktiviti Kesukarelawanan di Perkampungan Orang
Asli

Ahli jawatankuasa program, para peserta dan hadirin sekalian,

Assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera.

PENGENALAN

1. Alhamdulillah, segala puji ke hadrat Allah SWT, atas kurnia-Nya dapat kita hadir dan
berkumpul bersama sama bagi mendengar taklimat mengenai ‘Persediaan Menyertai
Program Kesukarelawanan di Perkampungan Orang Asli’.

2. Terlebih dahulu, ingin saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
pihak penganjur iaitu JAKOA Pahang atas kesudian menjemput saya bagi menyampaikan
taklimat kepada para peserta program. Saya percaya dengan inisiatif yang dilakukan oleh
pihak JAKOA Pahang, para peserta di sini, iaitu bakal sukarelawan ke perkampungan
Orang Asli akan memperoleh banyak manfaat dan input yang penting sekaligus dapat
membuat persediaan dengan sangat rapi sebelum berprogram.

3. Sebelum kita bergerak ke agenda utama, izinkan saya memperkenalkan serba sedikit
mengenai diri saya. Nama saya Mu’adz bin Abd Rasyid, berasal dari Perak Darul
Ridzuan. Sekarang betugas sebagai salah seorang AJK bagi MyCare Malaysia iaitu
sebuah NGO yang bergiat aktif dalam aktiviti kebajikan dan kemanusiaan di seluruh
Malaysia.
4. Seperti yang kita sedia maklum, taklimat pada pagi ini diadakan bagi memberi
penerangan kepada para peserta mengenai persediaan dan perancangan yang perlu
dilakukan untuk menyertai program kebajikan. Taklimat pada kali ini lebih berfokus
kepada program kebajikan di perkampungan Orang Asli. Oleh itu, diharapkan agar setiap
yang disampaikan dapat dicatat oleh para peserta.

ISI

5. Saya mulakan dengan pengenalan ringkas mengenai Orang Asli. Seperti yang tertera
pada slaid, Orang Asli merupakan salah satu etnik atau kaum yang terdapat di Malaysia.
Secara umum, terdapat 3 kumpulan besar Orang Asli iaitu, Negrito, Senoi dan Melayu
Proto. Orang Asli ini terdapat di seluruh Malaysia dan kebanyakannya berada di negeri
Pahang, Perak dan Kelantan. Majoriti daripada kaum Orang Asli ini sebenarnya berada
pada kategori miskin tegar dan mempunyai taraf hidup yang sangat rendah. Contohnya,
mereka sukar mendapat akses untuk banyak keperluan asas seperti elektrik, bekalan air
bersih, pendidikan dan lain lain. Jadi menjadi satu keperluan dan kewajiban buat kita
untuk membantu dan meringkankan beban kehidupan mereka melalui aktiviti-aktiviti
kebajikan.
6. Seterusnya, seperti kebiasaaan, dalam melaksanakan apa apa program atau aktiviti,
perlulah ada persiapan dari segi pengurusan program. Pihak penganjur perlu melakukan
tinjauan dan berhubung terlebih dahulu dengan Tok Batin dan JAKOA bagi mendapatkan
maklumat dan kebenaran untuk melaksanakan program. Hal ini penting untuk dilakukan
bagi mengetahui selok belok kampung juga bagi menjaga hubungan dengan penduduk
kampung selaku tuan rumah. Apabila semua dipersetujui, maka mudah buat penganjur
untuk melaksanakan aktiviti dan mendapatkan penyertaan daripada penduduk kampung.
7. Selanjutnya, para peserta perlu melakukan persediaan fizikal dan mental. Dalam mana
mana program kebajikan, keperluan fizikal sangat dituntut lebih lebih lagi berada di
perkampungan Orang Asli yang biasanya berada di dalam hutan atau kawasan bukit.
Sudah pasti ianya sangat mencabar. Jadi, fizikal yang kuat sangat penting supaya kita
dapat kekalkan momentum dan stamina. Begitu juga dengan persediaan mental. Program
kebajikan di perkampungan Orang Asli bukan suatu yang indah seperti kita melancong ke
tempat menarik. Para peserta bakal berhadapan dengan pelbagai situasi yang tidak
menyenangkan seperti suasana yang tidak selesa atau keadaan penduduk kampung yang
menyayat hati dan jiwa.

PENUTUP

8. Jadi, setakat ini sahaja taklimat yang disampaikan. Saya ucapkan terima kasih kepada
tetamu kehormat, para peserta dan hadirin yang hadir pada sesi taklimat pagi ini. Saya
juga ucapkan selamat maju jaya kepada para peserta, bakal sukarelawan program
kebajikan ke perkampungan Orang Asli, diharapkan agar segala ilmu dan pesanan yang
kalian peroleh dapat digunakan dan dilaksanakan sebaik mungkin. Sekian saja untuk kali
ini, jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, boleh kemukakan pada saya
dalam sesi soal jawab selepas ini. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai